Sabtu, 2 Jun 2012

09 di permatang pauh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Jelajah Merdeka Rakyat malam ini <b>di Permatang Pauh</b>.. Hadirlah

Posted: 01 Jun 2012 11:30 PM PDT


Jelajah Merdeka Rakyat telah memasuki siri ke-5 dengan memilih Permatang Pauh sebagai gelanggang pidato perdana. Melihat kepada 4 siri jelajah sebelum ini, setiap siri menampilkan pelbagai kejutan dan keistimewaan tersendiri. 
Apa yang pasti secara keseluruhannya program Merdeka Rakyat mendapat sambutan hangat luar biasa bagaikan hari keramaian untuk rakyat setempat berhimpun menyatakan sokongan untuk sebuah kemerdekaan yang baru - kemerdekaan rakyat.
Dari sudut penyampaian dan pengisian, bantuan teknologi alat pandang dengar digunakan secara maksima bagi menampilkan bukti bergambar mahupun video dokumen atau peristiwa bagi membuktikan apa yang diperkatakan menjadi identiti program ini selain penampilan pentas yang cukup berbeza. Tayangan Video BERSIH menjadi sajian wajib pemulaan yang mengumpulkan rakaman amatur yang mampu memberikan kesedaran apa yang sebenarnya berlaku.

Bermula di Gombak kemudian ke stadium 3K Kelana Jaya masing-masing dengan kehadiran yang membanggakan, Datuk Seri Anwar tampil bersama pimpinan utama Pakatan Rakyat dengan imej mengkagumkan. Kemudian di Tg Piandang pula menyaksikan satu himpunan rakyat yang luar biasa ramainya. Memandang Tg Piandang sebagai kawasan terpencil, kehadiran hampir 10 ribu menceritakan kebangkitan Perak utara condong kepada Pakatan Rakyat tidak mampu dihadang.

Jelajah Merdeka Rakyat seterusnya menjengah Johor di Pasir Gudang. Suatu ketika dahulu ceramah ditempat yang sama kehadirannya tidak pernah mencecah angka 100. Adalah menjadi cabaran besar buat Seketariat Jelajah Merdeka Rakyat (SJMR) untuk memastikan sambutannya menyamai benchmark di Tg Piandang seminggu sebelumnya. Tetapi semangat reformasi itu berada di mana-mana waima kubu kuat Umno sekalipun berkecai tidak sekuat mana lagi. Akhirnya matlamat tercapai di Pasir Gudang apabila hampir 10 ribu membanjiri Dataran di Jalan Betik 1. 
Jelajah Merdeka Rakyat di Johor juga disaksikan secara langsung dari seluruh dunia melalui saluran internet dengan unique viewer mencecah angka 7 ribu. Menggunakan teknologi Ustream di channel Merdeka Rakyat, pasukan SJMR mengenalpasti kebanyakkan pengunjung adalah dari luar negara yang kita sedia maklum mempunyai maklumat yang terhad. Maka peluang untuk menyaksikan secara 'live' ini tidak dilepaskan dan turut berharap agar siaran langsung akan diteruskan dalam siri Merdeka Rakyat akan datang.

Siaran langsung (LIVE) siri Merdeka Rakyat di pautan berikut;
 
Oleh demikian, di atas permintaan ramai, pasukan SJMR bersedia untuk membawakan siaran langung dalam siri jelajah Merdeka Rakyat seterusnya iaitu di Pulau Pinang. Kali ini, pasukan SJMR mengambil peluang untuk menampilkan siaran berbentuk HD yang akan menghasilkan siaran lebih berkualiti berbanding kejayaan siaran sebelum ini di Pasir Gudang. Sumbangan pelbagai pihak dan individu juga sangat dialu-alukan bagi menjamin kelangsungan pada siri-siri akan datang khususnya siri Merdeka Rakyat. 

Selepas kejayaan bermakna di Johor, destinasi seterusnya Jelajah Merdeka Rakyat adalah seperti berikut :
 
Pelancaran MERDEKA RAKYAT peringkat P.Pinang
Tarikh & Masa: 2 Jun 2012, 8.45malam,
Lokasi: Padang Awam, Taman Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh.
(pertanyaan 012-4775588 Zulkifli Ibrahim)
 Semua diminta sama membantu hebahan ini dan hadir beramai - ramai bagi bersama membangkitkan dan membawa gelombang MERDEKA RAKYAT ke utara semenanjung Malaysia bermula dengan Pulau Pinang. 

Suatu yang agak berbeza dalam isri jelajah kali ini ialah kemunculan Sdr. Raymond Ahuar, Ketua Pemuda Persatuan Murut Sabah yang baru sahaja mengistiharkan diri keluar Umno untuk bersama dengan Pakatan Rakyat melalui permohonan menjadi ahli PKR. Ketua Pemuda persatuan yang mewakili ratusan ribu kaum Murut ini akan tampil menerangkan apa rasionalnya tindakan beliau dan ini akan menjadi antara indikasi penting politik nasional kerana Sabah yang semala ini menjadi 'simpanan tetap Umno' sudah berubah wajah.
 Menyentuh mengenai serangan keganasan mutaakhir ini yang dilakukan oleh samseng tajaan parti regim penguasa, seketeriat telah bersedia. Sesungguhnya tindakan ganas mereka ini melengkapkan lagi syarat kejatuhan sesebuah regim. Jelajah ini akan memfokuskan semula rakyat dalam isu pokok khususnya menjelang pilihanraya umum.
Sekian


che'GuBard 

Seketeriat Jelajah Merdeka Rakyat

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


Hujan lebat lebih 6 jam akibatkan tanah runtuh <b>di</b> Georgetown <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2012 01:55 AM PDT

BANJIR kilat melanda sebahagian kediaman di Kampung Sungai Pinang di Georgetown, semalam.

GEORGETOWN: Hujan lebat berterusan lebih enam jam sejak jam 4.30 pagi semalam, di sini mengakibatkan berlaku kejadian tanah runtuh di Mount Erskine dan Tanjung Bungah.

Kejadian jam 10 pagi itu mengakibatkan tembok penahan tanah di Jalan Bagan Jermal, Mount Erskine runtuh dan menimpa bahagian belakang rumah seorang penduduk, manakala tiga kereta rosak teruk tertimbus dalam kejadian tebing runtuh di Jalan Bunga Cempaka Putih, Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah.Pegawai Kanan II Balai Bomba Bagan Jermal, L Sivalingam, berkata penduduk yang tinggal berhampiran kawasan Jalan Bagan Jermal dinasihatkan berpindah untuk sementara waktu sehingga keadaan selamat.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 30, ketika ditemui di Jalan Bunga Cempaka Putih, berkata ketika kejadian jam 9 pagi, beliau sedang menikmati sarapan di sebuah kedai yang terletak kurang 30 meter dari tempat kejadian.

"Saya dan beberapa pelanggan di kedai itu dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat ketika hujan lebat, tetapi hanya menyangka ia bunyi petir dan guruh.
"Bagaimanapun, kami bergegas ke tempat kejadian selepas menyedari tebing runtuh menimbus tiga kenderaan iaitu Perodua Kancil, Proton Wira dan Proton Persona," katanya yang bersyukur tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

Difahamkan, ketiga-tiga kenderaan itu diparkir berhampiran tebing sebuah rumah mewah dua tingkat dan dipercayai milik individu yang bekerja di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu, ketika dihubungi berkata, beliau menerima panggilan daripada pemilik rumah berkenaan, kira-kira jam 9 pagi.

Katanya, kejadian itu sudah dilaporkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan siasatan serta kajian menyeluruh akan dijalankan bagi mengenal pasti punca runtuhan.

"Kajian dan pemeriksaan lanjut di semua penempatan lereng bukit sekitar Tanjung Bungah akan dilakukan bagi memastikan kekukuhan serta keselamatan tebing," katanya.

Sementara itu, Yee Cheu mendakwa menerima banyak panggilan berhubung peningkatan paras air sungai, aliran deras dan berlumpur di beberapa kawasan Tanjung Bungah.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi kawasan sungai atau tapak pembinaan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

- Berita Harian Online

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


PROGRAM JERAYAWARA BAHASA <b>DI</b> SMK <b>BUKIT JAMBUL</b>, PULAU

Posted: 01 Jun 2012 07:47 PM PDT


Masa: 8.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada sahabat saya Cikgu Wan Sajiri Wan Hassan (GPK 1), Puan Atikah Mohd. Ariffin (GKMP Bahasa), Datin Noraini Ahmad (Ketua Panitia Bahasa Melayu), guru-guru Bahasa Melayu termasuk guru jemputan dari sekolah berdekatan, serta para pelajar yang terlibat kerana memberi ruang dan peluang untuk saya mengendalikan Program Jerayawara Bahasa di SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang. Semoga kalian mendapat manfaat daripada tip dan taklimat yang disampaikan. 

09 di nibong tebal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


100 penduduk <b>di Nibong Tebal</b> sertai UMNO | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 20 May 2012 11:45 PM PDT

NIBONG TEBAL: 21 Mei – Seramai 100 penduduk terutama golongan muda di kawasan Kampung Shetu, di sini menyertai UMNO selepas yakin hanya parti itu mampu menjamin masa depan mereka.

Ketua Penaja bagi cawangan Jawi C2 66, Elias Omar, berkata sebahagian daripada mereka yang menyertai UMNO itu adalah ahli parti dan penyokong tegar pembangkang di kawasan berkenaan.

"Mereka ini terutama golongan muda kecewa dengan pembangkang kerana tidak membawa perubahan kepada penduduk di sekitar kawasan Sungai Bakap terutama Kampung Shetu ini.

"Malam ini seramai 60 orang menyerahkan borang keahlian manakala 40 yang lain akan menyerahkannya kepada kami dalam tempoh terdekat," katanya selepas menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, di sini, malam tadi.

Elias berkata, beliau yang turut menyertai UMNO semalam yakin parti itu mampu mengubah nasib penduduk di kawasan berkenaan kerana banyak perubahan dibawa kepada mereka walaupun kawasan itu diwakili wakil rakyat pembangkang.

"Sebagai contoh, banyak rumah penduduk miskin di kawasan ini dibaiki UMNO dan pelbagai lagi kemudahan yang dibawa sedangkan mereka bukan memerintah di sini," katanya.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, parti itu menyambut baik sokongan penduduk di kawasan untuk menyertai UMNO.

"Dengan kemasukan 60 ahli baru di sini, malam ini kita berjaya membuka satu cawangan baru iaitu Jawi C2 66 dan saya percaya dengan sokongan anda semua kita akan mampu memenangi semula Sungai Bakap dan Parlimen Nibong Tebal," katanya.

1 MALAYSIA: VIDEO DR HASAN ALI <b>DI NIBONG TEBAL</b>.....6/4/2012

Posted: 03 May 2012 12:44 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]VIDEO DR HASAN ALI DI NIBONG TEBAL.....6/4/2012 ... IRIHATI SAMBUTAN 66 TAHUN UMNO DI STADIUM BUKIT JALIL... 37 minutes ago ... HOT!!! Gambar Nizar Jamaluddin SERANG ceramah UMNO di Kampar.

Anak Seberang: Terkini! Umno makin nazak <b>di Nibong Tebal</b> <b>...</b>

Posted: 20 May 2012 07:16 AM PDT






Kali ni tajuk bagi reverse psycho skit nak kasi pecacai pakatan makan hati.

Di sebalik tohmahan pakatan haram kununnya rakyat semakin menolak umno terutamanya golongan muda, maka malam ni aku turut hadir di satu program di Sg Bakap untuk melihat adakah benar dakwaan tersebut.

Program ini ialah penubuhan satu cawangan umno baru di Kg Seethu iaitu satu kawasan perkampungan kecil dalam dun Sungai Bakap. Seramai 70 orang menyerahkan borang keahlian baru ahli umno dan 30 lagi borang akan menyusul.
Lebih membuatkan aku teruja, 75% dari angka tersebut adalah datang dari golongan muda!
Tempat program tersebut turut dirasmikan sebagai bilik Gerakan Pilihanraya yang mana sebelum-sebelum ini, tiada sebarang bilik Gerakan pun dalam pilihanraya yang lepas.

Ada juga sebahagian dari mereka merupakan bekas penyokong kuat pakatan haram yang telah tersedar dari terus diperdaya oleh pakatan.

Dato Zainal Abidin Osman hadir bagi menerima kemasukan ahli-ahli baru Umno tersebut dan memberikan kata-kata perangsang kepada mereka yang hadir.

Turut hadir, lebih 10 orang warga kaum India di sekitar kawasan tersebut bagi menyatakan sokongan yang tak berbelah bagi kepada BN.

Arus perubahan semakin kuat ke arah BN di Nibong Tebal dan InsyaAllah, kerusi parlimen Nibong Tebal dan Dun Sg Bakap mampu ditakluki semula!

Published with Blogger-droid v2.0.4

09 di balik pulau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


<b>BALIK PULAU</b>,RESIDENTIAL LAND FOR SALE | Patrick&#39;s Blog

Posted: 29 May 2012 08:26 PM PDT

- Development land for sale(Flat Land)

- Location : Jalan Sungai Rusa, Balik
Pulau [opposite V.S.T Group Project,
still under construction]

- Total Land size : 2.246Ac
(97,835.76sq.ft)

- Type : Residential land

- Tenure : Freehold

- Proposal by owner's Architect : 3 units of 3 storey shophouse , 16 units of 3 storey Semi Detached

- Asking Price : Rm58per/sf
: 58 x 97,835 =RM5.674 million[negotiable]
- Reasonable price,Worth buying for investment!!

- In the last pristine corner of Penang Island, in the almost forgotten district of Balik Pulau, a piece of old Penang is being recreated – a garden township with lush tropical landscape that soothe and rejuvenate. Spacious grounds for children to freely run and play. A place where you'll discover absolute peace of mind and an unmatched quality of life. A township built from the ground up, with you, your family and the lifestyle you've always dreamed of at the very centre of planning and development.

- Do not hesitate to ring me at 016-4415503 or email paddy_oon@hotmail.com for further information,viewing can be arrange.

09 di Gelugor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Gelugor - Google Blog Search


.. REDshop ...: <b>Gelugor</b> Homestay 2 Tingkat

Posted: 30 Apr 2012 06:07 PM PDT

di pagi Jumaat nan indah ni, cik zira nak membuat iklan sebentar ye. 
Ini iklan pasal GELUGOR HOMESTAY 2 TINGKAT dekat Penang ni. Jadi, kepada sesiapa yang datang bercuti di Penang dalam jumlah keluarga yang besar ke atau lebih selesa duduk di rumah macam rumah sendiri daripada duduk di hotel, anda boleh menyewa di GELUGOR HOMESTAY 2 TINGKAT ini.

sedikit keterangan mengenai GELUGOR HOMESTAY 2 TINGKAT ini :

  • rumah bawah 2 tingkat yang susah untuk dicari di kawasan Penang sebagai homestay. majoriti homestay di Penang ialah apartment. memudahkan pergerakan dan keselesaan anda berbanding jika duduk di apartment.
  • 3 bilik tidur yang sangat selesabilik tidur utama yang sangat besar dengan 1 King Size Bed dan katil bujangbilik tidur kedua dengan 1 Queen Size Bed dan 1 katil bujangbilik ketiga dengan 2 katil bujang. setiap bilik lengkap dengan meja tulis dan cermin juga laci untuk menyimpan pakaian.
  • bilik tidur utama dengan bilik tidur ketiga mempunyai penghawa dingin.
  • ruang atas yang selesa untuk solat bersama kerana sejadah turut disediakan. 
  • iron dan iron board juga disediakan untuk anda menggosok baju untuk ke majlis tertentu.
  • ruang tamu di bahagian bawah yang luas dengan sofa dan kerusi yang cukup untuk anda sekeluarga berehat sambil menonton televisyen kerana siaran ASTRO juga disediakan.
  • ruang makan juga disediakan sekiranya anda ingin makan bersama dengan yang lain.
  • dapur yang lengkap dengan peti sejuk, dapur masak, periuk nasi, pemanas air juga mesin basuh automatik untuk keselesaan anda dan seperti berada di rumah sendiri. pinggan dan cawan juga disediakan.








LOKASI GELUGOR HOMESTAY 2 TINGKAT :
 2397 Lengkok Sungai Gelugor 9, 11700 Gelugor, Penang.







lokasi yang sangat strategik kerana berdekatan dengan USM. nak ke bandar Penang pun dekat. berada di tengah-tengah kawasan Penang dan memudahkan pergerakan anda ke mana jua.
Jadi, lepas ni, datang Penang, tak payah susah-susah k, hubungi je cik zira 012-7962386 untuk membuat tempahan. Insya Allah, anda akan berpuas hati.
k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 1 Jun 2012 9.10 a.m.
 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved