Selasa, 18 September 2012

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


Penduduk <b>Tanjung Tokong</b> bantah bina galeri warisan <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2012 11:00 PM PDT

TANJUNG TOKONG - Persatuan Penduduk Tanjung Tokong membantah pembinaan projek 'warisan mati' yang berkonsepkan galeri dan rumah contoh di atas tanah seluas 160 meter persegi di sini. Sehubungan itu, Pengerusinya, Mohammad Salleh Yahya berkata, pihaknya memohon supaya pemaju menangguhkan sementara pelan kelulusan bangunan ditapak fasa 5 kampung berkenaan bagi tujuan pembinaan itu kerana masih banyak isu berbangkit dan tuntutan yang belum diselesaikan. "Kami menolak konsep dan perlaksanaan 'warisan mati' iaitu pembinaan galeri atau sebuah bangunan yang hanya menceritakan sejarah Kampung Tanjung Tokong.

 "Pembinaan ini langsung tidak menggambarkan realiti warisan asal yang wujud di kampung berkenaan iaitu tapak bersejarah berusia lebih 250 tahun," katanya. Mohammad Saleh berkata, pembangunan bukan sekadar binaan batu bata yang diibaratkan seperti pembangunan tanpa roh, sebaliknya pembangunan mestilah diisi dengan budaya, sejarah dan tamadun. "Itulah pembangunan hidup yang sudah diwar-warkan Tun Razak iaitu 'Better emenities for Tanjung Tokong Soon'," katanya.

 Selain itu, menurutnya, terdapat enam bentuk warisan di sini antaranya, rumah tradisional di Jalan Lama dan kampung tersusun di Kampung Moden Tanjong Tokong.

 "Adanya juga warisan institusi yang berusia lebih 100 tahun iaitu Persekutuan Setia Tanjong Tokong yang ditubuhkan pada 1911 dan Madrasah Al Taqwa pada 1900. "Antara elemen warisan lain termasuk warisan tapak budaya, warisan penjaja Melayu, warisan nelayan Jermal melalui seni perahu dan permainan rakyat, tetapi kami kesal dengan cadangan yang mahu warisan sejarah dalam bentuk galeri sahaja," katanya.

 Beliau berkata, ia bertentangan dengan pelestarian warisan hidup selaras dengan apa yang dilaksanakan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco). "Saya harap aktivis dan pakar warisan membentangkan pelan cadangan bagaimana warisan layak dilestarikan dalam pembangunan semula Tanjong Tokong," katanya.

 Sebelum ini, Pengarah Uda Land (North) Sdn Bhd, Kamaruzaman Mohamad mengumumkan pelan pembangunan Tanjung Tokong mengandungi pembinaan Galeri Tanjung Tokong iaitu rumah yang bercirikan tradisional di sekeliling bazar.

 Uniknya bazar berkenaan turut dibina dengan ciri kolonial dan langsung tidak memperlihatkan pembangunan moden secara langsung. Kamaruzaman berkata, pihaknya juga pernah bertanya mengenai sejarah susur galur di sini, bagi membolehkan sejarah berkenaan dipamerkan dalam galeri.

 Tegasnya, seperti di Kapitan Keling mempunyai sejarahnya tersendiri, namun di sini sejarahnya yang dikatakan perkampungan nelayan juga sama seperti Tanjung Bungah, Jelutong dan Batu Uban. Namun Uda tidak pernah memandang ringan hal berkenaan dan membina galeri untuk penduduk tempatan dan pelancong mengetahui sejarah Kampung Tanjung Tokong.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved