Rabu, 19 September 2012

09 di balik pulau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


Pondok Rahmat: <b>Balik Pulau</b> Di Pulau Mutiara

Posted: 14 Sep 2012 11:57 PM PDT


BALIK PULAU DI PULAU MUTIARA


Hari ini, Sabtu 15 September 2012 sudah dua hari kami berada di Balik Pulau, Pulau Mutiara kerana urusan kekeluargaan. Kami tiba kelmarin untuk menghadiri majlis sambutan perkahwinan anak saudara kami, Munyati bt Cik Maaruf bin Saleh di Dewan Kompleks Tabung Haji Bayam Lepas yang akan diadakan malam mini.


Kami menginap di Hotel Taha D'Mutiara Tabung Haji yang terletak di Bayam Lepas di Balik Pulau, Pulau Pinang yang terkenal dengan nama jolokan Pulau Mutiara.

Bayam Lepas ialah sebuah Bandar Satelit George Towan, ibu negeri Pulau Pinang, di mana terletak Lapangan Terbang Antarabangsa, Bayam Lepas. Di Bayan Lepas juga merupakan hub perindustrian Pulau Pinang yang terdapat banyak kilang-kilang antara bangsa.


Di sini juga temasyur dengan pusat membeli belah yang terbesar dan terpanjang, iaitu Queenbay Mall.

Bayan Lepas pula terletak dalam kawasan yang dipanggil Balik Pulau yang dalam bahasa Inggerisnya bererti "The Other Side of The Island".


Balik Pulau ini adalah sebuah Bandar pertanian di Pulau Mutiara,di mana muka buminya banyak ditanam dengan pokok-pokok pertanian, khususnya durian, malah Balik Pulau terkenal dengan duriannya yang berbagai-bagai aneka jenis.

Balik Pulau merupakan kawasan yang terluas di Pulau Mutiara dan keluasannya merupakan kira-kira separuh dairpada keluasan Pulau Mutiara, merentang dari Batu Feringgi di sebelah Utara sampai ke Teluk Kumbar di sebelah Selatan.

Pagi ini di Balik Pulau saya terkenang kepada peristiwa kecemasan yang berlaku pada tahun 2004 yang mungkin masih terpahat dalam perasaan dan hati penduduk di sini, kerana terlibat dalam peristiwa tsunami Lautan India. Tsunami berlaku di Pantai Pasir Panjang berhampiran dengan Pulau Bentong.


Menjenguk sekitar penginapan ini, kawsannya masih penuh berbagai-bagai pokok tanaman yang terpacak di tepi-tepi jalan, di sisi-sisi kedai dan bangunan lama dan baru, yang membentuk Balik Pulau menjadi Bandar dalam taman.


Alangkah berharganya,jika suasana yang penuh keindahanan yang menghijau ini dapat terus dipertahankan walaupun pembangunan tumbuh dengan rancak, mencakar langit.

Dan tentu lebih bermakna andainya mana-mana inci bumi kepunyaan peribumi di Balik Pulau ini dapat terus dipertahankan pemiliknya yang asal tanpa diganggu-guggat oleh keinginan sesetengah pihak untuk mencari kelabaan singkat yang akan menimbul penyesalan generasi-genersi penerus yang akan datang

Keadaan ini akan menjadi lebih selamat, andainya tidak ada campur tangan ejen-ejen atau tangan-tangan politik yang ingin mengaut keuntungan besar di atas nama urusan niaga yang halal daripada mereka yang tidak begitu prihagtin dengan keadaan semasa dan masa hadapan.


Alangkah indahnya, kiranya laungan azan subuh yang sentiasa bergema memecah kesunyian pagi yang hening bening di Balik Pulau ini terus berkemundang menggentar perasaan dan jiwa sesiapa yang mendengarnya...........

END.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.End.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved