Rabu, 10 Oktober 2012

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b> Putar Belit Jual Tanah - UMNO Online

Posted: 05 Oct 2012 12:16 AM PDT

Kategori Berita Lain

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Putar Belit Jual Tanah Di Taman Manggis

GEORGE TOWN, 5 Okt – Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kecewa dengan kerajaan negeri yang didakwa tidak ikhlas dalam penjualan tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis di sini apabila mensyaratkan bayaran penuh lebih RM22 juta bagi tanah itu perlu dibayar dalam tempoh 30 hari.

Ketua Pemudanya Oh Tong Keong berkata BN negeri telah menerima surat daripada pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng semalam yang mensyaratkan jika bayaran penuh tidak dijelaskan dalam tempoh itu, urusan pemberimilikan tanah tidak dapat dijalankan.

Turut dinyatakan dalam surat itu tanah di Taman Manggis hanya untuk pembinaan rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) mengikut kaedah yang ditetapkan oleh kerajaan negeri, katanya.

Syarat yang dikemukakan oleh pejabat ketua menteri amat tidak munasabah kerana ini melibatkan pembelian tanah yang memerlukan perbincangan untuk terma dan syarat serta perjanjian jual beli, katanya di sini hari ini.

"Kami rasa sedih dan kecewa dengan syarat yang ditetapkan dan diberi hanya 30 hari untuk selesaikan baki bayaran iaitu RM22,183,227. Ini bukan cara yang betul.

"Kenapa (sebelum ini) kerajaan negeri boleh menjual tanah itu kepada syarikat swasta dan memberi mereka tempoh lima tahun untuk menjelaskan baki bayaran dan BN hanya diberi 30 hari?," tegasnya.

Pada Rabu lepas, BN negeri telah membayar "wang kesungguhan" RM224,073 atau satu peratus daripada harga penuh RM22,407,300 dalam bentuk tunai kepada kerajaan negeri sebagai tanda ikhlas untuk membeli tanah itu.

Oh berkata Pemuda BN turut ragu dengan kenyataan Lim sebelum ini yang menyatakan tanah di Taman Manggis tidak sesuai untuk pembangunan PPR kerana saiznya yang kecil.

"Tetapi dalam surat itu jelas menyatakan penjualan tanah itu tertakluk kepada syarat hanya untuk pembinaan PPR. Ini jelas mencerminkan ketidakikhlasan kerajaan negeri untuk menjual tanah pada BN," katanya.

Oh berkata peguam yang ditugaskan untuk proses pembelian tanah itu telah menghantar surat rasmi kepada pejabat ketua menteri pagi ini bagi memulakan proses perjanjian jual beli kerana pihaknya langsung tidak diberikan peluang untuk berbincang terma dan syarat jual beli.

Berita Bertarikh Pada 3:16 PM

Tiada ulasan:

Catat Komen