Sabtu, 21 April 2012

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Sekitar Kuliyah @ Masjid <b>Negeri Pulau Pinang</b> 17|03|12 : UAI

Posted: 17 Mar 2012 06:30 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sekitar Kuliyah @ Masjid Negeri Pulau Pinang 17|03|12. Alhamdulillah penuh masjid. Berikut gambar-gambar sekitar kuliyah UAI di Masjid Negeri Pulau Pinang. Tahniah warga Pulau Mutiara.

LAWATAN RASMI YANG DI PERTUA <b>NEGERI PULAU PINANG</b> KE <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2012 03:25 AM PDT

LAWATAN RASMI YANG DI PERTUA NEGERI PULAU PINANG KE KEM PLKN WHITE RESORT, BALIK PULAU, PULAU PINANG

     

13 Mac 2012 -

Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang, Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr) Hj Abdul Rahman Hj Abbas telah mengadakan lawatan rasmi ke Kem PLKN White Resort, Balik Pulau, Pulau Pinang. Turut serta adalah Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara,  YBhg Dato' Abdul Hadi Awang Kechil.

09 di jelutong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di jelutong - Google Blog Search


3 ditahan bantu siasatan kes samun klinik perubatan <b>di Jelutong</b> |

Posted: 05 Apr 2012 11:30 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]GEORGETOWN: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam dua kes samun di klinik perubatan di Jelutong semalam.

09 di Batu kawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu kawan - Google Blog Search


ISKANDAR MUNCUL JUARA CP115 <b>DI BATU KAWAN</b> - Joki Senja

Posted: 02 Apr 2012 06:55 AM PDT



Kejayaan dicapai pelumba PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM, Mohd Iskandar Raduan apabila dia berjaya mengungguli perlumbaan kategori CP115 setelah kali terakhir memenanginya pada tahun 2010.

Iskandar menamatkan perlumbaan 12 pusingan dengan masa keseluruhan 11:14.403s diikuti Mohd Azhar Abdul Jalil (Motul Yamaha YY Pang)kedua, 11:16.163s dan Ahmad Abdul Kadir (Apido Yamaha Boon Kui Racing) ketiga, 11:20.479s.

Menurut Iskandar, "Kemenangan ini merupakan sesuatu yang cukup positif kepada saya setelah agak lama tidak menjejakkan kaki di atas podium. Saya begitu berpuas hati dengan prestasi keseluruhan di Batu Kawan ini apabila berjaya menguasai semua sesi yang berlangsung sepanjang dua hari ini ditambah dengan keadaan jentera yang begitu baik."

Tambah Iskandar lagi, "Pengalaman beraksi dalam kategori CP130 pada musim lepas juga turut membantu meningkatkan kemahiran saya dan menaikkan semula semangat saya untuk aksi pada musim 2012 ini. Semoga ia berterusan di Kuala Terengganu nanti," jelasnya.

Iskandar mendahului kedudukan keseluruhan dengan 25 mata diikuti Azhar, 20 mata dan Ahmad, 16 mata. Namun, pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing 2 (Azhar, Zaidy Mohd Zaifaizal) menguasai kedudukan berpasukan dengan 30 mata diikuti PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM (Iskandar, Zulsyafiz Rosli) kedua, 25 mata dan Apido Yamaha Boon Kui Racing, (Ahmad, Zulzaki Kipli) ketiga, 16 mata.

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG TANJONG TO&#39;KONG PULAU <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2012 08:28 AM PDT

Latar Belakang Sejarah

• Kampung Tanjung Tokong adalah sebuah kampung tradisional yang wujud sejak sebelum era penjajahan. Kajian terperinci jelas menunjukkan kampung ini telah ada sebelum tertubuhnya bandaraya George Town. Tanjung Tokong adalah salah satu mukim ketika George Town ditubuhkan pada tahun 1839.
• Lakaran peta-peta terawal semasa pembukaan Pulau Pinang mengesahkan kewujudan Kampung Tanjung Tokong.
• Di antara bukti-bukti sejarah yang menunjukkan bahawa kampong ini telah wujud lebih daripada 200 tahun (1786-2008) dapat dikesan daripada tinggalan-tinggalan sejarah yang ada di atas tanah kampong. Di antaranya ialah batu-batu nisan tua di tanah perkuburan bukit Tanjong Tokong dan masjid asal.
• Kampung ini pada asalnya sebuah perkampungan nelayan tradisional dan terkenal dengan kaedah penangkapan ikan mengunakan jermal.
• Kawasan Tanjung Tokong terdiri daripada dua penempatan iaitu kawasan kampong asal di Jalan Lama Tanjung Tokong yang tidak tersusun dan padat serta kawasan penempatan baru yang tersusun dan berlot.
• Dalam jangka masa 30 tahun kawasan penempatan baru yang berlot telah menjadi kucar-kacir akibat pengabaian terhadap pembangunan.

Proses Pemindah Milikan Tanah

• Setelah hampir 200 tahun penempatan Kampung Tanjung Tokong, secara umumnya tiada pemilikan tanah yang diperolehi oleh penduduk Tanjung Tokong tetapi yang anehnya hanya terdapat 3 lot tanah bergeran selainnya diistiharkan sebagai TOL.
• Pada 1974 tanah penempatan penduduk Tanjung Tokong seluas 48 ekar telah diserahkan kerajaan negeri kepada Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) pada nilai RM 1.00 (Ringgit Malaysia: Satu sahaja) dengan 'sekatan syarat khas' bagi tempoh pajakan selama 99 tahun.
• Di samping itu UDA juga telah dianugerahkan oleh kerajaan negeri tanah tambun (reclaimed land) persisir pantai Tanjung Tokong seluas 52 ekar seawal tahun 1980 an.
• Kesan daripada pemindahmilikan tanah kepada UDA secara otomatik penduduk asal telah turun tarafnya sebagai setinggan dimatakaca UDA selaku pemaju.

Pembangunan semula Tanjung Tokong dan kesannya

• Pada umumnya plan pembangunan semula Kampung Tanjung Tokong adalah menjadi rahsia UDA ke atas penduduk.
• Dari 1974 sehingga sekarang UDA telah mendirikan rumah-rumah pangsa kos murah dan sederhana murah dengan beberapa fasa dan sebuah balai polis oleh Kementerian Dalam Negeri diatas sebahagian tanah asal (48 ekar).
• Perpindahan besar-besaran ke rumah-rumah pangsa keatas sebahagian daripada penduduk Tanjung Tokong dilakukan pada 1987 dengan suatu protes yang sangat membara oleh penduduk.
• Setelah campurtangan politik pada masa itu, penduduk asal diatas tanah TOL diberi rumah ganti rumah. Sementara anak-anak penduduk yang telah berumahtangga tetapi bermastautin di Tanjung Tokong diberi rumah pangsa pada potongan 45%.
• Dari 1990-2008, iaitu hampir 18 tahun, pihak UDA telah mengalih fokus dari membangunkan sebahagian lagi kawasan Kampung Tanjung Tokong mengikut "sekatan syarat khas" kepada perkara yang tidak jelas kepada penduduk.
• Dalam tempoh tersebut diatas, kawasan kampung yang telah sedia tersusun dikenali sebagai "Perumahan Kampung Moden Tanjung Tokong" yang dibangunkan oleh British dalam tahun 1950an dan kawasan selebihnya telah menjadi kucar kacir dengan penambahan(extension) pada rumah asal dan kebanjiran penduduk dari luar kawasan Tanjung Tokong yang menyewa dan mendirikan rumah tanpa nombor.
• Akibat daripada pemindahan penduduk kerumah-rumah pangsa yang rekabentuk dalaman yang sempit merimaskan dan ada yang hanya mempunyai satu bilik tidur dan rumah ganti rumah yang mempunyai 2 bilik telah mengundang masalah sosial yang serius.
• Penduduk yang baru saja dipindahkan kerumah transit tiada satu jaminan yang konkrit bagi masa depan.

Usaha dan saranan penduduk

• Untuk memastikan suara penduduk didengari oleh pihak pemaju iaitu UDA, para penduduk telah menubuhkan Persatuan Penduduk Tanjung Tokong (Persatuan) pada 1981.
• Melalui Persatuan, badan-badan lain dan campurtangan politik, penduduk terpaksa berpuas hati dengan apa saja sajian yang dikemukakan oleh UDA terutamanya dalam menyelesaikan masalah penduduk asal di atas tanah TOL.

• Persatuan telah sekian lama berjuang dan mengemukakan cadangan-cadangan berikut:-

1. Menangani masalah masa kini - menyelesaikan kepadatan penduduk, memohon kerajaan kegeri dan pusat membina projek perumahan mampu milik untuk golongan termiskin dan terpinggir dalam Bandar. Mereka terdiri daripada penyewa, kelamin dan penghuni rumah tanpa nombor. Persatuan mengenengahkan supaya projek ini dibina di kawasan tebus guna yang baru di depan pantai Tanjung Tokong.
2. Menerajui masa depan : Mempertahankan Kampung Tanjung Tokong sebagai ZON WARISAN MELAYU dalam Bandar Georgetown dengan menjadikan kampung tradisional tersusun yang berwajah baru menerusi pembangunan semula.
3. Menaik taraf kemudahan asas seperti jalan, sistem perparitan dan melengkapkan kemudahan awam seperti pejabat pos, padang permainan dan rekreasi, pasar, gerai penjaja kecil dan lain-lain.
4. Memberi peruntukan kepada penduduk Tanjung Tokong untuk membangunkan semula kampung ini dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
5. Menubuhkan jawatankuasa bersama diantara kerajaan negeri, UDA dan wakil-wakil penduduk untuk menentukan perancangan, pengawasan, pelaksanaan dan pemantauan projek berjalan dengan lancar. Kerajaan negeri menjadi pemacu utama dalam jawatankuasa ini.

• Persatuan juga telah mengemukakan satu memorandum kepada YAB Perdana Menteri pada tahun 2005 supaya pembangunan semula Tanjung Tokong dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
• Terbaru, disamping saranan Persatuan wujud juga badan lain yang mengemukankan memorandum kepada kerajaan negeri yang berkisar kepada saranan Persatuan.

Langkah selanjutnya

• Mengembelingkan semua pertubuhan-pertubuhan NGO dan politik untuk meneruskan usaha murni yang diperjuangkan oleh Persatuan selama ini.
• Bersungguh-sungguh untuk merealisasikan Jawatankuasa Bersama seperti saranan diatas.
• Menjadikan peranan kerajaan negeri sebagai paksi yang memacu proses Pembangunan Semula Kampung Tanjung Tokong demi kepentingan rakyat berdasarkan kerajaan negeri adalah pemilik asal Kampung Tanjung Tokong.

PENGENALAN


LATAR BELAKANG: Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1981. Persatuan ini adalah sebuah NGO yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Persatuan ini telah menjadi badan penghubung diantara penduduk dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan, badan-badan politik dan lain-lain NGO.

MOTO: "Muafakat membawa berkat"

MISI: "Pembangunan seimbang di antara tradisi dan moden"

VISI: Perkampungan tradisional melayu yang tersusun dalam arus pembangunan perdana.

OBJEKTIF: Membela kepentingan penduduk menghadapi pembanggunan semula Kampung Tanjung Tokong, Pulau Pinang oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).

AKTIVITI UTAMA:
1.Mengadakan perjumpaan dan sesi penerangan kepada penduduk kampung serta mendapatkan maklumbalas daripada penduduk.
2.Mengemukakan cadangan dan pandangan kepada pihak kerajaan dan bukan kerajaan untuk mendapatkan panduan dan sokongan.
3.Mengemukakan tuntutan penduduk kepada pihak UDA dari semasa ke semasa.
4.Menghantar memorandum kepada pihak kerajaan Malaysia, Kerajaan Pulau Pinang,TYT, Kementerian-kementerian yang berkaitan, UDA, badan-badan politik dan NGO berkaitan.
5.Memberikan taklimat dan pembentangan kertas kerja/ cadangan kepada kerajaan negeri dan badan berkaitan.
6.Menyebarkan maklumat melalui internet.
7.Berusaha untuk merealisasikan penubuhan Jawatankuasa Bersama yang terdiri daripada kerajaan negeri selaku pengerusi, UDA dan wakil penduduk. Jawatankuasa ini akan menjadi suatu platform untuk perbincangan yang telus, cadangan dan maklumbalas pembangunan semula Kampung Tanjung Tokong (Terbaru).

sokonglah kami!!!

09 di permatang pauh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di permatang pauh - Google Blog Search


tumpang sekole...?: Anwar <b>di Permatang Pauh</b>...

Posted: 21 Apr 2012 10:51 AM PDT


 (gambar ehsan daripada  darisungaiderhaka.blogspot)
Despite numerous complaints over the electoral roll, Election Commission chief Abdul Aziz Mohd Yusof declared that Malaysia has the cleanest electoral roll in the world...ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha aha aha...


Sekali pun mendapat banyak aduan berhubung daftar pemilih, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Malaysia mempunyai daftar pemilih paling bersih di dunia....ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha aha aha... Mungkin otak dah celerau pasai nak pastikan UMNO menang....
 Jangan lupa 28 April 2012


cheers.

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


FaRieda si kiCik: fajar <b>di</b> Puncak <b>Bukit Jambul</b>

Posted: 20 Apr 2012 12:11 PM PDT

Assalamualaikum
Salam Keindahan

Fajar di Bukit Jambul
kenangan Pertama kalinya ber'hiking kat Bukit Jambul
dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah
Subhanallah,
tak hentihenti aku memuji keindahanNya dalam hati
and untuk itu, jom aku kongsikannya dengan kalian

7.00 pagi - bergerak dari USM ke BJ (Bukit Jambul).
Xsampai 10minit pun nak kesana.
Kami di sambut dengan anjing anjing yang jinak (ke?) yang menunggu kedatangan pengunjung.
Cik Farah Wahida nebes tak sudasuda tengok anjing anjing tu padahal depa (anjing) buat relaks saje.
hahahaha..punyela fobia anjing.. (actually, aku pon cerin jugak. cume buat muke macho je)

8.00 pagi - bermulanya ekspidisi hiking kami.
bermula dengan warming up yang diketuai oleh guider yang berwibawa Incek Keith Tan (name glemer beliau)
dan dihaktui'i oleh kami. (ngehehehe)



dan akhirnya, sampai jugak kaki kami di puncak Bukit Jambul



 Dah alang alang ade kat atas tu, kami tak lepaskan peluang untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan. dalam hati tak henti henti memuji. cantik sangat lukisan alam ni. Jadi, untuk abadikan kenangan, kami pon snap la beberapa gambar untuk kenangan. ^^,







subhanallah!! cantek kan? =)
9.00 pagi - tibelah saatnye untuk kami ucapkan selamat tinggal kat Bukit Jambul. Alhamdulillah, arini aku dapat tengok fajar menyinsing dengan penuh kesyukuran (biasenye time time gini masih ngorok lagi kat bilik). Thank you Allah sebab beri peluang untuk aku melihat indahnya dunia.




9.30 pagi - maka habislah penjelajahan pertama kalinye hiking kat Penang dan kedua kalinya pengalaman hiking. Berbeza sangat masa hiking kat Gunung Angsi. Track kat Bukit Jambul sangat curam dan letih lututlutut nak naik. kalau silap langkah boleh cerera (cedera). Alhamdulillah kami dapat menghabiskan hiking kami. Cume guider kami yang nakai sikit cedera sebab mainmain dengan keta sorong yang dah berkarat. kan dah luka. nasib baik takda pape. hehehe. Jadi, bile dah penat, perut pon mintak diisi. Apelagi, serbu kedai makan!!!
Akhir kalam, hiking kali ni mengajar aku erti tak berputus asa dan sentiasa bersemangat. Selagi kita tak cuba mencabar diri kita, kita akan sentiasa rasa diri kita lemah. betul tak kawankawan? 
psstt : Rasa tercabar dengan uncle and auntie yang sangat relax naik dan turun bukit tanpa berhenti di tengah jalan.

09 di balik pulau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


DAP bina terowong bawah tanah <b>di Balik Pulau</b> - Utusan Malaysia <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2012 11:01 AM PDT

DAP bina terowong bawah tanah di Balik Pulau?

DAP bina terowong bawah tanah di Balik Pulau?

BALIK PULAU 10 April - Nilai hartanah yang meningkat di kawasan ini serta perancangan pembinaan beberapa projek mega dipercayai menjadi punca sebuah syarikat hartanah swasta berminat untuk membeli tanah penduduk kampung di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (gambar) berkata, tawaran itu juga dipercayai ada kaitan dengan ura-ura bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang merancang untuk membina terowong bawah tanah dari Bayan Lepas ke Balik Pulau.

"Saya mendapat maklumat mengenai pembinaan terowong dan jika projek tersebut bermula, sudah pasti harga hartanah di sini akan meningkat dengan mendadak.

"Faktor inilah dipercayai menyebabkan syarikat hartanah berkenaan berminat untuk membeli tanah-tanah di sini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) di sini hari ini.

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved