Isnin, 2 Julai 2012

09 di jelutong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di jelutong - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di jelutong</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jun 2012 03:28 PM PDT

URL Sumber Asal :-

SEPUL: Nasi Dalca Pak Din <b>Jelutong</b>

Posted: 03 Jun 2012 06:12 PM PDT

Sebelum kaki melangkah keluar dari Pulau Pinang, seorang sahabat duk ajak pi lunch dengan dia. Mula-mula duk ingat tak boleh dah sebab takut tak sempat tapi tiba-tiba keadaan memihak kepada kami untuk berjumpak.
Aku memang duk teringin nak makan nasi dalca. Jadi ke sini lah kami. Tapi parking di sini memang super payoh. Tambahan pulak di hari Jumaat yang mulia.
Terletak di tepi jalan berhampiran jejantas di Jelutong. Berhampiran dengan Deen Nasi Kandaq Jelutong cuma gerai berada di seberang jalan.
Pelbagai pilihan lauk duk ada.
Aku suka tengok periuk yang ada kesan gulai kat tepi-tepi dia. Seolah-olah memberi gambaran gulai tu memang sedap.
Ya mari-mari cik adik mari-mari cik abang.
Sedap ! Rasa dia macam nasi kenduri. Nasi ni jugak ada orang panggil nasi hujan panas. Puas makan.
Ayaq sirap limau yang sedap.
Sembang-sembang makan-makan pastu balik.

BLOG PENANG: 09 <b>di jelutong</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jun 2012 03:25 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Masalah 13 tahun tanah wakaf <b>Jelutong</b> berjaya diselesaikan | www <b>...</b>

Posted: 17 May 2012 06:43 PM PDT

Beliau berkata, proses pengambil alihan tanah seluas 3.208 ekar milik bukan Islam yang bernilai RM20 juta bagi menangani masalah kepadatan tanah perkuburan Islam di Jelutong dilakukan sungguhpun Kerajaan Pusat sebelum ini berjanji untuk membeli tanah bernilai tinggi itu.

"Tanah yang diambil untuk tujuan perkuburan kini dimiliki oleh orang bukan Islam. 

"Ia merupakan kes yang jarang berlaku di mana tanah bukan Islam diambil untuk tujuan perkuburan Islam di Pulau Pinang," ujar beliau pada satu sidang media di Komtar baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman, Abdul Malik Abul Kassim (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Datuk Mohd Salleh Man (Adun Permatang Pasir merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri) turut hadir pada sidang akhbar tersebut.

Justeru katanya, isu tersebut tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana pihak khususnya pihak pembangkang memandangkan inisiatif Kerajaan Negeri nyata demi kepentingan rakyat terbanyak di Jelutong.

Sumber Pejabat Tanah Daerah Timur Laut (DTL) mendedahkan, pihaknya telahpun meluluskan proses perbincangan dan pengambilan balik tanah Lot 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18 dan 19 Seksyen 4 Bandar Jelutong, Daerah Barat Daya untuk tujuan tanah perkuburan Islam dan perumahan am sejak 1999 lagi.

Nilai pasaran tanah berkenaan semasa itu adalah sekitar RM5 juta hingga RM6 juta sahaja.

Namun, Kerajaan Negeri di bawah Umno serta Barisan Nasional gagal menyelesaikan masalah itu sungguhpun mendapat sokongan langsung daripada Kerajaan Pusat ketika itu.

Apabila masalah ini dibangkitkan semula, kerajaan pusat enggan membantu sungguhpun Kerajaan Negeri era Pakatan Rakyat membuat permohonan demikian demi kepentingan umat Islam di negeri berkenaan.

"Tetapi malangnya, kerajaan pusat  tidak mempertimbangkannya  atas faktor kepentingan umat Islam di negeri ini, apabila memutuskan untuk tidak akan menyalurkan peruntukan untuk proses pengambilalihan tanah perkuburan tersebut," ujar Guan Eng.

Dari 3.208 ekar tanah yang terlibat, 1.55 ekar akan dijadikan tanah wakaf perkuburan manakala baki 1.657 ekar akan dijadikan perumahan am rakyat setempat yang menelan belanja RM60 juta lagi.

Proses pengambilan lot-lot tanah berkenaan mula diwartakan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pada 9 Disember 2010.

Difahamkan, Kerajaan Negeri menggunakan  Akta Pengambilan Tanah, 1990 bagi mengeluar perintah pada 30 Disember tahun lepas dengan kesemua 14 tuan tanah masing-masing diberi pampasan yang munasabah.

Kerajaan Negeri turut memberi pampasan yang munasabah kepada empat pemilik bangunan yang hadir dalam satu proses siasatan.

Manakala 25 pemilik bangunan yang tidak hadir pada proses siasatan itu turut boleh menuntut pampasan masing-masing seperti yang didipositkan oleh Kerajaan Negeri di bank sebelum ini.

Perkembangan terbaru ini sekaligus membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mampu memartabatkan umat Islam dan rakyat yang berbilang kaum sungguhpun seakan dipinggirkan dari segi kewangan oleh Kerajaan Pusat yang diteraju oleh Umno serta Barisan Nasional. -END

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved