Ahad, 22 April 2012

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


PTPTN: Anwar Tak Tahu Mengira, Macam Mana Nak Tunai Janji <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2012 05:58 AM PDT

April 13, 2012   ·   95 Comments

anwar_bodoh_pkr_

HARI ini tak tahu apa suwey, penulis terselak akhbar paling tak masuk akal dalam negara ini iaitu SelangorKini, keluaran terbaru pulak tu.  Dikatakan tak masuk akal sebab ia tidak langsung menceritakan kelemahan, sebaik semua yang baik-baik tentang kerajaan Pakatan harami Selangor.

Walhal penulis baru sahaja selesai mengalami 'kejutan sementara' kerana menempuh jalan di Selangor yang berlubang atau tidak rata.  Bagaimana pula negeri yang begitu teruk sekali kemudahan awamnya itu, tapi diberi gambaran baik-baik sahaja oleh SelangorKini?

Baiklah, kembali kepada isu yang penulis ingin bincangkan disini.

Ia berkisar tentang ceramah Anwar semasa Himpunan Rakyat dan Munajat Perdana Selamatkan Selangor di Stadium Melawati pada 7hb April yang lepas – majlis yang asalnya menyasarkan 6 juta rakyat tapi hanya dihadiri sekitar 6 ribu orang sahaja.

Dalam ceramah sebelum acara solat dijalankan, Anwar menuduh bagi setiap RM 1 ribu yang dipinjam pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pelajar perlu membayar semula sebanyak RM 5,000 – faedah sebanyak 400%!!

Itu bermakna, kalau pelajar Ijazah Pertama menerima pinjaman sebanyak RM 7,000, dia sebenarnya berhutang sebanyak RM 28,000 setahun dengan PTPTN!!  Kalau 3 tahun pengajian, darab sajalah.

Benarkah begitu?

Kalau benar, bagaimana agaknya, pinjaman RM 1,000 dengan faedah 1% setahun boleh tiba-tiba mencecah RM 5,000 seperti yang disebutkan Anwar?  Bukankah 1% daripada RM 1,000 sama dengan RM 10?  Malah kalau kadar faedah dahulu pun (4%), jumlah itu masih rendah lagi.

Tapi sekarang Anwar bercakap tentang janji-janji pilihanraya, yang kalau dihimpun keseluruhannya, bernilai berbilion ringgit!!

Baru cerita tentang pengiraan mudah (1% daripada RM 1,000) pun Anwar dah gagal, apa cerita nak hitung yang berbilion-bilion ringgit lagi?  Tak hairan kenapa negara kita terjejas teruk semasa krisis ekonomi 1997, rupanya ketika itu kita ada Menteri Kewangan paling bangang!!

Penulis nak terangkan disini, PTPTN ini hanya helah Anwar untuk dapatkan undi.  Dia sudah kantoi salah cakap beberapa kali – dalam hal PTPTN ini sahaja.  Depan professional muda (artikel semalam), Anwar cakap benda lain – bukan hapus semua pinjaman, ikut pendapatan dan berperingkat-peringkat. Depan orang kampung Anwar cakap putang PTPTN akan dihapuskan semua pulak?

Ini kalau tak lidah bercabang, apa gelaran yang kita nak beri pada si dungu ni?

By

Tags: , ,


di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Kelemahan pentadbiran urusan agama Kerajaan <b>Negeri Pulau</b> <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2012 06:58 PM PDT

|

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri mengakui telah melakukan kesilapan dengan mencadangkan nama Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) walaupun sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) pernah berjanji akan menamakan Pesuruhjaya Pas Negeri itu, Datuk Mohd Salleh Man.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, cadangan Kerajaan Negeri untuk melantik Abdul Malik sebagai YDP MAINPP ketika itu dibuat disebabkan tidak mahu berhadapan dengan 'kesukaran' dalam pelantikan jawatan itu seperti yang pernah terjadi sebelum ini apabila cadangan Kerajaan Negeri untuk melantik Mohd Salleh tidak diterima.

"Kita mengakui kesilapan kita dengan menghantar nama Abdul Malik berikutan beliau menjawat jawatan Exco Agama dalam Kerajaan Negeri," kata beliau yang juga Naib Presiden PKR.

"Kita lakukan sebab pertimbangan kita ketika itu dan mengambil kira pengalaman pahit yang kita pernah lalui sebelum ini ketika zaman Datuk Shabudin Yahya memegang jawatan YDP.

"Walaupun pada peringkat mula kita telah mempunyai nama calon YDP sendiri namun usaha selama dua tahun untuk menggantikan calon YDP pilihan kita tidak kesampaian," katanya pada sidang media di sini semalam.


Turut hadir Mohd Salleh dan Abdul Malik.

Pada sidang media berkenaan Mansor menjelaskan terdapat kekeliruan berbangkit apabila watikah pelantikan daripada Istana Negera telah melantik Abdul Malik sebagai YDP MAINPP sedangkan Kerajaan Negeri telah mengutuskan surat rayuan pada 20 Januari lalu bagi mencadangkan Mohd Salleh dilantik sebagai YDP MAINPP.

Mansor berkata, Kerajaan Negeri telah membuat rayuan dan memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi mendapatkan perkenan melantik YDP yang baru itu, namun sehingga kini hasrat Kerajaan Negeri itu belum tercapai apabila pihak istana tidak dapat menerima kunjungan itu disebabkan kesibukan Tuanku Abdul Halim dengan urusan-urusan yang lebih mendesak.

Dalam pada itu, Mansor berkata, sementara menantikan rayuan yang dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong itu, Mohd Salleh akan mempengerusikan semua mesyuarat MAINPP.

Sinar


Share/Bookmark
Posted by Desperado on 9:58 AM. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


Harga Seketul Karipap <b>di Batu Feringgi</b> ialah 80 sen kerana <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2012 02:56 AM PDT

RM0.80 seketul, itulah harga biasa bagi kuih karipap di sekitar kawasan Batu Feringgi.                Tinjauan  ke beberapa gerai kuih yang terletak di lokasi pelancongan utama itu mendapati kebanyakan peniaga sememangnya menjadikan harga 80 sen bagi setiap ketul karipap seperti harga biasa.

        
        Kunjungan ke sana gara-gara aduan seorang pelancong mengenai pisang goreng yang dijual dengan harga RM1 untuk seketul pisang sahaja.
        
        Ketika ditanya kepada peniaga kenapa harganya begitu mahal, jawab seorang peniaga di situ ia kerana karipap berintikan ayam.
        
        Sementara seorang lagi peniaga yang menjalankan perniagaan karipap pula menjual seketul karipapnya dengan harga 60 sen.
        
        Peniaga itu juga ditanya soalan yang sama gara-gara harganya yang agak mahal, jawabnya kerana peniaga di situ menjual 80 sen dan dia menjual murah sedikit daripada peniaga berkenaan.
        
        Pengadu, Nor Asyikin Rahman berkata, dia terkejut dengan harga kuih berkenaan kerana tidak masuk akal.
        
        Menurutnya, harga yang dijual begitu mahal berbanding dengan tahap kepuasan­ menikmati kuih tradisional berkenaan.
        
        "Bagi saya harga yang dijual ini begitu mahal tidak padan dengan kualitinya, jika ia besar dan betul-betul penuh dengan inti ayam tidak mengapa, tetapi apabila saya rasakan, seketul inti ayam langsung tiada dan agak kosong.
        
        "Jadi kenapa logiknya peniaga meletakkan harga sehingga 80 sen seketul bagi setiap karipap?, saya lihat pelancong asing pun tidak membelinya," katanya .
        
        Sementara itu, seorang lagi pengadu, Kamaliah Hassan berkata, tidak dinafikan harga kuih pada masa kini sudah naik namun ada sesetengahnya yang naik dengan tidak munasabah.
        
        Katanya, kebiasaannya kuih di sekitar negeri ini dijual dengan harga RM1 bagi tiga ketul kuih.
        
SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA KLIK DISINI-EXP 27042012
JOM SERTAI > SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA..
        "Tetapi bila 80 sen seketul memang tidak berbaloi langsung dan tidak munasabah harganya kepada pelanggan atau pengguna.
        
        "Saya berharap supaya ada pihak yang melihat perkara ini dengan serius kerana harga yang ditawarkan juga adalah imej kepada pelancongan sekitar," katanya.

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


LYSSA with BEN ASHAARI <b>di Bukit Jambul</b> , Penang !! | ! LYSSA <b>...</b>

Posted: 24 Oct 2011 05:09 AM PDT

Gadis Kidal Berceloteh...

Peacee ^_^v
Tokk . Tokk . Tokk . Heyy , you guys ! Ahaa~ Kisah ini , sambungan dari ENTRI INI !
Tadi , petang kan Lyssa ada kata nak sambung kan ? Cerita mengenai ENTRI INI lah kan ~

Okeyy , macam mana Lyssa boleh "terjumpa"  dan "berjumpa" dengan BEN ASHAARI , blogger otai kita nehh ? Nak tahu ke . Jom lah baca sampai mata jadi juling . JOM !!
Orait . Sebenarnya , kami nak jumpa 'ber-dating' sama - sama neyyh , dah lama dah . Memang dah rancang time BEN ASHAARI belum datang penang lagi . haha . Pastu , baru hari ni comfirm balik , jadi or tak nak jumpa kan ? Memang eksaited terlebih lah aku neyy kan . Mana tak nye . 1st time nih nak jumpa blogger hebakk . huhu ~ Lyssa mana pernah jumpa before ni . Even pergi event ape2 ek , gathering ke , tak pernah pun ! SUMPAH ! Teringin . Tapi , nak buat macam mana kan . haha . Dah dok penang . Kalau dok KL lain lah . haha .
Okeyy. Tak pe lah . Lyssa bertolak dari rumah dalam pukul 1.45 macam tuh . Drive kereta sendiri pergi Bukit Jambul yang berjambul - jambul tuh ler ~ Memang penat lah nak kena redah hutan balik pulau tu , semata - mata nak jumpa blogger otai kita nih . haha~ Puihh~
Serius , penat , nasib Cik Nynna my besties nak temankan . Kalau takkk ? Errr ~
Lyssa sampai kul 2 lebih macam tuh . Sampai - sampai , terus cari parking . Arghh ! Tidakkk . Tak de parking .!!!  Dalam kepala otak Lyssa ,
" Aduhh , abiss lah . Macam mana ni , tak de parking . Macam mana nak jumpa BEN ASHAARI?"
Dalam dok pikir tuh , last - last ada jugakk . Fuhhh . Nasebb baik . haha . Okeyy . Lepas tuh , sampai lah Lyssa dalam BJ tuh , tanya BEN dekat mana . Dia on the way ~ Lega dengar . haha . Then , dia tanya tunggu kat mana ? Lyssa tak tahu lah pulak nak tunggu dekat mana . Ishkk . Ape lah . Setiap minggu g BJ pun tak tahu pulak mana nak tunggu yer . haha .
Lyssa cakap , Lyssa ada dekat area kedai Gurdian , dok tengok tudung . Dari jauh , dah nampak BEN otw ke kedai tu . Alamakk . Err . Terketaqq lutut dah . haha . Nampak pulak , ada sorang budak sekolah nih tegur BEN . Ishk . Ishk . Pemess betul BEN . haha~
Nampak pulak BEN bawak keluar handphone dia . Cehh . Nak call Lyssa lah tuh . Dia tak perasan Lyssa dah ada kat depan dia dahh . Haaaaa~ Tokojoitttt ! hehe~ Tiba - Tiba BEN kata :
"Ishk ! Tension ~ Tension ~"
Yang aku ni dok rasa bersalah cakap dalam hati :
"Tension sebab aku ker ? Errr . Apa salah aku ? Tolongggggggg ! "
Hee . Bukanlah . Bukan sebab Lyssa ~ Tension sebab , BEN takk bawak duit . hehe . Kalau korang tengok muka BEN time tuh . Serius . Kelakar lah . Aiyoo . Ingat ke tension pasal ape lah . haha . Aduhh . Macam - macam . Buat macam Lyssa nih , tak de duit nak belanje . kehkeh ~
Tapi tak pe , sampai je Food Court , order je lah . Ingat BEN nak makan , baru nak belanja . aduhhh ~ "Errr . Nak minum je ker" . Melepas aku nak belanja blogger otai ^^ hehe .
HEHE . Lepak - lepak kat situ je lah . Sembang sampai 2 jam  . Err . Sembang pasal apa lah tuh . haha . Macam - macam . Err . Dalam pukul 4.20 macam tuh , masing - masing belah .
p/s : Serius ! Kenangan manis betul , bila dapat bertemu dengan BEN ASHAARI ! Btw , thanks to BEN ASHAARI sebab sudi jugak jumpa Lyssa . You are the best lah :)

JOM baca Entry Daripada Ben Ashaari !! KLIK SINI RAMAI-RAMAI !


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Lyssa ! Like Kalau Suka ! ♥

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved