Khamis, 4 Oktober 2012

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 19 May 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Rekod Salasilah Anwar Yang MisteriPublished by nta...

Posted: 19 May 2012 04:04 AM PDT

Rekod Salasilah Anwar Yang Misteri Published by ntanwar on May 18, 2011 | 75 Comments Email dari Ceruk Tok Kun [klik di sini] tentang salasilah Anwar Ibrahim mungkin mengejut ramai pihak, tetapi bagi saya itu bukan perkara baru, saya pernah dengar daripada bekas-bekas sahabat Anwar sebelum ini. Seorang sahabat Anwar yang berasal dari Johor yang terlibat aktif dalam mempertemukan Anwar dengan Wan Azizah, ketika itu Azizah masih belajar di Dublin pernah bercerita perkara ini. Memang ketika mula-mula mendengarnya, agak pelik, dan saya simpan sebagai maklumat persendirian sahaja, tetapi apabila mendengar dari pelbagai sumber yang berlainan, saya mula tertanya-tanya, benarkah salasilah Anwar ini ? Benar, dalam mana-mana wikipedia, tiada catatan tentang sejarah hidup Anwar khususnya berkenaan latar belakang keluarganya yang sejarahnya itu terus melompat ke alam pelajar, terlibat dalam PKPIM, ABIM, sertai UMNO, masuk penjara, PKR dan akhirnya sejarahnya hari ini. Anwar dan ayahnya, Pak Ibrahim Juga tiada buku khusus yang menceritakan sejarah keluarganya, kecuali buku-buku politik yang menceritakan tentang sejarah perjuangan politiknya..bla..bla..bla.. Akhirnya sejarah hidupnya ditinggalkan kosong dengan penuh misteri. Keluarga Rosak Buku pertama yang mendedahkan serba sedikit berkenaan latar belakang keluarga Anwar adalah buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" "Anwar dari keluarga yang rosak. Bapanya, Ibrahim Abd. Rahman mengambil orang gajinya sebagai isteri menyebabkan ibu Anwar Hajah Che Yan hidup tertekan dan mengidap lumpuh. "Mokhtar, adik Anwar pula penagih dadah. Keluarga yang tidak begitu senang dulu sekarang menjadi kaya raya bila Anwar menjadi Menteri Kewangan", Klik di sini Blogger x-pkr menjelaskan lagi tentang Mokhtar. "Banyak masa Mokhtar dihabiskan di Indonesia kerana masalah perbadi yang dihadapinya. Masalah tersebut boleh menjejaskan reputasi Anwar sebagai 'politician' Malaysia serta imej 'Pak Sheikh'nya. "Kerana itu Anwar seboleh mungkin cuba 'menyembunyikan' kekanda sulungnya itu. Untuk rekod, kekanda sulungnya ini tidak berkahwin semasa hayatnya. Klik di sini Menurut x-pkr, seorang lagi adik perempuan Anwar (yang kurang dikenali) telah berkahwin dengan seorang bekas polis pengawal peribadi Anwar yang bersara pada era reformasi 1998, juga bernama Mokhtar. Mokhtar, adik ipar Anwar ini, bertindak sebagai kakitangan pengiring Anwar, tugas sama ketika dia dalam perkhidmatan polis. Pak Ibrahim (bertanda bulat), Sukma Darmawan dan keluarga Anwar di Munich 2004 "Anwar ni nakal sikit, sebab itu keluarga memutuskan Mokhtar menjadi pegawal peribadinya untuk tengok-tengok tingkah lakunya", jelas satu sumber yang dekat dengan keluarga Anwar. Difahamkan, Mokhtar bersama isterinya (adik Anwar) menetap di rumah peninggalan Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya. Barangkali kerana latar belakang keluarganya yang sebegini, maka Anwar mengambil keputusan untuk menyembunyikan salasilah keluarganya dan memperbesarkan mengenai 'kehebatan'nya sebagai pemimpin. Tetapi dalam konteks Melayu-Islam, walau sehebat mana pun seseorang itu, tetap kembali kepada persoalan asas. Siapa dia itu ? Siapa ibu bapanya ? Bagaimana susur galur keturunannya ? Kerana terlalu sembunyikan susur galurnya, maka muncul pula secara tiba-tiba adik angkat Anwar yang berasal dari Indonesia, lelaki bernama, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja. Apakah Pak Ibrahim (bapa Anwar) berasal dari Indonesia atau sering berulang alik ke Indonesia ? Apakah Pak Ibrahim kekurangan anak sehingga memerlukan anak angkat ? AIDCNews mendedahkan fakta sebaliknya, Sukma Darmawan bukan ditemui oleh Pak Ibrahim, sebaliknya ditemui oleh Anwar ketika dia sering berulang alik ke Indonesia, ketika zaman mudanya. Kemudian, Anwar pujuk Sukma Darmawan berhijrah ke Malaysia, tinggal bersamanya di rumah Pak Ibrahim, di No. 27, Jalan SS1/43, Petaling Jaya dan belajar di Sekolah Yayasan Anda, milik Anwar. "Di rumah itu hanya didiami oleh 4 orang iaitu Datuk Ibrahim, isteri mudanya (ibu tiri Anwar), Anwar dan Farizon (adik tiri Anwar). "Apabila Sukma datang sebagai anggota keluarga baru, Datuk Ibrahim telah menempatkan Sukma sebilik bersama Anwar yang ketika itu masih bujang. "Sebelum ini, mungkin ramai yang salah faham, mengatakan Sukma Darmawan menetap bersama arwah Mak Yan, hakikat sebenarnya, Sukma Darmawan menetap bersama madu Mak Yan di Kampung Tunku, Petaling Jaya. "Persoalannya kenapa Anwar tidak menetap bersama arwah Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya ? Kenapa Anwar dan Sukma lebih selesa menetap di rumah bapanya di Kampung Tunku ?, lapor AIDCNews. Klik di sini Anwar Lebih Cenderung Mak Tiri ? Sebelum ini, kita digembar-gemburkan Anwar sangat kasihkan ibunya, arwah Mak Yan, tetapi fakta yang didedahkan Sukma Darmawan sebaliknya. Menurut pengakuan Sukma Darmawan, ketika Anwar masih bujang, dia lebih banyak menetap di rumah bapanya bersama isteri muda di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku, Petaling Jaya, berbanding dengan rumah arwah ibunya, Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya. Persoalannya kenapa ? Farizon (bertanda bulat) di Capetown, Afrika Selatan Mohamad Sabu, dalam Majalah Tamadun, 14 Jun 1998 pernah berkata, "Begitulah juga dengan Rani Ibrahim, Marzuki Ibrahim dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan, adakah kerana mereka pandai berniaga atau kerana saudara mereka menjadi Menteri Kewangan ?". Klik di sini Dalam senarai saham yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 1999, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai penerima saham Bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan. Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizon (anak dengan isteri muda) dan Marzuki (anak dengan Mak Yan) memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.Klik di sini Utusan Malaysia, 18 Oktober 1999 pernah melaporkan bahawa abang Anwar, Idrus Ibrahim pernah ditangkap kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita di kondominium Menara Seputeh. Idrus Ibrahim, merupakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) bahagian Bukit Mertajam ditahan oleh para pegawai Pencegah Maksiat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan polis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Paduka Dr. Abdul Hamid Othman ketika dihubungi di Sik petang ini mengesahkan penangkapan tersebut.Klik di sini Petunjuk Arwah Sulaiman Palestin Idrus (bertanda bulat) dan Chegubard Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin juga merupakan salah seorang keluarga Anwar apabila mengahwini anak saudara Anwar, Zarerah Hanim Md Zaki. Zarerah anak adik Anwar, Rehan Ibrahim yang berkahwin dengan arwah Pak Lang Zaki. Jika melihat petunjuk Chegubard, dia walaupun kaum kerabat Anwar tetapi nampaknya tidak gemar dengan cara Anwar mengemudikan PKR. Kenapa Anwar pinggirkan Chegubard, sedangkan pemuda itu berkahwin dengan anak saudaranya ? Ada yang tidak kena dengan keluarga Anwar ? Paling misteri, Khairuddin Abu Hassan anak saudara arwah Sulaiman Palestin dan mendakwa sepupu Anwar Ibrahim pernah membawa pesan Arwah Sulaiman Palestin bahawa halang kerakusan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Anwar Ibrahim kunjungi arwah Sulaiman Palestin. Khairuddin Abu Hassan (bertanda bulat) Khairuddin Abu Hassan mendakwa Wan Azizah pernah dua kali meminta cerai daripada Anwar Ibrahim. Khairuddin dalam ceramahnya di Jelutong petang semalam mendakwa, kali pertama Wan Azizah meminta cerai daripada suaminya itu ialah pada tahun 1994 dan kali kedua pula pada tahun bulan September 1997 setelah mengetahui `latar belakang sebenar' Anwar. Khairuddin dalam ceramahnya turut mendakwa Wan Azizah pernah dipukul oleh Anwar apabila meminta cerai kali kedua menyebabkan dia melarikan diri dari rumah selama 10 hari, Klik di sini Berdasarkan keterangan di atas, dapat dirumuskan, Mokhtar, Rani (arwah), Idrus, Marzuki, Rehan, Rosli, dan seorang lagi perempuan adalah anak Pak Ibrahim dengan Mak Yam. Farizon satu-satunya anak tunggal Pak Ibrahim dengan isteri muda. Sukma Darmawan pula anak angkat yang tiada pertalian keluarga dengan Pak Ibrahim. Anwar pula anak Pak Ibrahim dengan isteri yang mana ? Share 105 Twitter 5 Email Klik Untuk Cetak: Print Filed in: NTAnwar, PAGES About ntanwar View all posts by ntanwar → You might like: Perkasa Mahu Anwar Kemuka Kabinet Bayangan Bulan Ini Perkasa Mahu Anwar Kemuka Kabinet Bayangan Bulan Ini Tun Mahathir : Muzakarah Umno-PAS Tidak Patut Dihalang Tun Mahathir : Muzakarah Umno-PAS Tidak Patut Dihalang Kita Nak Duduk Diam Sahaja Bila Orang Hina Islam? Kita Nak Duduk Diam Sahaja Bila Orang Hina Islam? Irshad Manji – Event Hari Ni – Betul Tak Putus Asa Dia Ni .. Irshad Manji – Event Hari Ni – Betul Tak Putus Asa Dia Ni .. 75 Responses to "Rekod Salasilah Anwar Yang Misteri" PKR from..http://www.anwaraidc.com/?p=11445

Perjalanan Yang Jauh: Dia Pernah Mencintaimu...Adakah Engkau <b>...</b>

Posted: 23 May 2012 12:24 AM PDT


"Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku," ujar Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi'. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.
"Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?" para sahabat melontarkan soalan
.
Persoalan.


Jika Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?

"Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!" jawab Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam.

Aneh.

Mencintai insan yang belum ada.

Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.

SENYUMAN PERPISAHAN

Tiga hari Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.
Subuh Isnin, 12 Rabi'ul Awwal tahun ke 11H,

Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu 'anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

"Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat," kata Anas bin Malik, Radhiyallahu 'anhu.

Wajah itu mengubat rindu mereka.

Tiga hari yang hilang warna dan sepi.
Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.
Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.

Sangka mereka itu senyum kesembuhan.
Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…
Dhuha Isnin, 12 Rabi'ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
"Fee al-Rafeeq al-A'laa, Fee al-Rafeeq al-A'laa..." Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

"Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi" bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.
Tangan itu rebah terkulai.
Basah dalam bejana air.
Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.
Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.
Merindui saudara-saudaranya.
Kita.

SEBUAH PERTANYAAN CINTA

Justeru…
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….

"Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia" [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa'ie dan Ibn Majah]
sumber: http://saifulislam.com/?p=7648

ANWAR IBRAHIM - KETUA PEMBANGKANG | 1MYBEST

Posted: 30 Apr 2012 08:14 AM PDT

AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH

Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam Pulau Pinang. Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Beliau juga merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

09 di Batu maung - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu maung - Google Blog Search


Samseng UMNO diguna untuk menghalau penduduk kampung <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2012 01:56 AM PDT


Kononnya dengan menghitamkan logo pada 'T' Shirt yang dipakai mereka, mereka berjaya mengaburi mata orang ramai bahawa mereka bukanlah pemuda UMNO.

Selain dari sifat bodoh yang sedia ada, kurang berhati-hati membuatkan terserlah jua siapa mereka yang digunakan untuk mengusir penduduk di Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.


Selain dari itu kehadiran seramai kira-kira 30 orang samseng itu turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismailjuga membuktikan bahawa mereka adalah samseng upahan UMNO.
Penduduk telah diusir oleh  bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor yang memiliki tanah tersebut melalui transaksi yang meragukan.

Malah laporan Polis juga telah dibuat oleh pihak waris pemilik asal tersebut, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka...

Kesimpulannya disini ialah pemimpin UMNO yang telah memiliki tanah ini melalui transaksi yang meragukan telah menggunakan sekumpulan pemuda UMNO yang berlagak samseng untuk menghalau penduduk..

Dan samseng dari Parti yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu ini telah menghalau keluar orang-orang Melayu yang tinggal di situ..

Sebenarnya ini adalah antara ribuan ekar tanah Melayu yang dipindah milik menjadi milik pemimpin UMNO atau ahli UMNO tanpa disedari mereka.. Ada banyak lagi sebenarnya..

*******************************************

ISU TANAH BATU MAUNG : PEMIMPIN UMNO/BN JANGAN MAIN WAYANG

Selaku wakil rakyat Batu Maung saya bertegas mempertahankan hak rakyat di kawasan saya, lebih-lebih lagi setelah mendapati terdapat unsur penipuan yang memungkinkan mereka dianiaya dan dizalimi oleh pihak-pihak tertentu.


Justeru, mana mungkin saya akan merelakan mereka diusir daripada kediaman yang dibina di atas tanah pusaka keluarga sejak berpuluh tahun lalu.

Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka.

Sehubungan itu, pembeli tanah tersebut iaitu Dato' Ab. Wahab bin Ibrahim yang merupakan bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor perlu tampil ke depan bersama-sama penduduk dan kerajaan negeri bagi merungkai masalah yang berlanjutan sejak 10 tahun lalu.

Beberapa laporan polis telah pun dibuat oleh penduduk (waris) pemilik asal, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka.

Bahkan sehingga kini, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes tersebut juga masih belum memutuskan waris sebenar harta pusaka tersebut. Majlis Agama Islam (MAINPP) juga telah membuat laporan polis pada 3 Mac 2011 agar pihak berkuasa menyiasat kes tersebut, kerana dipercayai wujudnya salah laku dan penipuan oleh pihak tertentu.

Ini kerana sebahagian penjualan tanah terbabit dibuat TANPA kebenaran dan persetujuan Baitulmal sebagai pihak yang ada kepentingan ke atas tanah terbabit berdasarkan Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Besar Pulau Pinang bertarikh 8 Mei 1996.

Lanjutan laporan polis oleh MAINPP, pihak polis telah membuat 'kaveat pendaftar' pada 4 Mac 2011 terhadap tanah-tanah berkenaan.

Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis. Sebagai bekas Penceramah Khas Islam Hadhari, Dato' Ab. Wahab perlu menyelesaikan masalah ini secara jujur dan ikhlas.

Beliau seharusnya bertindak seperti mana tuntutan Islam, dan bukannya dengan bertindak mengusir penduduk.

Beliau sewajarnya menunaikan janjinya semasa perjumpaan dengan saya sebanyak dua kali sebelum ini.

Tindakan beliau menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir penduduk sepertimana yang berlaku pada 18 September 2012 lalu, tidak mencerminkan semangat ukhwah sesama Melayu Islam.

Lebih mengecewakan, apabila beliau menggunakan kumpulan daripada Umno untuk mengusir penduduk.

Pada pagi semalam saya telah bergegas ke kampung tersebut setelah penduduk kampung memaklumkan rombongan pihak berkuasa telah tiba untuk mengusir mereka.
 
Apa yang menghairankan, Bailif Mahkamah Seksyen George Town hadir bersama-sama sekumpulan seramai kira-kira 30 orang yang memakai T'shirt putih yang dikaburkan logo Umno dan perkataannya.

Ini ditambahkan lagi dengan kehadiran bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismail yang cuba berlagak sebagai hero dengan lagak ala samseng.

Suasana agak tegang ketika itu, apabila pihak berkenaan berkeras untuk mengosongkan empat buah rumah penduduk yang membabitkan empat keluarga yang mendiami di sana.


Sebahagian barangan penduduk telah dikeluarkan oleh kumpulan berkenaan. Ia hanya terhenti kira-kira jam 1.00 tengah hari apabila penduduk mendapat perintah 'injuksi' mahkamah sehingga 1 Oktober 2012.
Saya percaya kekecohan yang berlaku dirancang pihak tertentu bagi menimbulkan persepsi negatif dan ketidakpuasan hati rakyat Batu Maung kepada saya dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Media kroni Umno/BN pastinya akan menyiarkan dari sudut negatif, tanpa melaporkan hal sebenar. Itu bertujuan bagi menutup tembelang pemimpin Umno/BN selama ini yang berlagak sebagai pembela Melayu, pembela rakyat kononnya.

Pemimpin Umno masih terkedu apabila kerajaan negeri mendedahkan tindakan pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Fauzar menjadi 'broker' menjual tanah milik 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, kepada pemaju dengan mengaut keuntungan atas angin berjumlah RM 5 juta dalam tempoh 3 bulan pada tahun ini.

Pendedahan demi pendedahan oleh Kerajaan negeri , menyerlahkan wajah sebenar dan membuktikan pemimpin Umno/BN telah mengkhianati amanah rakyat Pulau Pinang.

Apa yang jelas, pemimpin Umno/BN cuba melakonkan watak kononnya merekalah pembela rakyat pembela Melayu di atas masalah yang dicipta oleh pemimpin mereka sendiri. Rakyat menilai semua ini.

Pemimpin Umno/BN usahlah bermain wayang.

*Kenyataan Media oleh YB Dato' Abdul Malik Kassim, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang juga ADUN Batu Maung pada 19 SEPTEMBER 2012*

09 di seberang jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di seberang jaya - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di seberang jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Sep 2012 01:57 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

JKM cari waris 2 bayi ditinggalkan <b>di</b> Hospital <b>Seberang Jaya</b>

Posted: 12 Sep 2012 06:25 AM PDT

PENDITA EMAS 999: Iklan Kelas <b>di</b> Safira Country Club/ Resort <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2012 09:07 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Iklan Kelas di Safira Country Club/ Resort Seberang Jaya. Penang 12/10/2012. PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL ...

BLOG PENANG: 09 <b>di seberang jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Sep 2012 01:47 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

CUSTOMS "SECRET" OPERATION EXPOSED? - in Malay

Posted: 21 Sep 2012 07:48 PM PDT


RAHSIA.....Bijaknya Kastam, Operasi Sulit disiarkan di Laman Web untuk Tatapan Umum
DI DALAM semua operasi Penguatkuasaan, satu Perintah Operasi akan dikeluarkan dan berstatus 'SULIT' dengan sampul berlakri (seal) dan hanya boleh dibuka pada hari atau malam sebelum 'Operasi Dilancarkan'.
Sesiapa yang membocorkan arahan boleh didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi atau sekurang-kurangnya diambil tindakan untuk 'Ingkar Perintah'. Perkara ini tidak boleh dihebohkan kepada media, hatta kakitangan Kastam lain yang tidak terlibat dengan Opersi. Pihak Media hanya dipanggil selepas tamatnya sesuatu operasi bagi menghebohkan pencapaian Operasi tersebut.
Berlainan pula ceritanya dengan Operasi Patkor Kastima 18A/2012 yang dijalankan pada 11 – 22 September 2012 yang disebarkan untuk tatapan umum di web rasmi KDRM sebelum berakhirnya Operasi. Malahan tarikh kemaskini turut dipapar sekali iaitu Kemaskini terakhir pada Khamis, 20 September 2012 14:59
Petikan dari laman web rasmi KDRM
Operasi Patkor Kastima 18A/2012 yang melibatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Direktorat Jenderal Bea dan Cukai Republik Indonesia (DJBC) telah dilancarkan oleh Ybhg. Dato' Khazali Bin Hj. Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia pada 11 September 2012 di Kompleks Kastam Seberang Jaya, Pulau Pinang. Delegasi DJBC diketuai oleh Rahmat Subagio, Pengarah Penguatkuasaan dan Penyiasatan DJBC.
Operasi tersebut yang dimulakan sejak 1994 bermatlamat memenuhi pendekatan strategik JKDM dan DJBC dalam membanteras kegiatan penyeludupan di perairan Selat Melaka. Selain itu, operasi ini adalah asas pada kedua-dua pihak dalam pertukaran maklumat, pengalaman, penambahbaikan aktiviti penguatkuasaan dan risikan.
13 kapal dan bot patrol digunakan untuk operasi dari 11 September hingga 22 September 2012. Operasi ini juga melibatkan 60 orang anggota JKDM dan 77 orang anggota DJBC. Kawasan operasi meliputi perairan Pulau Pinang hingga ke Johor di wilayah Malaysia manakala di wilayah Indonesia ia meliputi perairan Sumatera Utara hingga ke Sumatera Selatan.
 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved