Isnin, 16 Julai 2012

09 di nibong tebal - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di nibong tebal</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jun 2012 03:37 AM PDT

URL Sumber Asal :-

"Reject" Lembah Pantai akan ke <b>Nibong Tebal</b> | The Unspinners

Posted: 12 Jun 2012 05:26 AM PDT


Sejak memenangi kerusi parlimen itu empat tahun lalu tidak banyak kemajuan yang di bawa oleh Nurul Izzah di Lembah Pantai yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu.

Semua pembangunan yang wujud di kawasan itu samada projek pembinaan perumahan rakyat PPR, gerai serta kedai bagi peniaga kecil semuanya diperjuangkan oleh Menteri Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai.

Nurul Izzah gagal sebagai wakil rakyat kerana tidak ada bukti sedikit pun beliau membawa sebarang pembangunan di situ.

Hakikat pahit bahawa Nurul Izzah hanya pandai cakap kosong tetapi gagal menjalankan tugasnya disedari oleh Anwar.

Bagaimana pun perasaan kasih sayang terhadap seorang anak tetap menyebabkan seorang ayah akan melakukan apa sahaja untuk memyelamatkan karier anaknya itu.

Kira-kira dua bulan dahulu, semasa Anwar berceramah di Nibong Tebal, pernah beliau membayangkan kerusi itu akan ditandingi. Sebenarnya niat Anwar ialah untuk melihat respons penyokong PKR di situ samada bolehkah Anwar menghantar Nurul Izzah untuk bertanding di Nibong Tebal pada PRU-13 akan datang.

Ini kerana beliau melihat PKR akan kalah di Lembah Pantai, lebih-lebih lagi jika Nurul Izzah terus menjadi calon di situ. Pengundi Lembah Pantai menunjukkan arus sokongan yang positif terhadap Raja Nong Chik dan kemungkinan beliau akan menang besar jika dicalonkan di kawasan itu.

Nibong Tebal diwakili oleh ahli parlimen Tan Tee Beng yang menjadi salah satu anak muda 'kesukaan' Anwar, sebelum ia meninggalkan PKR menjadi anggota bebas.

Untuk menyelamatkan anaknya, kemungkinan Anwar akan meletak Nurul Izzah di kerusi parlimen itu. Apa hal pun Anwar mesti selamatkan keluarga dan kepentingannya dahulu sebelum memikirkan hal parti dan pemimpin PKR yang lain.

Isuhot.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved