Sabtu, 26 Mei 2012

09 di Batu uban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu uban - Google Blog Search


Inspirasi Remaja Kini: Masjid <b>Batu Uban</b> Diserang !

Posted: 26 May 2012 06:05 PM PDT


Jemaah Masjid Batu Uban gempar apabila dibaling dengan tiga plastik berisi air selepas selesai menunaikan solat Jumaat semalam. Kejadian berlaku ketika puluhan jemaah melangkah keluar dari pintu masjid kira-kira jam 2 petang.

Pengerusi Kariahnya, Sk Abdul Aziz Sk Mohamed berkata, semua jemaah terkejut setelah plastik berisi air pecah di hadapan mereka yang dipercayai dicampak dari salah sebuah rumah flat berdekatan.

Beliau berkata, kira-kira 10 minit kemudian, satu lagi plastik berisi air dicampak ke arah jemaah dan sekali lagi selang beberapa minit.

"Kejadian ini sememangnya menaikkan kemarahan kami yang baru selesai menunaikan solat Jumaat, Ini jelas menunjukkan mereka yang melakukan perkara itu tidak ada rasa hormat terhadap penganut Islam.

"Ini bukanlah kejadian pertama kali berlaku kerana sebelum ini masjid kami dibaling atau dicampakkan dengan bermacam-macam benda,"katanya.

Sementara itu, Setiausaha Masjid Batu Uban, Jamal Yahya berkata, kejadian berkenaan sememangnya menaikkan kemarahan jemaah serta penduduk kampung kerana sebelum ini penghuni flat terbabit mencampak pelbagai objek kepada jemaah dan masjid.

"Sebulan lalu, kami kena baling dengan buah kelapa muda. Sebelum ini, masjid ini juga adalah satu-satunya masjid di Batu Uban yang dibaling dengan botol dan najis.

"Kami memang marah namun apa yang kami boleh buat?, hanya buat laporan polis," katanya.

Berang dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab tersebut, hampir 30 anak kariah berkumpul di perumahan mewah yang dikatakan menjadi lokasi pembaling air berkenaan.

Kesemua berkumpul setelah selesai solat Jumaat untuk berjumpa dengan kakitangan pengurus perumahan berkenaan.

Setelah hampir empat jam menunggu, wakil daripada perumahan masih enggan berjumpa dengan kesemua anak kariah.

Seorang jemaah, Rashid Said berkata, mereka hanya berkumpul untuk berbincang dengan pihak perumahan bukannya untuk mencari gaduh. Mereka kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong.

Sinar Harian sebelum ini pernah melaporkan perkara sama apabila pelbagai jenis objek dibaling ke arah masjid berkenaan, terutama setiap kali azan , menyerlahkan sikap penduduk sekitar yang tidak mempunyai toleransi agama.-SH



Tak payah pergi Palestin, kat Malaysia inipun sudah ada masjid diserang. Ini semua berpunca daripada PAS yang terlalu mengagungkan mereka sehingga membiarkan umat islam di P.Pinang dihina sesuka hati oleh orang kafir.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

09 di permatang pauh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Restoran Fais <b>Permatang Pauh</b> - Western Food terbaik | CeLoteh MJ

Posted: 21 May 2012 08:20 PM PDT

Sesiapa yang tinggal di sekitar Pulau Pinang (Mainland) pastinya mengenali restoran Fais yang terletak di Permatang Pauh ni, pelbagai hidangan disediakan terutama Western Food dengan harga berbaloi, portion besar dan pastinya sedap :)  Kalau 3 ciri tersebut yang dicari, maka tempat inilah yang patut dipilih ;) Kedai beroperasi pada setiap hari dari pukul 8malam sehingga 12 tengah malam.. Kedai ditutup pada setiap hari Ahad. Inilah antara menu yang dihidangkan kepada para pelanggan, yang sebelah kanan semuanya untuk Western Food pelbagai pilihan, manakala sebelah kiri untuk makanan seperti Nasi Goreng dan pelbagai lagi.  Ha korang jangan terkejut pulak tengok 2 menu yang bawah tu - GADAI Nyawa :-) Tapi MJ belum mencuba, setakat ni pilihan di hati tetap Western Food disini :)  My Mum tengah khusyuk menanya mengenai menu, yang best pasal restoran ni adalah keramahan TOKEY kedai yang sangat mesra melayan pelanggan, membuatkan pengunjung rasa seronok nak makan disini.

Bila kita sampai di meja, makanan pertama akan dihidangkan tanpa dipesan ialah OTAK-OTAK, berapa kita ambik untuk makan, nanti kena bayarlah, kalau takmau makan tinggalkan jela dalam bekas tu ;)
1 = RM 0.50 (sedap juga rasanya menurut kata en suami)
Moi Sup untuk Firas - kemain nganga lagi mulut nak makan, 

 Yee Mee Sizzling yang sememangnya sedap-tak rugi mencuba, lain dari tempat lain yang MJ penah makan - HIGHLY RECOMENDED
Siap BOLD kaler merah lagi, heheee :)

 Dan ni Grilled Balck Pepper Chicken berharga RM 8.00, nampak besar kan portion ayam tu, dengan roti beserta coleslow dan kentang dihidangkan bersama, kalau kata nak syer makan berdua pun boleh-pasti kenyang ;) (Tapi pada yang belum makan pastinya tak cukup..heheee)
Kalau nak tau Restoran ni terletak berdekatan dengan Masjid Permatang Janggus, kalau pada sesiapa yang tidak tahu dan nak tahu dimana lokasi kedai ni :-
Dari Roundabout Seberang Jaya, ambik laluan ke BKE (Butterworth Kulim Expressway menghala Kulim) ikut susur keluar Permatang Pauh dan belok kiri, terus dalam 200M dan kedainya terletak di sebelah kanan.
Orang memang sentiasa ramai kat kedainya, kalau ada yang nak menempah terlebih dahulu sebelum ke kedai boleh terus roger tokey kedai ni En Faisal 012-4602035

09 di Batu kawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu kawan - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu kawan</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2012 01:29 PM PDT

URL Sumber Asal :-

UMNO Online - Projek Solar <b>Di Batu Kawan</b> Bukti DAP, Guan Eng <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2012 02:20 AM PDT

Kategori Berita Pilihan

Projek Solar Di Batu Kawan Bukti DAP, Guan Eng Kaki Putar Alam

Oleh : Ropikah Ahmad

BATU KAWAN, 28 Mac – Kerajaan DAP Pulau Pinang telah terbukti tidak bertanggungjawab apabila membelakangkan kepentingan rakyat tempatan khususnya di Batu Kawan sendiri apabila meluluskan pembinaan projek kilang solar biarpun ia memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Mohd Nordin Mohd Kassim membidas tindakan dangkal kepimpinan kerajaan negeri yang diketuai oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri.

"Fikirkan sendiri bagaimana tindakan DAP apabila loji pemprosesan Lynas di Pahang mahu diusahakan maka mereka buat bantahan sehinggakan demonstrasi besar-besaran digerakkan bukan saja di negeri terbabit tetapi di Padang Kota juga dibuat sedangkan dalam diam mereka ini menggerakkan satu projek yang lebih berbahaya," katanya kepada UMNO-Online.

Dilaporkan, Bosch Group dari Jerman akan melabur RM2.2 bilion bagi membina kilang pengeluaran panel solar di Pulau Pinang selepas perjanjian memorandum yang dibuat kerajaan negeri.

"Sepatutnya hal-hal sedemikian dibincangkan dengan penduduk di sini terlebih dahulu dan mereka perlu memberi penjelasan kepada rakyat khususnya penduduk di Batu Kawan berhubung projek kilang Solar yang akan dibina di kawasan berkenaan.

"Persoalannya kenapa Lynas di Pahang diperbesar-besarkan sedangkan projek kilang solar yang diluluskan oleh pentadbiran negeri disembunyikan? Apa motif sebenar tindakan tersebut dibuat?"

Tegas beliau lagi, penduduk Batu Kawan sendiri tidak bersetuju dengan pembinaan kilang berkenaan yang bukan saja akan mencemarkan alam sekitar tetapi juga itu akan menjejaskan aktiviti harian penduduk di situ.

"Kawasan Batu Kawan bukan besar mana pun malahan penduduknya pun tidaklah seramai mana jadi sewajarnya kepimpinan negeri bukan saja menjaga hati penduduk tetapi juga mengambil berat akan apa yang berlaku kepada persekitaran mereka," katanya.

Jelas beliau, kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa proses solar ini akan mengeluarkan lebih 10 bahan kimia dan bahan-bahan ini dikhuatiri akan menjejaskan punca pendapatan penduduk termasuklah ternakan ikan yang terjejas.

"Jika projek Lynas yang telah disahkan tidak memberi kesan berbahaya diprovokasikan dan dijadikan bahan proganda tetapi mengapa pula projek solar yang memberi kesan negatif kepada rakyat dibiarkan dibina?"

Pada 26 Februari lalu, satu demonstrasi Hijau telah digerakkan oleh pakatan pembangkang di Kuantan, Kuala Lumpur manakala di Pulau Pinang diketuai sendiri oleh Ketua Menterinya sebagai protes terhadap pembangunan kilang pemprosesan nadir bumi (rare earth) di Gebeng, Kuantan, Pahang milik syarikat Lynas Coporations LTD dengan mengatakan ia akan menghasilkan radioaktif yang membahayakan kesihatan dan boleh memberi kesan buruk terhadap manusia dan alam sekitar.

Namun begitu, hasil kajian didapati bahan nadir bumi adalah unsur penting dalam industri elektronik terutama sekali untuk penghasilan barangan seperti Ipad, komputer, Galaxy Tab, kipas helikopter, telefon mudah alih, turbin angin dan lain-lain malah mengikut data ekonomi, sebahagian besar bahan nadir bumi diimport dari China bagi memenuhi 90% hingga 97% permintaan industri elektronik di seluruh dunia yang semakin berkembang pesat.

Bukan itu saja, saintis pembangkang iaitu Dr Che Rosli Che Mat dari Pas juga telah menjelaskan bahawa operasi kilang pemprosesan nadir bumi tersebut adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat. – MediaUMNO.

Berita Bertarikh 28 March 2012 (6 Hari Lalu) Pada 5:20 PM

09 di balik pulau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


Kumbang Jingga: Berita: Bas Terbalik <b>Di Balik Pulau</b>

Posted: 25 May 2012 10:43 AM PDT

BALIK PULAU – Sebuah bas yang disewa  sekumpulan jemaah tabligh warga Myanmar terbalik di Jalan Bukit dekat sini malam ini.
Kejadian kira-kira jam 8 malam itu menyebabkan seorang daripada 44 jemaah tabligh yang menaiki bas itu mati di tempat kejadian.
Menurut jurucakap bomba, siasatan awal mendapati, selain seorang mangsa yang mati di tempat kejadian, enam orang termasuk pemandu bas cedera parah.
Sinar Harian difahamkan, mayat mangsa dan yang parah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala yang cedera dirawat di Hospital Balik Pulau.
Rombongan itu difahamkan menuju ke Masjid Sungai Rusa untuk mengikuti program keagamaan yang dihadiri ahli-ahli jemaah tabligh selama tiga hari bermula hari ini.
Difahamkan pemandu berusia 40-an berada dalam keadaan kritikal, bagaimanapun anak mangsa yang bersama mengikutinya selamat.

Selamat Sampai <b>Di Balik Pulau</b> Penang | Cinta Hatiku Sampai Ke <b>...</b>

Posted: 25 May 2012 12:02 PM PDT

Salam pagi semua,

Alhamdulillah dah selamat sampai di kg. mertua Balik Pulau, Penang... Walaupun dalam perjalanan pulang tadi di kejutkan dengan berita kemalangan maut melibatkan sebuah bus masuk ke dalam gaung dijalan berbukit menuju ke Balik Pulau.

Dari sumber yang diperolehi tadi.. Kemalangan bus tadi membawa seramai 44 penumpang rombongan jemaah tabliq dari Myanmar untuk ke satu program di Balik Pulau.

Seorang jemaah telah meningal dunia dan 43 lagi cedera...

Semasa aku melalui kawasan kemalangan sekitar jam 1.45 pagi tadi.. Bus yang terlibat dengan kemalangan masih berada dikawasan itu dlm keadaan terbalik dan tersangkut di pokok.. Manakala mangsa semua telah tiada disitu..

Di kawasan Hospital balik pulau masih dipenuhi oleh orang ramai yang menunggu mangsa kejadian..

Daripada apa yang wife aku cakap tadi.. Kawasan tu memang kerap berlaku kemalangan kerana kawasannya berselekoh tajam semasa menuruni bukit.

Gambar kemalangan bus... korang boleh rujuk disini... http://lovelytasya32.blogspot.com/2012/05/seorang-warga-myanmar-terbunuh-43.html?m=1

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga mangsa kemalangan.. Alfatihah buat yang meninggal dunia tadi.. Semoga meninggal dalam keadaan syahid.. Amin

posted from Bloggeroid

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved