di negeri pulau pinang - Google Blog Search |
Jawatan Kosong Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b> (25 September <b>...</b> Posted: 18 Sep 2012 12:20 AM PDT Warganegara Malaysia keutamaan kepada warga Pulau Pinang yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut :- 1. PEMBANTU AM PEJABAT N1 MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN Tarikh Tutup Permohonan:- 25 September 2012 ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() * Dapatkan Sekarang PROMOSi Koyok Kaki Buang Toksin!! () * Dapatkan Minyak Pengasih, Pelaris Perniagaan, Penunduk Temuduga, Jodoh! () * Dapatkan Tutorial Komputer Dan Handphone Secara Percuma () * Ketahui! Kaedah Membuat Duit Di Internet Yang Sebenar! () * Mempelajari Cara Solat/Sembahyang Secara Online () * Ingin Berniaga Online?Kedai Online Melalui Facebook () * Iklan Disini RM10 Sebulan () | ||
Tanah Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b> Didakwa Dijual Kepada <b>...</b> Posted: 30 Aug 2012 07:31 AM PDT
Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendakwa, tanah di Jalan Taman Free School dan Lengkok Ariff di Masjid Negeri telah dijual kepada pembeli yang sama dan juga merupakan pengundi di kawasan Bagan.Beliau mendakwa tanah seluas lebih 10,000 kaki persegi di Lengkok Ariff merupakan penjualan terbaharu yang didedahkan oleh rakyat Pulau Pinang dan kedua-dua tanah itu selesai dipindah milik pada 29 September tahun lalu.Oh berkata kedua-dua tanah tersebut yang dijual kepada pembeli yang sama dan dipercayai pengundi di kawasan Bagan telah menimbulkan kecurigaan kerana kebetulan Ketua Menteri Lim Guan Eng adalah Ahli Parlimen Bagan. Pada sidang akhbar di sini hari ini, Oh turut mendedahkan penjualan tanah di Jalan C.Y. Choy kepada syarikat swasta di mana pemilik syarikat itu juga didakwa Pemuda Gerakan Pulau Pinang mendesak kerajaan negeri memberikan penjelasan tentang berapa hektar tanah yang telah dijual sejak pakatan pembangkang berkuasa pada 2008 dan berapa hektar tanah yang masih tinggal sehingga kini. Oh berkata rakyat Pulau Pinang mengundi kerajaan pakatan pembangkang pada 2008 supaya menjaga dan membela nasib mereka dan bukan untuk menjual tanah-tanah milik rakyat negeri ini. Pemuda Gerakan negeri turut mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri yang tidak memaparkan laporan tahunan dalam laman sesawang Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). "Amalan kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa memerintah ialah memaparkan laporan tahunan mengenai tanah MPPP termasuk tanah yang telah dijual. Kini amalan itu dihentikan sejak pakatan pembangkang ambil alih pada 2008," katanya. Kerajaan negeri dikatakan aktif menjual tanah dan hartanah miliknya sejak berkuasa pada 2008 seperti tanah di Jalan Taman Free School, 0.44 hektar tanah di Jalan Zainal Abidin dan tanah di Jalan C.Y. Choy. Selain itu, hartanah milikan MPPP di kawasan bandar raya turut dijual seperti sembilan buah bangunan rumah praperang di Jalan Magazine, lima buah bangunan rumah di Jalan Kimberly dan sebuah bangunan rumah di Lorong Hutton. Oh berkata hanya 12 peratus daripada jumlah keluasan tanah di Pulau Pinang adalah milikan kerajaan negeri, tetapi selepas pakatan pembangkang berkuasa pada 2008, tanah berkenaan dijual secara berterusan. – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di negeri pulau pinang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen