Selasa, 7 Februari 2012

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


JKKK(P) Kota Sarang Semut: BODY GUARD FROM <b>CERUK TOK KUN</b>

Posted: 08 Jan 2012 02:03 AM PST

?????????........

Panas!!! Skandal terbaru??

Kak Wan Menangis Kerana Fayyad
Ada apa-apa ka Kak Wan??Anwar nak masuk penjara pun Kak Wan tak menitik air mata macam ni sekali pun,Anwar yang di katakan nazak nak mati pun Kak Wan tak menitik air mata,,yang hairanya bila si Fayyad jatuh rebah dan masa itu Kak Wan tak tahu dan nampak ketika keluar dan tak tak tahu Fayyad di bawa ke hospital masa dia tak sedarkan diri boleh menitik air mata,??
Nak tanya sikit la Kak Wan,,air mata mengalir tu untuk Fayyad atau pun satu lagi kemungkinan Kak Wan nak raih simpati undi penduduk Cerok Tok Kun??agak-agak Kak Wan tahun ni Kak Wan boleh kot dapat anugerah pelakon wanita terbaik,,atau pelakon skandal panas???
Hummmp kesian Fayyad.apalah yang hebat sanggat sampai orang nak cucuk mofin dalam badan dia,,rasa macam cerita orang putih la pulak,,dengan pantas boleh cucuk jarum dan masukan dos yang banyak ke dalam tubuh seseorang tu..
Tapi apa-apa pun nantikan laporan dari hospital..racun apa yang sebenarnya di cucuk dalam badan Fayyad??.tak logik la dalam keadaan ramai orang.tak dapat tangkap orang yang di katakan menyuntik Fayyad,,orang tu pakai ilmu ghaib kot??dengan sepantas kilat boleh hilangkan diri,,atau Fayyad sendiri yang mengambil mofin???

Perang rebut pengundi Cina <b>di</b> Perak DAPig vs BN | Pemerhati <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2012 02:53 AM PST

Benarlah bahawa di Perak dikebanyakkan kawasan di negeri ini undi Cina adalah faktor penentu kepada kemenangan mana-mana parti dalam PRU ke13 kelak.

Menyedari peri penting pengaruh dan undi dari kaum Cina maka pembangkang sejak kebelakangan ini menggunakan semua helah yang ada dalam buku untuk meraih sokongan kumpulan ini.

Bagi Dap mereka membolot hampir 80 peratus undi Cina dalam PRU ke12 sedangkan sebelum ini masyarakat Cina di Perak bukannya suka sangat pada mereka bahkan pernah menolak parti itu.

Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, MCA dan Gerakan adalah parti pilihan masyarakat Cina di negeri ini.

Justeru mereka menyokong dan memberi undi kepada kedua-dua parti komponen ini meskipun mereka menyedari Dap tidak pernah patah semangat untuk "menangguk di air keruh."

Dap yang sinonim chauvinis Cina tidak dipedulikan kerana masyarakat Cina di Perak merasakan MCA dan Gerakan adalah parti orang-orang Cina yang berjaya memperjuangkan nasib mereka.

Perubahan tektik Dap untuk menarik undi pengundi-pengundi Melayu adalah dengan berbaik-baik dengan PAS.

Salah satu cara ialah membawa Anwar dalam "roadshow" di kawasan yang mereka merasa tidak selamat.

Harapan mereka ialah di kawasan-kawasan ini, pengaruh Anwar boleh membasuh dan membersih daki-daki mereka agar parti itu berbau harum di hidung orang-orang Melayu.

Dap cuba mengusung Anwar Ibrahim ke Perak sebagai bakal Perdana Menteri dengan harapan pengundi-pengundi Cina teruja dengan kehadiran dan karisma tokoh dari Ceruk Tok Kun ini.

Namun kerana imejnya yang tercalar sejak kebelakangan ini ekoran pelbagai isu membabitkan isu moral, Anwar sudah mula dicemuh oleh masyarakat Cina sebagai "orang politik yang hidup di dua alam."

Anwar didakwa bercakap berlainan bila berdepan dengan Dap dan pengundi-pengundi Cina manakala ketika berdepan Pas, hujah diubah kepada perjuangan mendalulatkan lslam.

"Orang begini merbahaya . . ."bekas Timbalan Presiden PKR Dr.Chandra Muzaffar pernah membuat remark. Kata-kata ini diluahkan sejak tahun 1998 lagi.

Dap dan Pas khususnya PKR mengusung Anwar ke pentas-pentas politik anjuran mereka namun sejak kebelakangan "crowd" yang hadir jauh merosot dari anggaran awal.

Dap menyedari Anwar sudah tidak ada umphh dikalangan pengundi-pengundi Cina tapi cuba mempertahankan Ketua Pembangkang dari semua aspek kerana "pembangkang tidak ada tokoh yang boleh menyaingi Anwar."

Sama ada suka ataupun tidak masa depan mereka diletak di atas bahu Anwar.

Dap kini dilihat memikul Anwar sebagai juara rakyat sekaligus mewarisi bebanan PKR yang pada anggapan umum tak ubah macam kata peribahasa "memikul biawak hidup."

Di pihak BN, lawatan Najib ke Perak menjadi rutin sehingga dalam tempoh sebulan, Perdana Menteri telah datang dua kali ke negeri ini.

Menteri Besar Perak Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir mengakui lawatan Perdana Menteri membuahkan hasil kerana masyarakat Cina mulai memberikan sokongan dan perhatian semula kepada BN negeri.

Sejak menjadi Perdana Menteri, Najib mengubah persepsi masyarakat Cina apabila selain memperkenalkan konsep 1Malaysia, pendekatan Najib berbanding dengan Anwar jauh berbeza.

Najib turun ke padang sebagai "kawan" kepada masyarakat Cina manakala Anwar pula hadir dalam program anjuran Dap semata-mata. Anwar dilihat lebih kepada kawan Dap daripada kawan masyarakat Cina.

Serentak dengan Program sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Penerangan dan Komunikasi dan kerajaan negeri Perak di Sitiawan Sabtu lalu, Dap juga menyainginya dengan menganjurkan program sama di Gopeng.

Tetamu utama mereka dalam program raya cina itu Anwar. Tapi "crowd"nya tidaklah mengkagumkan.

Seperti umum ketahui "crowd" sambutan hari raya cina anjuran BN menjangkau 60,000 orang. Ini tentu saja satu rekod buat penganjur.

Justeru di kaca mata masyarakat Cina, aura Najib jauh mengatasi aura yang dimiliki Anwar.

Ibarat dalam permainan dam ular pembangkang pernah "naik tangga" hingga berkuasa 11 bulan namun mereka jatuh merudum bila terkena kepala ular.

Bagi mengembalikan semangat setelah terkena kepala ular, Anwar dalam ceramah di Gopeng Sabtu lalu, sekadar dihadiri 2,000 orang, membayangkan idaman Pakatan Rakyat untuk merampas semula Perak.

Untuk rekod, program Dato' Seri Dr. Hassan Ali di Bukit Gantang Ahad berjaya menghimpun kira-kira7,000 orang. Ramai juga ahli-ahli PAS dan penyokong parti itu hadir.

Kerana kata Anwar Perak sebagai landasan penting dalam matlamat mereka untuk menawan Putrajaya.

Anwar juga yakin Perak akan kembali ke tangan Pakatan Rakyat dalam PRUke13 kelak.

"Perak penting, bila kita tawan Peral kita boleh tembus ke Johor ke Sabah, Sarawak dan tawan Putrajaya,'' katanya.

Mantan Timbalan Perdana Menteri percaya peluang PR untuk menang lebih cerah jika PRU ke13 diadakan segera.
"Sekiranya bulan Mac ini pilihanraya diadakan saya optimis PR menang besar dan Najib bakal menjadi ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia,"katanya..

Seperti sedar Anwar mencanang semula ide merampas Perak, Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berpendapat kehadiran Najib di majlis tahun baru Cina MCA Perak (Ahad) meningkatkan lagi keyakinan BN mengekalkan kuasa di Perak.

Katanya MCA Perak teruja dengan Najib menghadiri rumah terbuka MCA negeri dan merupakan kali pertama Perdana Menteri berbuat demikian.

Najib pada mula dijadual pulang ke KL setelah tamat program di Sitiawan namun membuat keputusan tidor di Ipoh dan menghadiri program MCA ini keesokanya ( Ahad).

Terdahulu dari itu Setiausaha Agong MCA Dato' Seri Kong Cho Ha membayangkan Ngo-Ngo Cina di Perak kini sudah mula kembali memberi sokongan kepada parti itu.

Soi Lek juga yakin rakyat menyokong pemimpin yang turun ke bawah bagi memahami masalah rakyat serta menyelesainya.

Manakala Dr. Zambry memberitahu media hari ini (Selasa) selepas majlis bertemu pelanggan di Ipoh, tahap sokongan masyarakat Cina terhadap kepimpinan BN dilihat semakin meningkat.

Beliau akui sokongan ini dapat dilihat kebelakangan ini walaupun terdapat cubaan pihak tertentu yang mahu mengganggu gugat dan menghasut rakyat membenci kerajaan.

Semasa lawatan Perdana Menteri minggu lalu sempena majlis Terbuka Tahun Baru Cina di Sitiawan, beliau dapat melihat sokongan masyarakat ini berdasarkan bahasa badan yang ditunjukkan.

"Selain itu, sokongan juga diterima daripada masyarakat Melayu dan India dan tidak dinafikan sokongan ketiga-tiga kaum utama ini sangat penting untuk memastikan BN memenangi pilihanraya umum akan datang," katanya.

Bagaimanapun pendapat Anwar bahawa Perak bakal milik mereka disanggah oleh para pemerhati politik yang menganggap "ayam yang dikejar tak dapat" merujuk kepada Perak,"manakala tangan pula berlumuran najis."

Justeru Anwar yang yakin Perak jatuh semula ke PR sekadar menjerat angin di awan lalu.

09 di Butterworth - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Butterworth - Google Blog Search


ipenangport: “Sepetang Bersama Pengarah Urusan/Ketua Pegawai <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2012 07:09 PM PST


Penang Port organised "Sepetang Bersama Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif" with staff from SBU Cargo at Butterworth Wharves. 

09 di tasek gelugor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


MMI: GEMPUR PEMUDA <b>Tasek Gelugor</b> - Bikin LGE & Pakatan <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 01:19 PM PST

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang diketuai oleh Sdr Hasbul Hazani Daud baru-baru ini telah pun melancarkan Jentera Pilihanraya Pemuda bagi Parlimen Tasek Gelugor yang telah dilancarkan oleh Sdr Ir. Shaikh Husin Mydin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau di Adamson Hotel Kuala Lumpur.
Bermula daripada saat itu Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor terus melancarkan gerak kerja mereka dengan satu Operasi yang diberi nama GEMPUR PEMUDA.Operasi ini merupakan permulaan kepada seluruh jentera pemuda UMNO di Tasek Gelugor untuk menaikkan panji-panji UMNO dan BN diseluruh kawasan Parlimen Tasek Gelugor.
Sehingga berita ini ditulis panji-panji UMNO dan BN telah pun dinaikkan disetiap kawasan dan akan terus dinaikkan dari masa ke semasa melalui operasi bersepadu daripada Pemuda Bahagian dan Pemuda Cawangan-Cawangan.
Memang hebatlah pemuda-pemuda Tasek Gelugor,Jentera ini mampu membuatkan juak-juak penjilat punggung LGE meroyan dan tak senang duduk.Keberanian dan usaha bersungguh-sungguh oleh barisan anak muda harapan bangsa ini perlu dihargai kerana mereka sudah memulakan rentak dengan melancarkan perang psikologi terhadap barisan Pakatan Haprak yang ternyata dan terbukti tertekan dengan usaha bersepadu ini.
MMI bukan bercakap kosong ianya dibuktikan dengan insiden yang berlaku di Merbau Kudong Sungai Dua apabila panji-panji UMNO dan BN yang telah dinaikkan disepanjang laluan utama ke Sungai Dua telah diturunkan oleh juak-juak Haram Jadah PR dengan menggunakan pencacai-pencacai MPSP.
Hahaha MMI cukup tertarik dengan insiden ini kerana ianya mambuktikan Operasi GEMPUR PEMUDA ini memberikan impak yang cukup berkesan dalam usaha barisan Pemuda UMNO Tasek Gelugor mempertahankan Parlimen dan tiga DUN dalam PRU Ke-13 nanti.
Juak-juak Pakatan Haprak dilihat telah menggunakan kuasa Ahli Majlis untuk menurunkan panji-panji UMNO dan BN yang telah dipasang dengan alasan ianya tidak boleh dinaikkan.Namun yang menjadi persoalannya adalah mengapa bendera-bendera Pas,PKR dan DAP yang telah dipasang sekian lama dibeberapa tempat di Tasek Gelugor tidak pula diambil tindakan?Malah pemantauan yang dibuat oleh MMI sendiri bendera-bendera Pas dan PKR yang dipasang disekitar kawasan Penanti Permatang Pauh tidak pula diturunkan oleh MPSP.Soalnya sekarang mengapa hanya di Tasek Gelugor ?
Nak tahu kenapa ? Jawapannya cukup mudah kerana mereka PANAS dan TERTEKAN dengan serangan yang dilakukan oleh barisan Pemuda Harapan Bangsa UMNO Tasek Gelugor.Ini jelas kerana insiden panji-panji UMNO dan BN ini mahu diturunkan oleh pencacai-pencacai Pakatan Haprak dibuat hanya dalam tempoh masa tak sampai 10 jam dari masa panji-panji ini dinaikkan.  
Paling menarik MMI dikhabarkan bahawa tiada sebarang laporan dibuat kepada MPSP berkenaan hal ini tetapi hanya merujuk kepada Ahli Majlis dan beliau diberitakan telah mengambil tindakan sendiri tanpa merujuk kepada mana-mana pihak dengan mengarahkan anggota-anggota MPSP hadir bersama-sama van milik MPSP.
Apa pun juak-juak pencacai rejim DAP yang bertanggungjawab mengarahkan panji-panji UMNO dan BN diturunkan  telah pun dikenal pasti dan lebih malangnya mereka ini merupakan orang Melayu yang sanggup berkiblatkan LGE dan konco-konconya.
Inilah wajah-wajah mereka yang kononnya melaksanakan tugas tetapi dalam masa yang sama mempunyai niat dan motif untuk menyekat sebarang usaha UMNO dan BN melaksanakan gerak-kerjanya.
Mereka sebenarnya harus malu dengan diri sendiri apabila mengamalkan sikap "double standard" kerana sebelum ini mereka hanya membutakan mata dengan membiarkan bendera Pas,PKR dan DAP dinaikkan tetapi mahu pula mengambil tindakan dengan menurunkan bendera UMNO dan BN dengan alasan undang-undang.MMI nak kata pegiii dahhh...Cakap sajalah LGE arah , nak melawan tak boleh sebab dah ikrar akan sembah LGE.
Lagi satu sedarkah mereka tindakan dan sikap mereka sebenarnya mengesahkan apa yang dilaung-laungkan oleh LGE bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah pentadbiran Rejim DAP mengamalkan C.A.T  sebenarnya GAGAL.
MMI mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera pemuda yang memberikan komitmen terhadap operasi Gempur Pemuda Ini.Tidak ketinggalan kepada barisan pendekar yang hadir ke Merbau Kudong pagi Sabtu yang lalu termasuk YB Dato' Jasmin Mohamed ADUN Sungai Dua mempertahankan panji-panji UMNO dan BN daripada terus di turunkan oleh juak-juak Pakatan Haprak.Anda semua telah membuktikan bahawa maruah dan perjuangan keramat parti UMNO dan BN mesti dipertahankan daripada diceroboh oleh puak-puak bangang Pakatan Haprak.
Pssttt MMI masih ternanti-nanti untuk LGE hantar wakil Melayu bangang DAP untuk bertanding di Tasek Gelugor.

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


Malaysia Zoom » 30 pengunjung pusat hiburan diperiksa

Posted: 05 Feb 2012 03:01 PM PST

PULAU PINANG 5 Feb. – Polis memeriksa seramai 30 pengunjung pusat-pusat hiburan di sekitar Jalan Sri Bahari, Jalan Penang serta Tanjung Bungah dalam Ops Noda dan Ops Cantas malam tadi.

Dalam operasi bermula pukul 11 malam hingga 4 pagi itu, kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun dan diarah menjalani ujian air kencing mengikut Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, sebanyak 12 premis diperiksa dan diambil tindakan kerana beberapa kesalahan.

Menurutnya, seorang lelaki dan seorang perempuan ditahan di dua pusat hiburan berasingan kerana membenarkan pelanggan bawah umur memasuki premis berkenaan.

"Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 11 (3) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

"Seorang lagi lelaki ditahan dan peralatan audio video dirampas di sebuah premis kerana tiada lesen hiburan dan ia akan disiasat di bawah Seksyen 6 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998," katanya kepada pemberita di Jalan Sri Bahari di sini hari ini.

Jelasnya, seramai 70 pegawai dan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut; Balai Polis Air Itam dan Balai Polis Tanjung Tokong menyertai operasi berkenaan.

Tambah beliau, operasi tersebut diadakan bertujuan membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah dan maksiat di premis-premis hiburan di sekitar negeri ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

09 di Batu kawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Welcome to my Blog.. Whatever News..: <b>Batu Kawan</b> - Pulau Aman

Posted: 05 Feb 2012 11:14 PM PST



Assalamualaikum & Salam Sejahtera
ada knduri sempena maulud kat umah sepupu..
kat taman intan cempaka.. 
makan laksa, nasi berlauk gulai daging, ayam masak merah, ulam-ulaman dll..
harga bot ke Pulau Aman..
Pemandangan di Jeti Batu Kawan mmg menarik..
kat sana sesuai untuk pengantin uat photoshoot..
tyme aku gi sna 2 pasangan pengantin ada kat sna..
kat sna jugak boleh berkelah, melepak dll..

dh sampi kat Pulau Aman..
kehidupan mereka disana hanya berjalan kaki..
bila hendak gi kemana sahaja..
tiada kenderaan langsung..
tiada pencemaran bunyi, udara dll..
di sana perkampungan kecil..
oleh itu, disana jugak ada tmpat bersejarah..

sekitar tahun 1789, seorang kampung telah menemui mata air yang sedang mengalir di tepi pantai. Beliau bercadang untuk menggali sebuah lubang agar dapat dijadikan telaga untuk kegunaan semua penduduk kampung.
semasa beliau sedang menggali, tiba2 cangkul beliau terkena satu objek keras dan apabila diteliti ianya adalah sebuah tempayan emas. beliau terkejut dan ketakutan serta terus memberitahu penduduk kampung tentang perkara tersebut. apabila orang kampung tiba di tempat itu, tempayan emas itu tidak wujud lagi sebaliknya ada batu berwarna kuning keemasan sahaja.
peristiwa tersebut diketahui oleh pemenrintah british yan memerintah pulau pinang pada masa itu. pemenrintah british itu telah mengupah orang kampung untuk menggali lubang tersebut untuk mendapatkan emas yang diperkatakan itu dan ketulan yang disangka emas itu dihantar ke british untuk dianalisis. namun demikian, ketulan yang disangka itu hanyalan ketulan batu yang berwarna emas dan penggalian tersebut telah diberhentikan dengan kedalam 2.5 meter.
penduduk telah mengambil keputusan untuk dijadikan lubang itu sebagai telaga atau perigi yang mana dinamakan TELAGA EMAS. nama itu kekal sehingga hari ini.
berhenti makan mee udang..
sesuai untuk kaki pancing..

09 di nibong tebal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


Anak Seberang: Ahli Parlimen <b>Nibong Tebal</b> Dipecat!

Posted: 07 Feb 2012 01:06 AM PST

MEMANG GILALAH SI ZAID IBRAHIM NI. 


SAPA SAJA YANG BERANI MENGKRITIK DIA, TERUS DIPECAT PARTI! INI SUDAH DASAR KUKU BESI. KALAU DAPAT MEMERINTAH NEGARA, MEMANG NAYALAH RAKYAT MALAYSIA.


A.S NASIHATKAN TEE BENG, KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN. 


INGAT!, BAPA MU SEORANG ORANG KUAT GERAKAN DI PULAU PINANG.
YANG MENJADI MANGSA IALAH ORANG NIBONG TEBAL. ADA AHLI PARLIMEN SERUPA MACAM TAKDE DISEBABKAN PERMAINAN POLITIK YANG TAK BERKESUDAHAN.


BALIK-BALIK YANG ASYIK MEMBANTU ORANG NIBONG TEBAL TAK LAIN TAK BUKAN, PEMIMPIN UMNO/BN JUGALAH YANG DICARI. DATO' NON WALAUPUN HANYA PENYELARAS PARLIMEN, PAGI PETANG SIANG MALAM TANPA KENAL ERTI PENAT DAN JEMU MEMBANTU RAKYAT DI NIBONG TEBAL.


A.S NASIHATKAN ORANG NIBONG TEBAL DALAM PRU13 NI LEBIH BIJAK MEMILIK, JANGAN JADI PISANG BERBUAH DUA KALI. MERANALAH BADAN.
       
                                                 ****************************


Pengerusi Kita Kedah, Pulau Pinang dipecat 

SHAH ALAM - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) negeri Kedah dan Pulau Pinang dipecat berkuat kuasa serta-merta atas kesalahan melanggar peraturan-peraturan parti itu. Setiausaha Pusat Kita, Masrum Dayat berkata, Tan Tee Beng dan Zamil Ibrahim, masing-masing ketua Kita Kedah dan Pulau Pinang telah diputuskan pemecatan mereka dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin, malam tadi. 

"Jawatankuasa Disiplin mendapati mereka telah melanggar peraturan-peraturan parti dengan membuat kenyataan secara berterusan mengecam parti dan kepimpinan parti," kata Masrum ketika dihubungi. Dalam pada itu, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Wan Hasemah @ Wan Norjam Wan Sulaiman berkata, "Jawatankuasa Disiplin Kita dalam mesyuaratnya pada 6.2.2012 (semalam) telah sebulat suara memutuskan memecat keahlian Tan Tee Beng dan Zamil Ibrahim kerana terus-menerus melakukan pelanggaran melampau terhadap disiplin parti, berkuat kuasa serta-merta."

 Kata beliau, kedua-dua mereka boleh merayu kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat terhadap pemecatan tersebut dalam masa 14 hari. Tee Beng juga merupakan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat dan Ahli Parlimen Nibong Tebal. Kedua-dua pemimpin itu meruakan antara yang melahirkan pandangan kritis terhadap Datuk Zaid Ibrahim sejak presiden itu melahirkan cadangan mahu membubarkan Kita. Khamis lalu, Zaid berkata, keputusan membubarkan Kita terpaksa dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa pihaknya tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota parti di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka mengkritik Pakatan Rakyat (PR).

Laporan media semalam menyebut lima pengerusi negeri Kita akan mengadakan usul tergempar bagi mendesak Zaid meletak jawatan sebagai presiden parti. Tee Beng berkata, Zaid sepatutnya menarik diri dari memimpin Kita, bukannya membubarkan parti berusia setahun itu. Zamil juga melahirkan pandangan yang serupa minggu lalu

09 di balik pulau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


Maklumat: Perhimpunan Ibu Waja <b>di Balik Pulau</b>...29 <b>...</b> - Tranung Kite

Posted: 01 Feb 2012 04:44 AM PST

Oleh: hendonbertudung

"Perhimpunan Ibu Waja di Balik Pulau berlangsung pada Ahad, 29 Januari 2012. Ibu Tunggal diberi beberapa "gula-gula politik" termasuklah 5kg beras 1 Malaysia , wang tunai rm5 dll. Biasalah pada mula2 perjumpaan mereka diberikan taklimat kesihatan seperti barah payudara, peluang perniagaan dll. komdian diberi brainwash serba sedikit...

 Perhimpunan itu di adakan di salah sebuah dewan. Kalau tak salah saya di Island College Sungai Rusa. Bermula pagi dan berakhir hingga makan tengahari kot.

Penceramah yang berada di situ termasuklah Dr. Helmi dan Pn Hajah Faridah dan Pemuda UMNO. Dalam perkara sebegitu sudah menjadi kebiasaan pemimpin DAP dihentam. Ini Politik rasis UMNO. Dalam pembentangan itu juga dimasukkan beberapa gambar dilayar lcd. Termasuklah gambar Pak Lah yang didakwa mereka disuperimposekan dengan seorang wanita Cina. Jangan mempercayai gambar seperti ini... kata penceramah UMNO itu.

Penceramah menafikan bantuan-bantuan yg diberikan adalah kerana pilihanraya. Bagi penceramah bantuan RM100 oleh PR juga bertujuan utk mengumpul nama. Penceramah juga tidak mahu para hadirin mendengar kata pembangkang. Penceramah juga menyoal . Apa lagi yang mereka mahu? Penceramah meramalkan pilihanraya samada bulan 3 atau 4. Penceramah mahukan pengundi muda didaftarkan. Kalau mereka tak mahu,secara diam ambil ic mereka, fotostat dan daftarkan..., tapi ini rahsia...katanya. 

DAP dah banyak musnahkan gerai-gerai orang Melayu.Gambar  Tok Janggut d ditayangkan di skrin besar. "dia tidak berjaya dapat kemerdekaan seperti tunku"' dakwa penceramah umno.Dilayar besar ada ditayangkan kawasan2 yang dimenanangi BN dan Pakatan Rakyat... Lebih kurang 200 orang hadir di majlis tersebut. Terdapat juga orang lelaki yg tak sampai 10 orang . Di akhir ceramah, salah seorang penceramah meminta sesiapa yg ada soalan menyoalnya nya sekarang...

Sekian , semoga beroleh manfaat..

"

Homestay <b>di balik pulau</b> : Semua Homestay

Posted: 02 Feb 2012 09:40 PM PST

[unable to retrieve full-text content]HOMESTAY DI BALIK PULAU.RUMAH DUA TINKAT. DI PEKANBALIK PULAU.PENANG. ADA SEWA HARI ADA minggu.DANbulan. Contact khoo cheng leong. Click here to cancel reply. Name (required) Mail (required) ...

Accidental Blogger: Beautiful #Penang (Pictures) - Pt 1 - Teluk <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2012 06:30 PM PST

My recent trip for the Chinese New Year Holidays took me back to my hometown of #Penang. The holidays coincided with my birthday and wedding anniversary (celebrated slightly earlier). Although my wife and I planned to go to Thailand for a couple of days but we decided to call it off as it was too much of a hassle especially with the little one because we would have to leave him with my in-laws or my parents which we were not comfortable as we were not too sure if he would be okay without us for two days. So we decided to spend the holidays in Penang as there were some places that we had not visited.

Note: If you would like to skip the yada, yada, yada that follows in this article, please scroll right down to the pictures :)

The trip was indeed worth it as we managed to explore some places that we had visited as kids and have long forgotten and also some places that we have not been at all; Penang is a big place you know :).

On the first day we took a round the island trip starting from Bayan Baru via Relau to Balik Pulau and from Balik Pulau to Batu Ferringhi. Along the way we made stops at Balik Pulau town which is on the west coast of the island and is not as developed as the east coast where Georgetown is. There, we visited a small temple that my family used to frequent as I was in my pre-teens-teens. After a short stop there, we continued to use the road from Balik Pulau to Batu Ferringhi. We stopped by Pantai Acheh which is a small fishing village on the west coast. Then, we continued to drive and finally ended up at the Teluk Bahang Dam which is about 15KM from Balik Pulau. The distance is short but it goes through a windy road with deep ravines and fruit orchards. For Durian lovers, this is the road you take! The dam brought back a lot of memories for my wife and I as that is where we used to "Pak Toh" when we were courting. I hold a special place in my heart for the dam as it was not only our dating spot but also a place during my college days where my college mates and I used to hang out and chat until late!

Once we were done with the dam, we drove further down the road for about 3KM to the "End of the World". The place is called such because it is at the northern tip of the island and it opens up to an open sea. I have been there before a long time ago but today, there are Jetties which extend quite far out into the ocean. I have a fear of heights and deep water therefore, I was very careful whilst walking on the jetty which was built on stilts and also the pathway was very narrow. I got some good photos from there as well which I have shared below.

The "End of the World" is also the starting point to track to beaches like Pantai Acheh, Pantai Kerachut and Monkey Beach. This place has also been designated as the smallest Taman Negara (national park) in Malaysia. If you enjoy tracking, this is a place for you, if you track up to Pantai Kerachut, there is a meromictic lake which means that the lake has 2 layers of water that do not intermix and has different temperatures(google it up if lost :) ) The End of the World is also a haven for sea-food. Just go into the kampungs around the area and you will be greeted with the abundant amount of sea food shops.

After the visit to The End of the World, we continued to Batu Ferringhi for dinner and then headed back home to continue the next day for part 2.










 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved