Jumaat, 20 April 2012

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


Zon Mama: Kalaulah...

Posted: 16 Apr 2012 09:07 PM PDT

Pagi-pagi lagi dah keluar ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk uruskan renewal Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bibik yang dah dekat nak expired pada 14.5.2012 nanti.

Kalau sebelum ni, caj renewal PLKS bagi pembantu rumah Indonesia adalah RM445. Sebelum keluar ke Pejabat Pos untuk buat Money Order semalam, teman dah call Imigresen dulu untuk dapatkan maklumat terkini jika ada perubahan terutamanya tentang caj. Hmmm, benar sekali... dah naik RM50 rupanya bermula 1 September 2011 yang lalu. Puas mencari di
portal Imigresen. Tak jumpa kat mana ceruk tok kun yang diletaknya info tu. Jadi caj baru adalah RM495 setahun (14.5.2012 - 14.5.2013).

Temanpun teruslah ke Pejabat Pos buat Money Order bagi amaun RM495 plus caj proses RM2. Jumlah semuanya RM497.

Sampai saja di kaunter pagi tadi, staf Imigresen tengok pasport bibik akan expired pada 30.3.2013. Tak sempat hingga ke tarikh expired PLKS yang sepatutnya selepas renewal iaitu 14.5.2013. Jadi, Imigresen hanya akan renew sehingga 14.3.2013 iaitu kurang 2 bulan dan cajnya hanya RM427. Aiseh... tak tahu pulak boleh bayar cash di kaunter untuk amaun bawah RM1,000. Kalau teman tahu itu, tidaklah teman bersusah-payah pergi buat Money Order tu semalam. Alhamdulillah masih ada cash dalam purse. Kalau tidak, jenuhlah teman nak kena pergi keluarkan duit pulak. Sudahlah banknya agak jauh.

Dah settle bayar dan dapat pelekat PLKS di pasport bibik, terpaksalah teman ke Pejabat Pos semula untuk tunaikan duit. Padahal baru semalam saja teman ke sana. Hanya dapat amaun refund sebanyak RM495 saja. Caj proses RM2 tidak dipulangkan. Tak apalah...

Nampaknya teman kena renew pasport bibik sebelum PLKS ni expired pada 14.3.2013 nanti. Mungkin 1.3.2013 ok untuk pergi tapi baik teman tanya Kedutaan Indonesia dulu berapa lama tempoh siap pasport. Temanpun dah ingat-ingat lupa. Itulah, lain kali tulis cepat-cepat kat dalam blog ni! :b Kalau tak silap temanlah, boleh siap dalam tempoh 24 jam dengan syarat kena terjengol depan pagar Kedutaan awal-awal selepas Subuh!

Kemudian teman kena pergi semula ke Imigresen untuk extend PLKS ke tarikh baru. Harapnya selepas ni dapat set tarikh expired pasport dan PLKS yang berdekatan. Senang sikit nak menguruskannya.

Hmmm... begitulah manusia... "Kalaulah kutahu... bla... bla... bla..." Errr... Pastinya teman layak digelar "Nujum Pak Belalang" kalau teman tahu apa yang akan berlaku di depan, ye tak? :D

Walaupun kita dah usaha buat persediaan itu dan ini untuk elak kesilapan tapi tetap nak tersilap perhitungan jugak. Tak apalah, pujuk hati ni. Itu semua sebagai pengajaran pada kita dan menjadikan kita lebih berpengalaman... :)

09 di Batu uban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu uban - Google Blog Search


<b>Batu Uban</b> - Kegagalan Orang Melayu Mempertahankan Maruah <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2012 06:15 PM PST

Tubuh Suruhanjaya Diraja selamatkan Kg Warisan <b>Batu Uban</b> <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2012 06:24 AM PST

KESEDARAN dan tindakan menyelamat Batu Uban bukan hanya bertumpu kepada isu penjualan tanah bertujuan merobah landskap setempat. Ia bukan hanya isu menghapuskan 'kecacatan' ruang 'kekampungan' demi membina bangunan konkrit moden bagi menampung jumlah penduduk dan objektif komersial yang lain.

Isunya bukan hanya ke atas kawasan yang dikenal pasti sebagai Kampung Batu Uban sahaja. Malah, Batu Uban adalah simbol sejarah dan warisan Melayu Pulau Pinang atau Kedah.

Ia bukan sekadar Batu Uban, tetapi kepada semua penempatan Melayu di Pulau Pinang. Ini bukan soal menafikan hak kepada kaum lain. Ini soal menuntut hak sendiri. Ini bukan hak ekonomi atau politik. Ini hak sejarah dan warisan.

Sejak puluhan tahun lamanya, tanah Melayu tergadai di Pulau Pinang. Nama Melayu pun kian terhakis. Apakah kita sanggup menggadai nama, sejarah dan warisan? Warisan adalah sama pentingnya dengan dimensi ekonomi dan politik.

Politik dan ekonomi Melayu Pulau Pinang sentiasa tenggelam dalam arus pasca kolonial. Wacana kehidupan pun tidak dapat diwajahkan dengan sewajarnya. Melayu telah tewas dalam wacana Pulau Pinang, sedangkan jumlah penduduk Melayu di negeri itu bukanlah sedikit.

Kita telah lupa bahawa pada satu masa dulu, Pulau Pinang adalah pusat persuratan, kewartawanan dan penerbitan Melayu di Nusantara. Pulau Pinang merupakan pusat pemikiran dan penerbitan wacana Melayu-Islam sebelum Perang Dunia kedua.

Apakah kita sanggup melenyapkan keupayaan dan genius Melayu di Pulau Pinang? Apakah tewas dan tiada lagi kudrat dan iltizam menyelamatkan sejarah dan warisan Melayu-Islam di Pulau Pinang?

Pulau Pinang bukan hanya geografi yang merangkumi pulau dan Seberang Perai. Ia ada sejarah, identiti, personaliti, pengalaman dan asal-usul. Sejarah dan warisan sama pentingnya dengan makanan dan minuman.

Jika satu lapisan sejarah terhakis, maka nama tempat pun akan terhakis. Apakah kita sanggup membiarkan nama asal dan awal di Pulau Pinang juga dipinggirkan dan seterusnya lenyap dari pendengaran dan ingatan?

Apakah kita hendak sebuah Singapura bermaharajalela di utara Semenanjung Tanah Melayu?

Di sini saya cadangkan beberapa langkah bagi mengatasi masalah kehilangan sejarah ini. Ia bukan sekadar satu inisiatif, tetapi juga satu tindakan yang mesti dipenuhi oleh semua pihak berwajib.

1. Satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan khusus mengatasi masalah warisan Melayu di Pulau Pinang. Suruhanjaya ini hendaklah mengkaji dan meneliti apa yang telah berlaku dan bagaimana peminggiran dan penghakisan warisan Melayu telah terjadi.

2 Pihak berwajib mesti menubuhkan satu bank tanah. Bank tanah itu hendaklah sebuah institusi dan organisasi rasmi yang dikendalikan oleh satu atau kedua-dua pihak negeri dan persekutuan.

l Seorang Pesuruhjaya Warisan Melayu khusus untuk Pulau Pinang di wujudkan. Fungsi Pesuruhjaya itu ialah mengenal pasti, menilai kawasan yang mempunyai nilai sejarah dan warisan, dan memulihara kawasan itu.

3 Institusi pendidikan dan perdagangan dan GLC Melayu mesti menggembeling tenaga mengekalkan ruang warisan yang ada di Pulau dan di Sebarang Perai. Sebagai contoh, pendudukan di kawasan Lebuh Acheh-Armenian.

4 Pihak berwajib sedia ada dan boleh ditubuhkan mengkaji semua penamaan ruang, jalan dan tempat di Pulau Pinang. Nama ruang, jalan dan tempat janganlah diluluskan dengan sewenangnya-wenangnya. Apakah nama dan penamaan tidak penting? Apakah nama 'Tanjung Pinang' itu, bersebelahan Tanjong To'kong, bertujuan menghakiskan nama asal tempat itu. Kita perlu ingat, nama tempat berupaya mentakrif dan mempengaruhi sejarah masa depan.

5 Wartakan Batu Uban dengan mewujudkan zon warisan. Susun semula penempatan di Batu Uban. Jangan bina apa-apa muzium di situ. Apakah orang Melayu di Pulau Pinang mesti dimuziumkan seperti begitu? Sebaliknya, wujudkan rumah tersusun, kompleks sejarah dan warisan bagi menandakan penempatan Melayu pertama di Pulau tersebut - 1700-an. Rujuk kepada lakaran peta Inggeris 1763.

6 Jadikan Batu Uban sebagai pusat maklumat sejarah dan warisan hidup Pulau Pinang dan hubungannya dengan pelabuhan Batu Bara di Sumatera Utara. Batu Uban mempunyai hubungan akrab dengan Batu Bara bermula awal 1700-an lagi. Jadikan Batu Uban itu bandar kembar Batu Bara. Salah satu tindakan lanjut ialah wujudkan perhubungan feri antara Batu Uban dan Batu Bara. Batu Uban juga mempunyai hubungan dengan Kampung Bodi (Buadi) di Payakumbuh, Sumatera Barat. Haji Muhammad Salleh @Nakhoda nan Intan dan Dato' Jenaton berangkat dari Payakumbuh, ke Batu Bara dan kemudian ke Batu Uban.

7  Perancangan Batu Uban dan juga tempat seperti Tanjung To'kong, dan beberapa buah kawasan lagi di Tanjung dan Air Itam hendaklah mengambil kira isu pemuliharaan tempat dan penduduk. Jika Melaka dapat lakukannya, mengapa tidak Pulau Pinang? Dan sekali lagi, wujudkan institusi dan bidang kuasa yang relevan dan berkesan.

8  Apakah wujudnya seni bina dan landskap Melayu Pulau Pinang? Ciri-ciri dan bentuk rumah Melayu Pulau Pinang/Kedah yang wujud hendaklah diperkasakan. Ruang penempatan Melayu dalam sejarah mesti dirancangkan dengan sewajarnya pada zaman ini. Apa yang selalu terserlah ialah seni bina Melayu-kolonial rumah Jawi Peranakan di Tanjung.

Akan tetapi terdapat juga keaslian seni bina rumah Melayu di kawasan seperti di Air Itam, Gelugor, Bayan Lepas dan Balik Pulau. Dan kita mesti ingat, Pulau Pinang adalah satu wilayah Kesultanan Kedah. Sumbernya di Kedah. Mengapa ini tidak ditonjolkan oleh para perancang tempatan?

9  Salah satu fungsi kritikal pejabat Pesuruhanjaya Warisan Melayu Pulau Pinang ialah menukar nama yang penting lalu berusaha mewartawakannya, seperti Tanjung (mengganti Georgetown) dan Seberang Perai (mengganti Province Wellesley), serta juga nama Butterworth. Jika kita serius dalam mengekalkan dan memperkasakan sejarah, nama jalan, ruang, tempat pada masa depan di Pulau Pinang mesti mewajahkan ciri-ciri sejarah dan warisan Melayu.

10 Pameran dan penceritaan sejarah dan warisan Pulau Pinang di Muzium Negeri Pulau Pinang hendaklah dirombak dan diwajahkan dengan sewajarnya.

11 . Mengkaji semula dokumen yang diserahkan kepada UNESCO bagi mendapat status tapak warisan. Budaya dan sejarah Pulau Pinang telah disalah tafsir dan tidak diwajahkan dengan sewajarnya. Apa yang diceritakan adalah satu penganiayaan, penafian hak warisan, kewujudan dan sejarah.

Saya menggesa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan warisan dan sejarah negeri Pulau Pinang dan Kedah dalam hal ini dengan inisiatif dan tindakan konkrit jangka panjang dengan telus, tulus dan ikhlas.

Ini bukan hanya masalah warisan dan sejarah Pulau Pinang, tetapi masa depan warisan dan sejarah negara. Apakah kita mahu menggadai 'permata mutiara' di depan mata kita - yang bukan sekadar pulau dan tempat, tetapi pengalaman warisan dan identiti?

Ketidakadilan dimensi warisan adalah sama beratnya dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah, kerana ia menafikan hak dan menindas identiti.

Jika langkah-langkah seperti di atas tidak dilakukan, maka Melayu dan wajah Melayu Pulau Pinang akan menjadi satu mitos, yang anehnya lahir dari peneroka awal dan keturunan yang wujud asal-usulnya, roh dan jasadnya, identiti dan personalitinya.

R. A MURAD MERICAN
Bandar Seri Iskandar, Perak

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


Malaysia Juga Sempat Dilanda Kepanikan - KOMPAS.com

Posted: 11 Apr 2012 06:49 PM PDT

PENANG, KOMPAS.com - Malaysia juga dilanda kepanikan ketika gempa Aceh mengguncang, Rabu sore.

The New Straits Times melaporkan, di George Town, Penang, ratusan pembelanja berhamburan keluar dari pusat perbelanjaan Plaza Gurney ke promenade setelah merasakan guncangan gempa.

Di Komtar, para penonton yang sedang asyik-asyiknya menikmati film di kompleks sinema di 1st Avenue berlarian keluar. Sedangkan sebuah pabrik tekstil di Solok Pinang memerintahkan sekitar 1.500 pekerjanya keluar dari pabrik. Mereka dievakuasi dengan tertib.

Di Esplanade, anggota Pertahanan Sipil mengantarkan sejumlah orang menjauh dari kawasan pejalan kaki di tepi laut.

Di tempat lainnya, penghuni gedung tinggi tampak bergegas turun ke ruang terbuka setelah merasakan guncangan keras.

Laporan lain menyebutkan, guncangan singkat menyebabkan air keluar dari sebuah kolam renang di Penang Turf Club di Batu Gantung.

Hotel-hotel yang berlokasi di sepanjang Batu Ferringhi mengeluarkan peringatan tsunami dan meminta tetamunya waspada.

Manajer Komunikasi Pemasaran Hotel Hard Rock Elisa Saw mengyebutkan, kepala departemen keamanan dan personelnya siaga untuk mengevakuasi tamu-tamu dari kawasan oantasi sebagai tindakan pencegahan setelah menerima peringatan tsunami.

GM Hotel Hydro M. Kumar mengatakan, pengelola hotek sudah memberitahu staf dan tamu soal gempa Aceh, dan memasang pengumuman agar tamu tidak ke kawasan pantai.

Di Batu Ferrighi, sebagai tindakan berjaga-jaga, polisi sudah menginstruksikan sebuah restoran siap saji dan gerai SPBU untuk menutup usaha mereka sementara. Mereka diberitahu aparat pada Rabu pukul 21.00 waktu setempat.

SPBU yang berdampingan dengan restoran juga diperintahkan menghentikan operasi sementara, dan hanya menyisakan dua pompa. Hotel-hotel di kawasan itu tetap beroperasi seperti biasa, namun mengingatkan tamu-tamu mereka untuk tidak pergi ke pantai karena peringatan tsunami.

Demikian halnya di Kepala Batas, pemerintah mengeluarkan peringatan kepada warga di sepanjang garis pantai Kuala Muda untuk menghindari pantai. Polisi dan aparat pemadam kebakaran siaga di lokasi.

Penduduk desa di Bagan Aham juga diperintahkan untuk mengosongkan rumah mereka.

Pukul 22.00, Malaysia mencabut peringatan tsunami. Kepanikan dan kecemasan warga Malaysia pun sirna.

Sumber :

The New Straits Times

09 di jelutong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di jelutong - Google Blog Search


Nota Kecil: Fitnah Ummi Hafilda <b>di Jelutong</b> nampak tak logik...

Posted: 17 Mar 2012 10:02 PM PDT

UMMI Hafilda dalam ceramah di Jelutong semalam mendakwa, beliau pernah menulis surat kepada PM Tun Dr Mahathir menjelaskan mengenai amalan kaki liwat Anwar Ibrahim waktu jadi TPM.

Anwar didakwa marah. Ummi kata, lebih 50 polis UTK lengkap dengan senjata berat M-16 diarahkan untuk mengepung rumah tempat persembunyian beliau.

Ummi mengaku dilayan bak penjenayah Botak Chin sedangkan beliau tidak pernah melakukan jenayah dan hanya seorang perempuan muda berusia 28 tahun.

Namun, UTK tak dapat masuk rumah itu berkat Ummi membaca Surah Yaa Sin pada malam tersebut?

50 UTK yang kononnya dikerah untuk tangkap Ummi pada malam itu menggambarkan bahawa kes Ummi 'berat'.

Takkan disebabkan tak dapat tangkap Ummi pada malam itu, UTK terus balik?

Mengapa UTK tak tunggu sampai keesokan hari dan hari-hari seterusnya sehingga menunggu Ummi keluar rumah lalu selesaikan misi 'berat' itu?

Nampak macam tak logik cerita Ummi ini.

Nampak macam ceramah fitnah sahaja.

09 di tasek gelugor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


MMI: Anwar Bakal Berdepan Umi Hafilda <b>Di Tasek Gelugor</b> ???

Posted: 29 Mar 2012 09:55 PM PDT

Umi Hafilda satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia politik tanahair kita.Kelantangan dan pendedahan yang telah beliau lakukan di seluruh negara membuatkan Anwar Ibrahim semakin tertekan bahkan sehingga ke hari ini Anwar Ibrahim masih tidak menyaman Umi Hafilda di atas setiap pendedahan dan pembongkaran berkenaan siapa Anwar sebenarnya.
Jika dilihat daripada momentum Anwar hari ini siapa saja yang dilihat menyerang beliau pastinya notis saman akan sampai yang bernilai jutaan ringgit.Namun lain halnya dengan Umi Hafilda,Anwar Ibrahim dilihat seolah-olah takut untuk bersuara malah jauh sekali untuk menyaman.Apakah sebenarnya yang di takuti oleh Anwar Ibrahim untuk menyaman Umi Hafilda ?
Jika dikira cakap-cakap orang lama sekiranya tiada apa-apa tindakan diambil bermakna pembongkaran oleh Umi Hafilda mengenai Anwar Ibrahim adalah benar.Sejauh mana kebenarannya?
Jom hadir beramai-ramai pada 31 Mac 2012 jam 9.00 malam bertempat di Pokok Sena Tasek Gelugor Pulau Pinang untuk mendengar sendiri pendedahan dan pembongkaran siapa Anwar Ibrahim oleh Umi Hafilda.
Datang sendiri dan dengar sendiri pendedahan tersebut kemudian anda semua nilailah.Paling penting jangan lepaskan peluang ini kerana kebenaran akan ditegakkan pada malam 31 Mac 2012.Mai jangan tak mai.
Anwar Ibrahim nak berdepan Umi Hafilda ?? Nak saman pun tak berani !!
Pssstt Anwar takut dengan Umi Hafilda!!

09 di bagan ajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di bagan ajam - Google Blog Search


DINNER AT TEO CHEW FAMOUS CENDOL <b>BAGAN AJAM</b>

Posted: 06 Apr 2012 07:42 AM PDT

Assalamualaikum...

Salam sayang untuk semua rakan2 di blog...Wah ayat pertama macam berlagak jer bunyinya. Bukan apa macam la blog aku ni famous sangat ahaksss.. Ditimpa perasaan la pula aku ni. Nak buat macam mana kan dah nama pun perempuan LAGAK tu kena la ada hehehehe....sabar jer la Kak Jenab oiiii....:-)

Hari ni aku nak share citer tentang menu kami malam ni. Memang sedap la UOLSS terangkat giler dengan Mee Jawanya...Cik Abang I layan Mee Kari. Bukan apa Mee Jawa I tu lengkap dengan pedasnya, masam nya, kepekatan kuahnya fuhhh!! memang MARVELOUS la :-) So korang nanti kalau ada yg terlalu kat area ni jom la singgah. Bukan apa sebab sedap so kena la share kan :-)

Restoren ni ada banyak cawangan. Bermula dengan kereta roda tiga meniaga di sekitar Penang Road di Penang Island, kini mampu berdiri megah dengan beberapa cawangan Restoren yg semakin maju, salah satunya dekat ngan rumah aku la di Bagan Ajam Butterworth.

Mula2 aku masuk Restoren ni pada awal pembukaannya rasa takut la juga maklum la nama Cina, lepas tu tak der la pekerja melayu atau pelanggan melayu yg masuk, tapi sijil HALAL terlekat di dinding. Aku dan suami masuk la juga sebab teringin nak makan cendol special huhuhu...

So kini Restoren ni dah semakin maju, kebanyakkan staf kat situ melayu, dan yg bestnya berbilang bangsa yg makan kat situ. So boleh la kita menjamu selera kat di situ tanpa WAS2 hehehehe...

So kawan2, kalau ada yg terlalu atau tersesat di area Bagan Ajam ni, jom la singgah pasti anda akan berpuas hati...SELAMAT MENJAMU MATA yer :-)

09 di Gelugor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Gelugor - Google Blog Search


MMI: Berita Dari Tasek <b>Gelugor</b> - Ribuan Gamatkan Forum Perdana <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2012 09:11 PM PDT

Alhamdulillah itulah ungkapan yang keluar dari hati dan mulut MMI semalam apabila hampir 7000 orang hadir bagi sama-sama mengikuti Forum Perdana yang membariskan ahli-ahli panel terdiri daripada Prof Dr Ridhuan Tee,Ustaz Fathul Bhari dan Ustaz Kazim Elias dengan satu perbincangan bertajuk "Memperkasakan Akidah Ummat Satu Jihad" yang cukup menarik malah membuatkan semua yang hadir tidak mahu berganjak bagi mengikuti dengan penuh minat setiap hujah yang dikemukakan oleh barisan panel.
Sekalung tahniah MMI ucapkan kepada YB Dato' Jasmin Mohamed selaku ADUN Sungai Dua selaku tuan rumah yang telah berjaya membawa satu program yang cukup baik kepada seluruh rakyat khususnya dalam suasana politik negara yang dilihat semakin hebat dengan pelbagai tohmahan serta fitnah yang dilemparkan sesama sendiri sehinggakan bangsa Melayu itu sendiri dilihat berpecah.
Jutaan terima kasih juga harus diberikan kepada ICU dan PERDA selaku penganjur bersama yang memilih Masjid Simpang Empat Permatang Buloh Sungai Dua sebagai tuan rumah dalam penganjuran sebaik ini.
Melihat kepada barisan panel yang dijemput sejak awal-awal lagi MMI cukup yakin masyarakat dan orang ramai pasti hadir untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan sendiri mereka beraksi didepan mata secara langsung.Kekuatan yang ada pada setiap dari panel yang dijemput tidak dapat dinafikan lagi kerana masing-masing mempunyai pengikut dan cara tersendiri dalam menyampaikan ceramah mahupun hujah masing-masing.
Lihat saja bagaimana Ustaz Fathul Bhari yang cukup terkenal dan dilihat sebagai salah seorang penceramah muda yang mempunyai karisma tersendiri malah disenangi oleh anak muda hari ini.Jika diikuti rakaman ceramah-ceramahnya dalam carian YouTube cukup membanggakan dengan jumlah mereka yang membuat carian begitu ramai sekali.
Prof Dr Ridhuan Tee seorang ahli panel yang tidak asing lagi terutamanya dalam siri-siri Forum Perdana dan beliau juga sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri malah diikuti dengan penuh minat oleh kebanyakkan orang muda.Beliau bukan saja bijak mengendalikan satu-satu majlis ilmu sebegini malah lawak dan tindakan spontannya cukup menceriakan sesiapa saja yang menngikutinya.Bagi kebanyakkan mereka yang banyak terlibat dalam dunia maya melalui penulisan blog,Prof Dr Ridhuan Tee bukanlah satu nama asing bagi kebanyakkan mereka.Paling hebat mengenai Prof Dr Ridhuan Tee beliau merupakan seorang mualaf tetapi berbicara dan mempertahankan soal Bangsa dan Agama Islam lebih hebat dari kita orang Melayu.
Ustaz Kazim Elias satu nama yang tidak asing lagi kepada masyarakat Malaysia kerana beliau hari ini merupakan seorang Ustaz yang boleh diangap sebagai selebriti malah nama beliau hari ini pasti mencetuskan tsunami atau gelombang kehadiran orang ramai untuk hadir mendengar ceramah beliau.Keupayaan yang ada pada Ustaz Kazim mampu memastikan mereka yang hadir tidak akan berganjak sehingga selesai ceramah.Itulah kekuatan Ustaz Kazim dan beliau dilihat menggunakan mekanisma baru dalam setiap siri penyampaian ceramahnya yang bukan saja diminati oleh golongan orang tua tetapi hari ini turut diminati oleh golongan muda.
Itulah antara tiga barisan panel yang telah beraksi semalam di pentas Forum Perdana di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh Sungai Dua yang cukup mengujakan setiap daripada mereka yang hadir mengikuti perjalanan forum.MMI yakin dan percaya program sebegini seharusnya diperluas dan diperbanyakkan supaya masyarakat Melayu khususnya dapat sama-sama dalam satu perjuangan   menyelamatkan akidah seluruh umat Islam di Malaysia.
Sebaik selesai program semalam kelihatan orang ramai berpusu-pusu ke pentas utama untuk bertemu dengan ketiga-tiga ahli panel.Mereka tidak melepaskan peluang untuk bersalaman,bergambar malah ada yang mendapatkan nombor telefon untuk dihubungi selepas ini bagi mengadakan program yang sama ditempat masing-masing.Melihat kepada keadaan ini jelas sekali program ilmu sebegini sebenarnya cukup dinantikan oleh masyarakat keseluruhannya.
Ayuh semua sama-sama kita berikan sokongan kepada perjuangan ini.
 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved