Rabu, 31 Oktober 2012

09 di nibong tebal - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


UMNO Online - 1,000 Rumah Rakyat Miskin <b>Di Nibong Tebal</b> <b>...</b>

Posted: 24 Oct 2012 01:39 AM PDT

Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

1,000 Rumah Rakyat Miskin Di Nibong Tebal Diperbaiki

NIBONG TEBAL, 24 Okt – Sebanyak 1,000 buah rumah rakyat miskin di kawasan Parlimen Nibong Tebal akan dibaik pulih mulai November menggunakan sebahagian peruntukan RM2 juta yang diumumkan perdana menteri April lepas, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman

Peruntukan RM2 juta yang dinyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak itu ialah untuk penyelenggaraan perumahan bertingkat dan mengecat semula 1,800 unit di 10 perumahan pangsa.

Zainal Abidin yang juga Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata beliau telah memohon peruntukan itu untuk melaksanakan projek mengecat semula rumah pangsa dan membaiki bumbung serta lantai rumah rakyat miskin di sini.

Beliau berkata UMNO Pulau Pinang dalam pada itu kecewa kerana kerajaan negeri tidak memberikan kerjasama kepada pihak kontraktor untuk menjalankan kerja mengecat di dua rumah pangsa yang dibawah penyelenggaran kerajaan negeri.

Pihak kontraktor menghadapi pelbagai masalah antaranya tidak dibenarkan menggunakan bekalan air dan peralatan mengecat turut tidak dibenarkan ditinggalkan di kawasan perumahan, katanya selepas Majlis Pelancaran Program Penyelenggaraan Perumahan Bertingkat di Taman Desa Jawi di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Zainal Abidin menggesa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) supaya memberi penjelasan mengenai tindakan mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid di negeri ini dan menunjukkan bukti bahawa tindakan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Katanya sebelum ini MAIPP telah cuba menganjurkan pilihan raya kariah masjid pada 2011 tetapi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika itu menitahkan supaya ia ditangguhkan.

"Kami (UMNO negeri) mendapat aduan daripada qariah masjid yang  memaklumkan satu pemilihan jawatankuasa kariah masjid di Pulau Pinang akan diadakan mulai November," katanya.

Berita Bertarikh Pada 4:39 PM

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved