Isnin, 24 Disember 2012

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


BASMI SEGERA JUDI MESIN SLOT <b>DI NEGERI PULAU PINANG</b> <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2012 06:33 AM PST

Kenyataan Media TERAS
13hb Disember 2012

TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS) memandang serius munculnya permainan judi mesin slot yang dilaporkan beroperasi dikebanyakan lokasi di negeri Pulau Pinang.

Gejala yang dikatakan tiba-tiba berkembang di negeri tersebut seharusnya dipandang berat oleh pihak berkuasa tempatan kerana ia jelas akan mengalakkan tabiat berjudi yang melibatkan pelajar ataupun remaja.

Mesin Judi

Soalnya kenapa kedai-kedai mesin slot yang sebelum ini ditutup kini dibuka semula tanpa tindakan oleh pihak berkuasa.

Pihak berkuasa sepatutnya boleh menghidu operasi kedai-kedai tersebut yang berkemungkinan didalangi sindiket tertentu.

Kami berpendapat pembasmian pusat judi seperti ini hendaklah segera dikuatkuasakan sehingga ke akar umbi. Maklumat dari orang ramai boleh diperolehi jika pihak berkuasa bersungguh untuk mengesan siapa yang terlibat mendalangi kedai judi tersebut kerana ia bukan beroperasi dikawasan terpencil malah secara terbuka di kawasan taman-taman penduduk.

Kami hairan kenapa pihak berkuasa mengambil masa begitu lama untuk bertindak sedangkan kedai-kedai tersebut sudah beroperasi sedemikian lama.

Jika benar terdapat sindiket yang mendalangi operasi kedai-kedai tersebut maka pihak polis sewajarnya melakukan siasatan dan mengesan mereka yang terlibat tidak mengira pangkat atau kedudukan.

Gejala memancing pelajar sekolah untuk berjinak dengan tabiat berjudi tidak boleh dipandang rengen kerana kini terdapat tanda-tanda budaya berjudi semakin berkembang luas dalam masyarakat.

Sasaran dikalangan anak muda tidak menghairankan kerana seperti gejala minum arak , merokok dan dadah  sememangnya gejala bermain dengan mesin judi adalah permulaan untuk mereka kemudiannya dilibatkan dengan gejala berjudi yang lebih besar seperti pertaruhan dalam pelbagai bentuk , membeli nombor ekor sehingga berani berkunjung ke kasino.

Sepatutnya pihak berkuasa boleh menyiasat dan mengesan pengusaha kedai mesin judi di kawasan yang dikenalpasti dikunjungi pelajar sekolah.

Kami juga berpendapat pihak Persatuan penduduk juga seharusnya mengambil inisiatif untuk melaporkan gejala ini kepada pihak berkuasa dan jika maseh tidak berkesan dilapor terus ke Bukit Aman untuk diambil tindakan.

Gejala ramai pelajar Melayu berbanding kaum lain berkunjung di kedai mesin judi sepatutnya menyedarkan semua pihak betapa anak Melayu sangat mudah terpengaruh dengan tabiat buruk itu , oleh itu segala langkah tegas bagi membasmi hal tersebut tidak boleh dilengah lagi.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

pautan media : harakahdaily

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved