Sabtu, 22 Disember 2012

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Najib Gembira Dengan Sambutan Orang Ramai <b>Di Bayan Baru</b> <b>...</b>

Posted: 08 Dec 2012 01:34 AM PST

imageGEORGETOWN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sangat gembira dan teruja dengan sambutan orang ramai terutama penduduk Bayan Baru yang gembira dengan lawatan kerjanya di kawasan berkenaan.

Ketua Umno Bahagian Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri Perdana Menteri kepada beliau ketika sedang makan di jamuan tengah hari di perkarangan Pejabat Umno bahagian Bayan Baru di sini.

"Beliau begitu gembira dan teruja dan beberapa kali berkata kepada saya "saya sangat gembira…sambutan daripada masyarakat di sini sangat menggalakkan dan saya sangat teruja. Ini petunjuk yang baik".

"Riak wajah Perdana Menteri juga sangat ceria walaupun beliau diasak orang ramai yang ingin bersalam dengannya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pada sebelah pagi, lebih 1,000 orang menunggu sejak pukul 7 pagi untuk menyambut kedatangan Najib di Pasar Awam Bayan Baru yang membuat tinjauan mesra sejam di situ.

Selepas merasmikan program siri Jelajah Janji Ditepati (JJD) di Padang Kawad, Universiti Sains Malaysia (USM), Perdana Menteri bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyertai lebih 1,000 penduduk sekitar Bayan Baru untuk menikmati jamuan tengah hari.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata Umno bahagian Bayan Baru menyambut baik keputusan Anggota Parlimen bahagian itu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mahu menyertai semula Umno.

Katanya tindakan Zahrain dan 347 bekas anggota Parti Keadilan Rakyat(PKR) itu akan menguatkan lagi Umno di kawasan berkenaan.

"Saya percaya tindakan itu juga sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pakatan pembangkang di negeri ini kerana orang Melayu mula memberi sokongan dan memilih Umno," katanya. – Bernama

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved