Selasa, 19 Jun 2012

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


Char Kuey Teow Best <b>Di Bukit Mertajam</b>, Penang | phreak-id.com

Posted: 19 Jun 2012 09:57 PM PDT

Baru-baru ni, phreak-id pergi berkursus di Penang selama 2 hari dan bermalam di The Summit Hotel Bukit Mertajam. Memandangkan di siang hari 8am-5pm berkursus, di sebelah petang, terpaksa la menemani little phreak and mummy dia jalan-jalan. Mummy little phreak memang suka Char Kuey Teow. Memandangkan kami dah berada di Penang, maka tercari-cari juga lah Char Kuey Teow yang paling best di Bukit Mertajam ni. 

Bila check google map, dekat aje kedainya dengan hotel ni. Maka secara automatiknya ini destinasi utama pilihan kami. Kedainya biasa aje dari luar. And bila kami order Char Kuey Teow special yang berharga Rm6 (dah naik harga berbanding review dalam blog di atas), apa yang kami dapat sama sperti gambar yang diatas. Nampak tak menarik dan biasa aje.

Tapi disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi, phreak-id korek-korek. Dan akhirnya....   tadaaaa..

Ada udang disebalik mee rupanya. 4 ketul udang besar disebalik mee tersebut. Anyway, rasa dia serius memang terbaik. Sambil tu phreak-id order Laichi Kang. Tapi rupanya pelik sikit. Meriah berwarna-warni pulak. But still rasa dia not bad.

Anyway, nama kedainya Ismal @ Ismail (tak sure yang mana satu, excited nak makan, lupa nak check nama kedai) beralamat di (berhadapan dengan Pejabat Pos Bukit Mertajam)  :

Ismal Char Koay Teow

Jalan Bunga Raya,

14000 Bukit Mertajam

Klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas


Disebabkan phreak-id pergi pada waktu malam minggu, banyak kereta dan susah nak parking, tak sempat nak ambil gambar kedai dari luar/depan. Anyway korang boleh tengok gambar kedai dari http://www.vkeong.com/ ni :-


Nota kaki : Sebelum balik, sempat tapau sikit sebab nak repeat balik kat Hotel nanti. Malu nak makan 2 pinggan kat kedai. Hahaha
comments

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


BN <b>negeri</b> bantah penswastaan Pelabuhan <b>Pulau Pinang</b> (PPSB <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2012 07:00 PM PDT

GEORGE TOWN - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menggesa kerajaan Persekutuan membawa semula isu penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang kepada perhatian Majlis Ekonomi Negara (NEC) untuk semakan semula dan perbincangan.

Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata keputusan itu dibuat selepas BN Pulau Pinang mengadakan dialog dengan pemain industri mengenai penswastaan pelabuhan itu dan menurutnya maklum balas itu akan disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami juga akan menghantar delegasi untuk bertemu perdana menteri untuk menyampaikan kepada beliau pandangan-pandangan yang kami telah kumpulkan daripada pemain industri dan penduduk Pulau Pinang berhubung penswastaan pelabuhan itu," katanya pada sidang akhbar di sini, Isini.

Pelabuhan Pulau Pinang menjadi tumpuan baru-baru ini, ekoran kerajaan negeri Pulau Pinang membantah penswastaan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) kepada hartawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary.

Dilaporkan pada minggu lepas bahawa Seaport Terminal Sdn Bhd milik Syed Mokhtar memenangi bidaan untuk mengambil alih pengurusan PPSB menerusi penswastaan.

Teng berkata NEC patut melihat penswastaan itu daripada aspek kepentingan pelabuhan itu, seperti kecekapan, keperluan industri perkapalan, sentimen penduduk Pulau Pinang dan peranan pelabuhan itu dalam menawarkan perkhidmatan kepada golongan perniagaan di Pulau Pinang.

Ditanya sama ada keputusan itu sudah terlambat, Teng berkata: "Saya tidak fikir yang ianya sudah terlambat. Ia masih belum ditandatangani sepertimana menurut jawapan di Parlimen (Dewan Rakyat).

"Butirannya...saya tidak tahu kerana saya bukan anggota lembaga Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC), PPSB atau Kementerian Pengangkutan," katanya.

Teng turut meminta kerajaan negeri supaya tidak mengelirukan rakyat dengan mencampur-adukkan isu status pelabuhan bebas dengan penswastaan pelabuhan itu kerana ia sebenarnya membabitkan antara struktur cukai dan operasi pelabuhan.

Katanya jawapan di Parlimen baru-baru ini hanya menyatakan konsep pelabuhan bebas tidak lagi wujud dan persoalan mengenai idea itu ditolak atau diketepikan adalah tidak timbul.

"Oleh yang demikian, persoalan untuk mengekalkan statusnya tidak lagi timbul. Ini kerana konsep itu tidak lagi wujud untuk terus diperjuangkan oleh B NPulau Pinang," katanya.

Sabtu lepas, Ketua Menteri Lim Guan Eng mendesak BN Pulau Pinang memohon maaf atas dakwaan cuba memperdayakan dengan berjanji untuk memberikan status pelabuhan bebas bagi memancing pengundi menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Malahan pakatan pembangkang, dalam respons segeranya, berkata mereka juga akan memberi Pulau Pinang status pelabuhan bebas jika mereka berjaya mengambil alih Putrajaya. Jika apa yang mereka katakan itu bukannya untuk memancing undi, (dengan itu) kenapa mesti apa yang kami dikatakan ditafsirkan sebagai untuk memancing undi?" kata Teng.

Katanya BN Pulau Pinang amat jelas dengan idea itu daripada hari pertama lagi sebagai sebahagian daripada perancangan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai syurga pelancongan antarabangsa dan ia akan direalisasikan sebaik sahaja BN menerajui kerajaan negeri.

Mengenai pembangunan di lereng bukit, Teng menggesa kerajaan negeri untuk diklasifikasikan minit mengenai pembinaan dan perancangan 37 projek yang didakwa diluluskan oleh kerajaan (BN) sebelum ini.

Beliau berkata kerajaan BN mempunyai dasar yang jelas iaitu pembangunan tidak boleh dilaksanakan di kawasan melebihi 35 meter atau 250 kaki. BERNAMA

09 di Batu maung - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu maung - Google Blog Search


UMNO Online - Muhyiddin Lawat P.Pinang Esok

Posted: 15 Jun 2012 12:34 AM PDT

Kategori Berita Lain

Muhyiddin Lawat P.Pinang Esok

GEORGE TOWN, 15 Jun - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang esok.

Menurut kenyataan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang hari ini, Muhyiddin dijadual menghadiri perjumpaan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili orang Melayu di negeri ini di Universiti Sains Malaysia (USM), sejurus tiba di negeri ini pada 9 pagi.

Beliau kemudiannya dijadual menghadiri majlis perjumpaan bersama pekerja-pekerja industri di kilang Western Digital Media (M) Sdn Bhd dan menyaksikan pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) antara Lembaga Pelaksana Koridor Utara (NCIA), kilang Advanced Micro Devices Export Sdn Bhd dan Fabtronic Sdn Bhd.

MoA itu bertujuan memperkenalkan Skim Peningkatan Teknikal Perindustrian Koridor Utara ("NCITES") untuk golongan siswazah menganggur mendapatkan pekerjaan tetap melalui peruntukan latihan kemahiran dan pendedahan perindustrian dalam bidang pengkhususan terpilih.

Pada majlis itu, lebih 5,000 warga industri akan berhimpun untuk mendengar ucapan Timbalan Perdana Menteri yang dijangka menyentuh mengenai usaha kerajaan pusat melaksanakan pelbagai projek pembangunan, kemudahan perdagangan dan insentif bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi dan pembangunan sosial di Pulau Pinang.

Timbalan Perdana Menteri akan diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.

Pada sebelah petang, Muhyiddin dijadual melawat projek Jambatan Kedua Pulau Pinang dan mendengar taklimat oleh Pengerusi Jambatan Kedua Sdn Bhd Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob di tapak projek itu di Batu Maung.

Beliau akan mengakhiri lawatan kerja dengan meluangkan masa hampir dua jam untuk bertemu lebih 20,000 orang pada majlis perhimpunan Semarak Kasih Rakyat di Jalan Raja Uda di Butterworth sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

Berita Bertarikh 15 June 2012 (5 Hari Lalu) Pada 3:34 PM

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


KLXPRESS - Harga Tanah <b>di</b> Pulau Pinang Melambung Tinggi

Posted: 06 Jun 2012 09:14 PM PDT

GEORGE TOWN: Kekurangan tanah di Pulau Pinang dan tarikannya sebagai salah satu destinasi pelancong serta rumah kedua bagi pesara asing telah menyebabkan hartanah di negeri itu melambung tinggi dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 25 peratus sejak lima tahun lalu.

Menurut penilai hartanah, harga yang ditawarkan adalah antara yang tertinggi di Malaysia justeru, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa hanya golongan kaya sahaja boleh tinggal di pulau yang merupakan salah satu warisan dunia.

Menurut tinjauan yang dijalankan The Star, harga unit kondominium di Batu Ferringhi, Tanjung Bungah dan Persiaran Gurney yang menghadap tepi laut di jual pada harga falak, dan ada beberapa kes ia dijual bermula dengan RM2 juta bagi unit yang mempunyai keluasan 1,000 kaki persegi.

Sebelum perang dunia berlaku lagi di pusat bandar misalnya di Campbell Street kawasan tersebut telah diduduki oleh bukan penduduk asal Pulau Pinang.

Mereka telah menukar wajah kawasan tersebut dengan membuka butik hotel dan ada juga mahu menyimpan bangunan disitu kerana kecantikan seni bina mereka.

Harga rumah juga turut meningkat dari RM500,000 pada 2007 kepada kira-kira RM800,000 pada 2012 dengan mencatatkan peningkatkan lebih kurang 30 peratus.

Menurut Pengarah Urusan, Raine & Horne Malaysia, Michael Geh paling tinggi adalah di Pulau Tikus, Persiaran Gurney, Tanjung Tokong dan kawasan kediaman Tanjung Bungah dengan mencatatkan peningkatan lebih daripada 25 peratus bagi harga setiap unit kondominium.

Bagi kawasan lain seperti di Bayan Baru, Sungai Ara dan Minden Heights serta Batu Maung pula harga rumah teres, unit kondominium serta rumah berkembar telah meningkat sekurang-kuranya 25 peratus.

Skim perumahan rumah kos sederhana hanya terdapat di beberapa kawasan sahaja seperti di George Town Perak Road, MacCallum Street, Jalan Burmah dan Sungai Pinang ia belum diperluaskan ke kawasan lain.

"Ini menunjukkan peningkatan lebih daripada 25 peratus berbanding lima tahun lalu. Sebuah apartment yang teletak di sebuah kawasan kejiranan pada 20007 berharga RM180,000 tetapi kini ialah meningkat hingga RM250,00," kata Geh.

Menurutnya, peningkatkan harga rumah yang tinggi mendorong ramai orang membeli rumah di Seberang Perai kerana harga hartanah di sana masih lagi murah sekitar satu pertiga daripada harga hartanah di pulau berkenaan.

"Namun harga hartanah di kawasan tanah besar itu juga sedang meningkat," katanya.

Sebuah pangsapuri di bandar Butterworth pada ketika ini dijual pada harga RM250,000 berbanding RM180,000 lima tahun yang lalu, sementara bagi rumah teres ia menelan belanja sekitar RM500,00 berbanding RM300, 000 pada 2007.

Tambah Geh, ekoran kekurangan tanah dan peningkatan harga bahan mentah harga hartanah di Pulau Pinang dijangka akan terus meningkat pada masa hadapan.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional, Teng Chang Yeow berkata ketika pemerintahan kerajaan negeri sebelum ini hanya terdapat satu atau dua projek perumahan utama di kawasan lereng bukit. Namun sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih terdapat banyak projek di kawasan lereng bukit di seluruh pulau tersebut. Beliau berkata garis panduan pembangunan di lereng bukit sedia ada sememangnya mencukupi namun kerajaan negeri patut lebih tegas dalam menguatkuasakannya.


09 di nibong tebal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


Anak Seberang: Sehari Bersama MCA Turun Padang <b>Di Nibong Tebal</b>

Posted: 11 Jun 2012 01:01 AM PDT

Banyak tanggapan yang kurang menyenangkan mengatakan parti komponen BN seperti Gerakan dan MCA sekarang ni kurang turun padang dan agak lesu dalam mengadakan program-program untuk menarik sokongan pengundi kaum bukan melayu untuk menyokong BN.

Namun pada hari Sabtu baru-baru ini, telahan itu ternyata silap. MCA Nibong Tebal di bawah Puan Tan Cheng Liang sehari suntuk dari pagi mengadakan program mendekati masyarakat. Pimpinan pusat MCA seperti DS Chua Soi Lek, DS Kong  Cho Ha, DS Ng Yen Yen dan timbalan -timbalan menteri Pusat yang dari MCA dapat meluangkan masa hadir ke pelbagai program yang telah diatur di sekitar kawasan Parlimen Nibong Tebal.

Sambutan yang diterima dari masyarakat kaum tionghua agak memberangsangkan. Aku harap MCA dan Gerakan sekali dapat mengekalkan konsistensi ini sehingga PRU13 berlangsung dan bukan hanya apabila menteri-menteri datang sahaja.


09 di bagan ajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di bagan ajam - Google Blog Search


mycerita: Toyol Curi Duit Penduduk <b>Bagan Ajam</b>, Seberang Perai

Posted: 05 Jun 2012 03:22 PM PDT



 

Bagan Ajam, Seberang Perai Utara - Lebih 100 keluarga di tiga kampung dekat sini hidup dalam keadaan tertekan dan keresahan berikutan wang simpanan mereka semakin kerap hilang.

Dakwa mereka, kehilangan itu dipercayai angkara perbuatan toyol berdasarkan beberapa kejadian aneh dilalui penduduk sebelum rumah mereka dimasuki dan wang disedari hilang.

Penduduk berkata, biarpun pelbagai cara diguna untuk menghalang kecurian itu termasuk menggunakan khidmat perubatan tradisional, namun sehingga kini kejadian itu terus berlaku dan ia kini semakin menjadi-jadi hingga merimaskan mereka.

Seorang penduduk, En.Abd.Aziz Ishak, 64, dari Kampung Contoh berkata, kecurian dipercayai angkara toyol itu mula berlaku awal Ogos lalu apabila wang di rumahnya sering didapati hilang.

"Peliknya, jumlah wang yang hilang itu bukannya banyak hanya sekadar RM50 dalam satu-satu masa, namun kejadian kecurian itu akan berulang menyebabkan jumlahnya kerugian dialami saya sahaja mencecah RM300"

"Sebagai orang lama saya dapat mengagak ia melibatkan toyol kerana makhluk ini hanya mengambil sejumlah RM50 sahaja pada satu masa biarpun pada masa sama terdapat sejumlah wang lain yang disimpan di dalam laci, poket seluar mahupun di bawah bantal" katanya.

Peniaga kedai makan, Pn.Norzuliatun Nordin, 35, mengalami kejadian sama beberapa kali sebelum ini selepas menyedari wang simpanannya sering kurang sebanyak RM50 setiap hari.

"Saya percaya ini perbuatan toyol kerana sebelum menyedari wang simpanan hilang, saya sering terdengar rengekan suara kanak-kanak di kawasan rumah yang kemudiannya diikuti dengan perasaan seram dan gementar"

"Setiap kali selepas mengalami suasana begitu saya mendapati wang simpanan menjadi susut sebanyak RM50 dan kejadian terbaru dialami pada Ahad lalu apabila wang kutipan raya anak hilang sebanyak RM50" katanya.

Menurutnya, selepas tujuh kali mengalami keadaan sama dia berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional dan dimaklumkan ia angkara toyol berdasarkan ia merengek seperti kanak-kanak sebelum memasuki rumah mangsanya.

Kehilangan Wang Berlaku Sehingga Lima Kali

Bagi En.Huszaimi Abu Hassan, dari Flat Teluk Air Tawar berkata, dia lima kali mengalami kehilangan wang sejak mula menyambut puasa lalu.

"Selepas mendengar banyak rakan kehilangan wang, saya mula mengambil pelbagai langkah keselamatan termasuk mengikut petua orang lama menghalau gangguan makhluk halus ini seperti menabur kacang hijau di muka pintu dan menyelitkan benda tajam seperti jarum dan paku didinding dan tepi tingkap.

"Namun semua usaha ini tak berkesan apabila mendapati kacang hijau itu berselerak seolah-olah diusik oleh toyol manakala paku dan jarum dicabut dan hilang menyebabkan saya turut mengalami nasib malang kehilangan wang akibat dicuri," katanya.

Penduduk Mengeluh Kerana Ikhtiar Gagal

Dalam pada itu, hasil temuramah kami ke atas penduduk tiga kampung berkenaan, kebanyakan mereka mengeluh kerana pelbagai langkah diambil termasuk berpakat menganjurkan majlis bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan surah Kursi namun kecurian itu masih berlaku.

Pn.Norma Bakar, 43, yang tiga kali mengalami kecurian berkata, dia dan penduduk lain mula menggunakan satu lagi petua baru iaitu mencucuk wang kertas RM50 dengan jarum bagi menghalang wang simpanan mereka daripada dicuri toyol.

"Penduduk juga mengambil satu pendekatan lain iaitu mencucuk buah limau purut dengan paku dan diletakkan berdekatan wang simpanan dalam usaha menghalangnya dari hilang"

"Memang sah ini kerja makhluk halus itu kerana jika diletakkan wang kertas lain seperti RM10 dan RM5 ianya tidak terusik tapi jika terdapat wang kertas RM50 ia akan didapati hilang," katanya. 

 

8 September 2011, En.Othman Yahaya (SH) 

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved