Ahad, 9 September 2012

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


Char Kuey Teow Best <b>Di Bukit Mertajam</b>, Penang | phreak-id.com

Posted: 19 Jun 2012 09:57 PM PDT

Baru-baru ni, phreak-id pergi berkursus di Penang selama 2 hari dan bermalam di The Summit Hotel Bukit Mertajam. Memandangkan di siang hari 8am-5pm berkursus, di sebelah petang, terpaksa la menemani little phreak and mummy dia jalan-jalan. Mummy little phreak memang suka Char Kuey Teow. Memandangkan kami dah berada di Penang, maka tercari-cari juga lah Char Kuey Teow yang paling best di Bukit Mertajam ni. 

Bila check google map, dekat aje kedainya dengan hotel ni. Maka secara automatiknya ini destinasi utama pilihan kami. Kedainya biasa aje dari luar. And bila kami order Char Kuey Teow special yang berharga Rm6 (dah naik harga berbanding review dalam blog di atas), apa yang kami dapat sama sperti gambar yang diatas. Nampak tak menarik dan biasa aje.

Tapi disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi, phreak-id korek-korek. Dan akhirnya....   tadaaaa..

Ada udang disebalik mee rupanya. 4 ketul udang besar disebalik mee tersebut. Anyway, rasa dia serius memang terbaik. Sambil tu phreak-id order Laichi Kang. Tapi rupanya pelik sikit. Meriah berwarna-warni pulak. But still rasa dia not bad.

Anyway, nama kedainya Ismal @ Ismail (tak sure yang mana satu, excited nak makan, lupa nak check nama kedai) beralamat di (berhadapan dengan Pejabat Pos Bukit Mertajam)  :

Ismal Char Koay Teow

Jalan Bunga Raya,

14000 Bukit Mertajam

Klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas


Disebabkan phreak-id pergi pada waktu malam minggu, banyak kereta dan susah nak parking, tak sempat nak ambil gambar kedai dari luar/depan. Anyway korang boleh tengok gambar kedai dari http://www.vkeong.com/ ni :-


Nota kaki : Sebelum balik, sempat tapau sikit sebab nak repeat balik kat Hotel nanti. Malu nak makan 2 pinggan kat kedai. Hahaha
comments

Dua jurufoto diserang ketika bertugas <b>di Bukit Mertajam</b> | Malaysian <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2012 01:59 AM PDT

Forum reformis Islam Syed Sheikh Al-Hadi <b>di Bukit Mertajam</b> esok

Posted: 14 Jun 2012 09:29 PM PDT

GEORGE TOWN, 15 JUN: Satu forum mengenai perjuangan reformis Islam tersohor Syed Sheikh Al-Hadi akan diadakan di Auditorium MPSP, Bandar PERDA, Bukit Mertajam, Pulau Pinang esok mulai jam 8.30 pagi.

Orang ramai yang berminat menambah ilmu pengetahuan dijemput hadir di forum percuma ini anjuran Penang Institute.

Forum Nusantara siri kelima ini akan membariskan tokoh-tokoh seperti bekas Mufti Perlis Prof Dato' Asri Zainul Abidin, aktivis media dan gerakan sosial Tuan Haji Ibu Hasyim, serta budayawan dan penukil lirik terkenal Hasmi Hashim atau lebih dikenali sebagai Buddhi Hekayat.

Moderator forum ini adalah Eekmal Ahmad, iaitu Setiausaha Akhbar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga seorang aktivis Komuniti Jalan Telawi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute, Zairil Khir Johari, gabungan ahli akademik dan cendekiawan awam itu diharap mampu mencetuskan fikiran, semangat dan iltizam warga Pulau Pinang untuk meletakkan kembali Pulau Pinang sebagai pusat ilmu serantau.

"Forum ini juga adalah usaha kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menggalakkan budaya ilmu dan budaya dialog terbuka bagi memartabatkan rasa cinta kepada ilmu pengetahuan," katanya.

Syed Sheikh bin Syed Ahmad Al-Hadi merupakan seorang penerbit, pemikir dan reformis yang tersohor dalam sejarah masyarakat Melayu. Beliau lahir di Melaka pada tahun 1867. Pada usia 14 tahun, beliau dihantar ke Riau untuk mengaji agama dan bahasa Arab dengan seorang pengarang dan juga agamawan iaitu Raja Ali Haji.

Pada penghujung abad ke-19, Syed Sheikh telah berkunjung ke Mekah dan juga Beirut serta Kaherah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama dan berguru dengan reformis terkenal di Kaherah – Muhammad Abduh. Sekembalinya dari Mesir, Syed Sheikh Al-Hadi telah mendirikan Madrasah Al-Iqbal pada tahun 1907 di Singapura.

Beliau kemudiannya mendirikan dua buah lagi sekolah iaitu Madrasah Al-Hadi (1915) di Melaka dan Madrasah Al-Mashoor (1926) di Pulau Pinang. Beliau telah menjadi Mudir kepada dua buah madrasah tersebut.

Pewarisan beliau boleh dikatakan sebagai citra pendidikan moden dan budaya pemikiran reformis dengan tafsiran Islam yang progresif pada zamannya. Beliau bersama sahabatnya kemudian menerbitkan majalah Al-Imam (1906), Al-Ikhwan (1927) dan akhbar Saudara (1928). Beliau juga menghasilkan Hikayat Faridah Hanum yang telah menggegarkan lumrah pemikiran masyarakat Melayu pada ketika itu.

Pun begitu, cara pemikirannya yang agak radikal ini sukar diterima umum di Johor, Singapura dan Melaka. Oleh kerana itu, Syed Sheikh telah menjadikan Pulau Pinang sebagai pangkalannya.

Forum esok akan mencari jawapan tentang kelebihan Pulau Pinang dan bagaimana idea-idea progesif Syed Sheikh yang melangkaui zaman mampu bertapak dan diterima di pulau mutiara.

FORUM NUSANTARA 5

"Syed Sheikh Al-Hadi: Pencetus Gerakan Pencerahan di Malaysia?"
Tarikh: 16 Jun 2012 (Sabtu)
Lokasi: Auditorium MPSP, Bandar PERDA, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Masa: 8.30 Pagi – 12.30 Tengahari

Panelis:
1. Prof Dato' Asri Zainul Abidin (bekas Mufti Perlis)
2. Tuan Haji Ibnu Hasyim
3. Hasmi Hashim @ Buddhi Hekayat
Moderator: Eekmal Ahmad

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved