Khamis, 1 Mac 2012

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Sep 2011 12:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.[4] Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen ...

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2012 12:00 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Pengawal peribadinya, Fayyadh Afiq Albakqry dilaporkan diracun ketika mengiringi Wan Azizah di program parti itu di Ceruk Tok Kun, Pulau Pinang, semalam. Daripada insiden itu, sesetengah blog mengandaikan sasaran ...

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

Anwar dan N.Ajis kantol gadai akidah, Mulalah mereka menipu <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2012 12:00 AM PST


Bila Anwar and Nik Aziz kantol dalam isu Najib lari akidah sini, mulakah mereka membuat penipuan apa cara saja untuk menipu. Lihat gambar di atas.

Inilah sebenarnya.


Mereka ini memang kuat memfitnah.

Bawah ini gambar lama mereka fitnah Najib. Ceritanya bermula dari fitnah Raja Petra di Malaysia Today kononnya ada Sami Hindu buat mantera dalam rumah Najib dan Rsomah.

Malaysiakini pun sama mempromosi gambar ini.


Selain itu, Tian Chua pernah memfitnah dengan gambar palsu photoshop yang low quality.


Gambar low standard atas ini pun mereka dan Malaysiakini kata betul.

Tapi ... gambar berikut memang original!


Real pun ye ... pasal dia pun macam dah biasa sebab dia percaya semua agama sama sahaja (Islam plural).

Masa kecik dulu, Atok dia yang Hindu kutip botol di Ceruk Tok Kun ada ajar kot?

terima kasih Cucu Tok Selampit

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit mertajam</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit mertajam</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2012 11:20 PM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG TERHOT: BR1M diagih selasa depan <b>di Bukit Mertajam</b>

Posted: 11 Jan 2012 02:46 PM PST

4,000 Pemohon BR1M Di Bukit Mertajam Terima Bantuan Mulai Selasa Depan
Kira-kira 4,000 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dari Parlimen Bukit Mertajam akan menerima bantuan tersebut bermula Selasa depan.
Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan berkata baucar untuk bantuan akan diberikan selama tiga hari.
Pemohon dari Berapit boleh menndapatkan baucar mereka di SMK Berapit pada hari Selasa, dari Macang Bubok di SMK Taman MACANG pada Rabu, sementara dari Padang Lalang boleh mengambil baucar mereka dari SMJK (C) Jit Sin di Taman Sri Rambai pada hari Khamis.
Beliau berkata baucar akan diedarkan di antara pukul 9 pagi hingga 4 petang pada ketiga-tiga hari tersebut, sambil menambah kira-kira 24 sukarelawan Barisan akan ditempatkan di setiap lokasi bagi membantu proses pembayaran.
"Ini adalah kumpulan penerima pertama setelah kami di parti komponen Barisan Bukit Mertajam membuat pendaftaran terhadap 25,000 pemohon bantuan.
"Kami kagum dengan pembayaran segera oleh Kerajaan Persekutuan yang mana pembayaran pertama ini dianggap angpow bagi mereka yang meraikan Tahun Baru Cina pada 23 dan 24 Januari ini," katanya di pejabat MCA bahagian Bukit Mertajam di sini, Selasa.
Lau berkata pejabat beliau akan menghantar surat jemputan kepada pemohon yang berjaya dan memaklumkan lokasi untuk mereka mendapatkan baucar mereka.
Beliau berkata, jika mereka terlepas mendapatkan baucar pada tarikh yang ditetapkan, mereka kemudian boleh mendapatkannya dari pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Bandar Perda, Bukit Mertajam.
"Pemohon yang tidak berjaya akan menerima notis pemberitahuan secara langsung daripada LHDN tetapi mereka masih boleh mengemukakan rayuan sebelum 15 Februari.
"Ahli keluarga pemohon yang meninggal dunia selepas mengemukakan permohonan boleh mengeluarkan sijil kematian pemohon untuk mendapatkan baucar," katanya.
Lau mengingatkan pemohon supaya membawa bersama surat dan MyKad mereka ketika hadir mendapatkan baucar yang boleh ditunaikan di mana-mana cawangan bank CIMB, BSN atau Maybank.
Beliau menasihatkan mereka yang tidak mendapat surat supaya bersabar memandangkan pusingan kedua pengagihan dijangka akan dibuat selepas Tahun Baru Cina.
Beliau berkata ramai warga emas telah memohon mendapatkan bantuan, sambil menambah menerima beberapa permohonan walaupun pada saat akhir permohonan ditutup pada hari Selasa.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat Lau di 04-5394003 pada waktu pejabat..
Full content generated by Get Full RSS.

Hari Selasa Azril Azlina <b>di Bukit Mertajam</b> - MUHAMMAD AZRIL <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2012 04:18 AM PST

Hari Selasa Azril Azlina di Bukit Mertajam

Catatan 25/10/2011

Catatan ini merupakan kesinambungan dari catatan yang lepas. Setelah kereta Abah Mertua Azril menyusur masuk ke Plaza Tol Juru, Azril dan isteri tercinta pun ke Berapit. Tujuan kami makan tengahari disana adalah untuk makan tengahari. Selain itu lokasi tersebut dipilih adalah disebabkan disana terdapat sebuah kedai menjual rim tayar sport dengan harga yang murah. Cuba bayangkan jika di kedai kedai biasa harga rim tayar sport mencecah ribuan ringgit, manakala di kedai tersebut hanyalah ratusan ringgit sahaja.

Setelah sampai disana kami pun terus melihat dan memilih rim tayar sport untuk dipasang di kereta, kami memilih yang murah dan yang cantik. Setelah kombinasi pilihan kami berjaya isteri tercinta pun terus membayar harga rim tayar sport tersebut dan mekanik bertugas pun memasang rim tayar sport tersebut. Semasa menunggu mekanik memasang rim kami pun pergi makan disebuah kedai makan yang terletak berhadapan dengan kedai rim tersebut. Setengah jam kemudian setelah habis makan kami pun terus ke kedai rim tersebut, sesampainya kami disana mekanik bertugas terus memandu uji kereta yang dipasang kemas rim tayar sport.

Setelah mekanik bertugas habis memandu uji kereta kami lalu ia pun menyerahkan kunci pada Azril, dengan rasa gembira Azril pun memandu kereta yang dilengkapi rim baru tersebut. Insan yang paling gembira adalah Puan Azlina, ini adalah disebabkan kereta kelabu tersebut merupakan miliknya manakala kereta oren tersebut menjadi menjadi milik Azril sekarang ini.

Setelah jam menunjukkan pukul 2 petang Azril pun menghantar isteri tercinta pulang ke kuarters dan Azril pula menyambung kerja di pejabat. Semasa dalam perjalanan pulang ke kuarters antara perbualan yang menerik adalah mengenai makanan. Antara lokasi tempaat makan malam kami adalah di Kubang Semang..........

 Proses pemasangan rim dijalankan

.

Dengan gembira isteri tercinta memerhatikan rim dipasang

.

Full content generated by Get Full RSS.

[PIC] Cubaan Membunuh <b>di Bukit Mertajam</b> - TEROPONG <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2012 11:55 PM PST

Fayyadh Affiq Albaqry Bin Jaafar Sidek, 25 tahun yang merupakan seorang pengawal peribadi kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah hari ini sekali lagi telah dikejarkan ke Hospital.

Sebelum ini Fayyadh telah mengalami kecederaan serius dimukanya apabila menjadikan dirinya sebagai perisai bagi melindungi Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tembakan gas pemedih mata pihak FRU yang cuba untuk meleraikan peserta demonstrasi BERSIH 2.0 .

Kali ini kerana beliau yang bertugas untuk mengiringi Datuk Seri Wan Azizah ke majlis pelancaran LANG-GAR 901 di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam telah mendakwa telapak tangan kirinya disuntik dengan jarum beracun ketika menghampiri pentas ceramah.

Dalam kejadian orang ramai berkumpul berhampiran pentas bagi menyambut Datuk Seri Wan Azizah dan untuk mengenalpasti pelakunya adalah sukar.

Apabila menyedari telapak tangannya telah disuntik dan berdarah, beliau bergegas ke belakang pentas menemui seorang petugas mencari sesuatu untuk menghentikan pendarahan tersebut dan ais telah digunakan.

Biarpun pada ketika ais diletakkan ditelapak tangannya beliau mendakwa tidak dapat merasainya kerana tangannya telah mula kebas.

Apabila ditanya oleh petugas tersebut bagaimana keadaannya Fayyadh mengatakan tangannya mula berasa sakit dan Fayyadh yakin mampu menahan kesakitan itu hingga tiba di Kuala Lumpur.


Setengah jam kemudian setelah Datuk Seri Wan Azizah selesai memberikan ucapan dan melancarkan LANG-GAR 901, Fayyadh mengiringi Datuk Seri Wan Azizah ke kenderaannya untuk bergegas pulang ke Kuala Lumpur.

Ketika kenderaan yang dipandu oleh pemandu peribadi kepada Datuk Seri Wan Azizah berhenti untuk mengisi petrol disebuah petrol pump berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Juru yang jarak perjalanannya lebih kurang 30 minit dari Cheruk Tok Kun, keadaan Fayyadh mula kelihatan kritikal.

Ini menyebabkan Datuk Seri Wan Azizah memutuskan untuk mengejarkan Fayyadh ke Hospital berdekatan iaitu Hospital Seberang Jaya.

Tiba di bahagian kecemasan Hospital Seberang Jaya, Fayyadh masih mampu bergerak untuk melangkah keluar dari kenderaan malangnya beliau tumbang akibat pitam ketika menolak untuk membuka pintu masuk Wad Kecemasan tersebut.

Pembantu-pembantu hospital bergegas mendapatkannya dan Doktor dengan segera memberikan rawatan.

Menurut Doktor yang bertugas degup jantungnya amat lemah pada ketika itu dan tindakan pantas mengejarkan Fayyadh ke Hospital telah menyelamatkan nyawanya.

Bagaimanapun Fayyadh mulai sedar satu jam kemudian dan masih lemah ketika dilawati pada jam 2.30 pagi tadi.

Menurut Doktor yang merawatnya pula, mereka akan melakukan ujian pada darah dan air kencingnya untuk megenalpasti apakah bahan yang telah disuntik kepada Fayyadh itu.

Tangan yang telah disuntik masih lemah dan sukar untuk digerak hinggakan untuk membuka telapak tangannya untuk dirakamkan gambar memerlukan bantuan.


Perhatikan kesan tusukan atau suntikan ini, biarpun kecil dalam masa kurang dari dua jam mampu menumbangkan seorang pemuda.

Dalam nada yang amat lemah beliau berkata "Apalah yang mereka mahukan lagi……"

Siapa sasaran sebenar disini Fayyadh atau Datuk Seri Wan Azizah???

Bayangkan jika Fayyadh yang memandu kenderaan yang membawa Datuk Seri Wan Azizah, Nurul Ilham dan suamimya Mohd Rezza tiba-tiba pitam semasa memandu.. apa yang akan terjadi?

Berikut adalah laporan Polis, sila klik image untuk melihat dengan lebih jelas.

Sumber: http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Full content generated by Get Full RSS.

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit mertajam</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Feb 2012 12:37 AM PST

URL Sumber Asal :-

DFYA Malaysian School Tour 2012 : Smk <b>Bukit Mertajam</b> « Drug <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2012 12:44 AM PST

Smk Bukit Mertajam!

14 February yang lepas kami telah pun dijemput untuk mengadakan program di Smk Bukit Mertajam di pulau pinang, Smk Bukit Mertajam merupakan sekolah yang pertama di bukit mertajam di buka pada tahun 1964. Sekolah ini mendapat gelaran sekolah dalam taman kerana mereka mempunyai keluasan 4.05 hektar dan dengan keluasan yang besar ini mereka gunakan untuk memberi seri kepada sekolah serta memupuk minat cintakan alam sekitar di kalangan pelajar. Seramai 150 orang pelajar telah mengikuti program kami pada hari tersebut. Semuanya memberi perhatian serta terpaku melihat penyampaian serta screening di dalam program kami.

THANK YOU SMK BUKIT MERTAJAM!

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit mertajam</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2012 04:11 AM PST

URL Sumber Asal :-

Hari Selasa Azril Azlina <b>di Bukit Mertajam</b> - MUHAMMAD AZRIL <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2012 04:18 AM PST

Hari Selasa Azril Azlina di Bukit Mertajam

Catatan 25/10/2011

Catatan ini merupakan kesinambungan dari catatan yang lepas. Setelah kereta Abah Mertua Azril menyusur masuk ke Plaza Tol Juru, Azril dan isteri tercinta pun ke Berapit. Tujuan kami makan tengahari disana adalah untuk makan tengahari. Selain itu lokasi tersebut dipilih adalah disebabkan disana terdapat sebuah kedai menjual rim tayar sport dengan harga yang murah. Cuba bayangkan jika di kedai kedai biasa harga rim tayar sport mencecah ribuan ringgit, manakala di kedai tersebut hanyalah ratusan ringgit sahaja.

Setelah sampai disana kami pun terus melihat dan memilih rim tayar sport untuk dipasang di kereta, kami memilih yang murah dan yang cantik. Setelah kombinasi pilihan kami berjaya isteri tercinta pun terus membayar harga rim tayar sport tersebut dan mekanik bertugas pun memasang rim tayar sport tersebut. Semasa menunggu mekanik memasang rim kami pun pergi makan disebuah kedai makan yang terletak berhadapan dengan kedai rim tersebut. Setengah jam kemudian setelah habis makan kami pun terus ke kedai rim tersebut, sesampainya kami disana mekanik bertugas terus memandu uji kereta yang dipasang kemas rim tayar sport.

Setelah mekanik bertugas habis memandu uji kereta kami lalu ia pun menyerahkan kunci pada Azril, dengan rasa gembira Azril pun memandu kereta yang dilengkapi rim baru tersebut. Insan yang paling gembira adalah Puan Azlina, ini adalah disebabkan kereta kelabu tersebut merupakan miliknya manakala kereta oren tersebut menjadi menjadi milik Azril sekarang ini.

Setelah jam menunjukkan pukul 2 petang Azril pun menghantar isteri tercinta pulang ke kuarters dan Azril pula menyambung kerja di pejabat. Semasa dalam perjalanan pulang ke kuarters antara perbualan yang menerik adalah mengenai makanan. Antara lokasi tempaat makan malam kami adalah di Kubang Semang..........

 Proses pemasangan rim dijalankan

.

Dengan gembira isteri tercinta memerhatikan rim dipasang

.

Full content generated by Get Full RSS.

09 di Batu uban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu uban - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Feb 2012 09:28 PM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jan 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

Inspirasi Remaja Kini: Pertahankan Kampung <b>Batu Uban</b>

Posted: 08 Jan 2012 07:27 PM PST


Kampung Batu Uban bukan sama dengan Kampung Buah Pala, atau Kampung Baru di Kuala Lumpur. Batu Uban adalah penempatan Melayu yang terawal di Pulau Pinang. Malah ia juga adalah pekan dan pelabuhan terawal di pulau itu.

Saya telah perhatikan perkembangan di Batu Uban tanpa kudrat menentukan dan merobahnya. Tidak guna kita merintih apa yang telah berlaku. Ini bukan nostalgia.

Seharusnya, Kampung Batu Uban dijadikan kampung istimewa di Pulau Pinang. Di situlah masjid yang terawal dibina. Di situlah juga tanah dikurniakan oleh Sultan Kedah kepada para peneroka awal sejak 1730an lagi, dan ia berlaku sehingga tahun 1740an.

Batu Uban adalah pusat aktiviti wilayah Gelugor dan kawasan sekitarnya. Ramai keturunan peneroka awal Batu Uban menyumbang kepada perkembangan budaya dan ekonomi kawasan Tanjung - pekan Melayu di Lebuh Acheh dan Armenian khususnya. Ini mula berlaku pada lewat 1700. Batu Uban mempunyai jalinan dengan pelabuhan Batu Bara, yang kini sebuah daerah di pesisir pantai timur Sumatera - di wilayah Sumatera Utara, lebih kurang tiga jam perjalanan ke arah selatan dari Medan. Malah, saya dimaklumkan satu masa dulu Batu Uban dikenali sebagai Batu Bara.

Batu Uban adalah sebuah pusat metropolitan yang menghubungkan Pulau Pinang/Kedah dengan Sumatera, India dan Hadhramaut. Malah, Batu Uban bukan hanya membuka ruangnya kepada Selat Melaka, tetapi juga kepada Lautan Hindi. Jalinan Batu Uban dengan Selat Melaka dan Lautan Hindi jelas dilihat dengan kedatangan orang Minangkabau dan Melayu yang berlayar dari Batu Bara, kaum-kaum dari India, dan Arab sama ada terus dari Hadhramaut, melalui India, atau melalui Aceh. Di situlah juga mula terbentuknya identiti Jawi Pekan di Pulau Pinang, mendahului lain-lain tempat di Nusantara. Batu Uban pada satu masa dulu bukan kampung, tetapi sebuah pekan dengan segala rencam dan ragamnya.

Apakah ini sukar sangat untuk kita faham? Ini bukan soal menolak pembangunan. Ini soal kegagalan pihak berkewajipan dan pihak berkuasa mengiktiraf, melindungi dan mewartakan sesuatu kawasan itu. Mengapa kelulusan diberi kepada pemaju? Apakah warisan dan sejarah perlu tewas oleh kaum-kaum kapitalis? Siapakah yang membenarkan itu? Apakah pihak-pihak warisan dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang buta sejarah?

Mengapa dibenar kawasan sekecil itu diroboh lalu mengubah wajah asal? Apakah tidak ada alternatif lain? Mengapakah kita terlalu taksub dengan konsep dan falsafah pembangunan yang kolot? Apakah pembangunan semestinya menghapuskan sejarah dan warisan?

Dalam hal ini, dan bukan saja dalam konteks Batu Uban, kita mesti mengkaji semula konsep dan falsafah pembangunan. Malah istilah 'pembangunan' itu kurang tepat kerana ia menumpu kepada aspek fizikal dan pertumbuhan ekonomi, walaupun dalam retoriknya kita mengeluarkan istilah seperti 'mapan' dan 'tambah nilai.' Apa ertinya jika atas nama pembangunan, identiti kita dihapuskan? Konsep dan falsafah pembangunan kini memihak kepada apa yang boleh diukur dan dilihat. Kita tidak melihat sejarah dan warisan seperti mana yang sepatutnya kerana kayu pengukuran kita berlandaskan kepada kepentingan-kepentingan jangka pendek.

Jika kita isytiharkan kita ingin maju seperti lain-lain negara , lihat saja bagaimana mereka kekalkan sejarah dan warisan. Tidak perlu pergi jauh. Lihat sekitar negara Asia Tenggara, atau India, atau Jepun. Apakah maksud 'Chennai,' 'Mumbai' dan 'Kolkata' dalam kamus dan kesedaran sejarah di India?

Kita akur bahawa Pulau Pinang mempunyai densiti penduduk yang tinggi, dan tanah amat berharga. Akan tetapi, apakah harga itu sama dengan nilai sejarah? Dengan robohnya Batu Uban, walaupun mungkin tinggal sebuah masjid, telaga dan tanah perkuburan hampir 300 tahun itu, maka akan robohlah sejarah penempatan Melayu di Pulau Pinang.

Pihak-pihak berwajib, dan empunya tanah sepatutnya memikirkan bagaimana memperkasakan sejarah dan warisan Melayu di tempat itu, bukan sebaliknya. Papan tanda di hadapan masjid Batu Uban kini memang tidak mencukupi.

Dan jika dikatakan bahawa penduduk-penduduk di kawasan itu tidak berminat tinggal di situ, apakah mereka diberi pandangan, bimbingan dan nasihat yang sewajarnya.

Apa yang perlu dilakukan adalah sebuah kawasan/laman peringatan, bersama dengan papan tanda yang lebih jelas di tengah-tengah kawasan perkampungan itu bagi memperingati para peneroka Melayu awal pulau itu, dan jalinan Batu Uban dengan rantau kepulauan Melayu dan Lautan Hindi.

Juga, mereka yang berwajib, termasuk yang empunya tanah, memperbaiki kampung itu sebagai kampung awal tradisi sambil mengwajahkan jaringan dengan rantau yang lebih luas. Batu Uban bukan kampung kolot. Di situlah pada awal lagi bertapaknya Islam di Pulau Pinang.

Seharusnya usaha dilakukan mengekalkan nama Batu Uban sebagai sebahagian daripada nama Gelugor, juga dikatakan berasal dari Batu Bara. Dengan lenyapnya Batu Uban, maka akan lenyaplah juga sejarah dan identiti warisan sebelum kedatangan Inggeris.

Saya harap jangkaan saya salah. Masih ada ruang dan masa untuk menyelamatkan Batu Uban. Tidak perlu bersedih dan merintih. Tidak ada belang yang dapat ditinggalkan seperti apabila matinya harimau. Apa yang boleh dilakukan sekarang ialah secara kolektif, pihak-pihak yang berwajib dan berkuasa memberhentikan projek tapak pembinaan kini dan apa-apa lagi yang telah diluluskan untuk kawasan itu pada masa depan.

Pada asalnya, mengapa projek-projek pembinaan telah diluluskan sejak sekian lama? Ini hanya menunjukkan kealpaan tentang sejarah; sikap dan kesedaran yang menolak memori kolektif sesebuah tempat. Hal ini tidak pula kelihatan di kawasan-kawasan di Georgetown, khususnya di tapak warisan UNESCO.

Sekali lagi, saya nyatakan pihak yang memiliki tanah di Batu Uban hendaklah tidak buta sejarah. Pada masa sama, sejarah tidak kenal undang-undang. Tahun-tahun yang penting berkaitan dengan Batu Uban adalah 1734 dan 1749. Apakah kita mahu detik-detik itu lenyap dari lipatan sejarah Pulau Pinang dan Kedah akibat dari kedaifan dan kebebalan sejarah kita sendiri?

Utusan Malaysia

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
Full content generated by Get Full RSS.

NGO desak Kg Melayu <b>Batu Uban</b> digazetkan kampung Warisan <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2012 05:50 PM PST


Kenyataan Bersama Oleh :

1. Persatuan Sejarah dan Peradaban Melayu Pulau Pinang (PERADABAN)
2. Sejarawan, Sasterawan dan Budayawan USM
3. Persatuan Sejarah dan Warisan Pulau Pinang
4. Persatuan Karyawan Pulau Pinang (Karyawan)
5. Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan)
6. Aktivis Warisan dan Sejarah Pulau Pinang
7. Persatuan Sejarah Negeri Kedah
8. Waris Haji Mohammad Salleh (Nakhoda Nan Intan), pengasas kampung Batu Uban

Pertahankan dan Selamatkan Antara Kawasan Petempatan dan Warisan Terawal Melayu di Pulau Pinang

Batu Uban adalah sebuah bandar dalam peta lakaran Kapten Walter Alves pada tahun 1763, peta pertama Inggeris sebelum membuka P.Pinang (lihat gambarajah). Ia adalah pelabuhan yang pertama sebelum George Town; dibuka oleh Haji Mohammad Salleh atau lebih dikenali sebagai Nakhoda Nan Intan dengan restu baginda Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Syah II (mm. 1710-1778).
Masjid Batu Uban telah di asaskan oleh Nakhoda Nan Intan pada tahun 1734. Nama sebenar beliau ialah Raja Nan Intan Ibni Al-Marhum Tengku Patih Sebatang. Beliau berasal dari Kampung Buadi, Paya Kumboh, Sumatera dan mempunyai hubungan dengan kerabat diraja Minangkabau.

Nakhoda Nan Intan merantau ke Pulau Pinang bersama dua lagi bahtera. Nakhoda Nan Intan singgah di Batu Uban, satu lagi bahtera singgah di Bayan Lepas (Nakhoda Bayan) dan bahtera ketiga singgah di Jelutong (Nakhoda Kecil). Ketiga-tiga nakhoda tersebut mempunyai talian persaudaraan.

Oleh yang demikian, beliau merupakan orang yang paling awal yang membuka Pulau Pinang dan bukannya Francis Light yang di katakan membuka Pulau Pinang pada tahun 1786.

Dengan kata lain, Batu Uban adalah petempatan, pelabuhan dan tempat bersejarah yang paling awal sebelum bermulanya era penjajahan Pulau Pinang pada tahun 1786M.

MAKA, Kampung Batu Uban ini merupakan :

1. Warisan sejarah yang amat penting bagi orang Melayu di Pulau Pinang khasnya dan Sejarah Pulau Pinang umumnya,
2. Mempunyai hubungkait dengan Peradaban dan Tamaddun Melayu di Pulau Pinang

Dengan yang demikian, timbullah beberapa persoalan yang perlu diberi perhatian segara dan mendesak :

1. Patutkah Kampung Melayu Batu Uban ini dikorbankan kerana pembangunan.

Batu Uban adalah bukti petempatan awal orang Melayu di Pulau Pinang dan merupakan pusat perkembangan peradaban Melayu dan Tamadun Islam khususnya di Pulau Pinang.

2. Beginikah akan berakhirnya Nasib Warisan Melayu dan Islam selepas 55 tahun Merdeka (yakni tidak terbela dan beransur lenyap)

3. Warisan penjajah dan kaum imigran lainnya mendapat pengiktirafan UNESCO, manakala warisan Melayu yang hakiki terlepas pandang dan tidak ada tempat langsung dalam kerangka Zon Warisan Pulau Pinang.

4. Warisan , Sejarah dan Peradaban Melayu dan Islam punya nilai dalam pembangunan.
Negara-negara Barat dan Timur membangun dengan pesat tetapi tidak mengetepikan sejarah dan peradaban mereka. Pulau Pinang hanya mengagungkan warisan penjajah dan kaum imigran tetapi mengetepikan warisan yang asal - peribumi dan bumiputeranya.

5. Kami juga tertanya mengapa Kampung Warisan Melayu Batu Uban ini yang merupakan kawasan perkampungan terawal di Pulau Pinang telah tidak digazetkan bersama-sama dan bersekali dengan permohonan Georgetown untuk mendapatkan Bandar Warisan ke UNESCO (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan)?

6. Di peringkat Negara Malaysia pula, mengapa pihak Kementerian yang bertanggungjawap dalam hal-hal berkaitan dengan Warisan dan Kebudayaan tidak secara serious melihat isu 'pengekalan kampung warisan Melayu'.

Walaupun Kampung Batu Uban ini tidak digazetkan oleh UNESCO yang bukan di dalam kawalan kita, Kampung Batu Uban ini boleh digazetkan sebagai Kampung Warisan oleh Kerajaan Malaysia, dan juga oleh Kerajaan Negeri.

Persatuan Warisan Pulau Pinang (Penang Heritage Trust -PHT), dan jaringan- jaringannya telah berjaya dalam usaha-usaha mereka dalam memulihara dan mengekalkan warisan terutama di Georgetown. Maka perlu ada satu inisiatif lain yang berusaha ke arah pengekalan warisan di 'kampong-kampung terpilih' yang ada kaitan dengan sejarah Pulau Pinang, di bahagian lain di pulau dan juga di Seberang Perai.

Kita berharap perkara-perkara berikut dapat diberi perhatian serius dengan kadar segera oleh pihak kerajaan :

1. Kekalkan kawasan perkampungan Batu Uban (terutamanya dalam lingkungan kawasan masjid dan kawasan perkuburan (yang menempatkan makam Nakhoda Intan dan kaum keturunannya) sebagai 'kampung warisan hidup' atau 'living heritage'.

2. Kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia serta pihak Kerajaan Negeri mengazetkan Kampung Batu Uban ini sebagai Kampung Warisan Pulau Pinang.

3. Kerajaan membangunkan semula kampung Batu Uban ini sebagai Kampung Warisan Hidup.

4. Mendesak Kerajaan Negeri tidak lagi meluluskan sebarang pembangunan dikampung ini. Pihak kerajaan negeri juga perlu dengan kadar segera menyediakan satu pelan Rancangan Khas Kawasan bagi pembangunan kampong warisan ini.

5. Bagi tujuan pengekalan Sejarah Peradaban Melayu Pulau Pinang di kampong bersejarah ini, kita mendesak pihak Kerajaan Pusat dapat membeli semua tanah di kampong ini dan dibangunkan semula.

6. Kita juga berharap dalam hal berkaitan dengan soal Warisan Melayu dan Islam ini akan turut mendapat perhatian dan keprihatinan Tuan Yang Terutama Tun Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang.

Hari ini saya menyeru kepada para budayawan, sejarawan, NGO-NGO Melayu, dan penduduk Melayu di Pulau Pinang agar bangun, insaf dan sedar bahawa tanpa kesepakatan, dan kesatuan hati, kampung-kampung warisan dan tradisi Melayu akan terhakis dan hilang dan hanya kekal pada nama sahaja dan mungkin akan hilang terus.

Kita tidak boleh berterusan menyalahkan orang-orang yang terdahulu, tetapi kita perlu melakukan sesuatu untuk mengekalkan peradaban dan warisan Melayu di negeri ini.

Hingga kini pelbagai usaha dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menafikan sejarah orang-orang Melayu di Pulau Pinang. Negeri yang berkembang maju ini seolah-olah diwujudkan oleh Inggeris dan dimajukan oleh tertentu sahaja.

Atas alasan tersebut, pihak berkuasa, ahli-ahli politik dan NGO's seharusnya sedar akan situasi yang berlaku. Kesilapan dan kealpaan terhadap sejarah asal negeri Pulau Pinang harus dihentikan. Pembangunan yang berlangsung atas nama keuntungan wang ringgit semata-mata sejak era penjajahan tidak harus berlaku lagi. Sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan tapak pertapakan Melayu di Pulau Pinang tidak lenyap ditelan arus pembangunan. Kita juga tidak mahu sejarah orang-orang Melayu tenggelam ditelan oleh sejarah yang tidak tepat.

Kita mahukan pembangunan yang lestari, seimbang dan adil untuk semua kaum di negeri ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Kg <b>Batu Uban</b> menunggu nasib Kg Buah Pala | The Unspinners

Posted: 09 Jan 2012 09:05 PM PST


Sebuah lagi kampung tradisi di negeri ini bakal lenyap atas faktor pembangunan.

Kali ini, Kampung Melayu Batu Uban di Gelugor dekat sini akan mengalami nasib sama seperti Kampung Buah Pala iaitu 'hilang' dari peta Pulau Pinang apabila kerja-kerja pembinaan kawasan perumahan baru sedang dilaksanakan.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar berkata, perkembangan tersebut merupakan satu perkara yang menyedihkan di negeri itu.

"Sekarang apa yang boleh kita lakukan ialah memohon kepada kerajaan negeri supaya menjadikan kawasan itu sebagai kampung tradisi tanpa dimajukan.

"Jika pembangunan diteruskan, maka kampung itu yang merupakan penempatan orang Melayu tertua di negeri ini akan lenyap. Apa yang lebih merisaukan saya, di situ juga terdapat sebuah masjid tertua di negeri ini," katanya di sini hari ini.

Baca sepeuhnya di My Penang Online sini

P/S Boleh tak buang logo UMNO Bukit Gelugor tu. Tak kira parti kerajaan atau pembangkang, trafik lari kalau ada logo parti ada blog.

Full content generated by Get Full RSS.

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2012 10:45 AM PST

URL Sumber Asal :-

Tubuh Suruhanjaya Diraja selamatkan Kg Warisan <b>Batu Uban</b> <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2012 10:11 AM PST

KESEDARAN dan tindakan menyelamat Batu Uban bukan hanya bertumpu kepada isu penjualan tanah bertujuan merobah landskap setempat. Ia bukan hanya isu menghapuskan 'kecacatan' ruang 'kekampungan' demi membina bangunan konkrit moden bagi menampung jumlah penduduk dan objektif komersial yang lain.

Isunya bukan hanya ke atas kawasan yang dikenal pasti sebagai Kampung Batu Uban sahaja. Malah, Batu Uban adalah simbol sejarah dan warisan Melayu Pulau Pinang atau Kedah.

Ia bukan sekadar Batu Uban, tetapi kepada semua penempatan Melayu di Pulau Pinang. Ini bukan soal menafikan hak kepada kaum lain. Ini soal menuntut hak sendiri. Ini bukan hak ekonomi atau politik. Ini hak sejarah dan warisan.

Sejak puluhan tahun lamanya, tanah Melayu tergadai di Pulau Pinang. Nama Melayu pun kian terhakis. Apakah kita sanggup menggadai nama, sejarah dan warisan? Warisan adalah sama pentingnya dengan dimensi ekonomi dan politik.

Politik dan ekonomi Melayu Pulau Pinang sentiasa tenggelam dalam arus pasca kolonial. Wacana kehidupan pun tidak dapat diwajahkan dengan sewajarnya. Melayu telah tewas dalam wacana Pulau Pinang, sedangkan jumlah penduduk Melayu di negeri itu bukanlah sedikit.

Kita telah lupa bahawa pada satu masa dulu, Pulau Pinang adalah pusat persuratan, kewartawanan dan penerbitan Melayu di Nusantara. Pulau Pinang merupakan pusat pemikiran dan penerbitan wacana Melayu-Islam sebelum Perang Dunia kedua.

Apakah kita sanggup melenyapkan keupayaan dan genius Melayu di Pulau Pinang? Apakah tewas dan tiada lagi kudrat dan iltizam menyelamatkan sejarah dan warisan Melayu-Islam di Pulau Pinang?

Pulau Pinang bukan hanya geografi yang merangkumi pulau dan Seberang Perai. Ia ada sejarah, identiti, personaliti, pengalaman dan asal-usul. Sejarah dan warisan sama pentingnya dengan makanan dan minuman.

Jika satu lapisan sejarah terhakis, maka nama tempat pun akan terhakis. Apakah kita sanggup membiarkan nama asal dan awal di Pulau Pinang juga dipinggirkan dan seterusnya lenyap dari pendengaran dan ingatan?

Apakah kita hendak sebuah Singapura bermaharajalela di utara Semenanjung Tanah Melayu?

Di sini saya cadangkan beberapa langkah bagi mengatasi masalah kehilangan sejarah ini. Ia bukan sekadar satu inisiatif, tetapi juga satu tindakan yang mesti dipenuhi oleh semua pihak berwajib.

1. Satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan khusus mengatasi masalah warisan Melayu di Pulau Pinang. Suruhanjaya ini hendaklah mengkaji dan meneliti apa yang telah berlaku dan bagaimana peminggiran dan penghakisan warisan Melayu telah terjadi.

2 Pihak berwajib mesti menubuhkan satu bank tanah. Bank tanah itu hendaklah sebuah institusi dan organisasi rasmi yang dikendalikan oleh satu atau kedua-dua pihak negeri dan persekutuan.

l Seorang Pesuruhjaya Warisan Melayu khusus untuk Pulau Pinang di wujudkan. Fungsi Pesuruhjaya itu ialah mengenal pasti, menilai kawasan yang mempunyai nilai sejarah dan warisan, dan memulihara kawasan itu.

3 Institusi pendidikan dan perdagangan dan GLC Melayu mesti menggembeling tenaga mengekalkan ruang warisan yang ada di Pulau dan di Sebarang Perai. Sebagai contoh, pendudukan di kawasan Lebuh Acheh-Armenian.

4 Pihak berwajib sedia ada dan boleh ditubuhkan mengkaji semua penamaan ruang, jalan dan tempat di Pulau Pinang. Nama ruang, jalan dan tempat janganlah diluluskan dengan sewenangnya-wenangnya. Apakah nama dan penamaan tidak penting? Apakah nama 'Tanjung Pinang' itu, bersebelahan Tanjong To'kong, bertujuan menghakiskan nama asal tempat itu. Kita perlu ingat, nama tempat berupaya mentakrif dan mempengaruhi sejarah masa depan.

5 Wartakan Batu Uban dengan mewujudkan zon warisan. Susun semula penempatan di Batu Uban. Jangan bina apa-apa muzium di situ. Apakah orang Melayu di Pulau Pinang mesti dimuziumkan seperti begitu? Sebaliknya, wujudkan rumah tersusun, kompleks sejarah dan warisan bagi menandakan penempatan Melayu pertama di Pulau tersebut - 1700-an. Rujuk kepada lakaran peta Inggeris 1763.

6 Jadikan Batu Uban sebagai pusat maklumat sejarah dan warisan hidup Pulau Pinang dan hubungannya dengan pelabuhan Batu Bara di Sumatera Utara. Batu Uban mempunyai hubungan akrab dengan Batu Bara bermula awal 1700-an lagi. Jadikan Batu Uban itu bandar kembar Batu Bara. Salah satu tindakan lanjut ialah wujudkan perhubungan feri antara Batu Uban dan Batu Bara. Batu Uban juga mempunyai hubungan dengan Kampung Bodi (Buadi) di Payakumbuh, Sumatera Barat. Haji Muhammad Salleh @Nakhoda nan Intan dan Dato' Jenaton berangkat dari Payakumbuh, ke Batu Bara dan kemudian ke Batu Uban.

7  Perancangan Batu Uban dan juga tempat seperti Tanjung To'kong, dan beberapa buah kawasan lagi di Tanjung dan Air Itam hendaklah mengambil kira isu pemuliharaan tempat dan penduduk. Jika Melaka dapat lakukannya, mengapa tidak Pulau Pinang? Dan sekali lagi, wujudkan institusi dan bidang kuasa yang relevan dan berkesan.

8  Apakah wujudnya seni bina dan landskap Melayu Pulau Pinang? Ciri-ciri dan bentuk rumah Melayu Pulau Pinang/Kedah yang wujud hendaklah diperkasakan. Ruang penempatan Melayu dalam sejarah mesti dirancangkan dengan sewajarnya pada zaman ini. Apa yang selalu terserlah ialah seni bina Melayu-kolonial rumah Jawi Peranakan di Tanjung.

Akan tetapi terdapat juga keaslian seni bina rumah Melayu di kawasan seperti di Air Itam, Gelugor, Bayan Lepas dan Balik Pulau. Dan kita mesti ingat, Pulau Pinang adalah satu wilayah Kesultanan Kedah. Sumbernya di Kedah. Mengapa ini tidak ditonjolkan oleh para perancang tempatan?

9  Salah satu fungsi kritikal pejabat Pesuruhanjaya Warisan Melayu Pulau Pinang ialah menukar nama yang penting lalu berusaha mewartawakannya, seperti Tanjung (mengganti Georgetown) dan Seberang Perai (mengganti Province Wellesley), serta juga nama Butterworth. Jika kita serius dalam mengekalkan dan memperkasakan sejarah, nama jalan, ruang, tempat pada masa depan di Pulau Pinang mesti mewajahkan ciri-ciri sejarah dan warisan Melayu.

10 Pameran dan penceritaan sejarah dan warisan Pulau Pinang di Muzium Negeri Pulau Pinang hendaklah dirombak dan diwajahkan dengan sewajarnya.

11 . Mengkaji semula dokumen yang diserahkan kepada UNESCO bagi mendapat status tapak warisan. Budaya dan sejarah Pulau Pinang telah disalah tafsir dan tidak diwajahkan dengan sewajarnya. Apa yang diceritakan adalah satu penganiayaan, penafian hak warisan, kewujudan dan sejarah.

Saya menggesa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan warisan dan sejarah negeri Pulau Pinang dan Kedah dalam hal ini dengan inisiatif dan tindakan konkrit jangka panjang dengan telus, tulus dan ikhlas.

Ini bukan hanya masalah warisan dan sejarah Pulau Pinang, tetapi masa depan warisan dan sejarah negara. Apakah kita mahu menggadai 'permata mutiara' di depan mata kita - yang bukan sekadar pulau dan tempat, tetapi pengalaman warisan dan identiti?

Ketidakadilan dimensi warisan adalah sama beratnya dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah, kerana ia menafikan hak dan menindas identiti.

Jika langkah-langkah seperti di atas tidak dilakukan, maka Melayu dan wajah Melayu Pulau Pinang akan menjadi satu mitos, yang anehnya lahir dari peneroka awal dan keturunan yang wujud asal-usulnya, roh dan jasadnya, identiti dan personalitinya.

R. A MURAD MERICAN
Bandar Seri Iskandar, Perak

09 di Butterworth - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Butterworth - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Butterworth</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Butterworth</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Dec 2011 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

by WAFFLE: KISAH NEGERI PINANG SEBATANG: PEMBINAAN <b>...</b>

Posted: 05 Dec 2011 03:04 AM PST

Penang Economic Monthly: Cadangan pembinaan taman tepi laut di Butterworth. Butterworth (bagan) merupakan hub pengangkutan kereta api, bas dan feri yang amat penting. namun apa yang dapat saya lihat ialah kawasan ini kelihatan semakin... tak terjaga. Isu ini merupakan isu lama semenjak sepuluh tahun yang lalu. 

Oleh itu, pihak berwajib tempatan seharusnya mengambil tindakan untuk membaik pulih imej Butterworth semula terutamanya di bahagian banggunan lama di tengah-tengah pekan butterworth.

Saya berharap agar pembinaan taman tepi laut ini akan menjadi pemangkin dalam membaik pulih imej Butterworth.

Tanah di Jalan Datuk Haji Ahmad di Butterworth yang mana terletaknya ibu pejabat MPSP sebolehnya dijadikan sebagai taman tepilaut tersebut. Bangunan tersebut telah dikosongkan semenjak majlis perbandaran tersebut telah berpindah ke Bandar Perda pada tahun 2006. Tanah tersebut telah diletakkan untuk dijual, tetapi tak ada pun pembelinya.

 Melalui pembangunan taman tersebut, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati kemudahan rekreasi, malah boleh menikmati pemandangan ferri dan georgetown dari taman tersebut.

Tidak jauh dari kawasan tersebut adalah terminal kontena yang beroperasi selama 24 jam sehari. Tidak jauh daripada itu adalah Penang Sentral yang bernilai RM 2 bilion, sebuah hub pengangkutan bagi kawasan utara semenanjung malaysia. Pembinaan taman yang direka dan diselenggara dengan baik seharusnya dapat meningkatkan prestasi hub pengangkutan ini dan seterusnya menaikkan imej Butterworth sebagai tempat pelancongan asing yang disegani.

Pembangunan bandar di malaysia seringkali mengabaikan kepentingan taman terutamanya di bahagian pusat bandar. Berbeza pula di bandaraya di dunia terkenal pula mempunyai taman di sekitar pusat bandar dan di kawasan perniagaan. Sebagai contoh, di New York terdapat Central-Park terkenal ti tengah-tengah bandaraya tersebut. Kuala Lumpur mempunyai taman yang berdekatan dengan menara berkembar KLCC, sebuah tempat perniagaan, pusat membeli belah dan pusat persidangan.

Cheonggyecheon  recreation space di tengah bandaraya Seoul, Korea Selatan. Pada tahun 2003, Ketua Bandar pada masa itu, Lee Myung-Bak telah mengarahkan kerja membongkar lebuhraya sepanjang 5km di tengah bandar Seoul dan membina pusat rekreasi ini dan mengiatkan semula aliran air. Disiapkan pada tahun 2005, Cheonggyecheon bukan sahaja menjadi tempat tarikan pengunjung tempatan malah menjadi tarikan kepada warga asing. Walaupun kos US$284 juta itu begitu mengejutkan, kebanyakan pemerhati bersetuju bahawa projek ini merupakan projek yang berjaya. Korea Selatan pun fikir begitu. Lee sekarang telah menjadi presiden Korea selatan.

"It is time that something concrete be done to transform the Ugly Duckling into a beautiful swan."-Goh Ban Lee is a senior research fellow at the Penang Institute.

What's this?

You are currently reading KISAH NEGERI PINANG SEBATANG: PEMBINAAN TAMAN DI BUTTERWORTH at by WAFFLE.

meta

Full content generated by Get Full RSS.

PKG <b>BUTTERWORTH</b>: PEMANTAUNAN BAGI PENGGUNAAN <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2012 06:07 PM PST

Sukacita dimaklumkan satu program pemantauan mengenai penggunaan bahan digital Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris MBMMBI akan dijalankan untuk sekolah menengah kawasan PKG Butterworth.
Antara sekolah yang terlibat adalah :-

  • SMJK CHUNG LING BUTTERWORTH
  • SMK MAK MANDIN
  • SMK BAGAN JAYA
  • SMK CONVENT BUTTERWORTH
  • SMK KAMPONG KASTAM
  • MAKTAB WAN JAH
Sehubungan dengan itu, diminta guru yang terlibat untuk mengisi borang yang dilampirkan dan di hantar ke PKGBW melalui E-mel (soft copy) serta hard copy yang disahkan perlu dihantar terus ke PKGBW.
Tarikh akhir pemantauan ini adalah 24/2/2012

>>>Muat Turun Borang Pemantauan MBMMBI

KERJASAMA SEKOLAH AMAT DIHARGAI. SEBARANG MASALAH BOLEH TERUS MENGHUBUNGI PKG BUTTERWORTH - 043333499

Full content generated by Get Full RSS.

BLOG PENANG: 09 <b>di Butterworth</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Feb 2012 09:29 PM PST

URL Sumber Asal :-

25 kedai musnah dalam kebakaran <b>di</b> Pulau Pinang | Broadcast.my

Posted: 26 Jan 2012 12:05 PM PST

25 kedai musnah dalam kebakaran di Pulau Pinang

27/01/2012 2:57am

BUTTERWORTH 27 Jan. – Sebanyak 25 buah kedai musnah dalam satu kebakaran di Jeti Butterworth, di sini, malam semalam.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11.39 malam itu dipercayai bermula dari sebuah bengkel berhampiran.

Bagaimanapun, menurut Pengarah Bomba Pulau Pinang, Azmi Tamat, tiada kematian mahupun kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. – UTUSAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • jeti butterworth
  • kebakaran di jeti prai
  • butterworth jety 25 kedai
  • P pinang kebakaran

Short URL: http://broadcast.my/?p=40646

Full content generated by Get Full RSS.

BLOG PENANG: 09 <b>di Butterworth</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Feb 2012 09:35 PM PST

URL Sumber Asal :-

OPERASI RAAF <b>BUTTERWORTH</b> - Tulisan Ramli Abdul Rahim <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2012 07:09 AM PST

Oleh: Mejar Ramli Abdul  Rahim (B)
Sejarah Kehadiran Tentera Udara Diraja Australia (Royal Australian Air Force –RAAF) di Butterworth bermula sebelum Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1941 apabila Tentera Udara Diraja British (Royal Air Force- RAF) memilih Butterworth sebagai lapangan terbang sebagai pangkalan udara untuk "penjagaan dan penyelenggaraan" bagi angkatannya di Timur Jauh.

Tidak lama kemudian RAAF mula menggunakan asas untuk tujuan peninjauan taktikal menggunakan pesawat pejuang Brewster Buffalo dan pada  7 Disember  1941 RAF dan RAAF  terpaksa menghadapi  pencerobohan oleh tentera Jepun secara tiba-tiba dalam aspirasi negara Matahari Terbit itu untuk meluaskan empayarnya di seluruh Asia.

Skuadron pengebom Blenheim RAF dan pesawat pejuang RAAF Brewster Buffalo yang telah bersiap sedia dengan kedatangan tentera udara Jepun telah  terbang dari lapangan terbang Butterworth  ke arah utara dengan musuh berada di belakang mereka.
Dua hari kemudian  pada 9 Disember  1941 pangkalan udara Butterworth menjadi sasaran dan pengeboman yang dilakukan oleh pesawat pejuang Jepun yang merupakan  serangan yang amat buruk kepada asas dan banyak pesawat tidak dipindahkan sama ada dimusnahkan di atas tanah atau di udara.
Beberapa buah pesawat Buffalow Brewster RAAF sempat  berlepas untuk memintas pesawat musuh tetapi tenyata Zero fighter Jepun begitu hebat dan RAR dan RAAF banyak kehilangan pesawat di tangan tentera Jepun.
Nasib malang menimpa semua pesawat  Blenheims RAF kerana semua pesawat tersebut telah dimusnahkan di atas landasan oleh tentera udara Jepun yang tidak memberi waktu untuk pihak pesawat RAF  berlepas meninggalkan pangkalan udara Buttrworth.
Dalam dua minggu Semenanjung Tanah Melayu telah dikuasai  oleh tentera Jepun dan Butterworth yang dibangunkan oleh RAF telah jatuh ke tangan tentera Jepun dan Butterworth menjadi pangkalan tentera udara Jepun selama ia berkuasa di Tanah Melayu dan Jepun  telah membina landasan timur-barat di pangkalan tersebut.
Setelah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, RAF kembali ke  Butterworth dan menggunakan pangkalan tersebut  sebagai pangkalan operasi  dan persinggahan pesawat- pesawat RAF  mengisi bahan bakar untuk penerbangan  antara Singapura dan Sri Lanka.
Menyedari  kepentingan strategik asas,  RAF telah membangunkan penempatan yang dan menubuhkan keperluan asas sebagai penghubung  jauh-timur  dan di Singapura pada 1950 di samping pembangunan infra untuk pesawat Amphibian  di Gelugor  (Pulau Pinang) untuk Sunderland Flying boat yang membuat pendaratan rutin di Timur Jauh.
Semasa operasi menentang pengganas komunis pada tahun 1950, RAF 33 SQN yang dilengkapi mulanya dengan pesawat Lightning  dan kemudian dengan Hornets  menjalankan aktiviti semasa darurat daripada pangkalan udara Butterworth untuk menyerang dan menggugurkan bom di kawasan yang disyaki menjadi sarang pengganas komunis .
Skuadron yang membuat pengeboman harian dan serangan roket terhadap pengganas melakukan serangan terus pada 1952, 1953 dan 1954 dibantu oleh detasmen  pelbagai skuadron RAF yang menerbangkan pesawat  Vampire dan pesawat Sunderland dan pesawat pengebom  Lincoln RAAF yang juga telah dikerahkan ke Butterworth untuk membantu operasi tersebut.
Pada tahun 1955, satu lembaran baru dalam sejarah pangkalan udara Butterworth berlaku dengan  kehadiran  RAAF 2ACS berpindah untuk membina semula lapangan terbang termasuk pembinaan semula landasan sepanjang  9,000 kaki  utara-selatan landasan dengan 800 kaki  lebihan kawasan untuk pesawat berpusing semasa di hujung landasan.
Pangkalan Udara Butterworth, walaupun ia dimiliki oleh RAF, ia telah diletakkan di bawah kawalan RAAF pada tahun 1958 sebagai sebahagian daripada rizab strategik Commonwealth untuk pangkalan hadapan Australia.
Tidak lama selepas itu, RAAF 78 Fighter Wing, yang terdiri daripada No 3 dan 77 SQN telah menerbangkkan pesawat  Sabre dan juga 2 SQN dengan pesawat  pengebom Canberra daripada  Williamtown dan Amberely masing-masing untuk beroperasi di pangkalan udara  Butterworth.
Pemilikan pangkalan udara Butterworth secara rasminya dipindahkan daripada RAF kepada Kerajaan Malaysia pada 31 Mach 1970 iaitu di bawah  Pengaturan Dudley 1955 dan pada masa itu, TUDM masih di peringkat awal dan oleh itu tidak dalam kedudukan untuk mengambil alih sepenuhnya peranan petahan udara atau menggunakan kemudahan di Butterworth.
Untuk mengukuhkan kekuatan RAAF di Malaysia , dua buah skuadron pejuang RAAF yang dilengkapkan dengan  pesawat Mirage telah dikerahkan ke pangkalan udara Butterworth, sekali gus menandakan permulaan kehadiran RAAF sebagai penyumbang utama kepada peraturan udara Pertahanan Malaysia.
Kehadiran pesawat pejuang RAAF di bumi Malaysia adalah sejajar dengan   Aturan Pertahanan Lima Kuasa antara Malaysia, Australia, Singapura, New Zealand dan United Kingdom iaitu mengikut persetujuan dalam  Sistem Pertahanan Udara Bersepadu (IADS) yang  ditubuhkan dengan ibu pejabat di Pangkalan Udara Butterworth.

 Pada tahun 1969 RAAF telah menderma 12 buah F86 Sabre kepada  TUDM untuk membentuk  No 11 Skuadron TUDM dan unsur  Pangkalan TUDM Butterworth telah ditubuhkan pada 1 April 1970  dan juruterbang No  11 SkuadronTUDM telah mengikuti penerbangan di pangkalan berkenaan.

No 3 Skuadron TUDM  yang mengendalikan peswat Nuri dan Alouette beroperasi di pangkalan udara Butterworth dan pada Januari 1971 Pusat Pertahanan Udara Pertama yang menggunakan  radar Marconi A600 telah  mengambil alih tugas daripada RAF Unit Udara Radar Pertahanan yang terletak di Western Hill, Pulau Pinang.
Pada 31 Mei 75, No 12 Skuadron TUDM telah dirasmikan  dan 11 Skuadron TUDM dibubarkan dan ia diaktifkan semula pada tahun 1983 yang dilengkapi dengan pesawat RF5-E sementara itu pada  1996  No  18 Skuadron TUDM telah ditubuhkan dengan pesawat baru l F/A-18  yang merupakan varian malam pesawat Hornet.
Sejak sekian lama hubungan  kedua-dua RAAF dan TUDM telah berjalan dengan lancar dan  kedua-dua tentera udara melaksanakan operasi dan pentadbiran masing-masing dengan  bebas walaupun berpangkalan di lokasi yang sama.
Dengan kekuatan   TUDM yang terus berkembang dan mengubah pandangan strategik, ditambah pula dengan tekanan ekonomi dalam Australia, keputusan telah  dibuat untuk RAAF menamatkan operasi pesawat pejuangnya di Malaysia dan  Butterworth akan terus meletakkan  detasmen kecil untuk menampung lawatan berkala oleh pesawat RAAF yang mengambil bahagian dalam latihan udara bersama.
Butterworth adalah nostalgia kepada RAAF yang telah bertapak sejak zaman Perang Dunia Kedua dan ia menjadi idaman warga RAAF untuk berkhidmat di Malaysia dan wajah Pulau Pinang yang sering menjadi tumpuan warga RAAF kini tinggal kenangan.
Semasa RAAF di Butterworth ia mempunyai setsen radionya sendiri yang turut dinikmati warga Malaysia yang tinggal di sekitar Pulau Pinang dan bagi penduduk Butterwrth kini tiada lagi deruman enjin pesawat Mirage RAAF dan ia telah digantil alih oleh pesawat pejuang TUDM.

Minguan Siasah 24 Feb - 1 Mac 2012

tobiak travel: THAILAND <b>BUTTERWORTH</b> TRAIN JOURNEY

Posted: 20 Feb 2012 07:00 AM PST

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum

Thailand tidak siapa yang tidak mengenalinya malah dikenali diseluruh dunia sebagai sebuah negara pelancungan terkenal di Asia.  Tidak pernah dijajah dan menjajah dan mempunyai sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan yang dihormati dan disanjung tinggi oleh raayatnya.
Belum pernah ZBA melihat negara didunia dimana raayatnya amat menghormati lagu kebangsaan sebagaimana raayat Negara Thai yang begitu petriotik dan bangun menghormati lagu kebangsaan mereka setiap kali berkumandang diudara.  Tidak kira mereka dimana, samada stesyen keretapi, panggung wayang, pasar, sekolah dan sebagainya.  Mereka dengan rela hati tanpa paksaan bangun dan menghormati lagu kebangsaan mereka.  DiNegaraKu setiap kali perayaan menyambut kemerdekaan, anda akan dipertontonkan dengan gelagat Anggota Keselamatan, Media dan berbagai seolah-olah mereka dikecualikan.
Kembali kita kepada perjalanan yang ZBA bakal lalui entah buat kali yang keberapa kalinya.  Kali ini ZBA bertuah sekali kerana ditemani oleh seorang backpacker berpengalaman daripada Hamburg Germany  bernama Mr Klous.  Berusia 72 tahun dan pekerjaan asalnya  sebagai pesara tukang kayu dinegaranya. Sungguhpun demikian beliau mempunyai kekuatan fizikal yang kental dan bermotivasi tinggi.
Stesyen Keretapi Hua Lampung adalah stesyen utama Royal Thai Railways yang terletak ditengah-tengah bandaraya Bangkok.  Menyediakan jajaran perkhidmatan keretapi ke seluruh Thailand dari Bangkok ke Chiang Mai di Utara, Nong Khai di Timur, Namtok di Barat  dan Sungai  Golok  di Selatan.   ZBA pernah  berpengalaman kesemua arah dan jajaran tersebut. Manakala perkhidmatan antarabangsa menghubungkan NegaraKu Butterworth melalui Hadyai ke Bangkok.
   Hua Lampung Bangkok Station
Bermula dari Bangkok kami  bertolak daripada Hua Lampung Station jam 2.45 pm dengan Ekspress Antara Bangsa Bangkok - Butterworth.  Perjalanan dijadualkan mengambil masa 20 jam dan dijangka tiba di Butterworth jam 11.00am waktu tempatan.  Tambang bagi perjalanan hampir 1000km ini berjumlah RM 111.00 bagi tempat tidur atas dengan Koc Kelas 2 berhawa dingin.  Walau pun tambang agak mahal tetapi memadai memandangkan perkhidmatan tempat tidurnya selesa dan bersih serta apabila tempat tidur ditutup menjadikan dua seat yang besar khusus untuk dua orang penumpang.  Oleh yang demikian bagi setiap koc dilihat tidak ramai penumpang sungguhpun perjalanan pada malam itu dipenuhi dengan penumpang.  Kemudahan tandas yang bersih disediakan dikedua-dua hujong koc dan sebuah buffet car untuk menyediakan sajian dalam perjalanan.
Sepanjang perjalanan ZBA dan Mr Klous berbual rancak mengabdikan pengalaman masing-masing  selaku "Backpacker" dalam usia yang semakin meningkat.  Mr Klous seperti yang ZBA maklumkan tadi ialah seorang pengembara yang telah melewati hampir 2/3 daripada alam maya ini.  Boleh dikatakan setiap soalan yang ZBA ajukan berkenaan sesuatu tempat, beliau dapat membuat penjelasan secara terperinci dan jelas untuk dibuat panduan kepada pengembara-pengembara yang lain. Dalam setahun beliau cuma berada 4 ke 5 bulan sahaja dinegaranya dan selebihnya berada di luar Germany.  Kali ini beliau dalam rangka ketiga kalinya melawat seluruh Kepulauan Indonesia.
Bercerita sedikit tentang pemandangan disepanjang perjalanan.   Selepas  keretapi beredar meninggalkan Stesyen Hua Lampung, jelas kelihatan kesan-kesan banjir besar yang melanda Bandaraya Bangkok pada Nov 2011 yang lalu. Kesan paras air masih lagi ketara dan sampah sarap dimerata-rata tempat walaupun keadaan hampir pulih sepenuhnya.  Makin bergerak ke Selatan semakin hilang tanda-tanda malapetaka yang baru menimpa.  Sawah-sawah padi sayup mata memandang dengan kehijauan disana sini.  Deretan pokok-pokok Tai tumbuh subur memagari sawah-sawah padi yang luas melebar.  Selepas Hua Hin hingga ke Hadyai terdapat sedikit perubahan tanaman selain padi ialah ladang-ladang getah dan diselang seli dengan hutan belukar dengan  tanaman kontan.
Penternakan juga kelihatan jelas dengan ternakan kerbau, lembu, kambing dan lain-lain yang dipelihara seiring untuk membantu usaha-usaha pertanian.
Diawal pagi kami sampai di Hatyai sebuah bandar yang terkenal  di Selatan Thai bagi pelancung NegaraKu yang datang pada hujung minggu sama ada untuk membeli belah atau berhibur. Hadyai menghidangkan kami dengan sarapan pagi yang enak pada pagi ini.  Nasi Pulut beserta daging ayam panggang.  Dalam bahasa Thai dikenali dengan "Khaw kheniua kai pad".  Sedap dan menjadi kegemaran sahabat kita dari Germany.  Beliau menghabiskan dua bungkus dalam sekelip mata.
Kami meninggalkan Hadyai selepas tiga puluh minit berhenti untuk menukar lokomotif dan tinggal 3 koc sahaja beredar menuju Butterworth dengan keseluruhan 30 penumpang.  Tiada keistimewaan diperjalanan ini, pembaca boleh bayangkan bagaimana NegaraKu begitukan pemandangan disini.  Keretapi berhenti di Padang Besar (Thong Nyai) untuk urusan Kastam dan Imigrasi selama satu jam.  Jadual perjalanan daripada Bangkok ke Padang Besar menepati jadual yang ditetapkan.  Walau bagaimana pun apabila memasuki sahaja NegaraKu terasa dijiwa sememangkan menyakitkan jiwa.  Daripada Padang Besar ke Butterwoth, perjalanan keretapi mengambil masa lebih daripada 4 jam dengan landasan berkembar jajaan kebanggaan 1Malaysia.
Sesungguhnya perjalanan ini amat memenatkan tetapi percayakah pembaca bahawasanya.  SALAM  
 NOBODY KNOWS THIS WORLD BETTER
 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved