Sabtu, 22 September 2012

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


Bapa wartawan akhbar Cina maut ditembak <b>di Bukit Mertajam</b> | N9 <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2012 07:56 PM PDT

BUKIT MERTAJAM, 22 Sept.- Bapa kepada wartawan akhbar Guang Ming Daily maut ditembak di halaman Pangsapuri Taman Sejahtera Jaya di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mazlan Kesah berkata dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa Yeap Cheng Chye, 47, baru pulang daripada berniaga nasi ayam datang ke pangsapuri berkenaan untuk menghantar pinggan mangkuk ke rumah pekerjanya.

"Semasa mangsa hendak menyerahkan barangan itu datang dua lelaki yang menaiki motosikal dan pemboncengnya turun melepaskan empat das tembakan ke arah Yeap.

"Penjenayah itu juga melepaskan dua das tembakan lagi ke arah pekerjanya yang berada berdekatan lokasi kejadian kerana cuba melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mangsa yang mengalami pendarahan serius meninggal dunia di tempat kejadian sementara pekerja wanita berkenaan, Loh Siau Kee, 42, parah selepas tembakan itu mengenai bahu kiri dan perutnya.

Katanya polis sedang meneliti modus operandi kes berkenaan dari pelbagai aspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

"Motif pembunuhan masih belum diketahui kerana barang berharga dan dompet milik mangsa tidak terusik," katanya.
Beliau berkata kedua suspek terbabit dikatakan memakai jaket berwarna gelap serta topi keledar berpenutup penuh dan nombor pendaftaran motosikal mereka masih belum dapat dikesan.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved