Khamis, 14 Jun 2012

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

Forum reformis Islam Syed Sheikh Al-Hadi <b>di Bukit Mertajam</b> esok

Posted: 14 Jun 2012 09:29 PM PDT

GEORGE TOWN, 15 JUN: Satu forum mengenai perjuangan reformis Islam tersohor Syed Sheikh Al-Hadi akan diadakan di Auditorium MPSP, Bandar PERDA, Bukit Mertajam, Pulau Pinang esok mulai jam 8.30 pagi.

Orang ramai yang berminat menambah ilmu pengetahuan dijemput hadir di forum percuma ini anjuran Penang Institute.

Forum Nusantara siri kelima ini akan membariskan tokoh-tokoh seperti bekas Mufti Perlis Prof Dato' Asri Zainul Abidin, aktivis media dan gerakan sosial Tuan Haji Ibu Hasyim, serta budayawan dan penukil lirik terkenal Hasmi Hashim atau lebih dikenali sebagai Buddhi Hekayat.

Moderator forum ini adalah Eekmal Ahmad, iaitu Setiausaha Akhbar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga seorang aktivis Komuniti Jalan Telawi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute, Zairil Khir Johari, gabungan ahli akademik dan cendekiawan awam itu diharap mampu mencetuskan fikiran, semangat dan iltizam warga Pulau Pinang untuk meletakkan kembali Pulau Pinang sebagai pusat ilmu serantau.

"Forum ini juga adalah usaha kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menggalakkan budaya ilmu dan budaya dialog terbuka bagi memartabatkan rasa cinta kepada ilmu pengetahuan," katanya.

Syed Sheikh bin Syed Ahmad Al-Hadi merupakan seorang penerbit, pemikir dan reformis yang tersohor dalam sejarah masyarakat Melayu. Beliau lahir di Melaka pada tahun 1867. Pada usia 14 tahun, beliau dihantar ke Riau untuk mengaji agama dan bahasa Arab dengan seorang pengarang dan juga agamawan iaitu Raja Ali Haji.

Pada penghujung abad ke-19, Syed Sheikh telah berkunjung ke Mekah dan juga Beirut serta Kaherah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama dan berguru dengan reformis terkenal di Kaherah – Muhammad Abduh. Sekembalinya dari Mesir, Syed Sheikh Al-Hadi telah mendirikan Madrasah Al-Iqbal pada tahun 1907 di Singapura.

Beliau kemudiannya mendirikan dua buah lagi sekolah iaitu Madrasah Al-Hadi (1915) di Melaka dan Madrasah Al-Mashoor (1926) di Pulau Pinang. Beliau telah menjadi Mudir kepada dua buah madrasah tersebut.

Pewarisan beliau boleh dikatakan sebagai citra pendidikan moden dan budaya pemikiran reformis dengan tafsiran Islam yang progresif pada zamannya. Beliau bersama sahabatnya kemudian menerbitkan majalah Al-Imam (1906), Al-Ikhwan (1927) dan akhbar Saudara (1928). Beliau juga menghasilkan Hikayat Faridah Hanum yang telah menggegarkan lumrah pemikiran masyarakat Melayu pada ketika itu.

Pun begitu, cara pemikirannya yang agak radikal ini sukar diterima umum di Johor, Singapura dan Melaka. Oleh kerana itu, Syed Sheikh telah menjadikan Pulau Pinang sebagai pangkalannya.

Forum esok akan mencari jawapan tentang kelebihan Pulau Pinang dan bagaimana idea-idea progesif Syed Sheikh yang melangkaui zaman mampu bertapak dan diterima di pulau mutiara.

FORUM NUSANTARA 5

"Syed Sheikh Al-Hadi: Pencetus Gerakan Pencerahan di Malaysia?"
Tarikh: 16 Jun 2012 (Sabtu)
Lokasi: Auditorium MPSP, Bandar PERDA, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Masa: 8.30 Pagi – 12.30 Tengahari

Panelis:
1. Prof Dato' Asri Zainul Abidin (bekas Mufti Perlis)
2. Tuan Haji Ibnu Hasyim
3. Hasmi Hashim @ Buddhi Hekayat
Moderator: Eekmal Ahmad

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

BooDark Ben10: Art of War: Kenali Musuh Anda

Posted: 14 Jun 2012 10:03 PM PDT

Semenjak dari zaman belia, Anwar Ibrahim lahir 10 Ogos 1947 merupakan seorang individu yang popular. Dilahirkan di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (sesetengah sumber menyatakan beliau lahir di Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan), nama 'Anwar' bermaksud 'bercahaya'.

Beliau mula dikenali sebagai tokoh muda yang datang daripada keluarga UMNO dan pengajiannya adalah bidang Melayu.

Bapa beliau, Haji Ibrahim bin Abdul Rahman merupakan mantan Ketua UMNO Bahagian Seberang Perai, Ahli Parlimen Seberang Perai Tengah, Setiausaha Parlimen kepada Menteri Kesihatan dari 1954-1969. Manakala ibunya, Che Yan Hussein ialah mantan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Mertajam. Semasa kecil, DSAI sering dibawa ke majlis-majlis ceramah Wanita UMNO.

Kendati pun, Anwar akhirnya muncul daripada tradisi revolusioner dan kepembangkangan Malaysia.

Perkahwinan

Pada tahun 26 Februari 1980, Anwar berkahwin dengan Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Perkahwinannya dengan Wan Azizah dikurniakan seramai 6 orang cahaya mata. Anak-anak beliau ialah: Nurul Izzah, Mohd Ehsan, Nurul Nuha, Nurul Hana, Nurul Ilham dan Nurul Iman.

Majlis menyambut pengantin pula diadakan pada 28 Februari tahun yang sama. Mereka berdua diijabkabulkan sewaktu Anwar yang ketika itu merupakan Presiden ABIM, berusia 32 tahun.

Angkatan peminangan telah dijalankan pada tahun 1979 yang diketuai oleh Ustaz Nik Mahyuddin Musa, ketika itu Ketua Pengarah Bahagian Pelajaran Agama, Kementerian Pelajaran. Rombongan ini juga disertai oleh Ustaz Ahmad Awang, Puan Zaleha Haji Ali (ipar Dr Mahathir) dan lain-lain lagi.

Sebagai penggerak kepada gerakan mahasiswa dan belia, Anwar sentiasa dilihat sebagai 'aktivis nakal' kepada pemerintah pada waktu itu, sekaligus saat beliau menyatakan hasrat mahu menyunting Wan Azizah, ada ketidaksetujuan daripada Datuk Wan Ismail Wan Mahmud (ayah Wan Azizah). Namun, semuanya menjadi sangat baik selepas lahirnya cahaya mata sulung mereka, Nurul Izzah.

Dilahirkan pada 1952, Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas, Alor Setar. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban.

Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke Ireland di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik and ginekologi dan kemudian menjadi seorang pakar oftalmologi.

Beliau telah berhenti daripada kerjaya beliau dalam tahun 1993, apabila Anwar dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Wan Azizah mewarisi keturunan Peranakan Cina dari datuk sebelah ayahnya.

Pendidikan

Semasa kecil, Anwar bersekolah rendah di Sekolah Melayu Sungai Bakap, Sekolah Melayu Cherok Tok Kun dan Sekolah Rendah Stowell, Bukit Mertajam.

Dengan mendapat keputusan Darjah 6 yang cemerlang, beliau telah dipilih memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Tingkatan Satu pada tahun 1960. Beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di MCKK dari tahun 1960 hingga 1966.
Semasa di MCKK, beliau telah melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan yang dianjurkan.

Beliau telah mewakili MCKK di dalam pertandingan bahas antara sekolah-sekolah dan kerana sifatnya yang aktif, bijak dan cemerlang pemikirannya.

Beliau juga aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pelajar MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad.

Selepas itu, pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera). Menamatkan pengajian di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1971 setelah lima tahun menuntut di universiti itu.

Semasa menuntut di universiti, kepimpinan beliau juga terserlah di mana beliau telah mengasas dan menjadi Presiden Pesatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Presiden Kesatuan Bahasa Melayu pada tahun 1968.

Dari tahun 1968 (sewaktu berusia 21-24 tahun), beliau telah menjadi Presiden PBMUM dan PKPIM, dan selepas itu menumpukan perhatiannya kepada PKPIM dari tahun 1968 hingga 1971. Pada tahun 1971, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya.

Selepas menamatkan pengajian di UM, beliau membuka sekolah swasta, Yayasan Anda Akademik di Bangunan Sri Pantai Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur (bersebelahan UM), di mana beliau menjadi pengetuanya.

Semasa di Yayasan Anda Akademik, aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan menjadi Presidennya dari tahun 1972-1982. Antara yang mengajar di Yayasan Anda ialah Anwar sendiri, Saudara Ruslan Kassim dan Datuk Zahid Hamidi.

Mahasiswa Menggugat

Di Malaysia, dekad 70an menyaksikan gerakan dakwah menggantikan tempat gerakan kiri di kampus. Anwar bersama rakan-rakannya telah mengorak langkah, menghidupkan sebuah badan dakwah untuk menunggang gelombang baru ini yang dinamakan Angkatan Belia Islam Belia Malaysia (ABIM).

Sewaktu dekad tersebut, lahirlah tokoh pejuang mahasiswa dan rakyat seperti Anwar sendiri (Presiden ABIM), Hishamuddin Rais (Setiausaha Agung PMUM), Ibrahim Ali (Presiden KSITM), Kamarazaman Yaacob (Presiden PMUM), Adi Satria (Penolong Setiausaha Agung PMUM), Prof Syed Husin Ali (Universiti Malaya), Syed Hamid Ali (Setiausaha Agung PSRM), Prof Tengku Shamsul (Universiti Malaya), K.S.Nijar (Universiti Malaya), Lim Mah Mui (Universiti Malaya), Sabiha Abd. Samad (ITM), Ab. Rahman Rukaini (Yang Dipertua PMUKM), dan Ahmad Kamal Selamat (Yang Dipertua PMUSM).

Bersambung.....

09 di Batu uban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu uban - Google Blog Search

AHLI MAJLIS MPPP: Fwd: Lampu Jalan <b>di</b> Tingkat <b>Batu Uban</b> 1 dan <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2012 09:19 PM PDT

Pekerja Jabatan Kejuruteraan telah membaiki kerosakan di lokasi terbabit yang berpunca daripada kerosakan photocell yang diselenggarakan oleh pihak TNB. Bekalan elektrik telah dihubungkan semula dengan menggunakan timer untuk mengelakkan kerosakan ini berlaku semula. Jabatan sememangnya telah mengambil tindakan untuk mengelakkan kerosakan berulang kali berlaku dan akan membuat pemantauan yang lebih kerap di kawasan terlibat.

From: Rajendran A/L P Anthony
Sent: Monday, June 11, 2012 5:31 AM
To: Iszuree bin Ibrahim
Cc: Patahiyah Bt Ismail; Addnan Mohd Razali
Subject: RE: Lampu Jalan di Tingkat Batu Uban 1 dan Jalan Batu Uban selalu bermasalah dan masih tiada solution penyelesaian.
Jabatan Kejuruteraan akan meneliti semula masalah kerosakan lampu jalan ini dan akan mengambil tindakan segera bagi mengatasinya untuk jangkamasa panjang.

Sent from my iPad
Saya telah beberapakali telah membuat aduan berkaitan masalah ini kepada Rajendran dan mencadangkan supaya mencari penyelesaian masalah yang selalu berlaku di kawasan yang saya duduki dan masalah ini masih berterusan dan tiada penyelesaian. Masalah fius dan selalu litar pintas merupakan punca masalah ini mengikut juruteknik Jabatan Kejuruteraan.

Penduduk sekitar dan JKKK Batu Uban kerap juga mengadu masalah ini kepada saya dan kebimbangan ini berasas disebabkan kawasan ini selalu menjadi target kepada  peragut dan pecah rumah dan tambahan kekerapan berlakunya Lampu Jalan tak berfungsi memberi kesempatan kepada penjenayah untuk melakukan jenayah.

Saya memohon  satu solution buat untuk memberi penyelesaian yang segera tanpa berulang ulang demi keselamatan kawasan ini.

Sekian
Iszuree Ibrahim
Ahli Majlis MPPP

09 di kepala batas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search

Siapa Pengganti Pak Lah <b>Di Kepala Batas</b>? - JALAN PULANG

Posted: 11 Jun 2012 02:40 AM PDT

Nampaknya bekas perdana menteri Abdullah Badawi dapat menghidu tindakan penggantinya Najib Altantuya yang cuba mengeluarkannya dari kerusi Kepala Batas untuk membolehkan orangnya sendiri dan dia telah bertindak terlebih dahulu dengan memberi amaran kepada parti Umno.

"Najib Altantuya dan Mahathir sedang cuba bertindak sekarang. Jelaslah bahawa mereka akan mengadakan pemilihan dalam parti sebelum PRU ke 13. Mereka mempunyai alasan yang cukup untuk diberi kepada Majlis Tertinggi parti bahawa jika PRU ke 13 diadakan dengan tergesa-gesa, mereka akan berkemungkinan besar kehilangan kerajaan persekutuan." Ahli parlimen Batu dari PKR, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

"Ini berkemungkinan benar namun mereka akan cuba melaksanakannya dengan cara kotor. Dengan cara ini mereka akan dapat menyingkirkan semua musuh mereka dalam Umno dan menggantikannya dengan orang-orang mereka termasuk didalam parlimen. Jadi, jika mereka kalah sekalipun dalam pilihanraya umum ke 13, mereka tidak akan perlu berhadapan dengan orang yang bakal berpaling tadah dan berpegang pada jawatan parti dan boleh bersuara dalam politik nasional.

Lebih banyak kejutan akan dijangka

Sudah dijangka beberapa hari yang lalu, bekas menteri Kadir Sheikh Fadzir telah melancarkan sebuah parti politik baru, Ikatan, yang bertujuan menghidupkan semula 'Umno lama' dan membebaskan diri dari cara politik Najib Altantuya sering bermain dengan perkauman dan agama.

Umno yang ada pada masa ini adalah Umno Baru yang ditubuhkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad setelah merebut kuasa daripada Tengku Razaleigh pada tahun 1980-an dan perpecahan berlaku menyebabkan Umno yang lama telah didaftarkan semula.

Kadir yang keluar dari Umno pada bulan lalu dikatakan seorang yang agak liberal didalam parti. Walaupun dia agak berprofil rendah, agak ramai juga orang dalam Umno yang berpengaruh akan bersimpati padanya dan mungkin juga akan menyertai Ikatan jika Najib Altantuya dan Mahathir bertindak melampaui batas. Antara mereka yang agak berserdehana dalam Umno termasuk Tengku Razaleigh Hamzah dan Sabaruddin Chik.

Ikatan wujud kesan daripada perpecahan dalam Umno dan ketidakpuasan hati dengan Mahathir. Ramai yang kecewa apabila Najib Altantuya melakukan apa saja kata Mahathir termasuk melaksanakan cara lama yang begitu kolot dan kejam dan telah merosakkan imej Umno itu sendiri. Namun Mahathir tidak nampak semua itu. Dia merasakan bahawa Umno sepatutnya lebih tegas dan telah memberi amaran jika BN kalah dalam PRU ke-13, mereka tidak akan menyerahkan kuasa dengan mudah.

Tiada kenyataan balas dari Pak Lah

Pak Lah tidak memberi apa-apa kenyataan bahawa dia akan bertanding untuk kerusi parlimen Kepala Batas yang dipegangnya sejak tahun 1978. Namun demikian, media Umno telah sibuk menspekulasi siapakah yang akan diumum untuk menggantikan tempatnya.

"Ini memang cara Umno memukul beduknya. Sekalipun Pak Lah mahu bersara, dialah yang akan mencari orang yang sesuai untuk kerusi kuatnya itu. Kita tidak membina kubu kuat seperti itu lantas melepaskannya begitu sahaja. Jika dia mahu, Kepala Batas akan diwariskan kepada Khairy- itu yang pasti," kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.

Dia merujuk kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang berada dalam tekanan di kawasannya sendiri iaitu Rembau dan berkemungkinan juga, Chegubard atau Badrul Hisham Shahrin dari PKR akan mengalahkannya untuk kerusi Negeri Sembilan itu.

Ada cakap-cakap bahawa Khairy akan berpindah ke kubu kuat Pak Lah di Pulau Pinang. Tetapi, bagaimana dia akan melakukan itu tanpa rasa malu dan berhadapan dengan tohmahan dari Umno sendiri.

Boneka Khairy lwn 'calon boleh menang' Najib, tapi adakah mereka akan menang?

Menurut The Malaysian Insider, sekurang-kurangnya dua pemimpin Umno sedang bergelut untuk kerusi Kepala Batas. Mereka adalah ketua pemuda Umno Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican dan bekas duta Malaysia ke Filipina, Ibrahim Saad, bekas ahli parlimen tasik Gelugor yang juga timbalan menteri.

"Ibrahim mungkin ada kelebihan disini dan dia juga ada kaitan dengan orang lama manakala Reezal pula seorang mamak. Namun, Pak Lah mahukan Reezal untuk menggantikannya," ada sumber memberitahu The Malaysian Insider, dengan merujuk kepada Reezal yang berketurunan India Muslim.

Namun, disebalik faktor 'mamak' Reezal, dia bukanlah pilihan yang popular kerana dia juga dilihat sebagai boneka Khairy.

Ibrahim yang merupakan timbalan menteri di Pulau Pinang semasa BN memerintah negeri itu dilihat sebagai calon yang lebih berpotensi malah dia juga rapat kepada Najib Altantuya.

Pak Lah, yang dikenali sebagai 'Sleeping Beauty' untuk satu tempoh pemerintahan yang tidak lama, merupakan perdana menteri Malaysia dari tahun 2003 hingga ke 2009.

Menurut The Malaysian Insider, dia memenangi kerusi Kepala Batas untuk kali yang ke lapan pada tahun 2008 dengan majoriti undi 11,246 apabila menerima sejumlah 23,445 undi berbanding Subri Mohd Arshad dari PAS yang mendapat hnaya 12,199 undi.

Kongsi Berita: Siapa Pengganti Pak Lah <b>Di Kepala Batas</b>?

Posted: 11 Jun 2012 03:42 AM PDT

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

Perkhidmatan urutan <b>lepas</b> bersalin dan bertangas <b>di</b> pulau pinang <b>...</b>

Posted: 14 May 2012 12:00 AM PDT

Pusat Rawatan Traditional Darul Ikthiar
No 82, Lorong Mahsuri 7 Bandar Bayan Baru 11900 Penang.

Menjalankan Aktiviti
Mandi wap Herba Traditional,
Bekam (hijamah),
Urutan badan dan batin untuk lelaki Perkasa,
urutan lepas bersalin,
urutan aromaterapy,
reflexologi.Untuk Lelaki Dan Wanita.
Perkhidmatan Ke Rumah atau pun pejabat berdasarkan temujanji. , on call service disediakan kepada pelanggan di dalam Pulau Pinang.

Sila Hubungi Ibrahim 012-5732456
rahimaz1@hotmail.com

09 di permatang pauh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di permatang pauh - Google Blog Search

Wan Azizah: Ingat! Penipuan SPR <b>di Permatang Pauh</b> 2004 bakal <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2012 09:36 PM PDT

(Oleh Masdar Wahid)

WANGSA MAJU 11 Jun: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan setiap jentera pilihan raya Pakatan Rakyat sentiasa berhati-hati dengan penipuan undi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ini kerana katanya, Datuk Seri Najib Razak akan berbuat apa sahaja termasuklah meneruskan amalan memperalat media dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengelakkan kekalahan dalam pilihan raya.

"Pada PRU 2004 di Parlimen Permatang Pauh misalnya, walaupun kiraan undi menunjukkan KEADILAN sudah menang, namun SPR enggan umum manakala media kerajaan keluarkan keputusan konon parti tumbang di kubu kuat sendiri.

"Saya akhirnya diumum menang pada kiraan undi semula sebanyak 590 undi selepas berlakunya penipuan di mana seorang pegawai SPR 'mencuri undi' KEADILAN dan dicampur kepada undi Umno," katanya pada program Demi Rakyat anjuran KEADILAN Wangsa Maju semalam.

Turut serta, Penyelaras KEADILAN Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong; Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita Pusat yang juga penyanyi, Tengku Intan Tengku Abd Hamid atau lebih dikenali Dayangku Intan, pimpinan Pakatan setempat dan lebih 1,000 rakyat pelbagai kaum.

Azizah turut menegaskan, pentingnya anggota parti patuh arahan termasuk ketika situasi genting dan menolak propaganda pihak kecuali maklumat rasmi dari pimpinan dan saluran penerangan parti.

"Konsisten dengan perjuangan dan yakin Allah sentiasa bersama golongan yang benar dalam perjuangan," katanya lagi.

Pada majlis itu, rakyat turut diberi rawatan perubatan percuma dari lima doktor termasuk Dr Tan sendiri.

Kira-kira 50 ibu tunggal menerima bantuan berupa barang keperluan sumbangan dari Cabang itu.

Sementara Dayangku Intan pula menyanyikan dua buah lagu selain turut berucap menyeru rakyat khasnya orang Melayu menolak Umno pada PRU kali ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31410

09 di balik pulau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search

Awesome Shots from MarkWalker #2 : <b>Balik Pulau</b> + Georgetown

Posted: 13 Jun 2012 07:02 PM PDT

Here is PART TWO!

If you haven't check out PART ONE

Roof tops nr Armenian St Penang

Pre War Houses nr Acheen St Mosque 1

Pre War houses used during the Japanese Occupation of Penang .These houses are situated within the Acheen St Mosque area.

Beautiful carved door in Muntri St George Town Penang

Renovated Shop House Muntri St George Town Penang

Wonderful Floor tile ..Muntri St George Town Penang

Shop House detail Muntri St George Town Penang

Wall and Floor tiles ..Muntri St George Town Penang

Door plaque ..Muntri St ..George Town Penang

Carved Wooden door detail ..Muntri St George Town Penang

Restored Shop House windows Muntri St George Town Penang

Ventilation grill .Muntri St George Town Penang

Restored Muntri St shop house George Town Penang

Detailed wall tiling ..Muntri St George TownPenang

Wood carved and inlaid door panel ..Muntri St George Town Penang

Intricate door panels ..Muntri St George Town Penang

Cititel and Modern Hotel

Door Detail – Muntri St Penang

Secluded Beach ..nr Balik Pulau

Local fishermen

09 di nibong tebal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search

Anak Seberang: Panas! Sebuah Kampung Melayu <b>Di Nibong Tebal</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2012 07:02 PM PDT

 hampir 200 orang penduduk kampung berhimpun menyatakan bantahan di atas tindakan rasis kerajaan dap penang yang mengalirkan saliran kumbahan babi dari kg jawi ke kg titi hitam
Penduduk kampung Titi Hitam didalam kawasan DUN Sungai Bakap, Parlimen Nibong Tebal melahirkan rasa kecewa mereka terhadap kepimpinan ADUN PKR YB Makhar yang ternyata gagal membela nasib rakyat khususnya orang Melayu. Mereka kecewa kerana permasalahan ini telah di utarakan kepada YB Makhtar ADUN Sg Bakap dan juga kepada anaknya encik munir yang merupakan pengerusi JKKN Sg Bakap Selatan. Keadaan bertambah teruk apabila segala luahan perasaan penduduk kampung tidak dipedulikan. Penduduk kampung dibiarkan bertindak mengikut keputusan masing masing.
Pada 11 Jun yang lalu, penduduk telah membuat keputusan untuk menganjurkan demo bantahan berkaitan saliran kumbahan babi yang disalirkan ke kampung mereka. Mereka menyatakan kerajaan negeri telah meluluskan projek ini melalui agensi Jabatan Parit dan Saliran. Kuasa saliran di bawah kuasa negeri. YB Makhtar dikatakan takut untuk membawa perkara ini ke pengetahuan lim guan eng. Apatah lagi adun jawi tan beng huat seolah olah bermain wayang dan mempertahankan tindakan kerajaan negeri.
Bagi penduduk kg titi hitam, mereka melihat apa yang berlaku sebagai bukti jelas kerajaan dap baru 4 tahun memerintah dah ingin menghalau kaum melayu dan india secara halus. Menurut beberapa orang  penduduk kampung yang ditemui, mereka menyatakan "Kg Melayu dijadikan tempat membuang najis babi sahaja. Inilah kenyataan yang harus diterima .
Justeru, berdasarkan apa yang berlaku, pihak JKKP sg bakap selatan yang dipimpin oleh Dato Mohd Nordin Mohd Kasim bersama Pejabat Kadun Sg Bakap yang dipimpin oleh Tuan Hj Mohd Foad Mat Isa telah bersama sama menyertai demo bantahan ini dan menunjukkan rasa kesal mereka terhadap tindakan rasis kerajaan negeri.
Bagi mereka sekiranya hal ini berlaku di kampung cina, mereka tetap akan membantu. Soal keselesaan rakyat bukan memilih bangsa .
Apa yang menyedihkan, kampung ini setiap hari akan sentiasa busuk dengan najis babi dan lebih teruk sekiranya banjir berlaku, najis babi boleh masuk sampai kerumah. mereka mempersoalkan apakah yb pkr tidak sensitif dengan masalah umat islam di sini?
Penduduk bertambah marah kerana aliran kumbahan tersebut boleh ditapis dan di alir keluar ke sungai jawi. apa perlu aliran kumbahan di pintaskan laluannya memasuki kg titi hitam? inilah bukti jelas mereka ingin menghalau penduduk kampung  secara amat halus.berikut di paparkan beberapa keping gambar sekitar demo tersebut :
 bantahan penduduk dilakarkan melalui manila kad

sebahagian penduduk menyatakan bantahan . penduduk kg tti hitam mempunyai 30 buah rumah dan dianggarkan seramai 250 orang isi rumah. ada yang menyatakan kerajaan dap perlu jaga penduduk kg jawi kerana pengundinya sahaja mencecah hampir 2000 orang.

aliran kumbahan babi yang pekat sehingga menghitamkan air yang terletak di kawasan kg jawi

saliran baru yang melintasi landasan berkembar yang dibina untuk mengalirkan kumbahan babi ke kampung titi hitam

pam  ini telah disediakan oleh pihak jps. penduduk mempertikaikan kenapa tidak di proses kumbahan ini dan di alir terus ke sg jawi/ apakah guan eng takut sg jawi tercemar dan beliau akan dikecam hebat selepas itu? Perhatikan bagaimana adun sg bakap dan adun jawi gagal menyelesaikan hal ini.

09 di seberang jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di seberang jaya - Google Blog Search

Forum Connecting Tutor OUM <b>di</b> PPW <b>Seberang Jaya</b> Penang

Posted: 03 May 2012 04:01 AM PDT

Tarikh:28 April 2012 (Sabtu)

PPW OUM Seberang Jaya Penang,

Pembentangan oleh Prof Madya Dr Safiah Md Yusof

Prof Ir Dr Rosli B Hamir Vice presiden OUM Kuala Lumpur

Prof Madya Dr Safiah Membentangkan kertas kerjanya

Pemandangan di waktu pagi di jambatan Pulau Pinang.

Bersama En Ahmad Zakuan B Md Razi Tutor OUM Perak

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved