Khamis, 26 Julai 2012

09 di Butterworth - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Butterworth - Google Blog Search


menuadaniel...: Kemunculan UFO <b>di Butterworth</b>

Posted: 28 Jun 2012 12:58 AM PDT

Kejadian ini berlaku di Butterworth , pada tahun 1979 gambar UFO ini berjaya dirakam oleh RAFF Servicemen.  Objek ini dikatakan terang menyala yang bewarna jingga.  Tapi sygla , sbab masa tu blom ada teknologi canggih , pasal tu la itam putih jerk..

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Konvensyen Media Sosial <b>Negeri Pulau Pinang</b> Lambang Perpaduan

Posted: 08 Jul 2012 08:27 PM PDT

konvensyen pp

Pengamal media sosial Pulau Pinang berjaya mencapai matlamat menganjurkan Konvensyen Media Sosial Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Pusat Konvensyen Sunway yang telah dihadiri oleh ratusan peserta berbilang kaum di negeri itu.

Melambangkan kesepakatan dan perpaduan antara kaum di negeri itu, para pengamal media sosial bertemu di majlis tersebut dengan semangat menjalin hubungan muhibbah sesama mereka.

Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang, Dato' Zainal Abidin Osman turut hadir untuk merasmikan konvensyen tersebut dengan gilang gemilang sambil menerima tepukan gemuruh dari para peserta yang hadir.

"Saya yakin bahawa pengajuran konvensyen ini bakal mengeratkan lagi hubungan di antara pengamal media sosial di negeri ini di samping mencapai matlamatnya," katanya ketika berucap merasmikan konvensyen tersebut.

Selain itu, Pengarah konvensyen, Dr. Novandri Hasan Basri turut meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis berkenaan yang dihadiri oleh pelbagai lapisan umur dan kepelbagaian kaum dari seluruh negeri Pulau Pinang.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin utama Barisan Nasional Pulau Pinang yang dibarisi oleh para pimpinan UMNO, MCA, MIC dan Gerakan.

Para pengamal media sosial termasuk wartawan SGB negeri Kedah turut diundang membuat liputan di majlis itu dan turut dilayan bagai tetamu bagi memeriahkan majlis berkenaan.

Penganjur konvensyen juga menyediakan lebih 90 hadiah cabutan bertuah di majlis itu berupa barangan komunikasi terkini seperti Ipad, tablet, telefon bimbit Blackberry, telefon bimbit Samsung, tablet dan beberapa hadiah menarik yang lain.

Dianggarkan seramai 300 pengamal media sosial di negeri itu berpuas hati dengan penganjuran konvensyen berkenaan di mana dijangka akan menjadi pemangkin kepada perpaduan yang lebih erat dikalangan mereka.



09 di Bayan lepas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Bayan lepas</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jul 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bayan lepas</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jun 2012 03:14 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bayan lepas</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Apr 2012 03:02 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Cubaan sabotaj program TPM <b>di</b> Pulau Pinang? - UtaraNews

Posted: 24 Apr 2012 06:56 PM PDT

Umno Bahagian Bayan Baru mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang cuba menggagalkan program lawatan kerja sehari Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pulau Pinang Khamis ini.

Ketua Umno Bayan Baru, Datuk Mohd Ridzwan Bakar berkata setelah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) melarang penganjuran majlis itu di tapak asal bertempat di Taman Iping, Batu Maung, pihaknya menukar lokasi dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya dan polis negeri.

"Pada petang ini (semalam), jentera bahagian saya turun padang bersama-sama syarikat yang dilantik, mendirikan khemah di lokasi baru di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru tetapi malangnya ada beberapa (pegawai) penguatkuasa MPPP datang meninjau kerja pemasangan seolah-olah tidak berpuas hati dengan kami.

"Sudahlah terpaksa bertukar lokasi yang lebih sempit, ini mereka hendak ganggu pula. Kita bukannya nak berceramah politik tetapi hendak bertemu masyarakat," katanya kepada pemberita semalam.

Mohd Ridzwan kemudiannya menempatkan beberapa petugas berkawal di sekitar lokasi berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Umno Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu menyelar tindakan anggota Exco negeri, Abdul Malik Abul Kassim yang didakwa seakan cuba mensabotaj penganjuran majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia anjuran Barisan Nasional dengan menghalang pihaknya mendirikan khemah di lokasi asal majlis itu, Taman Iping, Batu Maung.

Abdul Rahim mendakwa pada Ahad lepas, Abdul Malik bersama-sama beberapa penguatkuasa MPPP telah melarang pihaknya mendirikan khemah di kawasan itu dengan alasan lokasi itu di bawah kelolaan MPPP dan mereka tidak mendapat kebenaran MPPP untuk mendirikan khemah.

Ekoran insiden itu, Abdul Rahim telah menukar lokasi majlis itu di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru.

Muhyiddin dijadual memulakan lawatan kerja Khamis ini dengan menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kilang di kilang Western Digital di Bayan Lepas pada jam 9.30 pagi.

Kemudian, timbalan perdana menteri dijadual menghadiri makan tengah hari pada kenduri rakyat 1Malaysia bersama lebih 5,000 penduduk kawasan Bayan Baru, persatuan-persatuan nelayan dan peladang di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru. - Bernama

MPP Online: Jutaan ahli PKR sambut Anwar <b>di Bayan Baru</b> <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2012 11:39 PM PDT

PULAU PINANG 8 Julai - Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Pilihan Raya Umum anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri tidak mampu menarik kehadiran ramai ahli parti itu apabila ia berlangsung dalam suasana hambar.

Majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen Sunshine di Bayan Baru, yang dikatakan kubu kuat parti itu hanya dihadiri kira-kira 200 orang sahaja walaupun beberapa pemimpin utama PKR seperti Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman; Ketua Wanita, Zuraidah Kamarudin dan Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli turut hadir.

Banyak kerusi di dewan yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 orang itu kelihatan kosong manakala penyokong yang hadir pula sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu.

Pada masa sama, Anwar juga kelihatan kurang bersemangat ketika berceramah apabila tidak mendapat tepukan gemuruh malah laungan 'Reformasi' yang sinonim dengan parti itu juga kedengaran sangat perlahan. - UM

p/s: Kehadiran Anwar pun tak dapat sambutan dah beb... Ni semua tanda-tanda kejatuhan Pakatan di Penang... Hahahahaha...

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved