Selasa, 8 Mei 2012

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Kelemahan pentadbiran urusan agama Kerajaan <b>Negeri Pulau</b> <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2012 06:58 PM PDT

|

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri mengakui telah melakukan kesilapan dengan mencadangkan nama Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) walaupun sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) pernah berjanji akan menamakan Pesuruhjaya Pas Negeri itu, Datuk Mohd Salleh Man.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, cadangan Kerajaan Negeri untuk melantik Abdul Malik sebagai YDP MAINPP ketika itu dibuat disebabkan tidak mahu berhadapan dengan 'kesukaran' dalam pelantikan jawatan itu seperti yang pernah terjadi sebelum ini apabila cadangan Kerajaan Negeri untuk melantik Mohd Salleh tidak diterima.

"Kita mengakui kesilapan kita dengan menghantar nama Abdul Malik berikutan beliau menjawat jawatan Exco Agama dalam Kerajaan Negeri," kata beliau yang juga Naib Presiden PKR.

"Kita lakukan sebab pertimbangan kita ketika itu dan mengambil kira pengalaman pahit yang kita pernah lalui sebelum ini ketika zaman Datuk Shabudin Yahya memegang jawatan YDP.

"Walaupun pada peringkat mula kita telah mempunyai nama calon YDP sendiri namun usaha selama dua tahun untuk menggantikan calon YDP pilihan kita tidak kesampaian," katanya pada sidang media di sini semalam.


Turut hadir Mohd Salleh dan Abdul Malik.

Pada sidang media berkenaan Mansor menjelaskan terdapat kekeliruan berbangkit apabila watikah pelantikan daripada Istana Negera telah melantik Abdul Malik sebagai YDP MAINPP sedangkan Kerajaan Negeri telah mengutuskan surat rayuan pada 20 Januari lalu bagi mencadangkan Mohd Salleh dilantik sebagai YDP MAINPP.

Mansor berkata, Kerajaan Negeri telah membuat rayuan dan memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi mendapatkan perkenan melantik YDP yang baru itu, namun sehingga kini hasrat Kerajaan Negeri itu belum tercapai apabila pihak istana tidak dapat menerima kunjungan itu disebabkan kesibukan Tuanku Abdul Halim dengan urusan-urusan yang lebih mendesak.

Dalam pada itu, Mansor berkata, sementara menantikan rayuan yang dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong itu, Mohd Salleh akan mempengerusikan semua mesyuarat MAINPP.

Sinar

Related Posts : POLITIK, TERKINI


Share/Bookmark
Posted by Desperado on 9:58 AM. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

09 di Butterworth - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Butterworth - Google Blog Search


Ahli perniagaan cedera parah kereta meletup <b>di Butterworth</b>

Posted: 12 Apr 2012 11:26 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]BUTTERWORTH: Seorang ahli perniagaan cedera parah apabila kereta jenis Nissan X-Trail miliknya meletup ketika beliau menghidupkan enjin kereta itu di hadapan rumahnya di Persiaran Sembilang, Taman Sembilangdi ...

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


Berita : Harga Seketul Karipap <b>di Batu Feringgi</b> ialah 80 sen kerana <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2012 02:56 AM PDT

RM0.80 seketul, itulah harga biasa bagi kuih karipap di sekitar kawasan Batu Feringgi.                Tinjauan  ke beberapa gerai kuih yang terletak di lokasi pelancongan utama itu mendapati kebanyakan peniaga sememangnya menjadikan harga 80 sen bagi setiap ketul karipap seperti harga biasa.

        
        Kunjungan ke sana gara-gara aduan seorang pelancong mengenai pisang goreng yang dijual dengan harga RM1 untuk seketul pisang sahaja.
        
        Ketika ditanya kepada peniaga kenapa harganya begitu mahal, jawab seorang peniaga di situ ia kerana karipap berintikan ayam.
        
        Sementara seorang lagi peniaga yang menjalankan perniagaan karipap pula menjual seketul karipapnya dengan harga 60 sen.
        
        Peniaga itu juga ditanya soalan yang sama gara-gara harganya yang agak mahal, jawabnya kerana peniaga di situ menjual 80 sen dan dia menjual murah sedikit daripada peniaga berkenaan.
        
        Pengadu, Nor Asyikin Rahman berkata, dia terkejut dengan harga kuih berkenaan kerana tidak masuk akal.
        
        Menurutnya, harga yang dijual begitu mahal berbanding dengan tahap kepuasan­ menikmati kuih tradisional berkenaan.
        
        "Bagi saya harga yang dijual ini begitu mahal tidak padan dengan kualitinya, jika ia besar dan betul-betul penuh dengan inti ayam tidak mengapa, tetapi apabila saya rasakan, seketul inti ayam langsung tiada dan agak kosong.
        
        "Jadi kenapa logiknya peniaga meletakkan harga sehingga 80 sen seketul bagi setiap karipap?, saya lihat pelancong asing pun tidak membelinya," katanya .
        
        Sementara itu, seorang lagi pengadu, Kamaliah Hassan berkata, tidak dinafikan harga kuih pada masa kini sudah naik namun ada sesetengahnya yang naik dengan tidak munasabah.
        
        Katanya, kebiasaannya kuih di sekitar negeri ini dijual dengan harga RM1 bagi tiga ketul kuih.
        
SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA KLIK DISINI-EXP 27042012
JOM SERTAI > SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA..
        "Tetapi bila 80 sen seketul memang tidak berbaloi langsung dan tidak munasabah harganya kepada pelanggan atau pengguna.
        
        "Saya berharap supaya ada pihak yang melihat perkara ini dengan serius kerana harga yang ditawarkan juga adalah imej kepada pelancongan sekitar," katanya.

09 di bagan ajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di bagan ajam - Google Blog Search


anuarfalakpenang: Falak On The Street Siri 2/2012 @ RnR <b>Bagan</b> <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2012 02:20 AM PDT

                                     
Falak turun ke jalanan untuk bersama masyarakat kali ini berlangsung di RnR Bagan Ajam, Butterworth pada 7 April 2012. Sambutan amat menggalakkan sehinggakan pihak pengurusan meminta team falakpenang datang setiap minggu ke tempat ini....Insya Allah kami akan ke sana lagi...masa dan waktunya akan diberitahu kemudian....Ramai yang teruja dapat melihat planet Jupiter dan Venus seawal jam 8 malam itu....sebelum awan mendung menutupi langit...seterusnya teleskop dihalakan ke arah Marikh, Zuhal dan bulan penuh....rata-rata pengunjung amat teruja kerana pertama kali dapat melihat objek-objek langit tersebut dengan mata sendiri....jom raikan falak!!!!

09 di Gelugor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Gelugor - Google Blog Search


MMI: Anwar Bakal Berdepan Umi Hafilda <b>Di</b> Tasek <b>Gelugor</b> ???

Posted: 29 Mar 2012 09:55 PM PDT

Umi Hafilda satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia politik tanahair kita.Kelantangan dan pendedahan yang telah beliau lakukan di seluruh negara membuatkan Anwar Ibrahim semakin tertekan bahkan sehingga ke hari ini Anwar Ibrahim masih tidak menyaman Umi Hafilda di atas setiap pendedahan dan pembongkaran berkenaan siapa Anwar sebenarnya.
Jika dilihat daripada momentum Anwar hari ini siapa saja yang dilihat menyerang beliau pastinya notis saman akan sampai yang bernilai jutaan ringgit.Namun lain halnya dengan Umi Hafilda,Anwar Ibrahim dilihat seolah-olah takut untuk bersuara malah jauh sekali untuk menyaman.Apakah sebenarnya yang di takuti oleh Anwar Ibrahim untuk menyaman Umi Hafilda ?
Jika dikira cakap-cakap orang lama sekiranya tiada apa-apa tindakan diambil bermakna pembongkaran oleh Umi Hafilda mengenai Anwar Ibrahim adalah benar.Sejauh mana kebenarannya?
Jom hadir beramai-ramai pada 31 Mac 2012 jam 9.00 malam bertempat di Pokok Sena Tasek Gelugor Pulau Pinang untuk mendengar sendiri pendedahan dan pembongkaran siapa Anwar Ibrahim oleh Umi Hafilda.
Datang sendiri dan dengar sendiri pendedahan tersebut kemudian anda semua nilailah.Paling penting jangan lepaskan peluang ini kerana kebenaran akan ditegakkan pada malam 31 Mac 2012.Mai jangan tak mai.
Anwar Ibrahim nak berdepan Umi Hafilda ?? Nak saman pun tak berani !!
Pssstt Anwar takut dengan Umi Hafilda!!
 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved