09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search |
BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search Posted: 27 Sep 2012 11:23 PM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||
Anwar Arkitek Ekonomi Majukan Malaysia | Free MalaysiaKini Posted: 27 Sep 2012 11:15 PM PDT SEKITAR tengah hari tadi penulis berjumpa dengan beberapa orang rakan seperjuangan. Sudah tentulah perbincangannya menjurus kepada pembentangan bajet Pakatan Rakyat yang dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Rata-rata kami berbangga dengan pembentangan tersebut kerana ia jelas sekali menyerap semua masalah dan kesusahan rakyat – kalau dapat dilaksanakan. Bukan rahsia rakyat begitu terbeban dengan pelbagai kos sara hidup yang tinggi akibat dari pengurusan kewangan negara yang tidak cermat oleh kerajaan BN dan bajet yang dibentangkan semalam adalah jawapan kepada semua masalah tersebut. Kami juga bersetuju bahawa Anwar adalah seorang pemimpin yang benar-benar memahami aspirasi dan kesusahan rakyat. Tidak pasti bila, tapi penulis tahu Anwar meluangkan begitu banyak masa melihat masalah rakyat, mungkin melalui beberapa siri jelajahnya yang semakin kerap kebelakangan ini. Tidak hairan kenapa bajet Pakatan Rakyat semalam benar-benar kena dengan sasarannya – untuk mengurangkan bebanan rakyat. Siapa sangka, penggerak reformasi berasal dari Ceruk Tok Kun Pulau Pinang ini mempunyai visi yang melangkaui pemikiran begitu ramai orang di negara dan dunia ini, termasuk mereka yang pakar dalam bidang ekonomi sekalipun. Justifikasi berkata demikian ialah, ketika begitu banyak pihak meramalkan kemerosotan ekonomi dunia yang teruk pada 2013, Anwar tampil dengan pembentangan bajet yang dikelaskan banyak pihak sebagai 'berani'. Berani dari segi, yakin dengan kemampuan untuk meneroka potensi sebenar kekayaan negara ini yang kemudian nanti akan dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentu manfaat yang pelbagai. Selain peningkatan subsidi kerajaan, Anwar turut menaikkan gaji kakitangan perkhidmatan awam dan menetapkan gaji minimum sebanyak RM 1,100 yang akan memberi kesan besar kepada kemampuan rakyat berbelanja. Seterusnya menggerakkan ekonomi domestik. Tidak ada pakar ekonomi dunia mana pun yang akan bersetuju kalau kerajaan membelanjakan 50% daripada hasilnya untuk menampung kebajikan rakyat dalam bentuk peningkatan subsidi, tapi Anwar berbeza. Sebagai bekas Menteri Kewangan, sudah tentu beliau tahu dimana tersimpannya punca sebenar kekayaan negara ini untuk menampung semua peningkatan subsidi yang disebutkan di atas disamping menampung kehilangan hasil bagi membiayai semua peningkatan kos tersebut. Pemansuhan hutang PTPTN, lebuhraya percuma, minyak murah dan harga makanan yang rendah adalah 'mimpi' yang diharapkan rakyat di banyak negara di dunia. Memang ada negara yang yang minyaknya murah, tapi pendidikannya mahal, begitu juga dengan harga makanan murah tapi kos pengangkutannya tinggi. Macam-macam. Tapi dengan pembentangan bajet semalam, kelihatannya Anwar mampu menghimpunkan semua itu di negara ini. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan, Malaysia dibawah pemerintahan Anwar Ibrahim adalah model kepada 'syurga dunia' yang diidamkan ramai orang. Mana tidaknya, dikala orang lain mengeluh dengan kos bahan api yang meningkat, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan itu. Begitu juga dengan harga bahan makanan (termasuk yang diimport), harganya akan kekal stabil dan murah walaupun berlaku kenaikan mendadak di pasaran dunia. Semuanya kerana kehebatan Anwar sebagai artikek sebenar ekonomi yang disegani di dunia. Mungkin ada pihak-pihak di luar sana yang ragu-ragu dengan keupayaan Anwar. Untuk golongan ini, penulis nak ingatkanlah, siapa Menteri Kewangan ketika Malaysia mencapai kejayaan ekonomi terbesarnya pada awal dan pertengahan 90-an, kalau bukan Anwar Ibrahim? Ketika itu ekonomi negara berkembang pesat pada kadar 8 – 10% – kejayaan yang tidak mampu diulang mana-mana Menteri Kewangan negara ini selepas itu. Itu sahaja bukti yang cukup meyakinkan kenapa rakyat tidak perlu ragu-ragu dengan bajet yang dibentangkan Anwar semalam. Tidak ada alasan untuk menolaknya kerana ia akan mengubah taraf sosioekonomi rakyat hampir serta merta sebaik dilaksanakan. Pakatan Rakyat sebenarnya beruntung memiliki genius ekonomi seperti Anwar. Ada satu kajian menunjukkan, manusia seperti Anwar hanya lahir satu dari sejuta kelahiran. Bersyukurlah kita bahawa satu yang unik itu sedang berada di negara kita, memimpin Malaysia menjadi kuasa ekonomi dunia!! Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=48895 |
You are subscribed to email updates from di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |