Ahad, 30 September 2012

09 di bagan ajam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di bagan ajam - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Sep 2012 01:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Sep 2012 01:20 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Mantan Pengerusi PGMPPS/KGMMB Pulau Pinang Menerima PJB

Posted: 21 Sep 2012 06:04 PM PDT

Tn. Hj. Abdul Waris Darus dilahirkan di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 20 September 1945. Kini beliau berusia 66 tahun dan menetap di Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang. Beliau berkahwin dengan Asma Binti Omar yang juga merupakan pendidik dan mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Beliau memulakan zaman persekolahan pada tahun 1952. Sekolah pertama beliau ialah Sek Melayu Titi Teras, Balik Pulau hingga tahun 1954. Kemudian beliau ke Sek. Men. St. George Balik Pulau pada tahun 1955 hingga 1962. Beliau mendapat latihan guru di Maktab Latihan Guru Pulau Pinang pada tahun 1963 hingga 1965. Kemudian melanjutkan pelajaran di USM Pulau Pinang pada 1979 hingga 1983.
Abdul Waris Darus memulakan perkhidmatan sebagai guru pada 1 Januari 1966. Beliau seorang yang banyak memperoleh pengalaman mengajar. Beliau banyak mencurahkan bakti demi membantu mendidik anak bangsa untuk menjadi warga yang berilmu dan beramal. Antara sekolah yang pernah beliau berkhidmat ialah:
v  1966 – 1967:  SK Temoyong, Langkawi (Guru Penolong).
v  1968: SK Bayas, Langkawi.
v  1969 – 1977: SK Pendang, Kedah.
v  1978 – 1979 SK Permatang Janggus, Pulau Pinang.
v  Pada Tahun 1979 – 1983 melanjutkan Pelaran Ke USM.
v  1984 – 1992: SMK Dato' Onn, Seberang Perai Tengah.
v  1993 – 1994:  SMK Permatang Rawa, S. Perai ( Guru Penolong Kanan).
v  1994 – 2000: SMK Dato' Onn, S. Perai (Guru Penolong Kanan).
Sepanjang perkhidmatan beliau banyak menganjurkan program, mencurahkan idea dan membuat transformasi. Antara yang dapat disumbangkan oleh beliau ialah :
v  1977 – 2000: Program Mentor Mantee
Program ini membolehkan pelajar diberi perhatian yang lebih dengan mengadakan seorang guru diberi lima orang pelajar. Mereka akan dipantau dan diberi perhatian yang lebih.
v  1995 – 2000: beliau memperkenalkan Kadet Bomba, Silat Lincah di sekolahnya.
v  1995 – 2000: membangunkan program sekolah dalam taman di sekolahnya.
Dalam program ini pelbagai usaha telah digembling untuk menjadikan impian satu realiti antaranya menggadakan anjung ilmu, mini muzium sekolah, pondok ilmu, menjadikan kebersihan satu amalan gaya hidup yang sihat. Turut diwujudkan ialah perpustakaan mini. Semua ini dilakukan bagi menarik minat membaca dalam kalangan pelajar.
v  1994 – 2000: menganjurkan majlis perkembangan staf untuk mewujudkan kerjasama di kalangan staf dan percambahan ilmu.
Pentadbiran sekolah (1994 – 2000)
v  Pengurusan kewangan yang baik dan cekap.
v  Pengurusan bilik darjah yang sistematik dan teratur.
Beliau memperoleh kejayaan yang bermakna antaranya ialah program komputer yang dicetuskan beliau menjadi Johan Peringkat Negeri  tahun 1998 yang dikenali program MATA (Rekacipta).  Pada tahun 1999 pula, program tersebut berjaya mendapat tempat ke-3 antara sekolah-sekolah Malaysia.
Beliau juga gigih memulihkan penagihan dadah dalam kalangan pelajar dan masyarakat. Program Pemulihan yang diperkenalkannya pada tahun 1988–1990 berjaya membantu mengenalpasti penagih dan menghantar mereka ke Pusat Serenti untuk dipulihkan.
Antara aktiviti lain yang beliau terlibat adalah :
v  1991  - 1994: Pengerusi JKKK Daerah Seberang Perai.
v  1997 – 2003: Pengerusi Qariyah.
v  1998 – 2000: Timbalan Pengerusi SK Agama Rakyat (KAFA).
v  1998 – 2000:  Penasihat Belia Daerah Seberang Perai.
Beliau juga terlibat dalam urusan masjid Jabatan Agama Islam seperti pengurusan jenazah, mengambil tugasan pegawai masjid, urusan hal ehwal perkahwinan anak qariyah serta terlibat dalam urusan latihan bakal imam. Sekolah agama yang diwujudkan adalah untuk memastikan anak-anak qariyah kampung beliau mendapat pendidikan  agama  dan Kelas Fardu Ain.
Sebagai Pengerusi Sekolah Agama Rakyat (Darul Hikmah) Pulau Pinang yang dilantik pada tahun 2000 hingga kini, beliau terlibat dengan pelbagai aktiviti. Beliau menganjurkan pertandingan hafazan di surau dan masjid. Di samping itu beliau turut mewakili sekolah agama tersebut menandatangani MOU dengan  Sekolah Agama di Pattani, Selatan  Thailand. Di dalam MOU tersebut terdapat program pertukaran guru dan murid serta meluaskan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan Pelajar Thailand.
Abdul Waris Darus bertanggungjawab menyatukan semua daerah menjadi satu pertubuhan bersifat negeri bagi memudahkan urusan dalam pentadbiran Persatuan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai. Ini bukan sahaja memudahkan proses pentadbiran tetapi juga dapat mempermudahkan lagi urusan pembayaran yuran oleh ahli yang bersara. Mewujudkan kerjasama  KGMMB Pusat dan cawangan Negeri untuk urusan yuran dan kebajikan. Mencadangkan satu bangunan baru diwujudkan di Seberang Perai (bangunan sekarang di Taman Koperasi Guru Tanah Liat Bukit Mertajam – 2010). Kegiatan luar yang disertai oleh beliau adalah:
v  1985 – 1988: Pengerusi KGMMB Pulau Pinang
v  1998 – 1995: AJK Persatuan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai  (PGMPPS).
v  1998 – 1995: AJK  KGMMB Cawangan Pulau Pinang.
v  1996 – 2000: Pengerusi KGMMB Cawangan Pulau Pinang.
v  2008 – 2012: AJK Persatuan Guru PESARA.
Abdul Waris Darus menamatkan perkhidmatan pada 20 September 2000 sebagai kakitangan kerajaan. Namun, meneruskan  mengajar sebagai tutor di Open University Cawangan Pulau Pinang dari tahun 2000 hingga 2004. Atas usaha gigihkepada negeri dan masyarakat beliau menerima beberapa anugerah iaitu:
v  2001 – Pingat Jasa Masyarakat (PJM)
v  1993 – Pergerakan gaji melintang
2011 – Tokoh Kepimpinan PGMPPS

CeLoteh CikEyra: Taiping & R&R <b>Bagan Ajam</b>

Posted: 16 Sep 2012 12:00 AM PDT

Selamat Hari Malaysia semua,hehe..yee saya tahu hari Malaysia dah lepas,tapi saya tak 
peduli jugak,dah lepas ke belum,apa yang penting keamanan negara Malaysia perlu 
diperilihara & dijaga sentiasa, sape lagi yang nak jaga keamanan negara kita,kalau bukan 
anak bangsanya sendiri.Ayuhhh sama-sama kita menjaganya..Wahh patriotik sangat kau 
kan..muehehehe. Okayah la straight to the point,sebenarnya nak cerita-ceriti nih...
Hari Malaysia jatuh pada 16/9/2012 ( Sunday ) sebenarnya kite ade pergi janjanjalan 
itik,jalan ayam,di mana lubang kancil seribu lima ratus,tinggal dalam mulut meeeeraah...
Ok tipu jee..kite ada pergi jalan-jalan dekat Taiping,Perak. A'ahh tempat yang femes dengan Zoo 
Taiping, Muzium & Taman Tasik.

Muzium Taiping sumber pakcik google
Taman Tasik Taiping sumber pakcik google
Selain dari tempat-tempat di atas,dekat sini jugak ada Taiping Sentral
Taiping Sentral berjiran dengan Tesco, kalau taksilap,dekat Taiping Sentral ini lah satu-
satunya yang ada panggung wayang di Taiping nih.Maaf jika saya silap.
Taiping Sentral ni sama je dengan Shopping complex yang lain, tapi disebabkan tak
 pernah lagi jejak kaki di sini keterujaan tehadap Beliau sangat memuncak tingginya.hehe
Lunch time,kiteorang decide makan dekat foodcourt Tesco, sebab cik abg tu nak makan
 nasi,so kena makan dekat foodcourt Tesco lah, dekat Taiping Sentral setelah ditinjau-
tinjau tak terdapat foodcourt pun, yang ada semua makan fastfood . Perut melayulah 
katakan tak jumpa nasi 1 hari boleh migrain gamaknya ayat sindir utk cik abg
 Tomyam Calypot,ini memang my fevert. Sedap
Harga makan di sini agak murah jika dibanding dengan harga foodcourt di tempat lain,dan 
menjadi tanda tanya kepada kami hingga sekarang,dekat sini takde tax ke? 
Masa jalan-jalan dekat Taiping Sentral,terjumpa kedai jual Pan keki Doraeyaki disebabkan
 pengaruh Doremon yang melampau-lampau aku memberontak meminta dia 
belikan ini. Nahh perasa peanut 1,cokelat 1 & stawberi 1.hehehe. Bila dah 
terhegeh-hegeh nanak,begitu jugaklah terhegeh-hegeh nak habiskan,last-last sumbat 
kedalam perut dia jugak,bagus tak membazir. Doraeyaki ni taklah segemuk Doraeyaki 
Doremon tu,tapi rasanya boleh tahan jugak,nice
Gambar suka-suki,tiada motif
lepas makan-makan Doraeyaki, sambil cuci-cuci mata tengok orang naik Itik,dah snap 
gambar 10-20 keping,tibalah masa kami beredar, aktiviti seterusnyaa menuju ke gerai 
 Gerai yang terletak dekat tepi jalan, satu hala dengan perjalanan balik kami. Sasaran pada petang ini ialah gerai menjual Yong Tau fu..
 dah alang-alang pakcik sebelah jual sate,oder jugak lah 10cucuk sate ayam,tak sampai hati pulak takoder,hewhew
Yong Tau fu..Main ambil je,bila dah hidang macam ni,banyaklah pulak,huhu.Sekali lagi perutnya menjadi mangsa...
Perut pun dah kenyang dan maju kedepan,ingat nak terus balik, tapi tercetus pulak niat
 nak bawa family dia pergi jalan-jalan kat tepi pantai, secara rela paksa,aku diheret 
bersama-sama. Singah di rumah dia untuk mengambil mak,abah & adik-adiknya,sebelum 
tu,aku dah inform dah dekat myfamily. So myfamily izinkan, itu pun sebab family dia ada 
sama, kalau tak jangan haraplah, malam-malam nak bawa anak dara orang pergi pantai 
,nak kena sekeh lah tue.Daripada Taiping,Perak terbang ke R&R Bagan ajam, tak sangka R&R ditepi pantai itu menjadi pilihan orang ramai untuk beristerehat.
sory gambar blurr, just nak beritahu dekat sini ada Beach Night Market..Gerai yang dibuka takbanyak sangat,tapi meriah lah jugak.
 Bersama adik perempuannya,
sorang ni je adik perempuan dia,adik beradik yang lain semua lelaki
 bakal adik & ibu ku..mueheheh..gediks
Hari pun dah jauh malam, jomlah kita balik

★Thankiss sebab bace★

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved