Sabtu, 11 Ogos 2012

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Isu YDP <b>Negeri Pulau Pinang</b> - Pribumi Perkasa Negara

Posted: 05 Aug 2012 03:52 AM PDT


Adalah tidak adil bila orang Melayu dianggap rasis kerana memperjuangkan agenda dan kepentingan mereka, sedangkan bila orang lain memperjuangkan hak bangsa mereka seperti bahasa, ekonomi, hak politik dan segala yang bersangkut dengan kepentingan mereka, kita anggap biasa.

Bila bangsa lain bercakap tentang bangsa mereka, buat beribu-ribu persatuan, merencana pelbagai agenda, tidak mengapa pula, tetapi mengapa bila bangsa Melayu bercakap tentang menyelamatkan bangsa sendiri dari jurang kehinaan
dan menyatukan mereka atas dasar Islam, pelbagai gelaran buruk pula yang diberi.

Begitulah yang berlaku hari ini, sahingga ada di antara mereka bangsa Melayu sendiri pun tidak paham bila berada di landasan perjuangan untuk Bangsa, Agama dan Negara. Amat memalukan apabila ianya datang dari kelompok Melayu sendiri.

Perletakkan jawatan YDP Perkasa Pulau Pinang, Datuk Ahmad Saad telah di gembar-gemburkan sebagai kepincangan kepimpinan Perkasa Pusat menyentuh keseluruhan Ahli Dewan Tertinggi Perkasa di bawah pimpinan YB Dato' Ibrahim Ali sebagai Presiden dan Ybhg. Dato' Rahman Bakar selaku Tim.Presiden.

Soal untuk meletak jawatan adalah hak kepada individu tersebut, tetapi bila melibatkan sidang media dan siaran dibaca oleh umum maka beliau juga perlu menerima kenyataan pro dan kontranya.

Sidang media perletakkan jawatan Ahmad Saad telah diadakan di Route 69 Bandar Perda. Beliau menjelaskan kenapa beliau mengambil keputusan ini adalah kerana perjuangan di dalam Perkasa sudah tidak relevan buat masa sekarang. Pemimpin Melayu mesti memimpin kaum lain di Malaysia. itu yang menjadi tunggak utama dalam falsafah beliau.

Satu kenyataan yang tidak mengambarkan yang beliau faham akan jalan perjuangan Perkasa, dan jalan Perkasa tidak akan mengikut 'falsafah' mana- mana ahlinya tetapi berpaksikan kepada aturan perlembagaan yang telah di persetujui. Perjuangan Perkasa adalah berkisar kepada Bangsa Melayu dan Pribumi, Agama Islam, Raja-raja Melayu serta mempertahankan maruah
Negara.

Walau bagaimana pun Perkasa tidak akan menggangu dan mencemar kedaulatan Perlembagaan undang-undang tubuh Persekutuan Tanah Melayu yang membenarkan perkongsian kuasa, mengekalkan budaya dan adat serta bahasa kaum kaum lain selagi mana mereka tidak mengganggu adat, budaya dan agama orang Melayu.

Ahmad Saad telah menyatakan bahwa tindakan beliau merombak kepimpinan Perkasa Negeri telah mendapat bantahan dari pihak negeri dan juga Pusat, dan ini membawa kepada perletakkan jawatan beliau sebagai YDP Perkasa Pulau Pinang. Beliau juga berkata tindakan pemimpin-pemimpin Perkasa negeri terlalu agrasif menentang kaum lain yang amat beliau kesali.

Satu kenyataan untuk selamatkan dan mengelak kepincangan pengurusan pentadbiran Perkasa negeri Pulau Pinang dan tidak adil kepada seluruh kepimpinan Perkasa baik Pusat mahu pun Negeri. Hairannya kenapa beliau tidak boleh kawal mereka yang beliau lantik sendiri. Bahkan setelah ada yang menggantikan yang telah digugurkan juga tidak senang cara beliau terajui
Perkasa Pulau Pinang.

Isu kepincangan pengurusan Perkasa negeri telah pun di bincangkan di dalam mesyuarat Ahli Dewan Tertiggi baru-baru ini dan menyentuh akan isu ketidakpuasan hati AJK negeri terhadap kepimpinan Ahmad Saad yang di katakan gagal menguruskan dan menyatukan jawatankuasa kerja Negeri Pulau Pinang sendiri dan telah ditegur oleh YB Dato' Presiden Perkasa, tetapi
jawapan balas yang diberikan ialah beliau akan meletakkan jawatan bukannya menjawab persoalan.

Jika untuk menguruskan tadbir sebuah NGO kecil saperti Perkasa pun kelam- kabut, bagaimana mahu mentadbir Negeri Pulau Pinang?

Datuk Ahmad Saad berpendapat untuk menang piliharaya pada PRU13 kita kena buat baik dengan semua orang. Beliau tidak boleh menerima seorang pemimpin yang tidak konsisten dalam tindakan, adakalanya mahu membantu kerajaan dan adakalanya disuruh membangkang kerajaan dan yang lebih teruk disuruh menentang kaum lain. Ini lah antara penyebab beliau tidak mahu lagi bersama dalam perjuangan perkasa. Sedangkan Perkasa tidak pernah menyuruh ahli-ahlinya menentang kaum lain dengan membabi buta.

Satu kenyataan dalam cubaan menyelamatkan diri dari dikatakan gagal mengurus tadbir sebuah NGO, beliau sepatutnya sedia maklum matlamat penubuhan Perkasa jelas iaitu mempertahankan Bangsa Melayu / Pribumi, Agama Islam, Raja-raja Melayu dan Negara Malaysia dan segala tindakan kerajaan yang menguntungkan Bangsa Melayu/Pribumi sudah pasti mendapat sokongan Perkasa dan begitulah jika sebaliknya. Soal konsisten tidak timbul sama sekali dan Perkasa tidak pernah meminta secara berlebihan kepada kerajaan tidak saperti mana yang di lakukan oleh kumpulan atau NGO dari kaum Cina dan India.

YB Dato' Presiden serta Ahli Dewan Tertinggi tidak pernah menyeru ahlinya untuk bangkit menentang kaum kaum lain di Bumi Malaysia ini tetapi apa yang disarankan ialah menentang mereka yang berlebihan menggugat Hak Orang Melayu dan Pribumi, ini juga termasuk orang orang Melayu yang telah hilang jati diri Melayunya, adakah ini pun Ahmad Saad tidak boleh faham jalan mudah perjuangan Perkasa.

Walaupun Ahmad Saad berada di barisan kepimpinan tertinggi Perkasa, sayang seribu kali sayang beliau tidak pernah memahami perjuangan Perkasa sejak awal penubuhannya lagi.

Memang benar untuk menjadi pemimpin di dalam kontek negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, kita kena baik kepada semua kaum, perkara ini tidak dinafikan, tetapi Ahmad Saad lupa bahawa agenda perjuangan

Perkasa adalah mempertahankan Hak Orang Melayu dan Pribumi dan Perkasa hanyalah sebuah NGO Melayu, bukan sebuah badan atau parti Politik.

Lihat pada kontek Barisan Nasional, yang di dalamnya ada UMNO, MCA, MIC dan beberapa parti lagi. Bila Dato' Seri Najib bercakap sebagai Presiden UMNO sudah pasti beliau akan bercakap soal orang Melayu begitu pula bila beliau bercakap sebagai Pengerusi Barisan Nasional sudah pasti beliau akan bercakap menyentuh soal pelbagai kaum di negara ini.

Sudah tentunya kepimpinan Perkasa tidak sama dengan kepimpinan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak yang memimpin negara di mana di dalamnya terdiri dari pelbagai golongan, bangsa serta kaum. Sedangkan keahlian Perkasa hanya untuk orang Melayu dan Pribumi sahaja.

Perkasa hanya mempertahankan Hak Orang Melayu dan Pribumi dari di ganggu gugat, tidak lebih dari itu, jika semudah ini tidak difahami dan menjadikan alasan untuk menyelamatkan diri dari apa yang di pertanggungjawabkan maka waktu yang tepat untuk Negeri Pulau Pinang memilih seorang YDP yang baru yang benar-benar faham perjuangan Perkasa.

Pilihlah mereka yang tidak menghiraukan habuan, kedudukan dan pangkat untuk meneraju Negeri Pulau Pinang semoga Pulau Pinang akan kembali kepada kerajaan Barisan Nasional.

Kepada Dato' Ahmad Saad terima kasih di ucapkan diatas setiap 'sumbangan' yang telah diberikan kepada Perkasa selama beliau menerajui Perkasa Pulau Pinang.

Sekian

BN <b>NEGERI PULAU PINANG</b> MELANCARKAN SENJATA BARU....!!!!

Posted: 19 Jul 2012 09:43 AM PDT



tadi di bilik gerakan barisan nasional negeri pulau pinang telah melancarkan satu kenderaan yang di panggil MOBILE WAR TRUCK BN PULAU PINANG, nampaknya BN pulau pinang akan terus serang dan terang kepada rakyat pulau pinang dengan kemudahan yang baru di lancarkan. 
Kehadiran melebihi 400 orang ahli-ahli parti komponen BN dan penyokong-penyokong BN Pulau Pinang begitu teruja  pada majlis perlancaran Mobile War Truck BN Pulau Pinang 
Ketua Biro Penerangan BN Negeri Pulau Pinang Puan Tan Cheng Liang merupakan pemimpin BN wanita yang pertama berceramah pada Mobile War Truck BN Pulau Pinang.
Barisan Nasional Pulau Pinang akan terus mendekati rakyat dengan mobile war truck ini, komited dan kesungguhan yang di tunjukkan untuk merampas kembali pulau pinang dari pakatan  akan menjadi kenyataan. 
tahniah kepada barisan nasional negeri pulau pinang. 

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved