Ahad, 23 September 2012

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Apartment <b>di Bayan lepas</b> | Rumah Sewa

Posted: 28 Aug 2012 03:27 AM PDT

Publish date: August 28, 2012 10:27 am
Contact Name: Roslan
Price: RM800
Region: Pulau Pinang
Location: Bayan Lepas
Phone: 010 799 5085
Tags:

Breezy and windy 1100 square feet of 9-Floor apartment with swimming pool facilities, football field and kid playgroung.
3 bedrooms, 2 bathroom, 2 balconies.
Full Security
Parking Unlimited!!

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

Dia buat dah: Calon SPM maut dalam kemalangan <b>di Bayan Lepas</b>

Posted: 09 Sep 2012 04:39 AM PDT

9 September 2012
GEORGE TOWN - Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Bukit Belah, Bayan Lepas hari ini.
 
Nur Syazana Azeme, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di kepala.
 
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md. Zin berkata kejadian pukul 7.30 pagi itu turut menyebabkan seorang lagi penunggang motosikal cedera parah.
 
Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu laju dari arah Balik Pulau cuba memotong sebuah lori, namun pemandu kereta itu gagal mengawal kenderaannya lalu bertembung dengan dua motosikal dari arah bertentangan, katanya ketika dihubungi, di sini.
 
"Kemalangan itu menyebabkan motosikal yang dinaiki Nur Syazana terpelanting sementara sebuah lagi motosikal yang dinaiki lelaki berusia 40-an terbabas dan terperosok di bahagian hadapan lori berkenaan," katanya.
 
Beliau berkata lelaki itu dikejarkan ke Hospital Balik Pulau untuk mendapat rawatan.
 
Hatta berkata pemandu kereta itu kemudian menyerah diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan. - Bernama

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


Program Promosi <b>di</b> Mydin <b>Bukit Jambul</b> & Naza Cafe Pulau Pinang!

Posted: 09 Jun 2012 08:10 PM PDT

Alhamdulillah..program promosi filem MOMOK Jangan Cari Pasal pada 9hb Jun di Mydin Bukit Jambul dan Naza Cafe di Pulau Pinang berjalan dengan lancar dan jayanya. bagi pihak produksi filem MOMOK..Jangan Cari Pasal, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada Sayang N. Azian, Afisz Aris, Lan M. Nasir, Deejay Ringgo , Sdra Naza, Hemee Wara Dato, Masmunaliza, Pihak Pengurusan Mydin Bukit Jambul, Rakan yang yang tidak dapat saya sebutkan nama mereka di sini dan para peminat di Pulang Pinang dan mereka2 yang telah menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung. Pihak kami akan berada selama sehari lagi (1ohb Jun) di Pulau Pinang dan akan meneruskan program promosi kami di negeri2 sebelah Pantai Timur dan di ikuti sebalah Selatan tanahair. Letih..tapi amat menyeronokkan kerana semua sporting! Terima kasih atas sokongan dan teruskan sokongan anda kepada filem MOMOK..Jangan Cari Pasal.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA <b>DI</b> SMK <b>BUKIT JAMBUL</b>, PULAU

Posted: 01 Jun 2012 07:47 PM PDT


Masa: 8.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada sahabat saya Cikgu Wan Sajiri Wan Hassan (GPK 1), Puan Atikah Mohd. Ariffin (GKMP Bahasa), Datin Noraini Ahmad (Ketua Panitia Bahasa Melayu), guru-guru Bahasa Melayu termasuk guru jemputan dari sekolah berdekatan, serta para pelajar yang terlibat kerana memberi ruang dan peluang untuk saya mengendalikan Program Jerayawara Bahasa di SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang. Semoga kalian mendapat manfaat daripada tip dan taklimat yang disampaikan. 

09 di Gelugor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Gelugor - Google Blog Search


Suara Melayu Baru: MAMPUKAH PARLIMEN TASEK <b>GELUGOR</b> <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2012 12:14 AM PDT

Pejam celik, pejam celik, kita sudah pun menghampiri penghujung Bulan Syawal. Bermula dari hari raya hingga kini rasanya dah tak terhitung jumlah rumah terbuka yg SMB hadiri. Menariknya, kali ini boleh dikatakn hampir semua rumah terbuka menghidangkn menu sate. Hinggakn ada rumah yg sudah tidak menghidangkn menu wajib seperti ketupat, lemang atau nasi himpit. Mungkin ini merupakan satu trend baru. Rasanya kalau diperiksa tahap kolesterol dalam badan mungkin akan naik dari normal.

1.  Mood Aidilfitri kian berlalu. Perkara yg sebelum ini menjadi teka teki kini kembali menjadi sebutan. Seluruh rakyat Malaysia hanya menantikan pengumuman Perdana Menteri berkenaan tarikh pembubaran parlimen yang dijangka akan dibuat pada bila-bila masa sahaja.

2.  Seperti juga tarikh yg akan dipilih oleh Pm, nama bakal calon yg akan bertanding juga menjadi spekulasi di mana-mana. Dari kedai kopi hingga ke hotel 5 bintang, masing-masing meneka-neka nama yg akan bertanding. Dan pastinya ramai juga yg kini sedang sibuk melobi dan menonjolkan diri untuk dipilih sebagai calon.

3.  Begitu jugalah senarionya yang berlaku di Parlimen Tasrk Gelogor. Sudah ada nama-nama yg disebut untuk bertanding baik di kerusi parlimen mahupun DUN. Semuanya mempunyai peluang yg sama rata hinggalah dimuktamadkan oleh Pengerusi BN.

4.  Perlu diingat, Tasek Gelugor merupakan kubu kuat Umno Bn di Pulau Pinang. Parlimen dan ketiga-tiga Dun nya tidak pernah kalah lg sejak dari mula kerusi ini diwujudkan. Persoalannya, jika dilihat senario politik baik di peringkat nasional mahupun tempatan, mamapukh ia kekal menjadi kubu kuat Umno Bn.

5.  Tan Sri Nor Mohamed Yaacop merupakan penyandang kerusi Parlimen. Di pihak musuh politiknya, sudah banyak kelemahan dan kekurangan kini diungkit-ungkit. Isu rebat road tax, dana feedlot, pembabitan setiausaha politiknya dgn rasuah dan bermacam lagi kini menjadi liabiliti kepada Tan Sri Nor.

6.  Tapi di pihak rakyat, lain pula ceritanya. Jika hendak dibandingkan dengan penyandang kerusi sebelum beliau, memang tak dinafikan, banyak perubahannya. Lihat saja pembangunan yang dibuat di Tasek Gelugor. Sudah byk projek mega yg menapak di TS. Maklumlah, Tan Sri Nor merupakan orang kuat JPM bahagian Unit Perancang Ekonomi.

7.  Akhir-akhir ini, bekas ahli parlimen Tasek Gelugor, Dato' Seri Mohamad Shariff Omar berura-ura mahu semula kerusi parlimen. Menggunakan salutan Perkasa, beliau dilihat cuba menarik semula sokongan rakyat. Janji Tan Sri Nor yg dikatakan hanya mahu duduk sepenggal kini mula diungkit.

8.  DS sbg orng lama pasti mempunyai connection kuat di peringkat pusat. Perlu diingat, PM merupakan bekas bos beliau sewaktu memegang jawatan DO Pekan dahulu manakala beliau pernah kerja sebumbung di Kem Pertanian bersama Tan Sri Muhyiddin.

9.  Itu di peringkat pusat, di pihak rakyat pula, DS Shariff memang disayangi rakyat disebabkn sikap beliau yg mengambil berat dan prihatin dgn org2 kampung. Tapi disebabkb sikap buruk beliau yg tidak suka ada pihak yg menetang cakap atau lebih hebat drpd beliau menyebabkan kepimpinan ketandusan pelapis. Pastinya ramai pemimpin tempatan yg pernah beliau jatuhkn tidak mahu beliau kembali. Apatah lagi dgn kedudukan beliau yg tidak lagi memegang sebarang jawatan di peringkat bahagian akan menyukarkan lagi peluang menjadi calon.

10. Seorang lagi pesaing yg pastinya tidak mahu ketinggalan adalah Ketua Bahagian Umno Tasek Gelugor sendiri yakni YB Ustaz Shahabuddin. Beliau merupakn penyandang Dun Permatang Berangan. Namun dari segi populariti beliau sedikit terkebelakang. Mungkin disebabkan latar belakang beliau yg lebih cenderung dalam bidang agama berbanding politik.

11. Kelemahan beliau yg kurang turun padang tidak disenangi masyarakat terutama orang kampung. Namun perlu diingat, ustaz pasti akan menggunakan kedudukan dan pengaruh beliau sebagai Ketua Bahagian untuk dipilih sebagai calon.

12. Kesimpulanya, ketiga-tiga calon memiliki peluang yg sama rata. Golongan berpendidikan dan masyarakat urban lebih cenderung memilih Tan Sri Nor kerana pembangunan yg beliau bawa membuka lebih byk peluang mencari makan. Orang-orang kampung lebih menyenangi sikap ramah dan prihatin DS Shariff. Manakala kelompok yg pernah di'kepak' oleh DS Shariff dan pada masa yg sama tidak dpt cari makan dgn kepimpinan TS Nor mungkin lebih menggemari Ustaz, atau mungkin terus lompat menyokong pembangkang.

Apapun, setiap keputusan terletak di tangan Pengerusi BN. Kita hanya mampu membuat pelbagai telahan dan spekulasi. Insya Allah, jika ada kelapangan, kita akan bercakap berkenaan pemilihan calon di peringkat DUN.

Published with Blogger-droid v2.0.9
 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved