Rabu, 19 September 2012

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


Mendaki <b>Bukit Jambul</b> | Warm Bite Blog

Posted: 12 Jun 2012 01:03 AM PDT

Assalammua'laikum.

Hari ni rasa bersemangat betul nak bersukan. Sekarang adalah musim mengayuh basikal, tetapi Ayri selalu tidak sempat untuk lakukan. Tambahan bila bekerja pada siang hari, balik rumah saja dah lewat dan penat, dalam fikiran mulalah malas nak lakukan aktiviti berbasikal walaupun sebenarnya ia boleh dilakukan pada waktu malam juga.

Sebagai altenatif, otak ni mulalah memberikan idea untuk bersukan mendaki bukit. Maklumlah kerja normal shif ni balik kerja saja kena mengadap kesesakan trafik pula dan biasanya sampai rumah pun dah nak malam. So, waktu terbaik untuk melakukan aktiviti tersebut adalah selepas balik kerja terus lakukan. Lepas bersukan barulah mengadap kesesakan lalulintas coz selalu saja jem/trafik perlahan di Jambatan Pulau Pinang nih.

Hiking Bukit Jambul [www.blog.warmbite.com]

Hiking Bukit Jambul

Singgah kedai beli kasut sukan dulu. Lagi pun masa nak pergi kerja pagi tadi memang tak ready apa pun untuk aktiviti nih, masa kerja baru idea datang. Kasut sukan adalah penting semasa mendaki, sebabnya klu mendaki dengan selipar boleh tergelincir dan merbahayakan.

Inilah aktiviti Ayri suatu masa dulu-dulu. Tapi dulu biasa pergi dengan kawan-kawan, sekarang ni banyak kawan-kawan yang aktif sukan nih dah bertukar tempat bekerja di luar Pulau Pinang. Klu dulu kerap juga mendaki Bukit Jambul, rasanya sekarang nih dalam 3 tahun termasuk hari ni baru mendaki sebanyak 2 kali sahaja. Dah lama tinggal sukan nih, otot-otot malas pun dah mula menguasai diri..huhu.

Ayri akan ceritakan pada korang pasal bestnya mendaki di Bukit Jambul nih. Pertamanya, enviroment kat sini fresh, natural dan menenangkan. Di puncak bukit pula dapat melihat dari sudut atas sekitar bandar-bandar di Pulau Pinang termasuk juga Jambatan Pulalu-Pinang. Betapa indahnya pemandangan dari situ, sejuk mata memandang. Hari ini pemandangan tidak begitu baik kerana keadaan jerebu nipis yang mengaburkan pemandangan disini.

Hiking Bukit Jambul 2 [www.blog.warmbite.com]

Hiking Bukit Jambul 2

Di atas puncak Bukit Jambul ada ada tempat riadah dan alat untuk bina badan. Sesiapa yang berminat dengan aktiviti bina badan dan bila sampai saja ke puncak boleh terus capai alat tersebut. Tiada bayaran dikenakan untuk menggunakan alat-alat bina badan disini. Cuma sedikit sumbangan ikhlas digalakkan untuk menambahbaik peralatan-peralatan pada masa akan datang. Sesiapa yang penat mendaki bolehlah duduk disekitar kawasan ini kerana terdapat banyak tempat duduk rehat. Selain itu ada juga peralatan lain yang dikelaskan sebagai alat sukan yang turut boleh digunakan.
Hiking Bukit Jambul 3 [www.blog.warmbite.com]

Hiking Bukit Jambul 3

Disebabkan Ayri sudah lama tidak aktif sukan, maka pedakian ini dianggap paling tercorot sebab banyak kali pancit dan berehat sebentar bersama kit-kat..hehe. Mengalahkan orang tua, punya le penat sampai beberapa kali berhenti rehat. Padahal sebelum ni (dulu-dulu) tak de lah seteruk nih. Tak apalah, yang penting semangat masih ada untuk teruskan perjuangan sehingga mencapai puncak kejayaan…hehe
Hiking Bukit Jambul 4 [www.blog.warmbite.com]

Hiking Bukit Jambul 4


Sampai saja di atas, Ayri duduk berehat sekejap sambil menikmati pemandang dari puncak Bukit Jambul sambil mengambil gambar kawasan disitu dan pemandangan sekeliling. Lenjun badan Ayri dengan peluh. Lepas tengok orang main gym sekejap, terus balik ke tanah besar Semenanjung Malaysia dan memandu di jalan yang agak sesak. Penat juga aktiviti hari, tapi sangat berpuas hati :)
Hiking Bukit Jambul 5 [www.blog.warmbite.com]

Hiking Bukit Jambul 5

  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved