Jumaat, 16 November 2012

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


Bayi Kembar Dalam Kandungan Hilang Secara Misteri | Informasi <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2012 11:09 AM PST

Detik penantian 5 tahun seorang suami bagi menimang anak sulung hancur setelah anak kembar perempuan dalam kandungan isterinya telah hilang secara misteri.

Kejadian yang berlaku di Pokok Sena itu tidak diduga dan kehilangan itu berlaku semasa dia bermimpi sewaktu tidur di rumah ibunya, Che Som Endut di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.

Lebih memeranjatkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungan mangsa tersebut di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang telah dipercayai hilang di malam yang sama.

"Pada malam tersebut, saya telah bermimpi didatangi 5 wanita berjubah mendekati saya dan membacakan sesuatu sebelum mereka hilang setelah azan Subuh berkumandang. Setelah terjaga, saya mendapati perut saya yang selama ini besar dan berat (berisi kandungan) , tiba-tiba telah ringan dan kempis," ujar mangsa.

"Saya terkejut dan mula mengesyaki ada perkara buruk yang tidak kena berlaku dan lantas mengejutkan suami saya, Aziz Hussein bagi memberitahu apa yang berlaku. Apabila tiba di Klinik Kesihatan Pokok Sena bagi tujuan pemeriksaan pada lebih kurang pukul 9 pagi esoknya, bayi kembar dalam kandungan saya telah disahkan hilang. Saya berasa sangat sebak hanya mampu menangis," jelas Norliana penuh hiba.

Mangsa yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, telah dijadualkan bersalin pada 3 November lepas. Berikutan peristiwa itu, dia mengambil keputusan bagi tinggal bersama ibunya di rumah ibunya sejak sebulan yang lepas bagi memudahkan mangsa bersalin kelak.

Norliana menjelaskan lebih lanjut, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawa beliau membuat ujian pengimbasan kandungan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul dan dia dimaklumkan mengandung kembar perempuan.

"Akan tetapi semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul bagi mengesahkan dakwaan itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang," jelas Norliana lagi.

Norliana juga turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarganya dua hari lepas bagi mendapatkan kepastian mengenai kejadian yang berlaku ini. Pengamal perubatan itu juga menyatakan bahawa bayi kembar itu benar-benar hilang dalam kandungan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembar Dalam Kandungan Hilang? | MyNewsHub

Posted: 15 Nov 2012 09:01 PM PST

POKOK SENA – Penantian lima tahun seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.

Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.

Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai hilang pada malam yang sama.

"Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang.

"Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis.

"Saya mula syak ada benda yang tidak kena berlaku lalu mengejutkan suami saya, Aziz Hussein untuk memberitahu apa yang berlaku.

"Apabila saya pergi ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk tujuan pemeriksaan pada kira-kira pukul 9 pagi esoknya, bayi dalam kandungan saya disahkan sudah hilang. Saya hanya mampu menangis," cerita Norliana kepada pemberita di sini semalam.

Dia yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dijadual bersalin pada 3 November lepas.

Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibunya sejak sebulan lalu untuk tujuan bersalin.

Menjelaskan lebih lanjut, Norliana berkata, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawanya membuat ujian pengimbasan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul sebelum ini yang memaklumkan dia mengandung kembar perempuan.

"Bagaimanapun semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul untuk mengesahkan dakwaan saya itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang," ujarnya.

Norliana turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarga dua hari lalu untuk mendapat kepastian mengenai kejadian itu.

"Mereka memaklumkan perkara sama seperti doktor iaitu anak saya hilang dalam kandungan," katanya. – Kosmo

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved