Ahad, 1 April 2012

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


.: A People Most Balanced :.: Masa depan

Posted: 01 Apr 2012 07:13 AM PDT

hehe suka tengok adik-adik yang ceria,mereka di asasi UPM.
Jika terbaca post akak,
akak nak minta maaf di atas segala kekurangan,
di doakan kalian sentiasa tetap dalam iman, menjadi anak-anak yang soleh/ah,
berjaya menjadi manusia yang bermanfaat pada orang lain

p/s: pilih upm! boleh jumpa lagi..


.: A People Most Balanced :.: Benson yang mencari

Posted: 01 Apr 2012 07:15 PM PDT


Jam 4.30 pagi ketika itu, saya menerima sms dari benson…

"jannah maaf menganggu ..hanya soalan yang ingin ditanyakan. Adakah seorang kafir (orang yang beragama islam) menjadikan Allah sebagai wali dalam hidupnya?"

Terkedu sebentar. Mencari ayat-ayat yang sesuai untuk menyantuninya.

"apa yang benson faham tentang wali?"tanya saya ringkas.

Dalam nyenyak-nyenyak tidur kita, rupa-rupanya ada seorang hamba yang hatinya begitu kosong. Di awal hening pagi itu, beliau membaca tafsir quran.Mencari erti rasa sebenar bertuhan, mencari kekuatan untuk menghadapi apa sahaja di hadapan, bila hatinya sudah nekad nanti. Benson, seorang yang belum muslim, dia terasa sekali bila menghayati ayat dari surah al-baqarah : 286 dan at-taubah:6. Justeru, kuat sekali
rasa di hati untuk terus bertanyakan kepada saya di awal pagi begitu.

"Wali macam seseorang yang boleh dijadikan pemimpin atau pengikut…" balas Benson.

"Allah bukan seseorang yang boleh dijadikan pemimpin dan pengikut. Dia adalah tuhan, pencipta yang Maha Esa. Pemimpin kita yang kita ikuti adalah Muhammad rasuluLlah. Allah adalah tuhan dan tiada bandingan padaNYa…" terang saya.

"Maksudnya orang bukan islam boleh meminta pertolongan dari Allah?"

"Boleh, tapi bukan meletakkan Allah sama dengan yang lain,kita minta terus kepada Dia, tiada perantara. Minta terus, dengan cara yang betul…dalam ayat 2:286 tu, kafir di situ adalah kafir yang memerangi islam seperti Zionist..ingat Allah itu maha pengasih maha penyayang, dia Esa, memang tak ada tuhan lain yang kita meminta melainkan Dia" terang saya, mengharapkan Benson merasai kehadiran Allah di sisinya. Merasakan Allah sangat dekat bila kita mencariNya.

"Tapi, apakah jumlahnya yang diberikan Allah sama pada setiap kali pertolongan Allah dengan orang bukan islam dengan islam"tanya Benson. Saya tahu dia mulai risau, dan saya sudah jangkakan soalan yang sebegini. Saya menghela nafsa yang panjang.

"Sayangnya Allah pada seorang hamba… tak berbelah bagi benson. Tidak samakah oxygen yang disedut seorang muslim dengan bukan muslim? Bahkan mereka yang pelaku maksiat juga masih merasai nikmat di dunia ini. Cumanya yang beza adalah nilaian amalan masing-masing…" terang saya, seperti memujuk, mengharapkan cahaya yang hampir menyerlah itu, kuat untuk menerangi jalan yang ingin dilalui Benson. Tiba-tiba saya sayu dengan mesej sendiri.

"….mesej ni buat benson rasa luluh hati, rasa nak menangis"balas benson ringkas.

"Perlahan-lahan, lafazkan keyakinan itu perlahan-lahan. Saya yakin, Allah pelihara keyakinan itu buat Benson. Semoga kuat menghadapi apa sahaja di hadapan. Nak guna taariq bagitahu, pusat islam ada pengajian untuk bukan muslim" balas saya.

" Hampir separuh sudah tafsir saya baca, saya isi kekosongan hati dengan menghayatinya…tapi semakin saya mahu dekat dengan Allah, semakin saya rasa jauh…"

"Benson, pergilah buka mata, buka hati. Lihat apa yang di hadapan mata. Tidak kah cukup semuanya menyebabkan kita rasa bertuhan? Sesungguhnya Allah tersangat dekat…" dib alas ringkas.

"Tapi saya rasa jauh, semakin ingin dekat semakin jauh.."ringkas dari Benson

"Cuba hayati al-ankabut ayat 2-3…" ringkas juga dari saya.

" Terima kasih jannah,syukur dapat berjumpa khalifah Allah yang sudi membantu.." yang terakhir dari Benson.

Mesej terakhir Benson tidak di balas. Apakah benar aku si khalifah itu? Benson, adalah salah seorang manusia yang dalam sarana da'wah fardiyyah saya dan "my buddy" ukhty the usrahmate seawal pengajian di Sabah lagi. Sehingga akhir pengajian, tidak banyak mu'ayasyah bersama, kali terakhir dengan memberi tafsir itu. Sehinggakan kami terasa seperti ada tugas yang belum selesai…rasanya berat sekali. Sehinggalah, satu hari kami terserempak dengan Benson di sini. Dari Sabah ke Selangor, sudah cukup membuktikan ada kerja kami yang tidak terlaksanakan dengan baik. Allah memberi kami peluang. Bukan kami yang memberi Hidayah itu, tetapi kami sendiri yang mahu berbuat sesuatu pada jalan da'wah ini. Pada kami, jangan sampai di sana kelak, mereka yang pernah menemui kita di dunia mengatakan " si dia, tidak pernah mengkhabarkan aku tentang islam".

Benson, maafkan saya kerana menceritakan pada khalayak. Tiada tujuan lain, mahu mereka yang sudah bertapak iman di hati, menghargainya, menjaganya dan menghayatinya. Kami mendoakan, kebenaran itu milik Benson. Semoga kuat hati, semoga kuat nekadnya. Keluarga dan isi dunia ini hanya sementara, hanya tangga ke sana.

Semalam, saya terserempak dengan seorang pak cik yang sangat tua, beliau seorang india. Gigihnya beliau menolak troli ke tempatnya yang dikumpul dari tempat letak kereta jusco balakong. Hampir saja saya memgapai minuman yang dibeli untuknya. Namun langkah mati separuh jalan, saya menghela nafas panjang. Berpaling semula, dan mendoakan sahaja. " Pakcik, semoga usia mu panjang menemui hidayahNya. Semoga pak cik kuat untuk keluarga…" Sebutir –dua air mata menitis. Menginsafi kejadian diri, saya hanya seorang hamba yang lahir dari rahim seorang ibu yang muslimah. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan. Justeru apa khabar iman kita hari ini?

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved