Isnin, 10 September 2012

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


Pejuang agama <b>Tokong Tanjung</b> berperang dengan bala tentera <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2012 12:17 AM PDT

Pejuang agama Tokong Tanjung berperang dengan bala tentera iblis

Ogos 25, 2012 at 3:17 pm

Pemuja-pemuja kultus (cult) Tokong berniat mem'BERSIH'kan tanahair kita ini dengan usaha mengusir keluar syaitan.

Para pengikut kultus Tokong yakin diri mereka malaikat. Mereka juga percaya bahawa dalam seketika lagi musuh mereka – iaitu dajjal yang durjana – akan kiamat.

Kultus tokong ini berpusat di Tanjung. Rumah ibadahnya terpacak gah di kawasan daerah Komtar. Ia juga mempunyai satu cawangan di Subang Jaya.

Anda kenal siapa DAPSubangJaya bukan?

Alahai. Satu akaun Twitter tidak mencukupi bagi sesetengah orang. Ini ketagih tahap kronik ni.

Pengikut kultus (cult) tokong memuja dewa-dewi yang dipanggil Papa dan Mama.

Ciri-ciri kultus Tokong adalah seperti berikut:
.

Pohon agar Tuhan Tokong akan mengampuni si Rasis.

Moga-moga si Rasis yang telah dipesongkan oleh penunggu di Penanti tidak akan disembelih sebagai korban nanti.

Namun mereka selalu menuduh pihak lain yang bertanggungjawab memupuk perasaan Benci.

Kultus menyembah tokong ini didakwah ajaran-ajarannya di kalangan golongan Twits.

Puji-pujian yang dinyanyikan para penganut dikumpulkan sebagai lagu taksub setiap minggu dalam kitab suci Buletin Mutiara dan Selangor Times.

Seperti juga sesetengah penganut Kristian yang menggantung gambar wali-wali (saints) agama mereka di dinding, banyak gambar dewa-dewi kultus Tokong juga disediakan bagi pengikut yang wala kepada Tokong supaya boleh digantung di rumah.

Bersambung daripada:

Cocky, arrogant tokong: Kalau ada pita, nanti bagaimana pula?

Punca orang Cina menyembah Guan Eng bagai 'tokong'

Entry filed under: Mama DAPster. Tags: , , , .

PENDEDAHAN TERBARU!!! UMNO/BN jual 980 ekar <b>di Tanjung</b> <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2012 08:23 PM PDT

GEORGE TOWN, 3 SEPTEMBER: Kerajaan UMNO-Barisan Nasional telah menjual sebanyak 980 ekar di Tanjung Tokong, 325 ekar di Lebuhraya Jelutong dan 750 ekar di Batu Kawan kepada Abad Naluri Sdn Bhd.

Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini; sambil menyebut bahawa penjualan tanah oleh Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi kehebatan UMNO-BN menjual tanah.

Menurut beliau, UMNO-BN Pulau Pinang sengaja membesarkan isu penjualan tanah sebanyak 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin. Pada masa yang sama UMNO Barisan Nasional enggan memberikan penjelasan ke atas keuntungan sebanyak RM5 juta yang telah dikaut oleh pemimpin-pemimpin UMNO pada tahun ini dalam masa tiga setengah bulan menjadi 'broker tanah' bagi 31 pemilik tanah Melayu di Batu Kawan.

Guan Eng dalam kenyataannya juga memberitahu, UMNO Barisan Nasional telah menjual tanah utama di Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi dan tanah tebusguna Lebuhraya Jelutong pada harga RM20 sekaki persegi.

Tambah Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi, penjualan secara tender terbuka oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan rakyat terbukti berjaya mendapat harga yang paling tinggi melebihi harga pasaran.

"Sebaliknya penjualan tanah yang dilakukan oleh UMNO Barisan Nasional tidak begitu".

"Perjanjian penebusguna dan memajukan Tanjong Tokong yang bertarikh 1990 dan 1999, pemaju hanya diberi hak untu menebusguna dan memajukan sebanyak 980 ekar tanah dipersisiran Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi." Kata Guan Eng.

"Lebuhraya Jelutong pula, dibawah perjanjian bertarikh 1997, 2002 dan 2003, pihak pemaju diberi hak untuk menebusguna sebanyak 325 ekar tanah sebagai gantian untuk pembinaan Lebuhraya Jelutong dengan kos anggaran RM300 juta dan bayaran RM25.4 juta. Dalam erti kata lain, jumlah kos RM325.4 juta untuk 325 ekar tanah". Jelas Guan Eng dalam kenyataannya.

Jumlah ini bersamaan dengan RM1 juta seekar ataupun RM20 sekaki persegi, pemaju boleh membayar RM25.4 juta dalam jangka masa 10 tahun dari 2005 hingga 2015.

Guan Eng turut mengulas bahawa, pemimpin Barisan Nasional, termasuk Pengerusi BN Teng Chang Yeow, enggan memberi penjelasan tentang keuntungan RM5 juta yang dikaut oleh pemimpin UMNO sebagai broker tanah atau kenapa tanah negeri dijual dengan begitu murah semasa mereka masih berkuasa.

"Jika pemimpin-pemimpin BN boleh menjual tanah dengan begitu murah semasa berada di tampuk kuasa, apakah mereka tidak akan melakukannya lagi sekiranya kembali berkuasa?" ujar Guan Eng. – Roketkini.com

Straits Quay, <b>Tanjung Tokong</b> | -Visualize-

Posted: 22 Jul 2012 03:53 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Strait Quay merupakan tarikan baru di Penang yang terletak di Tanjung Tokong. Disini ditempatkan pemandangan marina dimana yacht serta bot-bot mewah berlabuh. Kalau datang disiang hari, you guys can have a good ...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved