Jumaat, 3 Februari 2012

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


Makam Keluarga Diraja Kedah <b>di Bukit Mertajam</b> - Maharum Bugis <b>...</b>

Posted: 29 Nov 2011 11:26 PM PST


Mengikut catatan sejarah, Tunku Sulaiman menduduki Kampung Kota untuk mengasingkan diri daripada terlibat dalam krisis perebutan tahta Sultan Kedah ke-22 sekitar 1804 hingga 1845. Kampung ini juga menjadi tempat persembunyian Tunku Sulaiman dan kekandanya Sultan Ahmad Tajuddin apabila Kedah dilanggar oleh tentera ligor daripada kerajaan Siam pada 1821.

Menurut Pengarah Muzium Negeri Kedah, En Suhaidi Shukri yang bersama-sama rombongan dari Kedah dalam lawatan ini memaklukan bahawa pihaknya akan menjadikan kawasan permakaman ini sebagai pusat pelancungan bersejarah dan akan mengambil langkah segera bagi memastikan kawasan ini tidak lagi terbiar dan diabaikan. Menurut beliau lagi, pihaknya akan merujuk kepada Jabatan Warisan Negara untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab menjaga dan memulihara makam berkenaan.


Full content generated by Get Full RSS.

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


Gelombang Rakyat: ANWAR AKAN ASAK MELAYU TERIMA <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2012 03:38 PM PST

Benarlah bahawa di Perak dikebanyakkan kawasan di negeri ini undi Cina adalah faktor penentu kepada kemenangan mana-mana parti dalam PRU ke13 kelak.
Menyedari peri penting pengaruh dan  undi dari kaum Cina maka pembangkang sejak kebelakangan ini menggunakan semua helah yang ada dalam buku untuk meraih sokongan kumpulan ini.

Bagi Dap mereka membolot hampir 80 peratus  undi Cina dalam PRU ke12 sedangkan sebelum ini masyarakat Cina di Perak bukannya suka sangat pada mereka bahkan pernah menolak parti itu.

Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, MCA dan Gerakan adalah parti pilihan masyarakat Cina di negeri ini.

Justeru mereka menyokong dan memberi undi kepada kedua-dua parti komponen ini meskipun mereka menyedari Dap tidak pernah patah semangat untuk "menangguk di air keruh."

Dap yang sinonim chauvinis Cina tidak dipedulikan kerana masyarakat Cina di Perak merasakan MCA dan Gerakan adalah parti orang-orang Cina yang berjaya memperjuangkan nasib mereka.

Perubahan tektik Dap untuk menarik undi pengundi-pengundi Melayu adalah dengan berbaik-baik dengan PAS.

Salah satu cara ialah membawa Anwar dalam "roadshow" di kawasan yang mereka merasa tidak selamat.

Harapan mereka ialah di kawasan-kawasan ini, pengaruh Anwar boleh membasuh dan membersih daki-daki mereka agar parti itu berbau harum di hidung orang-orang Melayu.

Dap cuba mengusung Anwar Ibrahim ke Perak sebagai bakal Perdana Menteri dengan harapan pengundi-pengundi Cina teruja dengan kehadiran dan karisma tokoh dari Ceruk Tok Kun ini.

Namun kerana imejnya yang tercalar sejak kebelakangan ini ekoran pelbagai isu membabitkan isu moral, Anwar sudah mula dicemuh oleh masyarakat Cina sebagai "orang politik yang hidup di dua alam."

Anwar didakwa bercakap berlainan bila berdepan dengan Dap dan pengundi-pengundi Cina manakala ketika berdepan Pas, hujah diubah kepada perjuangan mendalulatkan lslam.

"Orang begini merbahaya . . ."bekas Timbalan Presiden PKR Dr.Chandra Muzaffar pernah membuat remark. Kata-kata ini diluahkan sejak tahun 1998 lagi.

Dap dan Pas khususnya PKR  mengusung Anwar ke pentas-pentas politik anjuran mereka namun sejak kebelakangan "crowd" yang hadir jauh merosot dari anggaran awal.

Dap menyedari Anwar sudah tidak ada umphh dikalangan pengundi-pengundi Cina tapi cuba mempertahankan Ketua Pembangkang dari semua aspek kerana "pembangkang tidak ada tokoh yang boleh menyaingi Anwar."

Sama ada suka ataupun tidak masa depan mereka diletak di atas bahu Anwar.

Dap kini dilihat memikul Anwar sebagai juara rakyat  sekaligus mewarisi bebanan PKR yang pada anggapan umum tak ubah macam kata peribahasa "memikul biawak hidup." 

Di pihak BN, lawatan Najib ke Perak menjadi rutin sehingga dalam tempoh sebulan, Perdana Menteri telah datang dua kali ke negeri ini.

Menteri Besar Perak Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir mengakui lawatan Perdana Menteri membuahkan hasil kerana  masyarakat Cina mulai memberikan sokongan dan perhatian semula kepada BN negeri.

Sejak menjadi Perdana Menteri, Najib mengubah persepsi masyarakat Cina apabila selain memperkenalkan konsep 1Malaysia, pendekatan Najib berbanding dengan Anwar jauh berbeza.

Najib turun ke padang sebagai "kawan" kepada masyarakat Cina manakala Anwar pula hadir dalam program anjuran Dap semata-mata. Anwar dilihat lebih kepada kawan Dap daripada kawan masyarakat Cina.

Serentak dengan Program sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Penerangan dan Komunikasi dan kerajaan negeri Perak di Sitiawan Sabtu lalu, Dap juga menyainginya dengan menganjurkan program sama di Gopeng.

Tetamu utama mereka dalam program raya cina itu Anwar. Tapi "crowd"nya tidaklah mengkagumkan.

Seperti umum ketahui "crowd" sambutan hari raya cina anjuran BN menjangkau 60,000 orang. Ini tentu saja satu rekod buat penganjur.

Justeru di kaca mata masyarakat Cina, aura Najib jauh mengatasi aura yang dimiliki Anwar.

Ibarat dalam permainan dam ular pembangkang pernah "naik tangga" hingga berkuasa 11 bulan namun mereka jatuh merudum bila terkena kepala ular.

Bagi mengembalikan semangat setelah terkena kepala ular, Anwar dalam ceramah di Gopeng Sabtu lalu, sekadar dihadiri 2,000 orang, membayangkan idaman Pakatan Rakyat untuk merampas semula Perak.

Untuk rekod, program Dato' Seri Dr. Hassan Ali di Bukit Gantang Ahad berjaya menghimpun kira-kira7,000 orang. Ramai juga ahli-ahli PAS dan penyokong parti itu hadir.

Kerana kata Anwar Perak sebagai landasan penting dalam matlamat mereka untuk menawan Putrajaya.

Anwar juga yakin Perak akan kembali ke tangan Pakatan Rakyat dalam PRUke13 kelak.

"Perak penting, bila kita tawan Peral kita boleh tembus ke Johor ke Sabah, Sarawak dan tawan Putrajaya,'' katanya.

Mantan Timbalan Perdana Menteri percaya peluang PR untuk menang lebih cerah jika PRU ke13 diadakan segera.

"Sekiranya bulan Mac ini pilihanraya diadakan saya  optimis PR menang besar dan  Najib  bakal menjadi ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia,"katanya..

Seperti sedar Anwar mencanang semula ide merampas Perak, Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berpendapat kehadiran Najib di majlis tahun baru Cina MCA Perak (Ahad) meningkatkan lagi keyakinan BN mengekalkan kuasa di Perak.

Katanya MCA Perak teruja dengan Najib menghadiri rumah terbuka MCA negeri dan merupakan kali pertama Perdana Menteri berbuat demikian.

Najib pada mula dijadual pulang ke KL setelah tamat program di Sitiawan namun membuat keputusan tidor di Ipoh dan menghadiri program MCA ini keesokanya ( Ahad).

Terdahulu dari itu Setiausaha Agong MCA Dato' Seri Kong Cho Ha membayangkan Ngo-Ngo Cina di Perak kini sudah mula kembali memberi sokongan kepada parti itu.

Soi Lek juga yakin rakyat menyokong pemimpin yang turun ke bawah bagi memahami masalah rakyat serta menyelesainya.

 Manakala  Dr. Zambry memberitahu media hari ini (Selasa) selepas majlis bertemu pelanggan di Ipoh, tahap sokongan masyarakat Cina terhadap kepimpinan BN dilihat semakin meningkat.

Beliau akui sokongan ini dapat dilihat kebelakangan ini walaupun terdapat cubaan pihak tertentu yang mahu mengganggu gugat dan menghasut rakyat membenci kerajaan.

 Semasa lawatan Perdana Menteri minggu lalu sempena majlis Terbuka Tahun Baru Cina di Sitiawan, beliau dapat melihat sokongan masyarakat ini berdasarkan bahasa badan yang ditunjukkan.

"Selain itu, sokongan juga diterima daripada masyarakat Melayu dan India dan tidak dinafikan sokongan ketiga-tiga kaum utama ini sangat penting untuk memastikan BN memenangi pilihanraya umum akan datang," katanya.

Bagaimanapun pendapat Anwar bahawa Perak bakal milik mereka disanggah oleh para pemerhati politik yang menganggap "ayam yang dikejar tak dapat" merujuk kepada Perak,"manakala tangan pula berlumuran najis."

Justeru Anwar yang yakin Perak jatuh semula ke PR sekadar menjerat angin di awan lalu.- OLEH Wartawan Agenda News YUSOF HARUN

Full content generated by Get Full RSS.

Blog: Wan Azizah sasaran sebenar untuk diracun? |

Posted: 07 Jan 2012 09:15 PM PST

Berita pengawal peribadi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datini Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diracun tersebar dengan cepat di Internet. Selain portal berita online, pelbagai blog menyiarkan khabar gempar itu.

Pengawal peribadinya, Fayyadh Afiq Albakqry dilaporkan diracun ketika mengiringi Wan Azizah di program parti itu di Ceruk Tok Kun, Pulau Pinang, semalam.

Daripada insiden itu, sesetengah blog mengandaikan sasaran sebenar untuk diracun ialah Wan Azizah sendiri, bukan pengawal peribadinnya.

Imej dari wikipedia.com

Andaian ini turut diperkatakan ramai kalangan komuniti online, termasuk di pelbagai forum dan laman sosial Facebook.

Sejauhmanakah andaian ini berasas? Kita perlu lihat beberapa kemungkinan munsabah yang boleh dikaitkan dengan kewajaran andaian itu.

Tinjauan inimajalah.com.my mendapati beberapa blogger tempatan cuba mengandaikan kemungkinan sasaran sebenar ialah Wan Azizah sendiri.

Really.tigaline.com menempelak sesetengah pihak lain yang membuat andaian awal kononnya kecederaan itu dilakukan sendiri oleh pengawal peribadi presiden PKR itu.

"Buat sendiri eh? Sekarang ni kalau jadi apa-apa je kat seseorang, memang mesti kena cakap dia yang buat macam tu pada diri dia sendiri eh, sape ajar macam tu," tegas blog berkenaan.

Menurutnya, sudah tentu adalah sukar untuk menentukan kejadian itu kerana ramai orang berkumpul berhampiran pentas bagi menyambut Wan Azizah.

Sementara itu, suwaritimur.blogspot.com turut membayangkan andaian sama menerusi tajuk "Benarkah Wan Azizah yang hendak diracun", tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut andaian itu.

Blog berkenaan memetik maklumat yang tersebar menerusi Twitter mengenai dakwaan beberapa individu bahawa pengawal peribadi terbabit mungkin menghalang serangan terhadap Wan Azizah.

Blog pkrl.blogspot.com juga membayangkan andaian sama dengan tajuk "Cubaan racun Wan Azizah, pengawal peribadi pengesan diracun", tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut andaian itu. - inimajalah.com.my

Artikel / berita lain berkaitan:
Full content generated by Get Full RSS.

09 di Batu maung - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu maung - Google Blog Search


ORANG KECIL ORANG BESAR: Pulau Jerjak & Briyani Peha <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2012 05:08 AM PST

Pulau Jerjak & Briyani Peha Kambing Puncak Mutiara

Bulan lepas selama 2 hari aku berulang-alik menaiki bot ke Pulau Jerjak. Hari pertama naik bot berhawa dingin, hari kedua naik bot (ala feri) berhawa semula jadi. Mulanya aku ingat naik di jeti berhampiran Queens Bay itu tetapi rupa-rupa jeti di situ menghala ke resort. Assignment aku ke Penang Shipyard yang mana jetinya di Batu Maung.

Dari Queens Bay berenangpun boleh kalau hendak ke Pulau Jerjak ini. Kalau dari Batu Maung, bot akan berpusing meredah laut melalui bawah projek pembinaan jambatan kedua yang sedang dibina sebelum sampai ke jeti Pulau Jerjak.

Selepas habis assignment hari kedua dan terakhr aku terperangkap hampir 2 jam di dalam kesesakan lalulintas dari Batu Maung dan Jambatan Pulau Pinang. Rupa-rupanya begitulah keadaan setiap petang Jumaat. Hujan pula menambahkan kesesakan lagi.

Malamnya aku ke Kampung Pelek bersama orang rumah aku seorang itu dan anak jantan aku seorang itu. Memang sudah lama aku ingin mencuba menu di Restoran Puncak Mutiara di Kampung Pelek, Bukit Mertajam ini. Ada pelbagai menu dari kambing, ayam kampung, burung unta, rusa, dan sebagainya. Terdapat juga menu barat dan ala Thai di sini.

Apapun (pada pandangan peribadi aku) menu yang kami cuba biasa-biasanya. Mungkin aku sudah hilang semangat makan-makan dek cerita Man vs. Food.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Full content generated by Get Full RSS.

JOM PEGANG PENYU |

Posted: 26 Jan 2012 06:01 PM PST

Sejak semalam saya berada di Pulau Pinang menghabiska masa meninjau beberapa potensi untuk menulis entry baru dan juga melakukan serba sedikit liputan. Sebenarnya saya terlupa yang orang ramai masih dalam mood bercuti untuk Tahun Baru Cina. Punyalah sesak jalan di sekitar Pulau Pinang. Terpaksa saya bermalam di Butterworth selepas beberapa jam mencari penginapan di George Town. Di Pulau Pinang, korang pernah pergi tak Akuarium Pulau Pinang yang diuruskan oleh Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Pulau Pinang. Kalau belum, baik korang pergi ke sana kalau ada masa.

Dengan tiket semurah RM5 untuk dewasa dan kadang-kadang mereka buat promosi RM2 untuk seorang dewasa untuk ke sana. Untuk memberi didikan berkenaan ikan kepada anak korang, memang patut korang ke sana. Apa yang menarik sebelum korang balik, korang boleh menyentuh dua ekor penyu agar yang diletakkan di dalam sebuah kolam di luar bangunan Akuarium.

Inilah antara salah seekor penyu agar yang saya maksudkan. Wajahnya yang comel dan cantik pasti akan menarik minat anak korang untuk melihatnya dengan lebih dekat lagi. Ada dua ekor penyu agar dalam kolam ini yang akan sentiasa berenang menghampiri anda kalau korang menjenguk ke dalam kolam. Kalau korang sentuh cangkerangnya perlahan-lahan tak jadi masalah buat sesiapa yang tidak pernah menyentuh penyu. Korang boleh dapatkan paket makanan palet dengan harga RM1 sebungkus dan diberi makan kepada penyu-penyu ini.

Dalam ruang akhir bangunan akuarium ini juga ada satu tangki besar yang memuatkan super besar Ikan Kerapu yang kalau korang makan seekor memang korang akan mati pecah perut sebab besar sangat. Tapi dek kerana umur ikan ini yang sudah tua ia berenang dengan kelajuan yang amat perlahan. Pastikan korang berhati-hati takut anak korang takut lak nak tengok ikan besar macam tu.

Tengoklah saiz ikan kerapu tu dengan orang yang mengambil gambar di hadapan tangkinya itu. Besar kan?? Hahaha.. Tapi untuk melihat serba sedikit tentang hal ehwal ikan ni boleh lah korang datang ke sini di Akuarium Pulau Pinang diuruskan oleh FRI di Batu Maung lokasi sebenarnya.

Teh"O"Suam : Besarnya ikan!!

nuffnang_bid = "f75b493126bcce94d087125518971d2a"; // ]]>

Full content generated by Get Full RSS.

PERASMIAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT <b>BATU MAUNG</b>

Posted: 26 Oct 2011 02:12 AM PDT

TEKS UCAPAN
YB DATO' MANSOR BIN OTHMAN,

TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG 1
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN
SEKOLAH AGAMA RAKYAT BATU MAUNG
PADA 14 OKTOBER 2011M / 16 ZULKAEDAH 1432H.

Full content generated by Get Full RSS.

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Sim For Malaysia » Archive » Kebakaran <b>di Bayan Lepas</b>

Posted: 13 Jan 2012 01:05 AM PST

Bayan Lepas: Satu Kebakaran yang melibatkan 2 buah rumah telah berlaku di  Kampung Perlis, Padang Assam, Bayan Lepas semalam 11 Januari 2012. Api mula merebak mulai 4petang. Pihak bomba Berjaya memadamkan api pada lebih kurang 30 kemudian tetapi kedua-dua rumah tersebut hangus dalam kebakaran.

img_3382.JPG

Tiada insiden kecederaan berlaku, tetapi rumah habis dibakar. Pihak bomba menghantar 10 orang anggota membantu memadam api. Sebanyak 3 buah bomba sukarela juga melibtkan diri dalam operasi. Seramai 14 mangsa terlibat, 4 orang dewasa dan 10 kanak-kanak. Difahamkan seorang wanita tua dihantar hospital kerana ketakutan (belum confirm). Mereka sekarang ditempatkan di kediaman sementara.

img_3384.JPG

Mangsa Lim Chai Guan (0124569072) berkata, api mula merebak lebih kurang 4 petang. Dia mempunyai 6 anak dan kesemua barang persekolahan telah hangus. Seorang mangsa lagi En Koh Ah Bah (0164388328) berkata isterinya mengalami kekejutan.

img_3403.JPG

Ketua Cabang Parti KEADILAN Bayan Baru YB Sim Tze Tzin bersama dengan Penyelaras DUN Bayan Lepas Cikgu Hasnah tiba di tempat kejadian kira-kira 4.45 petang. Mereka telah memberi sumbangan pendahuluan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

ADUN Pantai Jerejak YB Sim berkata, Kerajaan Negeri akan memperuntukan RM1000 setiap keluarga dari Tabung TYT sebagai bantuan pendahuluan. Beliau dan juga YB Malik akan memperuntukan RM800 daripada peruntukan KADUN untuk setiap rumah. Manakala Cikgu Asnah juga memperuntukan RM100 dana JKKK untuk membantu mangsa kebakaran. Pihak Jabatan Kebajikan juga akan memperuntukan RM500 untuk setiap keluarga. Dijangka akhirnya setiap keluarga akan mendapat RM6400 selepas segala penilaian oleh Pihak kerajaan negeri.

img_3415.JPG

YB Sim juga akan membincangkan masalah perumahan dengan pihak pemaju tanah berkenaan jika perlu.

Full content generated by Get Full RSS.

Kereta sapu <b>di</b> Lapangan Terbang Antarabangsa <b>Bayan Lepas</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2012 08:02 PM PST

Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelembagaan, maka undang-undanglah yang melindunginya, maka kami dengan ini ingin memohon kepada pihak JPJ / SPAD agar dapat menjalankan operasi membenteras kereta sapu dan ulat yang bergiat terlalu aktif dalam jumlah yang besar di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang.(LATBPP).

Keadaan sapu di LATBPP telah menjadi amat serius sehingga Teksi LATBPP dilihat terpaksa menunggu giliran selama lebih kurang 4-5 jam untuk giliran trip berikutnya. sedangkan kereta sapu beroperasi lebih kerap. Ada juga dikalangan pemandu sapu berkenaan berlaku lagak samseng dengan mengugut AJK persatuan teksi yang mengambil gambar sapu-sapu tersebut.(Untuk di salurkan ke JPJ dan SPAD).

Kebanyakan Kereta-kereta sapu ini akan muncul terutamanya apabila penerbangan dari Medan, Jakarta, Aceh dan Surabaya. Tak terkecuali penerbangan dari destinasi lain.

Antara ugutan yang diterima dari pengendali kereta sapu ini adalah untuk memukul sekira mereka jumpa di luar kawasan LATBP. Tidak tekecuali juga ugutan membunuh . Telah banyak aduan yang dibuat ke Balai Polis LATBPP tetapi kami tetap melihat kegiatan sapu-sapu tetap berleluasa malahan lebih ramai.Tumbuh seperti cendawan

Amat berbesar hati sekiranya Pihak JPJ dan SPAD dapat memberi perhatian serius dan berterusan demi membendung dan membasmi kegiatan haram tersebut Kami memohon agar tindakan atau hukuman lebih berat dapat di sabitkan kepada pemilik kereta-kereta sapu .(mungkin menyita jika perlu dan dihadapkan ke makamah) . Paling tidak disaman untuk setiap kali mereka didapati menjalankan operasi sapu tersebut. Sekiranya dalam 1 bulan 3/4 saman dikeluarkan untuk sesebuah kenderaan tersebut. Dengan sendirinya kegiatan sapu tersebut akan lenyap.

Kami pemandu-pemandu akan memberi 100% sokongan dan bantuan jika perlu dari segi maklumat-maklumat dan nombor kereta-kereta sapu berkenaan.

Mungkin Pihak JPJ/ SPAD juga dapat melakukan penyamaran-penyamaran terhadap ulat ulat dibalai ketibaan seperti keluar dari pintu ketibaan bersama beg dan terus berlagak sebagai tetamu mereka dan terus ke kereta kereta sapu berkenaan.Cara ini mungkin akan berkesan, kerana tangkapan ini akan lebih tepat.

Ribuan maaf didahulukan didalam aduan dan cadangan ini kepada pihak tuan.

Jutaan Terima kasih juga didahulukan kepada tindakan dari pihak tuan terhadap aduan ini.

By: unitindakan

Aduan yang berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.

Kemalangan ngeri awal pagi <b>di Bayan Lepas</b>, Pulau Pinang

Posted: 19 Oct 2011 09:10 PM PDT

Oleh: thatguy

Inilah kemalangan ngeri yang berlaku pagi tadi di hadapan kilang Plexus Phase 4, Bayan Lepas melibatkan 2buah bas, 1kereta dan 1motosikal. Tak pasti ada yang arwah atau tidak yang pasti cukup menakutkan semua orang yang ada pada masa itu.






Full content generated by Get Full RSS.

09 di jelutong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di jelutong - Google Blog Search


BADAR SUCI: PASCA E13 : DEMO AMAN <b>DI</b> HADAPAN MASJID <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2012 04:44 PM PST

BK menerima sms dari seorang yang  sahabat menyatakan petang ini selepas solat jumaat, akan diadakan demo aman bagi membantah tindakan pengurusan qariah membentuk jawatankuasa masjid yang baru bagi tahun 2012. perlantikan ini menyebabkan sebahagian besar anak qariah yang juga jemaah masjid jelutong berasa kurang berpuas hati dengan tindakan ini. menurut sumber, tindakan ini adalah susulan perancangan PR untuk melaksanakan pilihanraya masjid yang telah gagal. memandangkan pengerusi qariah kawasan ini ialah en yusof yang BK telah laporkan semalam berkaitan dengan rumahnya di serbu polis, maka jawatankuasa baru masjid sudah pastilah dipengaruhi oleh politik kerajaan negeri.
sedih BK melihat apabila institusi masjid pun di politikkan sebegitu teruk. sepatutnya pihak pengurusan masjid seharusnya membawa perkara ini ke peringkat perbincangan anak qariah. pun begitu ada di antara anak qariah menyatakan puak umno pun bukan mai sembahyang. depa cakap ajer.....perkara ini dinafikan oleh sebahagian besar ahli umno dengan kenyataan mereka " apa depa ingat kami masuk sembahyang ini kena habaq dekat tok imam kami ni orang umno dah mai sembahyang . jadi makmum tok imam la ni."
BERIKUT DI PAPARKAN SENARAI NAMA PIMPINAN QARIAH SEBELUM INI DAN YANG MELANJUTKAN TEMPOH PERKHIDMATAN  
PENGERUSI : MOHAMED YUSOF B MOHAMED NOOR
JUGA MERUPANA TIM YANG DIPERTUA PAS KAWASAN JELUTONG
TIMB PENGERUSI : MOHD ALI B MD ISMAIL
TARIKH LANTIKAN : 1/1/2012
NAMA :KHAIRIL ANUAR BIN KAMARUDIN
TARIKH LANTIKAN : 1/1/2012
1)AJK MERANGKAP PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN, KESELAMATAN & PENGADUAN AWAM KARIAH
2)S/U PKR CABANG JELUTONG
3)TIMB. KETUA AMK JELUTONG
4)PENGERUSI JKKK MEDAN TENGKU KOTA GIAM
5)TIMB. S/U PKR P. PINANG & PENGARAH PILIHANRAYA AMK P. PINANG
TARIKH LANTIKAN : 1/1/2012
Full content generated by Get Full RSS.

Sri Jelawat Catering: Majlis Perkahwinan <b>di</b> Masjid Bukit <b>Jelutong</b>

Posted: 26 Jan 2012 05:02 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Kami menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis, sewa kanopi, dan perunding perkahwinan. Hubungi kami : srijelawat_06@yahoo.com.my. 26 January 2012. Majlis Perkahwinan di Masjid Bukit Jelutong. Posted by ...

Tim YDP PAS Yang Terkenal sebagai orang suruhan Jeff ooi dan <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2012 03:54 AM PST


Apabila khawarij PAS menguasai masjid,peluang diambil sebaik mungkin untuk menjadikan masjid sebagai sarang mereka. Malah setiap derma jemaah dan kariah kepada masjid diguna seperti duit mak bapak sendiri.

Khawarij PAS ini dikategorikan penyamun dan penyangak.Banyak kes khawarij PAS curi duit masjid dan digunakan untuk keperluan dan kepentingan parti PAS.Contoh paling dahsyat apabila wang tabung Memali yang mencecah jumlah yang besar disonglap oleh khawarij PAS.

Timbalan Pesuruhjaya khawarij PAS Jelutong Mohamed Yusoff atau lebih mesra dengan panggilan manja Chop Belon akhirnya makan penampar apabila tindakan beliau yang sudah berkali kali melampau batas telah mengundang kemarahan anak kariah dikawasan Jelutong.

Chop Belon cukup terkenal dikalangan penduduk disekitar Jelutong kerana menjadi anjing suruhan Jeff Ooi dan Guan Eng. Beliau juga terlibat secara langsung menipu penduduk kampung hingga seluruh kampung di Jalan Kampung Pokok Asam diroboh oleh regim DAP.

Chop Belon dilantik menjadi Ahli Majlis Perbandaran dan sebagai galang ganti beliau sanggup melakukan apa saja hatta mengkhianati penduduk kampung di kawasan kariahnya sendiri.



Penduduk Jelutong berang pengurusan masjid dipolitik


PULAU PINANG 13 Jan. - Suasana kecoh tercetus selepas solat Jumaat di Masjid Jelutong hari ini apabila penduduk di situ tidak berpuas hati dengan penjelasan pengerusi kariah masjid tersebut, Mohamed Yusoff Mohamed Noor berhubung pentadbiran masjid berkenaan.


Penduduk seramai kira-kira 30 orang yang pada mulanya berhimpun secara aman di depan masjid bertukar kecoh apabila mereka meluahkan rasa tidak puas hati sehingga mencetuskan perang mulut di antara kedua-dua pihak.


Pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Jelutong, Zarus Yusof berkata, sejak mentadbir masjid tiga tahun lalu, Mohamed Yusoff yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Jelutong gagal menunjukkan penyata akaun kepada anak-anak kariah.


Selain itu, jelasnya, pelantikan ahli jawatankuasa masjid bagi tahun itu juga dibuat secara tertutup tanpa pengetahuan mereka.


"Saya percaya ada campur tangan politik dalam lanjutan pelantikan pengerusi kariah dan ahli-ahli jawatankuasa bagi tahun ini.


"Memang ada campur tangan politik dalam isu ini kerana mereka tidak ambil kira sensitiviti penduduk," katanya kepada pemberita selepas berhimpun di depan masjid berkenaan di sini, hari ini.


Mereka turut membawa sepanduk-sepanduk yang antaranya tertera perkataan-perkataan '3 tahun jadi pengerusi kariah, di mana penyata akaun kira-kira masjid' dan 'Bina dapur dan pejabat atas makam, siapa nak jawab, biadap'.


Keadaan tegang juga berlaku apabila Zarus cuba menahan khatib yang mahu memasuki kereta untuk pulang kerana mendakwa khutbah yang dibacakan mengandungi unsur politik.


Sementara itu, Mohamed Yusoff ketika ditemui berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat agung dalam masa terdekat dan menyediakan penyata akaun seperti yang diminta.


"Selama ini bukan kami tidak mahu menunjukkan akaun kira-kira masjid, tetapi bendahari masjid mengalami strok selama hampir enam bulan," jelasnya. -utusan


Tim YDP khawarij PAS juga terbabit secara langsung merobohkan bengkel anak melayu hanya kerana arahan DAP:

Jelutong: Roboh Kedai,Pakatan Tumbang?

email pembaca:pekim


SESUNGGUHNYA DAP,PKR DAN PAS MEMBELAKANGKAN ORANG-2 MELAYU DI PULAU PINANG.DAN ISU PEROBOHAN KEDAI MOTORSIKAL DI JELUTONG BARU-BARU INI ADALAH BUKTI SEKIRANYA ADA ORANG YANG MEMBANTAH ATAU LEBIH JELAS TIDAK MENYOKONG DAN MENYERTAI PAKATAN RAKYAT,MAKA MEREKA TIDAK BOLEH BERNIAGA DI SINI.ADAKAH PULAU PINANG MILIK PAKATAN RAKYAT.


MENGAPA SI KHARIL ANUAR YANG MEMEGANG JAWATAN TIMBALAN KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN JELUTONG MENYEBUT "BUAT APA SAYA NAK AJAK DIA (YACOOB) MASUK PKR SEDANGKAN DIA BUKAN ORG BERPERGARUH PUN"...


MUNGKINKAH SI KHARIL DAN KONCO-KONCONYA TAKUT KERANA YACOOB MEMPUNYAI SOKONGAN KUAT DI JELUTONG DAN SUNGAI PINANG.SIAPA YANG TIDAK KENAL YACOOB.


ADAKAH PKR MAHU MENGGUNAKAN YACOOB UNTUK MENARIK LEBIH RAMAI AHLI TERUTAMANYA JIKA YACOOB YANG MEMBAWA MASUK RAKAN-RAKANNYA KE DALAM PKR.ADA ORANG MENYEBUT YACOOB MEMPUNYAI LEBIH DARI 5OOO KAWAN BAIK YANG TELAH BERSAMA BELIAU DARI DULU,MUNGKIN INI BETUL?


MENGAPA PULA SI KHAIRIL MEMBERITAHU DIA TIADA KUASA,MEMANG DIA TAK ADA KUASA TAPI DIA GUNA SI YUSOOF BELON YANG JUGA AHLI MAJLIS MPPP (KETUA PAS KWSAN JELUTONG).UNTUK PENGETAHUAN SI YUSOP BELON PUN TIDAK SUKA DENGAN YACOOB.


APA KAITAN YACOOB DENGAN POLITIK?ADAKAH SEMUA PENIAGA PERLU TURUT KEHENDAK PAKATAN RAKYAT?ADAKAH INI SATU BENTUK UGUTAN?ATAUPUN PAKATAN RAKYAT KHUSUSNYA DI KAWASAN JELUTONG MEREKA TAKUT KEPADA REALITI BAHAWA PENDUDUK JELUTONG SEKADAR MENERIMA PAKATAN RAKYAT KERANA TIADA PILIHAN.


SUARA PENDUDUK SEPERTI ISU KEMISKINAN PERNAH DIRASAI OLEH YACOOB YANG KEMUDIANNYA MEMINTA PKR JELUTONG MEMBANTU,TAPI MEREKA TIDAK MENGHIRAUKAN DESAKAN ITU KERANA TAKUT BELANJA DUIT.

Dek kerana tidak mahu menyokong pakatan dan tidak mahu terlibat dalam politik kedai Yacoob dirobohkan.Begitulah hapraknya pakatan apabila bertindak bagaikan Aparthied .Ugutan terhadap Yacoob berakhir dengan merobohkan kedainya.

Tindakan gerembolan melayu pakatan mengingatkan Pisau kepada zaman penjajahan Jepun pada perang dunia kedua.

Petualang dan pengkhianat bangsa menjadi tali barut yang tergilakan kuasa telah menyebabkan ramai orang melayu disembelih hidup hidup semata mata mahu membuktikan mereka setia kepada penjajah.

Sekarang ini kita sekali lagi diperlihatkan golongan yang bagaikan kaduk naik junjung,baru dapat kuasa sudah menjadi anjing tunggangan rasis chauvanist ultra kiasu DAP.Mereka mereka ini lebih sudu dari kuah.

Khairul Anuar bukan saja menjadi dalang dalam merobohkan kedai malah beliau juga menjadi pelindung dan penyelamat apabila mendiamkan diri mengenai Ng Wei Aik berkata "tutup kedai balik India" kepada peniaga nasi kandar baru baru ini.

PKR sudah membuktikan mereka adalah tunggangan kepada rasis DAP,hinggakan melayu melayu didalam parti menjadi buta membangsatkan diri habuan selingkohan politik gampangan DAP. Angkatan Muda Keadilan telah membantu dan memberi kerjasama kepada Ng Wei Aik berpakat merahsiakan kata kata kesat Ng Wei Aik.

Tindakan kurang ajar PKR dan PAS yang menjadi pencacai DAP di Jelutong bakal meruntuhkan sokongan melayu/Islam di sana.

Sumber : Pisaunet

Anda suka artikel ini ?? 
( Sila LIKE dan anda bolih juga SEND di dalam GRUOP atau kepada RAKAN )
Full content generated by Get Full RSS.

09 di Gelugor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Gelugor - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jan 2012 10:22 AM PST

URL Sumber Asal :-

UMNO Bukit <b>Gelugor</b> bimbang Kampung Melayu Batu Uban bakal <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2012 10:40 PM PST

Sebuah lagi kampung tradisi di negeri ini bakal lenyap atas faktor pembangunan.

Kali ini, Kampung Melayu Batu Uban di Gelugor dekat sini akan mengalami nasib sama seperti Kampung Buah Pala iaitu 'hilang' dari peta Pulau Pinang apabila kerja-kerja pembinaan kawasan perumahan baru sedang dilaksanakan.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar berkata, perkembangan tersebut merupakan satu perkara yang menyedihkan di negeri itu.

"Sekarang apa yang boleh kita lakukan ialah memohon kepada kerajaan negeri supaya menjadikan kawasan itu sebagai kampung tradisi tanpa dimajukan.

"Jika pembangunan diteruskan, maka kampung itu yang merupakan penempatan orang Melayu tertua di negeri ini akan lenyap. Apa yang lebih merisaukan saya, di situ juga terdapat sebuah masjid tertua di negeri ini," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai projek perumahan berkembar tiga tingkat mengandungi lapan unit di Batu Uban yang telah bermula apabila sebahagian daripada kawasan itu dipagar.

Berdasarkan maklumat pada papan tanda, pemilik projek tersebut ialah sebuah syarikat yang beralamat di negeri ini manakala syarikat kontraktor pula berpangkalan di Sungai Petani, Kedah dan tanah itu dimiliki oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Projek itu dikatakan bermula pada 30 Mac 2011 namun tidak dinyatakan tarikh siap serta kerja pembinaan belum bermula.

Full content generated by Get Full RSS.

MPP Online: MENGERIKAN !!! Video Pontianak mengilai <b>di</b> Tasek <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2011 10:30 PM PST


Memang real beb!!! Mungkin inilah video penampakan Pontianak yang paling jelas serta clear di dalam negara. Bukan senang woo nak ambik video clear gila macam ni.. Salute pada tukang rakam.

Yang paling best , pontianak di Tasek Gelugor tu bukan saja pandai mengilai, tapi beliau pandai jugak berucap pasal politik..

Siap boleh berbahasa cina dan tamil lagi beb..

Tak percaya? Korang tengok sendiri je lah video penampakan Pontianak tu kat bawah ni.. Ngeri betul beb!!

Full content generated by Get Full RSS.

Fast 2 Feed <b>di Gelugor</b> Pulau Pinang ~ Donate For Ummah

Posted: 21 Aug 2011 06:03 PM PDT


Lokasi: Dewan JKKK, Sungai Gelugor, Pulau Pinang
Tarikh: 20 Ogos 2011
Program: Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Diraikan: 80 Keluarga fakir miskin

Alhamdulillah, program Fast 2 Feed di Gelugor Pulau Pinang selesai dengan jayanya. Program F2F kali ini juga telah mendapat tajaan dari Pusat Urus Zakat Pulau Pinang yang telah memberikan bantuan makanan kering untuk setiap wakil keluarga fakir dan miskin. Pihak JKKK Sungai Gelugor juga telah memberi sumbangan dalam bentuk duit raya kepada semua yang diraikan.





Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan yang telah menyumbang bagi program Fast 2 Feed di Gelugor ini. Moga diberkati olehNya selalu. InsyaAllah program F2F seterusnya akan ke Simpang Empat, Perlis dengan meraikan 50 buah keluarga fakir dan miskin.

Muhammad bin Kamarulazizi Full content generated by Get Full RSS.
Full content generated by Get Full RSS.

09 di bagan ajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di bagan ajam - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 01:44 AM PST

URL Sumber Asal :-

Suka² Shoot <b>Di</b> RNR <b>Bagan Ajam</b> | BlogSempoi.Com

Posted: 16 Dec 2011 03:19 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Burning Sky. The View. Its going down. Penang From Bagan Ajam. Senjakala. Ini ada beberapa gambo pakcik shoot kat RnR Bagan Ajam.. Ingat nak shoot sampai malam tapi kumpau sebab terlalu berjerebu. RSS feed for ...

Malaysia Zoom » Hapus tol tidak masuk akal

Posted: 15 Jan 2012 03:09 PM PST

BUTTERWORTH 15 Jan. – Janji pakatan pembangkang untuk menghapuskan tol lebuh raya apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah tidak masuk akal dan sukar untuk dilaksanakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, cadangan itu jika dilakukan akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban hutang yang banyak.

Katanya, ia tidak menolak kemungkinan negara akan menjadi muflis hanya kerana membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.

Menurut beliau, jika pakatan pembangkang menghapuskan tol, mereka tidak akan mempunyai sumber kewangan selain meminjam daripada pihak luar.

"Bila sudah pinjam, siapa yang akan bayar…sudah pasti anak cucu kita susah, kita tak mahu anak cucu kita susah hanya disebabkan pakatan nak buktikan boleh tunai janji pada kita sekarang.

"Duit kerajaan digunakan untuk bermacam perkara termasuk membina sekolah, menyediakan kemudahan awam, pengagihan kepada yang memerlukan dan bukannya untuk menghapuskan tol semata-mata," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Bagan Ajam dekat sini.

Seramai 623 penerima BR1M di Bagan Ajam hadir pada majlis penyerahan baucar itu membabitkan fasa pertama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Tawar.

Sementara itu, Nor Mohamed yang juga Ahli Palimen Tasek Gelugur berkata, kebanyakan firma penarafan kredit global seperti Moody's dan Standard & Poor meletakkan taraf kredit Malaysia pada kategori A sekali gus membuktikan ekonomi negara berada pada landasan yang betul.

"Ini membuktikan pengurusan ekonomi oleh kerajaan adalah baik sekali dan kerajaan mampu mengagihkan wang kepada rakyat menerusi program BR1M dan tidak meminjam daripada sesiapa dalam hal ini," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full content generated by Get Full RSS.

MMI: Jom Pi Beach Night Market - Segalanya <b>Di</b> Sana !

Posted: 20 Jan 2012 09:48 PM PST

Ramai yang mungkin masih belum mengetahui akan kewujudan "Beach Night Market" bertempat di R&R Bagan Ajam Butterworth Pulau Pinang.Sebuah kawasan hentian rehat dan rawat yang mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana mempunyai sebuah kawasan pantai yang menghadap Pulau Mutiara.Kawasan ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dan merupakan tempat pilihan kepada orang ramai beristirehat bersama keluarga dan turut menjadi pilihan anak muda untuk berkumpul sesama mereka.
R&R Bagan Ajam akan menjadi tumpuan masyarakat setiap kali tiba hujung minggu dan juga hari-hari kelepasan am contohnya Sambutan Tahun Baru,Sambutan Merdeka dan lain-lain.Ini menyebabkan kawasan ini menjadi tumpuan dan seterusnya menjadi pilihan kepada masyarakat bukan saja di sekitar Seberang Perai malah sehingga ke Kulim dan Sungai Petani.
Kawasan R&R ini akan berubah wajah menjelang waktu malam apabila suasananya dilimpahi dengan sinaran lampu-lampu yang menerangi seluruh kawasan.Paling menarik apabila disebelah kawasan pantai terdapatnya gerai-gerai jualan yang dipanggil "Beach Night Market" dan menyediakan lebih dari 20 buah gerai yang menjual pelbagai jenis barangan.
"Beach Night Market" yang baru sahaja dirasmikan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Ahli Parlimen Tasek Gelugor merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyediakan berbagai pilihan kepada pengunjungnya khususnya kepada kanak-kanak dengan menyediakan permainan istana belon dan motorsikal kecil.
MMI yang turut hadir ke lokasi turut merasai suasana yang begitu meriah dengan pelbagai gerai dan pengunjung yang sudah mula mengenali "Beach Night Market" ini dan pengunjung menjadikan tempat ini sebagai tempat untuk mereka bersantai setiap hujung minggu setelah penat bekerja.
Kepada mereka-mereka diluar sana yang masih belum merasai pengalaman itu bolehlah hadir ke "Beach Night Market" R&R Bagan Ajam sendiri untuk menikmati satu pengalaman baru yang sudah semestinya tidak terdapat ditempat-tempat lain.
" Beach Night Market " dibuka setiap hari bermula jam 3.00 petang hingga jam 3.00 pagi dan penumpuan selalunya diberikan pada setiap hari Khamis hingga Ahad kerana 4 hari ini merupakan hari dimana orang ramai bercuti. 
Rata-rata pengunjung yang ditemui melahirkan rasa gembira mereka dengan beroperasinya " Beach Night Market ' ini kerana ianya membantu menceriakan suasana di pesisir pantai yang turut membuatkan keluarga dapat menikmati cuti hujung minggu bersama anak masing-masing.
Bagi kebanyakkan pengunjung " Beach Night Market " merupakan destinasi pilihan untuk beriadah selain daripada tempat yang amat sesuai untuk bersantai sambil bertemu rakan dan kenalan. 
Ayuh semua sama-sama kita hadir ke sana bila kelapangan kerana selain daripada kita beriadah dan bersantai kita sebenarnya sedang dan pasti menyumbang kepada peningkatan ekonomi orang-orang Melayu kerana semua peniaga di " Beach Night Market " adalah peniaga Melayu.
So apa tunggu lagi JOM KITA !!
Full content generated by Get Full RSS.
Full content generated by Get Full RSS.
 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved