Selasa, 5 Jun 2012

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


RUMAH UNTUK DISEWA <b>DI BUKIT MERTAJAM</b>,PENANG – 1856th <b>...</b>

Posted: 23 May 2012 07:42 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]RUMAH UNTUK DISEWA DI BUKIT MERTAJAM,PENANG – 1856th Edition. Listed: May 24, 2012 2:42 am; Expires: 108 days, 17 hours. Maklumat Rumah sewa/ Rumah untuk disewa: RUMAH UNUTK DISEWA DI BM,PENENG KEMUDAHAN: ...

09 di kepala batas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


Video Panas - Ahli PAS Terpegun Dengan Tarian Ghairah <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2012 02:41 AM PDT

Panas! Panas! Panas! Juak-juak PAS tunjuk alim mengutuk persembahan K-pop di Putrajaya tempoh hari semasa Himpunan Jutaan Belia 2012. Dalam pada masa yang sama mereka lupa tarian China Doll telah mereka nikmati di Majlis Makan Malam P"Gay"R Nite pada 02 June 2012, 3 hari lepas!!!! Mengata dulang paku serpih, mengata orang, awak yang lebih! Acara tarian menghairahkan ini di sajikan di Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Angkat tangan ahlul PAS PIS PUS yang hadir. Ahlul PAS pasti terpegun dengan tarian ini. Takebeer! Jom tonton video di bawah:

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Nasi Dalca Bawang, <b>Bayan Lepas</b> | JuadahMalaysia.com

Posted: 22 May 2012 12:29 AM PDT

Selain nasi kandar, satu lagi menu istimewa yang patut korang cuba jika singgah ke negeri Pulau Pinang tak lain tak bukan adalah Nasi Dalca. Nasinya lebih kurang macam nasi minyak. Dimakan bersama pelbagai jenis lauk dan lauk yang wajib ada sudah semestinya kuah dalca.

Kat bawah ni gambar makan-makan saya dua tahun lepas. Masa tu xde blog ni lagi. Daripada terperam lama2 dalam DSLR, jadi baru sekarang saya berpeluang tempekkan di blog buat tatapan hangpa semua. Jangan berlengah…jom ikut saya ke Bayan Lepas….

gerai ni namanya "Nasi Dalca Bawang". dibuka pada waktu petang dan berakhir setelah lauk2nya habis dijual.

istimewanya nasi dalca di sini selain rasanya sedap ia juga ditabur dengan bawang goreng yang banyak.rangup pulak tu. maka itu sebabnya ia digelar nasi dalca bawang.

Ada banyak lauk-pauk yang dijual di sini. semuanya terpulang pada selera korang nak makan apa.. Ada udang, sotong, daging dan ayam. Yang best, ada ayam goreng rempah yg digoreng kat situ juga (panas..panas..). Tak lupa ada ayam masak merah, daging masak hitam dan daging masak rendang

Satu lagi lauk yang wajib ada iaitu kuah dalca. org penang memang favorite dia la bab makan dalca dan gulai2 kari nih. Selain tu ada jelatah, sayur kacang panjang dan sotong masak merah. Semuanya sedap-sedap tau …

 Sebenarnya ada beberapa jenis lauk lagi tapi kami hanya mampu nikmati lauk2 setakat ni aje. Makan ramai2 dengan staf mr suami kat bilik EQ Hotel. Masa ni saya lupa diri sbb makan apa aje yg nak di makan tak seperti sekarang saya tengah diet. :mrgreen:

Pada pendapat saya masakan kat gerai ni sangat memenuhi selera saya dan teman2. Lauknya pelbagai dan sedap2 pula. Dari segi harga juga berpatutan dgn lauk yang diambil. Kalu ambik sotong ke..udang ke… sah2 la mahal sikit okeh ! Gerainya pun simple dan terletak di tepi jalan. Kalau tengok daripada pandangan kasar, gerai ni pemiliknya orang melayu (bukan mamak). lagipun semua pekerjanya budak2 muda melayu. Waktu petang membawa ke Magrib adalah waktu paling ramai org datang samada nak tapau atau makan di situ. Tak ragu2 saya beri 5 bintang untuk masakannya :-)

Macamana nak sampai sini? senang aje… korang cuba kaji peta yang saya ambil dari web Tabung Haji di bawah. Kebetulan gerai ni berdekatan dgn kompleks Tabung Haji Bayan Lepas dan berhadapan dengan sebuah klinik kesihatan. ha…mudah kan !

klik peta utk gambaran yg lebih besar

pst : Anda ada pengalaman makan di sini ? Atau anda ada cadangan lain? Jom kongsikan dikotak komen di bawah supaya saya lebih bersemangat lagi untuk melaporkan tempat-tempat makan best di seluruh Malaysia.

PESANAN PENAJA: Entry ini tidak dibiayai oleh taukeh Nasi Dalca Bawang, malahan suami penulis kena bayar sendiri tau for all the food, huaaarrggghhhhh !!!!

09 di permatang pauh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Ribuan <b>di</b> Merdeka Rakyat <b>Permatang Pauh</b>

Posted: 04 Jun 2012 12:26 AM PDT

PERMATANG PAUH: Siri ke lima Jelajah Merdeka Rakyat yang dikendalikan oleh Chegu Bard dan juga anak-anak muda dari SAMM ini telah berlangsung di Padang Awam, Taman Guar Perahu malam tadi, 3 June 2012.

Apa yang menarik kali ini ialah kemunculan bekas Bendahari UMNO Permatang Pauh sebagai pengacara majlis.

Lebih dikenali sebagai Cikgu Mustaffa, (gambar bawah)  beliau telah meninggalkan UMNO Permatang Pauh kini bersama PKR Permatang Pauh telah menawarkan diri untuk mengacarakan majlis.

Selama ini beliau lebih suka berada dari jauh memerhatikan sebarang majlis anjuran PKR malam tadi lalu mengejutkan banyak pihak dengan muncul di pentas sebagai pengacara majlis.

TKM1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman yang juga merupakan ADUN Penanti turut memberikan ucapan dalam ceramah ini.

Perlu diakui jika dibandingkan dengan ucapan-ucapan beliau yang sebelum ini, kali ini beliau memperlihatkan kebolehannya dalam mengupas isu-isu di peringkat nasional.

Chegu Bard penggerak utama program Jelajah Merdeka Rakyat ini turut memberikan ucapan..

Beliau mengulas akan kekejaman yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa yang diperintah oleh Najib terhadap peserta himpunan BERSIH 3.0.

Kisah beliau dibelasah oleh pihak berkuasa menimbulkan rasa simpati ramai pendengar malam itu yang masih kurang jelas akan apa yang telah berlaku sebenarnya dalam himpunan tersebut.

Dalam siri jelajah kali ini Ketua Pemuda Persatuan Murut Sabah, Raymond Ahuar (gambar kanan) yang baru sahaja mengistiharkan diri keluar Umno untuk bersama dengan Pakatan Rakyat melalui permohonan menjadi ahli PKR juga telah muncul.

Raymond melahirkan rasa terkejutnya apabila melihat ribuan yang hadir baik dalam ceramah ini mahu pun dalam himpunan 'Hijau Menuju Putrajaya' yang diadakan oleh PAS pada malam sebelumnya.

Ini kerana menurut beliau, rakyat di Sabah hanya mengetahui dua atau tiga ribu orang sahaja yang hadir ke majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat melalui media massa yang dikawal UMNO.

Selain itu turut dipertikaikannya ialah sikap pemimpin UMNO Sabah atau Ketua Menteri Sabah yang amat sukar untuk didekati oleh rakyat, ini berbeza dengan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat iaitu Guan Eng yang amat mudah untuk didekati oleh rakyat.

Turut diluahkannya ialah nasib Bangsa Murut yang dibiarkan ketinggalan dari segi pelajaran oleh Kerajaan UMNO/BN hinggakan setelah berpuluh tahun memerintah Sabah hanya terdapat dua orang pemegang PhD dari bangsa Murut.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar kiri) memberikan ucapan sebelum DS Anwar Ibrahim berucap.

Menerangkan secara terperinci akan kejayaan yang telah dicapai oleh Pakatan Rakyat dalam memerintah Pulau Pinang.

Beliau turut membidas pihak UMNO yang secara berterusan menggunakan isu-isu sensitif untuk menyerangnya ini termasuk isu-isu yang melibatkan Raja-raja dan juga perkauman.

Diakhir ucapannya sekali lagi beliau menegaskan jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya tol lebuhraya Utara-Selatan akan dihapuskan..

Penceramah utama DS Anwar Ibrahim (gambar bawah kiri) yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh muncul sekitar jam 11.00 malam di sini.

Jika di Selangor Pemuda UMNO dilabelkan sebagai celaka dan sial oleh DS Anwar Ibrahim di sisni mereka dilabel sbagai kurang ajar pula.

Diawal ucapannya beliau membidas pemuda UMNO Permatang Pauh yang katanya kurang ajar kerana telah bertindak menurunkan banyak bendera PKR dan juga banner hebahan untuk program ini.

DS Anwar Ibrahim juga tidak melepaskan peluang untuk membidas pihak SPRM yang telah melepaskan Sharizat tapi dalam masa yang sama mensasarkan Azmin Ali sebagai sasaran siasatan mereka.

Meskipun kes telah berlalu dan ditutup hampir 17 tahun yang lalu ianya dibuka semula semata-mata untuk mencari dan menunjukkan kepada rakyat keburukkan pemimpin dari Pakatan Rakyat.

Eksklusif ! <b>Permatang Pauh</b> lebih baik tanpa Anwar - Siri 1 <b>...</b>

Posted: 08 May 2012 05:00 PM PDT


Pernah seorang  wartawan bertanya kepada warga emas yang tinggal bersama cucunya di Permatang Pauh..

 " Makcik , ada pernah tak Anwar mai melawat rumah makcikyang bumbung bocor  ni ?  Jawabnya tak pernah pun dia mai tengok pun makcik ni .. .

 Jawapan seperti itu lah yang akan diluahkan bukan sahaja orang UMNO atau atas pagar malah penyokong Pakatan sendiri di Permatang Pauh .

Kalau nak jumpa Ahli Parlimen  yang berangan nak jadi Perdana Menteri  ini , kena pergi la dengar ceramahnya seperti mana di Taman Cermai, Samagagah baru-baru ini .

Bagi mengetahui sendiri apakah benar dakwaan ini , GPB dan beberapa rakan blogger sendiri telah turun padang  bersama Pemuda UMNO Permatang Pauh diketuai   Sdr Mohd Zaidi Mohd Said atau lebih mesra panggilan  Cikgu Zaidi yang ikhlas memberi sumbangan kepada rakyat yang memerlukan .


Warga emas bernama Pakcik Yusof   ini tinggal sebatang kara di rumah yang usang peninggalan orang tuanya di dalam DUN Permatang Pasir iaitu kawasan Salleh Man . Rumah yang terletak di tanah yang beliau pijak sekarang ini bukan tanahnya tapi sudah milik orang yang  berbangsa Cina .

Beliau juga berkata Salleh Man selaku Adun di kawasan ini tak pernah pun melawat dia sejak menang Permatang Pasir pada 2009 .  Setakat bagi beras dan gula bila tiba hari raya setahun sekali mana cukup ..mungkin itu yang dinamakan negeri kebajikan ala DAP .

Yang selalu bagi bantuan adalah menerusi  kerajaan BN iaitu menerusi elaun bulanan JKM sebanyak RM 500 .

Begini la tempat tidur Pak Yusof  di kawasan parlimen pemimpin Anwar Ibrahim  .. 

Sdr Mohd Zaidi Mohd Said , Ketua Pemuda UMNO Prmtg Pauh 

memberi sumbangan iklas berupa makanan & duit  kepada pakcik Yusof 

09 di balik pulau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


Durian Fair @ <b>Balik Pulau</b>, Penang | Jean

Posted: 03 Jun 2012 06:06 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Durian Fair @ Balik Pulau, Penang. Chui said that Sim was looking forward to having durian in Penang. She said that Sim has been pestering her to buy him durians in Singapore, and Chui told him that they can have some in ...

09 di bagan ajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di bagan ajam - Google Blog Search


Eynda&#39;s Diary: Makan Angin <b>Di</b> Pantai Bersih, Butterworth...

Posted: 04 Jun 2012 08:20 PM PDT

Assalamualaikum....hai semua!!
Eynda baru balik dari kampung... Alhamdulillah sampai rumah 10.30pm last nite.... anggaran 6 jam jugak la atas lebuhraya.... banyak kenderaan...syukur dipermudahkan perjalanan balik utara & kembali ke shah alam.... balik utara Jumaat lepas....seronok sangat bila berada di kampung halaman walaupun tak lama....
Hari ahad petang saje bawak anak2 makan angin di Pantai Bersih..... tempat eynda selalu pegi sejak kecik lagi... macam2 kenangan ada kat situ.... dah agak lama tak jejak kaki kat situ.... last sekali rasanyer masa Adam umur bawah 4 tahun....
Tapi Pantai Bersih dah banyak berubah....nak cari jalan agak2 ikut signboard aje.... nasib baik jumpa jugak.... cuma masa tak mengizinkan duduk lama2 tepi pantai sebab dah hampir senja.... sempat snap gambar skit...

Hannah sukaaaa dapat main kat beach.... takmau balik.... baju persalinan lupa nak bawak, seluar dia basah sebab main air laut....tapi sempat kering skit la sebelum naik kete hehe...

Tengah main tepi pantai adam terjumpa sekor kumbang kelemasan dlm air laut tepi gigi pantai.... kira adam penyelamat la... adam kata adam picit2 skit badan kumbang tu...baru kumbang tu bergerak.... ala-ala bagi CPR kat kumbang konon hehe....kami tunggu sampai kumbang tu kering bergerak-gerak macam nak terbang baru kami letak kat area batu2...harap selamat la dia ye...
Nak kena bawak bercuti kat tepi pantai ni... :-D

Kawan Hannah pun ikut.... basah dia sebab Hannah mandikan dlm air laut....
Silau matahari nak turun... jenuh bukak mata besar2....belakang tu pelabuhan kapal...

Lepas tengok matahari terbenam kami bertolak balik ke Sungai Petani.... kami parking area RNR Bagan Ajam... wahhhh time tu kan Maghrib.... kita kelam kabut nak balik rumah tapi tak sangka waktu tu la anak2 muda berkumpul nak merempit dgn motor.... berpuluh-puluh motorsikal..... No komen.... cuma dalam hati berharap semoga diaorg tu berubah la... sepatutnyer time2 macam tu lagi bagus ada di rumah atau di masjid/surau kan....
Melepasi RNR Bagan Ajam nak masuk highway ke Sungai Petani baru la nampak kedudukan Pantai Bersih, lokasi yg original.... tapi tak sempat nak berhenti.... lain kali Insyaallah pegi lagi kalau balik kampung.... masih teringat pakcik yg jual kueteow sup bawah pokok tepi pantai.... berhadapan kawasan apartment...tempat feveret eynda.... ntah masih berniaga kat situ atau tidak....
 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved