Sabtu, 29 Disember 2012

09 di bagan ajam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di bagan ajam - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Sep 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Sep 2012 01:16 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Mantan Pengerusi PGMPPS/KGMMB Pulau Pinang Menerima PJB

Posted: 21 Sep 2012 06:04 PM PDT

Tn. Hj. Abdul Waris Darus dilahirkan di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 20 September 1945. Kini beliau berusia 66 tahun dan menetap di Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang. Beliau berkahwin dengan Asma Binti Omar yang juga merupakan pendidik dan mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Beliau memulakan zaman persekolahan pada tahun 1952. Sekolah pertama beliau ialah Sek Melayu Titi Teras, Balik Pulau hingga tahun 1954. Kemudian beliau ke Sek. Men. St. George Balik Pulau pada tahun 1955 hingga 1962. Beliau mendapat latihan guru di Maktab Latihan Guru Pulau Pinang pada tahun 1963 hingga 1965. Kemudian melanjutkan pelajaran di USM Pulau Pinang pada 1979 hingga 1983.
Abdul Waris Darus memulakan perkhidmatan sebagai guru pada 1 Januari 1966. Beliau seorang yang banyak memperoleh pengalaman mengajar. Beliau banyak mencurahkan bakti demi membantu mendidik anak bangsa untuk menjadi warga yang berilmu dan beramal. Antara sekolah yang pernah beliau berkhidmat ialah:
v  1966 – 1967:  SK Temoyong, Langkawi (Guru Penolong).
v  1968: SK Bayas, Langkawi.
v  1969 – 1977: SK Pendang, Kedah.
v  1978 – 1979 SK Permatang Janggus, Pulau Pinang.
v  Pada Tahun 1979 – 1983 melanjutkan Pelaran Ke USM.
v  1984 – 1992: SMK Dato' Onn, Seberang Perai Tengah.
v  1993 – 1994:  SMK Permatang Rawa, S. Perai ( Guru Penolong Kanan).
v  1994 – 2000: SMK Dato' Onn, S. Perai (Guru Penolong Kanan).
Sepanjang perkhidmatan beliau banyak menganjurkan program, mencurahkan idea dan membuat transformasi. Antara yang dapat disumbangkan oleh beliau ialah :
v  1977 – 2000: Program Mentor Mantee
Program ini membolehkan pelajar diberi perhatian yang lebih dengan mengadakan seorang guru diberi lima orang pelajar. Mereka akan dipantau dan diberi perhatian yang lebih.
v  1995 – 2000: beliau memperkenalkan Kadet Bomba, Silat Lincah di sekolahnya.
v  1995 – 2000: membangunkan program sekolah dalam taman di sekolahnya.
Dalam program ini pelbagai usaha telah digembling untuk menjadikan impian satu realiti antaranya menggadakan anjung ilmu, mini muzium sekolah, pondok ilmu, menjadikan kebersihan satu amalan gaya hidup yang sihat. Turut diwujudkan ialah perpustakaan mini. Semua ini dilakukan bagi menarik minat membaca dalam kalangan pelajar.
v  1994 – 2000: menganjurkan majlis perkembangan staf untuk mewujudkan kerjasama di kalangan staf dan percambahan ilmu.
Pentadbiran sekolah (1994 – 2000)
v  Pengurusan kewangan yang baik dan cekap.
v  Pengurusan bilik darjah yang sistematik dan teratur.
Beliau memperoleh kejayaan yang bermakna antaranya ialah program komputer yang dicetuskan beliau menjadi Johan Peringkat Negeri  tahun 1998 yang dikenali program MATA (Rekacipta).  Pada tahun 1999 pula, program tersebut berjaya mendapat tempat ke-3 antara sekolah-sekolah Malaysia.
Beliau juga gigih memulihkan penagihan dadah dalam kalangan pelajar dan masyarakat. Program Pemulihan yang diperkenalkannya pada tahun 1988–1990 berjaya membantu mengenalpasti penagih dan menghantar mereka ke Pusat Serenti untuk dipulihkan.
Antara aktiviti lain yang beliau terlibat adalah :
v  1991  - 1994: Pengerusi JKKK Daerah Seberang Perai.
v  1997 – 2003: Pengerusi Qariyah.
v  1998 – 2000: Timbalan Pengerusi SK Agama Rakyat (KAFA).
v  1998 – 2000:  Penasihat Belia Daerah Seberang Perai.
Beliau juga terlibat dalam urusan masjid Jabatan Agama Islam seperti pengurusan jenazah, mengambil tugasan pegawai masjid, urusan hal ehwal perkahwinan anak qariyah serta terlibat dalam urusan latihan bakal imam. Sekolah agama yang diwujudkan adalah untuk memastikan anak-anak qariyah kampung beliau mendapat pendidikan  agama  dan Kelas Fardu Ain.
Sebagai Pengerusi Sekolah Agama Rakyat (Darul Hikmah) Pulau Pinang yang dilantik pada tahun 2000 hingga kini, beliau terlibat dengan pelbagai aktiviti. Beliau menganjurkan pertandingan hafazan di surau dan masjid. Di samping itu beliau turut mewakili sekolah agama tersebut menandatangani MOU dengan  Sekolah Agama di Pattani, Selatan  Thailand. Di dalam MOU tersebut terdapat program pertukaran guru dan murid serta meluaskan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan Pelajar Thailand.
Abdul Waris Darus bertanggungjawab menyatukan semua daerah menjadi satu pertubuhan bersifat negeri bagi memudahkan urusan dalam pentadbiran Persatuan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai. Ini bukan sahaja memudahkan proses pentadbiran tetapi juga dapat mempermudahkan lagi urusan pembayaran yuran oleh ahli yang bersara. Mewujudkan kerjasama  KGMMB Pusat dan cawangan Negeri untuk urusan yuran dan kebajikan. Mencadangkan satu bangunan baru diwujudkan di Seberang Perai (bangunan sekarang di Taman Koperasi Guru Tanah Liat Bukit Mertajam – 2010). Kegiatan luar yang disertai oleh beliau adalah:
v  1985 – 1988: Pengerusi KGMMB Pulau Pinang
v  1998 – 1995: AJK Persatuan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai  (PGMPPS).
v  1998 – 1995: AJK  KGMMB Cawangan Pulau Pinang.
v  1996 – 2000: Pengerusi KGMMB Cawangan Pulau Pinang.
v  2008 – 2012: AJK Persatuan Guru PESARA.
Abdul Waris Darus menamatkan perkhidmatan pada 20 September 2000 sebagai kakitangan kerajaan. Namun, meneruskan  mengajar sebagai tutor di Open University Cawangan Pulau Pinang dari tahun 2000 hingga 2004. Atas usaha gigihkepada negeri dan masyarakat beliau menerima beberapa anugerah iaitu:
v  2001 – Pingat Jasa Masyarakat (PJM)
v  1993 – Pergerakan gaji melintang
2011 – Tokoh Kepimpinan PGMPPS

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jun 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jun 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jun 2012 01:32 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Eynda&#39;s Diary: Makan Angin <b>Di</b> Pantai Bersih, Butterworth...

Posted: 04 Jun 2012 08:20 PM PDT

Assalamualaikum....hai semua!!
Eynda baru balik dari kampung... Alhamdulillah sampai rumah 10.30pm last nite.... anggaran 6 jam jugak la atas lebuhraya.... banyak kenderaan...syukur dipermudahkan perjalanan balik utara & kembali ke shah alam.... balik utara Jumaat lepas....seronok sangat bila berada di kampung halaman walaupun tak lama....
Hari ahad petang saje bawak anak2 makan angin di Pantai Bersih..... tempat eynda selalu pegi sejak kecik lagi... macam2 kenangan ada kat situ.... dah agak lama tak jejak kaki kat situ.... last sekali rasanyer masa Adam umur bawah 4 tahun....
Tapi Pantai Bersih dah banyak berubah....nak cari jalan agak2 ikut signboard aje.... nasib baik jumpa jugak.... cuma masa tak mengizinkan duduk lama2 tepi pantai sebab dah hampir senja.... sempat snap gambar skit...

Hannah sukaaaa dapat main kat beach.... takmau balik.... baju persalinan lupa nak bawak, seluar dia basah sebab main air laut....tapi sempat kering skit la sebelum naik kete hehe...

Tengah main tepi pantai adam terjumpa sekor kumbang kelemasan dlm air laut tepi gigi pantai.... kira adam penyelamat la... adam kata adam picit2 skit badan kumbang tu...baru kumbang tu bergerak.... ala-ala bagi CPR kat kumbang konon hehe....kami tunggu sampai kumbang tu kering bergerak-gerak macam nak terbang baru kami letak kat area batu2...harap selamat la dia ye...
Nak kena bawak bercuti kat tepi pantai ni... :-D

Kawan Hannah pun ikut.... basah dia sebab Hannah mandikan dlm air laut....
Silau matahari nak turun... jenuh bukak mata besar2....belakang tu pelabuhan kapal...

Lepas tengok matahari terbenam kami bertolak balik ke Sungai Petani.... kami parking area RNR Bagan Ajam... wahhhh time tu kan Maghrib.... kita kelam kabut nak balik rumah tapi tak sangka waktu tu la anak2 muda berkumpul nak merempit dgn motor.... berpuluh-puluh motorsikal..... No komen.... cuma dalam hati berharap semoga diaorg tu berubah la... sepatutnyer time2 macam tu lagi bagus ada di rumah atau di masjid/surau kan....
Melepasi RNR Bagan Ajam nak masuk highway ke Sungai Petani baru la nampak kedudukan Pantai Bersih, lokasi yg original.... tapi tak sempat nak berhenti.... lain kali Insyaallah pegi lagi kalau balik kampung.... masih teringat pakcik yg jual kueteow sup bawah pokok tepi pantai.... berhadapan kawasan apartment...tempat feveret eynda.... ntah masih berniaga kat situ atau tidak....

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved