Sabtu, 18 Februari 2012

09 di Butterworth - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Butterworth - Google Blog Search


Dua Remaja Pulau Pinang Jalani Latihan Dengan kelab Brazilo <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2012 01:52 PM PST

S. Kumaahran (jersey NO.3) dan B. Sanjeet Dinesh (jersey NO.2)

Kemahiran luar biasa seorang remaja S. Kumaahran dalam bermain bola sepak telah menarik minat kelab Cruzeiro dari Brazil untuk menawarkannya sebagai pemain kelab itu.

Pemain berusia 16 tahun itu akan menjalani ujian prestasi selama dua bulan di Belo Horizonte di Brazil mulai 25 Februari ini. Beliau sebelum ini pernah mengikuti latihan sebulan dengan kelab itu di tempat yang sama pada Ogos tahun lalu.

Kumaahran berkata peluang untuk bermain dengan kelab Cruzeiro itu menjadi impiannya sejak kecil dan tidak menyangka ia menjadi kenyataan dalam hidupnya.

" Ini peluang kedua untuk saya mempelajari skil-skil hebat dari kelab Cruzeiro, mereka berlatih berbeza dan lebih cekap. Ia benar-benar mengubah persepsi saya mengenai bola sepak," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, beliau juga menaruh harapan untuk menyarung jersi kebangsaan satu hari nanti tetapi mahu beraksi dengan pasukan luar negara dahulu bagi menimba pengalaman di peringkat antarabangsa.

Beliau yang berasal dari Butterworth ditemui selepas menerima sumbangan untuk perbelanjaan di Brazil sebanyak RM2,000 daripada Presiden persatuan Persatuan Bola Sepak India Pulau Pinang (PIFA) J. Dhina.

Selain Kumaahran, seorang lagi pemain bola sepak remaja B. Sanjeet Dinesh, 16, yang juga berasal di Butterworth turut menerima sumbangan berkenaan bagi menampung perbelanjaannya semasa latihan dengan kelab Cuzeiro.

" Saya tahu bahawa saya tidak akan mendapat banyak peluang seperti ini. Tetapi saya percaya pada diri saya sendiri dan saya rasa ia peluang bagi saya untuk mencontohi idola saya, Santokh Singh, di arena antarabangsa," katanya yang pertama kali dipanggil untuk berlatih dengan kelab berkenaan.

Sementara itu, Jaino Matos wakil rasmi Cruzeiro di Malaysia berkata kelab itu sangat berminat untuk membawa Kumaahran menjalani percubaan sekali lagi dan rakyat Malaysia semua harus berbangga dengan semua itu.

" Ia merupakan sebuah kelab besar dan elit, mereka pasti melihat potensi yang ada pada Kumaahran dan terbaru Sanjeet Dinesh. Terus terang kedua-dua remaja itu mempunyai potensi untuk bersinar pada masa akan datang," katanya yang juga jurulatih bola sepak Majlis Sukan Negara. – Bernama

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Apa yang dilakukan oleh pentadbiran <b>negeri Pulau Pinang</b> untuk <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2012 02:00 AM PST

Saya menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang dan dalam tempoh tersebut dapat melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering dijadikan 'berita sensasi' mengenai untung nasib Melayu/Islam. Jika mempercayai sepenuhnya laporan-laporan yang dimuat dalam akhbar dan media elektronik 'arus perdana', kita pasti akan marah dan melemparkan 1001 tuduhan kepada pentadbiran negeri.

Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya sedar dan tahu akan kedudukan sebenar atau apa yang berlaku dan dilakukan sebelum pilihan raya 2008.  Banyak masalah berkaitan orang Melayu/Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini.

Banyak perkampungan Melayu dalam kawasan bandar raya dan pinggirnya wujud atas tanah milik bukan Melayu termasuk golongan pemberi hutang yang digelar 'Ceti' dan apabila tuan tanah jual harta mereka itu, maka orang Melayu yang 'menumpang'  di situ terpaksa berpindah. Akibat daripada perpindahan itu,  berkuranglah jumlah atau bilangan orang Melayu dalam kawasan bandar raya atau pinggir bandar.

Dalam kawasan bandar raya, kampung Melayu/Islam yang masih kekal adalah atas tanah wakaf seperti di Lebuh Aceh (Acheen Street – wakaf Syed Hussein Idid) walaupun hanya tinggal beberapa buah rumah sahaja,  Kampung Makam di Jalan Dato' Keramat (wakaf Sheikh Kassim) dan Kampung Syed di Jalan Burma (wakaf Kupima Ku Zainal Abidin/Syed Mohamad Alhabshee).

Ketiga-tiga buah kampung itu kini bernilai tinggi dan dilihat sebagai 'lombong emas' yang mengundang banyak pihak menaruh  minat tetapi oleh kerana tarafnya sebagai harta  wakaf, maka pihak tertentu tidak boleh menyentuhnya. Bayangkan apa akan  berlaku jika ketiga-tiga kawasan atau hartanah itu bukan harta wakaf?

Sekitar tahun 1970-an ada pihak yang ingin membangunkan Kampung Makam selaras dengan kehendak dan wasiat pewakif untuk memastikan ia selari dengan kemajuan dan pembangunan sekitarnya. Malangnya, usaha tersebut dibantah oleh segelintir penduduk dan akibatnya Kampung Makam kekal seperti sedia kala hingga sekarang.

Kebelakangan ini, pentadbiran negeri sering dijadikan sasaran dan kecaman oleh pihak-pihak tertentu yang antara lain menuduhnya menganaktiri dan menzalimi orang Melayu dan orang Islam. Mereka melempar tuduhan dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" sedangkan ia adalah sebuah kerajaan campuran tiga buah parti politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Mungkin dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" pihak berkenaan berharap ia dapat membakar semangat marah di kalangan orang Melayu dan Islam.

Banyak masalah yang dibangkitkan oleh mereka sebenarnya bukan perkara baru. Ia mula berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional/Perikatan dan diwarisi oleh pentadbiran Pakatan Rakyat. Kebanyakan daripada masalah yang bersangkut-paut dengan isu tanah dan perumahan membabitkan soal undang-undang dan pentadbiran yang mengambil alih selepas pilihan raya umum 2008 tidak seharusnya dipersalahkan.

Pentadbiran Pakatan Rakyat yang berkuasa di Pulau Pinang, walaupun dicemuh oleh pihak tertentu, telah membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek pentadbiran kewangan dan memelihara kebajikan rakyat.

Belanjawan atau Bajet  2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengukuhkan kesihatan dana negeri dengan mengurangkan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam tempoh tiga setengah tahun sahaja.

Pengurangan hutang sebanyak RM600.47 juta atau 95.29 peratus adalah kadar yang paling cemerlang di antara semua negeri di Malaysia. Hasil daripada pengukuhan kewangan, penjimatan dan perbelanjaan berhemah yang diperolehi melalui prinsip tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah disalurkan untuk keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Antara program yang dilancarkan atau diperkenalkan sejak 2008 – Program Membasmi Kemiskinan Tegar, Program Penghargaan Warga Emas, bantuan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal serta Penghargaan Anak Emas yang bermul pada 2011.

Mulai tahun ini, kerajaan negeri bertekad untuk membantu 743 Ketua Isi Rumah (KIR) yang majoritinya orang Melayu, memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan yang membabitkan bantuan sebanyak RM4.0 juta setahun. Kerajaan negeri mensasarkan sebelum 2015, Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya menghapuskan miskin tegar  sepenuhnya.

Sudah tentu ada pihak yang kurang senang dengan apa yang saya nyatakan tetapi itulah hakikatnya dan itulah kenyataan. Saya tidak memihak kepada sesiapa tetapi sebagai anak Pulau Pinang, saya kena akui dan terima kenyataan tanpa mengira siapa atau parti politik mana yang berkuasa.

Saya  perturunkan fakta kewangan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam yang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak ia mentadbir negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang direka-reka untuk menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP.

1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

Tahun 2008 (BN) …………..RM25.7 juta

Tahun 2009 (PR)……………RM33.2 juta

Tahun 2010 (PR)……………RM38.9 juta

Tahun 2011 (PR)……………RM45.7 juta

Tahun 2012 (PR)……………RM64.03 juta

2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA

Tahun 2008 (BN)…………..RM659,000.00

Tahun 2009 (PR)……………RM879,000.00

Tahun 2010 (PR)……………RM913,200.00

Tahun 2011 (PR)……………RM900,000.00

Tahun 2012 (PR)……………RM900,000.00

3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)

Tahun 2008 (BN)………….TIADA

Tahun 2009 (PR)…………..RM1.50 juta

Tahun 2010 (PR)…………..RM1.75 juta

Tahun 2011 (PR)…………..RM1.75 juta

4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ

Tahun 2008 (BN)…………TIADA

Tahun 2009 (PR)………….RM75,000.00

Tahun 2010 (PR)………….RM100,000.00

Tahun 2011 (PR)………….RM130,000.00

5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)

Tahun 2008 (BN)…………TIADA

Tahun 2009 (PR)………….RM213,000.00 setahun bermula  tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri

6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN

Tahun 2008 (BN)……….TIADA

Tahun 2009 (PR)………..RM100,000.00 setahun

*FAKTA ADALAH  DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

Saya tidak pasti sama ada berita ini mendapat tempat dalam media arus perdana tetapi percaya ianya tidak dilaporkan. Apa yang dilaporkan lebih merupakan laporan negatif yang mencemuh dan memberi gambaran buruk terhadap pentadbiran negeri semata-mata kerana ia diterajui oleh DAP. - ROKETKINI

09 di Batu uban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu uban - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Feb 2012 09:28 PM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jan 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

Inspirasi Remaja Kini: Pertahankan Kampung <b>Batu Uban</b>

Posted: 08 Jan 2012 07:27 PM PST


Kampung Batu Uban bukan sama dengan Kampung Buah Pala, atau Kampung Baru di Kuala Lumpur. Batu Uban adalah penempatan Melayu yang terawal di Pulau Pinang. Malah ia juga adalah pekan dan pelabuhan terawal di pulau itu.

Saya telah perhatikan perkembangan di Batu Uban tanpa kudrat menentukan dan merobahnya. Tidak guna kita merintih apa yang telah berlaku. Ini bukan nostalgia.

Seharusnya, Kampung Batu Uban dijadikan kampung istimewa di Pulau Pinang. Di situlah masjid yang terawal dibina. Di situlah juga tanah dikurniakan oleh Sultan Kedah kepada para peneroka awal sejak 1730an lagi, dan ia berlaku sehingga tahun 1740an.

Batu Uban adalah pusat aktiviti wilayah Gelugor dan kawasan sekitarnya. Ramai keturunan peneroka awal Batu Uban menyumbang kepada perkembangan budaya dan ekonomi kawasan Tanjung - pekan Melayu di Lebuh Acheh dan Armenian khususnya. Ini mula berlaku pada lewat 1700. Batu Uban mempunyai jalinan dengan pelabuhan Batu Bara, yang kini sebuah daerah di pesisir pantai timur Sumatera - di wilayah Sumatera Utara, lebih kurang tiga jam perjalanan ke arah selatan dari Medan. Malah, saya dimaklumkan satu masa dulu Batu Uban dikenali sebagai Batu Bara.

Batu Uban adalah sebuah pusat metropolitan yang menghubungkan Pulau Pinang/Kedah dengan Sumatera, India dan Hadhramaut. Malah, Batu Uban bukan hanya membuka ruangnya kepada Selat Melaka, tetapi juga kepada Lautan Hindi. Jalinan Batu Uban dengan Selat Melaka dan Lautan Hindi jelas dilihat dengan kedatangan orang Minangkabau dan Melayu yang berlayar dari Batu Bara, kaum-kaum dari India, dan Arab sama ada terus dari Hadhramaut, melalui India, atau melalui Aceh. Di situlah juga mula terbentuknya identiti Jawi Pekan di Pulau Pinang, mendahului lain-lain tempat di Nusantara. Batu Uban pada satu masa dulu bukan kampung, tetapi sebuah pekan dengan segala rencam dan ragamnya.

Apakah ini sukar sangat untuk kita faham? Ini bukan soal menolak pembangunan. Ini soal kegagalan pihak berkewajipan dan pihak berkuasa mengiktiraf, melindungi dan mewartakan sesuatu kawasan itu. Mengapa kelulusan diberi kepada pemaju? Apakah warisan dan sejarah perlu tewas oleh kaum-kaum kapitalis? Siapakah yang membenarkan itu? Apakah pihak-pihak warisan dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang buta sejarah?

Mengapa dibenar kawasan sekecil itu diroboh lalu mengubah wajah asal? Apakah tidak ada alternatif lain? Mengapakah kita terlalu taksub dengan konsep dan falsafah pembangunan yang kolot? Apakah pembangunan semestinya menghapuskan sejarah dan warisan?

Dalam hal ini, dan bukan saja dalam konteks Batu Uban, kita mesti mengkaji semula konsep dan falsafah pembangunan. Malah istilah 'pembangunan' itu kurang tepat kerana ia menumpu kepada aspek fizikal dan pertumbuhan ekonomi, walaupun dalam retoriknya kita mengeluarkan istilah seperti 'mapan' dan 'tambah nilai.' Apa ertinya jika atas nama pembangunan, identiti kita dihapuskan? Konsep dan falsafah pembangunan kini memihak kepada apa yang boleh diukur dan dilihat. Kita tidak melihat sejarah dan warisan seperti mana yang sepatutnya kerana kayu pengukuran kita berlandaskan kepada kepentingan-kepentingan jangka pendek.

Jika kita isytiharkan kita ingin maju seperti lain-lain negara , lihat saja bagaimana mereka kekalkan sejarah dan warisan. Tidak perlu pergi jauh. Lihat sekitar negara Asia Tenggara, atau India, atau Jepun. Apakah maksud 'Chennai,' 'Mumbai' dan 'Kolkata' dalam kamus dan kesedaran sejarah di India?

Kita akur bahawa Pulau Pinang mempunyai densiti penduduk yang tinggi, dan tanah amat berharga. Akan tetapi, apakah harga itu sama dengan nilai sejarah? Dengan robohnya Batu Uban, walaupun mungkin tinggal sebuah masjid, telaga dan tanah perkuburan hampir 300 tahun itu, maka akan robohlah sejarah penempatan Melayu di Pulau Pinang.

Pihak-pihak berwajib, dan empunya tanah sepatutnya memikirkan bagaimana memperkasakan sejarah dan warisan Melayu di tempat itu, bukan sebaliknya. Papan tanda di hadapan masjid Batu Uban kini memang tidak mencukupi.

Dan jika dikatakan bahawa penduduk-penduduk di kawasan itu tidak berminat tinggal di situ, apakah mereka diberi pandangan, bimbingan dan nasihat yang sewajarnya.

Apa yang perlu dilakukan adalah sebuah kawasan/laman peringatan, bersama dengan papan tanda yang lebih jelas di tengah-tengah kawasan perkampungan itu bagi memperingati para peneroka Melayu awal pulau itu, dan jalinan Batu Uban dengan rantau kepulauan Melayu dan Lautan Hindi.

Juga, mereka yang berwajib, termasuk yang empunya tanah, memperbaiki kampung itu sebagai kampung awal tradisi sambil mengwajahkan jaringan dengan rantau yang lebih luas. Batu Uban bukan kampung kolot. Di situlah pada awal lagi bertapaknya Islam di Pulau Pinang.

Seharusnya usaha dilakukan mengekalkan nama Batu Uban sebagai sebahagian daripada nama Gelugor, juga dikatakan berasal dari Batu Bara. Dengan lenyapnya Batu Uban, maka akan lenyaplah juga sejarah dan identiti warisan sebelum kedatangan Inggeris.

Saya harap jangkaan saya salah. Masih ada ruang dan masa untuk menyelamatkan Batu Uban. Tidak perlu bersedih dan merintih. Tidak ada belang yang dapat ditinggalkan seperti apabila matinya harimau. Apa yang boleh dilakukan sekarang ialah secara kolektif, pihak-pihak yang berwajib dan berkuasa memberhentikan projek tapak pembinaan kini dan apa-apa lagi yang telah diluluskan untuk kawasan itu pada masa depan.

Pada asalnya, mengapa projek-projek pembinaan telah diluluskan sejak sekian lama? Ini hanya menunjukkan kealpaan tentang sejarah; sikap dan kesedaran yang menolak memori kolektif sesebuah tempat. Hal ini tidak pula kelihatan di kawasan-kawasan di Georgetown, khususnya di tapak warisan UNESCO.

Sekali lagi, saya nyatakan pihak yang memiliki tanah di Batu Uban hendaklah tidak buta sejarah. Pada masa sama, sejarah tidak kenal undang-undang. Tahun-tahun yang penting berkaitan dengan Batu Uban adalah 1734 dan 1749. Apakah kita mahu detik-detik itu lenyap dari lipatan sejarah Pulau Pinang dan Kedah akibat dari kedaifan dan kebebalan sejarah kita sendiri?

Utusan Malaysia

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
Full content generated by Get Full RSS.

NGO desak Kg Melayu <b>Batu Uban</b> digazetkan kampung Warisan <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2012 05:50 PM PST


Kenyataan Bersama Oleh :

1. Persatuan Sejarah dan Peradaban Melayu Pulau Pinang (PERADABAN)
2. Sejarawan, Sasterawan dan Budayawan USM
3. Persatuan Sejarah dan Warisan Pulau Pinang
4. Persatuan Karyawan Pulau Pinang (Karyawan)
5. Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan)
6. Aktivis Warisan dan Sejarah Pulau Pinang
7. Persatuan Sejarah Negeri Kedah
8. Waris Haji Mohammad Salleh (Nakhoda Nan Intan), pengasas kampung Batu Uban

Pertahankan dan Selamatkan Antara Kawasan Petempatan dan Warisan Terawal Melayu di Pulau Pinang

Batu Uban adalah sebuah bandar dalam peta lakaran Kapten Walter Alves pada tahun 1763, peta pertama Inggeris sebelum membuka P.Pinang (lihat gambarajah). Ia adalah pelabuhan yang pertama sebelum George Town; dibuka oleh Haji Mohammad Salleh atau lebih dikenali sebagai Nakhoda Nan Intan dengan restu baginda Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Syah II (mm. 1710-1778).
Masjid Batu Uban telah di asaskan oleh Nakhoda Nan Intan pada tahun 1734. Nama sebenar beliau ialah Raja Nan Intan Ibni Al-Marhum Tengku Patih Sebatang. Beliau berasal dari Kampung Buadi, Paya Kumboh, Sumatera dan mempunyai hubungan dengan kerabat diraja Minangkabau.

Nakhoda Nan Intan merantau ke Pulau Pinang bersama dua lagi bahtera. Nakhoda Nan Intan singgah di Batu Uban, satu lagi bahtera singgah di Bayan Lepas (Nakhoda Bayan) dan bahtera ketiga singgah di Jelutong (Nakhoda Kecil). Ketiga-tiga nakhoda tersebut mempunyai talian persaudaraan.

Oleh yang demikian, beliau merupakan orang yang paling awal yang membuka Pulau Pinang dan bukannya Francis Light yang di katakan membuka Pulau Pinang pada tahun 1786.

Dengan kata lain, Batu Uban adalah petempatan, pelabuhan dan tempat bersejarah yang paling awal sebelum bermulanya era penjajahan Pulau Pinang pada tahun 1786M.

MAKA, Kampung Batu Uban ini merupakan :

1. Warisan sejarah yang amat penting bagi orang Melayu di Pulau Pinang khasnya dan Sejarah Pulau Pinang umumnya,
2. Mempunyai hubungkait dengan Peradaban dan Tamaddun Melayu di Pulau Pinang

Dengan yang demikian, timbullah beberapa persoalan yang perlu diberi perhatian segara dan mendesak :

1. Patutkah Kampung Melayu Batu Uban ini dikorbankan kerana pembangunan.

Batu Uban adalah bukti petempatan awal orang Melayu di Pulau Pinang dan merupakan pusat perkembangan peradaban Melayu dan Tamadun Islam khususnya di Pulau Pinang.

2. Beginikah akan berakhirnya Nasib Warisan Melayu dan Islam selepas 55 tahun Merdeka (yakni tidak terbela dan beransur lenyap)

3. Warisan penjajah dan kaum imigran lainnya mendapat pengiktirafan UNESCO, manakala warisan Melayu yang hakiki terlepas pandang dan tidak ada tempat langsung dalam kerangka Zon Warisan Pulau Pinang.

4. Warisan , Sejarah dan Peradaban Melayu dan Islam punya nilai dalam pembangunan.
Negara-negara Barat dan Timur membangun dengan pesat tetapi tidak mengetepikan sejarah dan peradaban mereka. Pulau Pinang hanya mengagungkan warisan penjajah dan kaum imigran tetapi mengetepikan warisan yang asal - peribumi dan bumiputeranya.

5. Kami juga tertanya mengapa Kampung Warisan Melayu Batu Uban ini yang merupakan kawasan perkampungan terawal di Pulau Pinang telah tidak digazetkan bersama-sama dan bersekali dengan permohonan Georgetown untuk mendapatkan Bandar Warisan ke UNESCO (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan)?

6. Di peringkat Negara Malaysia pula, mengapa pihak Kementerian yang bertanggungjawap dalam hal-hal berkaitan dengan Warisan dan Kebudayaan tidak secara serious melihat isu 'pengekalan kampung warisan Melayu'.

Walaupun Kampung Batu Uban ini tidak digazetkan oleh UNESCO yang bukan di dalam kawalan kita, Kampung Batu Uban ini boleh digazetkan sebagai Kampung Warisan oleh Kerajaan Malaysia, dan juga oleh Kerajaan Negeri.

Persatuan Warisan Pulau Pinang (Penang Heritage Trust -PHT), dan jaringan- jaringannya telah berjaya dalam usaha-usaha mereka dalam memulihara dan mengekalkan warisan terutama di Georgetown. Maka perlu ada satu inisiatif lain yang berusaha ke arah pengekalan warisan di 'kampong-kampung terpilih' yang ada kaitan dengan sejarah Pulau Pinang, di bahagian lain di pulau dan juga di Seberang Perai.

Kita berharap perkara-perkara berikut dapat diberi perhatian serius dengan kadar segera oleh pihak kerajaan :

1. Kekalkan kawasan perkampungan Batu Uban (terutamanya dalam lingkungan kawasan masjid dan kawasan perkuburan (yang menempatkan makam Nakhoda Intan dan kaum keturunannya) sebagai 'kampung warisan hidup' atau 'living heritage'.

2. Kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia serta pihak Kerajaan Negeri mengazetkan Kampung Batu Uban ini sebagai Kampung Warisan Pulau Pinang.

3. Kerajaan membangunkan semula kampung Batu Uban ini sebagai Kampung Warisan Hidup.

4. Mendesak Kerajaan Negeri tidak lagi meluluskan sebarang pembangunan dikampung ini. Pihak kerajaan negeri juga perlu dengan kadar segera menyediakan satu pelan Rancangan Khas Kawasan bagi pembangunan kampong warisan ini.

5. Bagi tujuan pengekalan Sejarah Peradaban Melayu Pulau Pinang di kampong bersejarah ini, kita mendesak pihak Kerajaan Pusat dapat membeli semua tanah di kampong ini dan dibangunkan semula.

6. Kita juga berharap dalam hal berkaitan dengan soal Warisan Melayu dan Islam ini akan turut mendapat perhatian dan keprihatinan Tuan Yang Terutama Tun Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang.

Hari ini saya menyeru kepada para budayawan, sejarawan, NGO-NGO Melayu, dan penduduk Melayu di Pulau Pinang agar bangun, insaf dan sedar bahawa tanpa kesepakatan, dan kesatuan hati, kampung-kampung warisan dan tradisi Melayu akan terhakis dan hilang dan hanya kekal pada nama sahaja dan mungkin akan hilang terus.

Kita tidak boleh berterusan menyalahkan orang-orang yang terdahulu, tetapi kita perlu melakukan sesuatu untuk mengekalkan peradaban dan warisan Melayu di negeri ini.

Hingga kini pelbagai usaha dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menafikan sejarah orang-orang Melayu di Pulau Pinang. Negeri yang berkembang maju ini seolah-olah diwujudkan oleh Inggeris dan dimajukan oleh tertentu sahaja.

Atas alasan tersebut, pihak berkuasa, ahli-ahli politik dan NGO's seharusnya sedar akan situasi yang berlaku. Kesilapan dan kealpaan terhadap sejarah asal negeri Pulau Pinang harus dihentikan. Pembangunan yang berlangsung atas nama keuntungan wang ringgit semata-mata sejak era penjajahan tidak harus berlaku lagi. Sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan tapak pertapakan Melayu di Pulau Pinang tidak lenyap ditelan arus pembangunan. Kita juga tidak mahu sejarah orang-orang Melayu tenggelam ditelan oleh sejarah yang tidak tepat.

Kita mahukan pembangunan yang lestari, seimbang dan adil untuk semua kaum di negeri ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Kg <b>Batu Uban</b> menunggu nasib Kg Buah Pala | The Unspinners

Posted: 09 Jan 2012 09:05 PM PST


Sebuah lagi kampung tradisi di negeri ini bakal lenyap atas faktor pembangunan.

Kali ini, Kampung Melayu Batu Uban di Gelugor dekat sini akan mengalami nasib sama seperti Kampung Buah Pala iaitu 'hilang' dari peta Pulau Pinang apabila kerja-kerja pembinaan kawasan perumahan baru sedang dilaksanakan.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar berkata, perkembangan tersebut merupakan satu perkara yang menyedihkan di negeri itu.

"Sekarang apa yang boleh kita lakukan ialah memohon kepada kerajaan negeri supaya menjadikan kawasan itu sebagai kampung tradisi tanpa dimajukan.

"Jika pembangunan diteruskan, maka kampung itu yang merupakan penempatan orang Melayu tertua di negeri ini akan lenyap. Apa yang lebih merisaukan saya, di situ juga terdapat sebuah masjid tertua di negeri ini," katanya di sini hari ini.

Baca sepeuhnya di My Penang Online sini

P/S Boleh tak buang logo UMNO Bukit Gelugor tu. Tak kira parti kerajaan atau pembangkang, trafik lari kalau ada logo parti ada blog.

Full content generated by Get Full RSS.

AHLI MAJLIS MPPP: Kg. Melayu <b>Batu Uban</b> bakal lenyap

Posted: 07 Jan 2012 07:45 PM PST

SEMUA NI BERITA AUTA OLEH UMNO DAN BERITA UTUSAN MELOYA...

TANAH INI DIMILIKI OLEH KELUARGA BERNAMA TUAN INPEKTOR NOOR .BELIAU ADALAH AYAH KEPADA AHLI MAJLIS MPPP @ DAP ZUKIFLI BIN NOOR.TANAH INI TELAH DIJUAL KEPADA PEMAJU OLEH KELUARGA TUAN INSPEKTOR NOOR. KELUARGA MEREKA INI ADA PERTALIAN KELUARGA DENGAN ISTERI SAYA MAKA SUDAHTENTU SAYA MEMPUNYAI SALASILAH CERITA YANG SAHIH.

TANAH MAIPP HANYA BERADA DISEMPADAN TANAH BERKENAAN..

DIATAS TANAH INI ADA HANYA 2-3 PENGHUNI YG HANYA MENYEWA RUMAH KPG KEPADA BEKAS PEMILIK TANAH.MEREKA TELAH BERPINDAH SEMASA PROSES PENJUALAN TANAH KEPADA PEMAJU

SAYA YANG TINGGAL DI KAWASAN INI JUGA SEBAGAI SETIAUSAHA JKKK BATU UBAN AMAT MAKLUM BERKAITAN PEMBANGUNAN DI SINI DAN MEMANTAU SITUASI DISINI .

NAMUN UMNO BATU UBAN TELAH MEMAINKAN PERANAN DALAM MENJADI ORANG TENGAH KEPADA PEMAJU DALAM MEMPERCEPATKAN PERPINDAHAN ORANG MELAYU DI KAMPUNG TENGAH BATU UBAN (TANAH DI BERSEBELAHAN GAMBAR DIBAWAH) SECARA MEMPERDAYAKAN ORANG KAMPUNG YG KEBANYAKANNYA ORG UMNO DENGAN JANJI JANJI WANG PAMPASAN SEBANYAK 10-11 RIBU DAN WANG SEWA BULANAN TANPA SURAT HITAM PUTIH ..AKHIRNYA PENDUDUK PINDAH DAN KINI ADA DIKALANGAN MEREKA TIDAK PUAS HATI.

DALAM KPG BATU UBAN SEJAK DARI 20 TAHUN DAHULU PEMBANGUNAN E PARK ,N PARK , SUNNY VAILE ADALAH DALAM PEMERENTAHAN SIAPA ,TIDAKKAH UMNO @ BN YG MEMERINTAH.?????

TERIMA KASIH
ISZUREE IBRAHIM

2012/1/7 Saiful Penang
Salam,
Apakah benar tanah ini milik MAIPP......dan berapakah pampasan penduduk dapat dan yang berkenaan isu tanah tersebut?
saiful
Kg. Melayu Batu Uban bakal lenyap
Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
utusanpenang@yahoo.com


PEMANDANGAN tapak pembinaan bagi projek perumahan di Kampung Melayu Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

PULAU PINANG 5 Jan. - Sebuah lagi kampung tradisi di negeri ini bakal lenyap atas faktor pembangunan.
Kali ini, Kampung Melayu Batu Uban di Gelugor dekat sini akan mengalami nasib sama seperti Kampung Buah Pala iaitu 'hilang' dari peta Pulau Pinang apabila kerja-kerja pembinaan kawasan perumahan baru sedang dilaksanakan.
Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar berkata, perkembangan tersebut merupakan satu perkara yang menyedihkan di negeri itu.
"Sekarang apa yang boleh kita lakukan ialah memohon kepada kerajaan negeri supaya menjadikan kawasan itu sebagai kampung tradisi tanpa dimajukan.

SEBAB APA SEMASA BN MEMERINTAH PERMOHONAN INI TIDAK DIBUAT....MASA TU JUAK JUAK UMNO DOK BUAT DUIT....

"Jika pembangunan diteruskan, maka kampung itu yang merupakan penempatan orang Melayu tertua di negeri ini akan lenyap. Apa yang lebih merisaukan saya, di situ juga terdapat sebuah masjid tertua di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai projek perumahan berkembar tiga tingkat mengandungi lapan unit di Batu Uban yang telah bermula apabila sebahagian daripada kawasan itu dipagar.
Berdasarkan maklumat pada papan tanda, pemilik projek tersebut ialah sebuah syarikat yang beralamat di negeri ini manakala syarikat kontraktor pula berpangkalan di Sungai Petani, Kedah dan tanah itu dimiliki oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Projek itu dikatakan bermula pada 30 Mac 2011 namun tidak dinyatakan tarikh siap serta kerja pembinaan belum bermula.

Saya sedang menangani masalah yang ditimbulkan oleh Pemaju dilokasi tapak projek bersama JKKK dan Pegawai MPPP dan JKR

09 di kepala batas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


Video Terbaru Dr Hassan Ali <b>Di Kepala Batas</b> | Panglima Perang <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 03:07 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Ucapan YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali di Himpunan Sejuta Ummat (HIMPUN) peringkat Negeri Pulau Pinang pada Sabtu, 28 Januari 2012, di Dewan Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas, Pulau Pinang. Video ini baru ...

09 di permatang pauh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di nibong tebal</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jan 2012 07:11 AM PST

URL Sumber Asal :-

Anak Seberang: Kejutan Keluar Parti <b>Di Nibong Tebal</b>?

Posted: 27 Dec 2011 08:41 AM PST

sahih. 300 penyokong pakatan beralih kepada bn <b>di nibong tebal</b> <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2012 09:28 PM PST

Laporan Polis Pemuda UMNO Bahagian <b>Nibong Tebal</b> Terhadap <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2012 07:16 AM PST

Yang mana satu A.S? Hehe..
Pagi tadi, satu laporan polis telah dilakukan oleh Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal terhadap perancangan gila meroyan puak pakatan haram yang akan berkumpul di depan mahkamah tinggi KL pada 901 nanti.

Laporan ini telah dilakukan oleh Setiausaha Pemuda Sdr Amiruddin Nasrudin dan Ketua Penerangan, Sdr Norhiesam Ismail bersama sebahagian jawatankuasanya di Balai Polis Nibong Tebal.

Turut hadir Sdr Segar, Ketua Pemuda PPP Bahagian Nibong Tebal yang juga membuat laporan polis bagi pihak parti beliau.
Warga media yang terdiri daripada media cetak dan media elektronik turut hadir bagi membuat liputan laporan polis ini.

Anwar Ibrahim mesti terima kenyataan!
Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya harus akur kepada keputusan mahkamah!
Jangan cuba cabuli demokrasi dan biadap terhadap sistem kehakiman negara!

Full content generated by Get Full RSS.

09 di balik pulau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


1 MALAYSIA: TPM HADIR <b>DI BALIK PULAU</b>

Posted: 18 Feb 2012 12:31 AM PST

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pemimpin Barisan Nasional melambaikan tangan kepada orang ramai pada Majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, Balik Pulau.

Homestay <b>di balik pulau</b> : Semua Homestay

Posted: 02 Feb 2012 09:40 PM PST

[unable to retrieve full-text content]HOMESTAY DI BALIK PULAU.RUMAH DUA TINKAT. DI PEKANBALIK PULAU.PENANG. ADA SEWA HARI ADA minggu.DANbulan. Contact khoo cheng leong. Click here to cancel reply. Name (required) Mail (required) ...

09 di bagan ajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di bagan ajam - Google Blog Search


Suka² Shoot <b>Di</b> RNR <b>Bagan Ajam</b> | BlogSempoi.Com

Posted: 16 Dec 2011 03:19 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Burning Sky. The View. Its going down. Penang From Bagan Ajam. Senjakala. Ini ada beberapa gambo pakcik shoot kat RnR Bagan Ajam.. Ingat nak shoot sampai malam tapi kumpau sebab terlalu berjerebu. RSS feed for ...

09 di Gelugor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Gelugor - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jan 2012 10:22 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jan 2012 10:22 AM PST

URL Sumber Asal :-

UMNO Bukit <b>Gelugor</b> bimbang Kampung Melayu Batu Uban bakal <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2012 10:40 PM PST

Sebuah lagi kampung tradisi di negeri ini bakal lenyap atas faktor pembangunan.

Kali ini, Kampung Melayu Batu Uban di Gelugor dekat sini akan mengalami nasib sama seperti Kampung Buah Pala iaitu 'hilang' dari peta Pulau Pinang apabila kerja-kerja pembinaan kawasan perumahan baru sedang dilaksanakan.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar berkata, perkembangan tersebut merupakan satu perkara yang menyedihkan di negeri itu.

"Sekarang apa yang boleh kita lakukan ialah memohon kepada kerajaan negeri supaya menjadikan kawasan itu sebagai kampung tradisi tanpa dimajukan.

"Jika pembangunan diteruskan, maka kampung itu yang merupakan penempatan orang Melayu tertua di negeri ini akan lenyap. Apa yang lebih merisaukan saya, di situ juga terdapat sebuah masjid tertua di negeri ini," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai projek perumahan berkembar tiga tingkat mengandungi lapan unit di Batu Uban yang telah bermula apabila sebahagian daripada kawasan itu dipagar.

Berdasarkan maklumat pada papan tanda, pemilik projek tersebut ialah sebuah syarikat yang beralamat di negeri ini manakala syarikat kontraktor pula berpangkalan di Sungai Petani, Kedah dan tanah itu dimiliki oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Projek itu dikatakan bermula pada 30 Mac 2011 namun tidak dinyatakan tarikh siap serta kerja pembinaan belum bermula.

Full content generated by Get Full RSS.

MPP Online: MENGERIKAN !!! Video Pontianak mengilai <b>di</b> Tasek <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2011 10:30 PM PST


Memang real beb!!! Mungkin inilah video penampakan Pontianak yang paling jelas serta clear di dalam negara. Bukan senang woo nak ambik video clear gila macam ni.. Salute pada tukang rakam.

Yang paling best , pontianak di Tasek Gelugor tu bukan saja pandai mengilai, tapi beliau pandai jugak berucap pasal politik..

Siap boleh berbahasa cina dan tamil lagi beb..

Tak percaya? Korang tengok sendiri je lah video penampakan Pontianak tu kat bawah ni.. Ngeri betul beb!!

Full content generated by Get Full RSS.

Fast 2 Feed <b>di Gelugor</b> Pulau Pinang ~ Donate For Ummah

Posted: 21 Aug 2011 06:03 PM PDT


Lokasi: Dewan JKKK, Sungai Gelugor, Pulau Pinang
Tarikh: 20 Ogos 2011
Program: Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Diraikan: 80 Keluarga fakir miskin

Alhamdulillah, program Fast 2 Feed di Gelugor Pulau Pinang selesai dengan jayanya. Program F2F kali ini juga telah mendapat tajaan dari Pusat Urus Zakat Pulau Pinang yang telah memberikan bantuan makanan kering untuk setiap wakil keluarga fakir dan miskin. Pihak JKKK Sungai Gelugor juga telah memberi sumbangan dalam bentuk duit raya kepada semua yang diraikan.





Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan yang telah menyumbang bagi program Fast 2 Feed di Gelugor ini. Moga diberkati olehNya selalu. InsyaAllah program F2F seterusnya akan ke Simpang Empat, Perlis dengan meraikan 50 buah keluarga fakir dan miskin.

Muhammad bin Kamarulazizi Full content generated by Get Full RSS.
Full content generated by Get Full RSS.

BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Sep 2011 02:23 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2011 01:30 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Sep 2011 01:21 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di</b> tasek <b>gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Tajaan Utusan Malaysia untuk 22 sekolah rendah <b>di Tasek Gelugor</b>

Posted: 24 Apr 2011 06:32 PM PDT

Tajaan Utusan Malaysia untuk 22 sekolah rendah di Tasek Gelugor

Tajaan Utusan Malaysia untuk 22 sekolah rendah di Tasek Gelugor


NOR Mohamed Yakcob (dua dari kiri) menyerahkan cek berjumlah RM27,720 kepada Mohd. Basir Abdul Rahim bagi tajaan akbar Utusan Malaysia di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.


TASEK GELUGOR 23 April - Keberkesanan sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) Utusan Malaysia membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran murid mendorong Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob menaja akhbar ini untuk diedarkan kepada murid di 22 sekolah rendah di Tasek Gelugor mulai bulan ini.

Katanya, melalui sumbangan bernilai RM27,720 itu, murid yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berpeluang memanfaatkan sisipan ADaP dalam pembelajaran mereka.

Jelas beliau, setiap sekolah akan mendapat 30 naskhah akhbar Utusan Malaysia setiap hari Rabu.

Ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Buluh, SK Permatang Tok Jaya, SK Sungai Dua, SK Lahar Yooi, SK Bagan Ajam, SK Permatang Binjai, SK Teluk Air Tawar, SK Taman Senangan, SK Pengkalan Jaya, SK Kampung Selamat, SK Tasek Gelugor, SK Ara Rendang, SK Pokok Sena, SK Sungai Puyu dan SK Padang Menora.

Sekolah lain yang mendapat tajaan itu adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kai Chee, SJKC Aik Keow, SJKC Li Hwa, SJKC Lee Chee dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Mayfield dan SJKT Ladang Malakoff.

"Murid boleh mendapat pelbagai kaedah serta panduan jawapan untuk berjaya dalam UPSR selepas ini.

"Ini secara tidak langsung mampu membantu mereka untuk maju dan berjaya dalam pelajaran," katanya selepas menyerahkan replika cek tajaan kepada Pengurus Kanan Pemasaran dan Pengedaran Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd. Basir Abdul Rahim di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, di sini hari ini.

Majlis penyerahan itu diadakan sempena Hari Kerjaya dan Keusahawanan Tasek Gelugor 2011 selama dua hari anjuran UMNO Bahagian Tasek Gelugor dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara.

Hadir sama Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq dan Penolong Pengurus Pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad Wilayah Utara, Azman Mohd. Mansor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

BLOG PENANG: 09 <b>di</b> tasek <b>gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Sep 2011 03:33 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Sep 2011 03:11 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Aug 2011 03:30 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Tajaan Utusan Malaysia untuk 22 sekolah rendah <b>di Tasek Gelugor</b>

Posted: 24 Apr 2011 06:32 PM PDT

Tajaan Utusan Malaysia untuk 22 sekolah rendah di Tasek Gelugor

Tajaan Utusan Malaysia untuk 22 sekolah rendah di Tasek Gelugor


NOR Mohamed Yakcob (dua dari kiri) menyerahkan cek berjumlah RM27,720 kepada Mohd. Basir Abdul Rahim bagi tajaan akbar Utusan Malaysia di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.


TASEK GELUGOR 23 April - Keberkesanan sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) Utusan Malaysia membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran murid mendorong Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob menaja akhbar ini untuk diedarkan kepada murid di 22 sekolah rendah di Tasek Gelugor mulai bulan ini.

Katanya, melalui sumbangan bernilai RM27,720 itu, murid yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berpeluang memanfaatkan sisipan ADaP dalam pembelajaran mereka.

Jelas beliau, setiap sekolah akan mendapat 30 naskhah akhbar Utusan Malaysia setiap hari Rabu.

Ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Buluh, SK Permatang Tok Jaya, SK Sungai Dua, SK Lahar Yooi, SK Bagan Ajam, SK Permatang Binjai, SK Teluk Air Tawar, SK Taman Senangan, SK Pengkalan Jaya, SK Kampung Selamat, SK Tasek Gelugor, SK Ara Rendang, SK Pokok Sena, SK Sungai Puyu dan SK Padang Menora.

Sekolah lain yang mendapat tajaan itu adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kai Chee, SJKC Aik Keow, SJKC Li Hwa, SJKC Lee Chee dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Mayfield dan SJKT Ladang Malakoff.

"Murid boleh mendapat pelbagai kaedah serta panduan jawapan untuk berjaya dalam UPSR selepas ini.

"Ini secara tidak langsung mampu membantu mereka untuk maju dan berjaya dalam pelajaran," katanya selepas menyerahkan replika cek tajaan kepada Pengurus Kanan Pemasaran dan Pengedaran Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd. Basir Abdul Rahim di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, di sini hari ini.

Majlis penyerahan itu diadakan sempena Hari Kerjaya dan Keusahawanan Tasek Gelugor 2011 selama dua hari anjuran UMNO Bahagian Tasek Gelugor dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara.

Hadir sama Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq dan Penolong Pengurus Pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad Wilayah Utara, Azman Mohd. Mansor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jul 2011 03:23 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Malaysia Zoom » Dua sahabat bolot hadiah utama pertandingan <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2011 04:00 PM PDT

You are here: Home / Wilayah / Dua sahabat bolot hadiah utama pertandingan memancing di Tasik Darul Aman

KUBANG PASU 11 Julai – Dua sahabat dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang tidak menyangka kunjungan mereka ke Tasik Darul Aman, Jitra di sini untuk menyertai pertandingan Kaki Pancing Siri 3/2011 membuahkan hasil apabila muncul johan dan naib johan pertandingan itu.

Norsham Ismail, 40, selaku johan membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta sijil setelah berjaya menaikkan ikan tongsan seberat 7.52 kilogram pada pertandingan anjuran Toman Merah Event dengan kerjasama Darulaman Golf & Country Club itu.

Rakannya, Zaini Ilyas, 41, pula yang muncul naib johan menerima RM10,000 setelah menjinakkan ikan tongsan seberat 7.27 kilogram.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Mohd. Safri Meor, 30, yang menerima RM4,000 setelah berjaya menaikkan ikan patin seberat 4.56 kilogram.

Norsham berkata, dia tidak menyangka ikan tongsan yang berjaya dijinakkan pukul 11.46 pagi itu menjadikannya sebagai johan pertandingan tersebut.

"Saya dan rakan-rakan yang lain dari Tasek Gelugor memang selalu menyertai pertandingan memancing, tetapi ini kali pertama saya menang dalam pertandingan ini.

"Hadiah RM25,000 akan saya simpan dan saya akan belanja rakan-rakan yang turut datang mencuba nasib pada pertandingan ini," katanya selepas pertandingan itu di sini, kelmarin.

Zaini pula berkata, dia datang bersama Norsham serta rakan-rakan lain untuk memeriahkan lagi pertandingan Kaki Pancing Siri 3/2011 itu.

"Saya memang tidak pernah melepaskan peluang menyertai pertandingan kerana saya minat memancing.

"Saya anggap hadiah ini adalah rezeki anak-anak dan keluarga yang tidak pernah jemu menyokong minat saya ini," jelasnya.

Mohd. Safri berkata, dia bersyukur setelah penyertaannya membuahkan hasil kerana pertandingan itu disertai lebih 400 kaki pancing dari kawasan utara.

"Saya tinggal di Bota, Perak, dan setiap kali memasuki pertandingan ini saya akan mendapat hadiah dan penat lelah saya ke sini sangat berbaloi," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved