Jumaat, 5 Oktober 2012

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 19 May 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 19 May 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Rekod Salasilah Anwar Yang MisteriPublished by nta...

Posted: 19 May 2012 04:04 AM PDT

Rekod Salasilah Anwar Yang Misteri Published by ntanwar on May 18, 2011 | 75 Comments Email dari Ceruk Tok Kun [klik di sini] tentang salasilah Anwar Ibrahim mungkin mengejut ramai pihak, tetapi bagi saya itu bukan perkara baru, saya pernah dengar daripada bekas-bekas sahabat Anwar sebelum ini. Seorang sahabat Anwar yang berasal dari Johor yang terlibat aktif dalam mempertemukan Anwar dengan Wan Azizah, ketika itu Azizah masih belajar di Dublin pernah bercerita perkara ini. Memang ketika mula-mula mendengarnya, agak pelik, dan saya simpan sebagai maklumat persendirian sahaja, tetapi apabila mendengar dari pelbagai sumber yang berlainan, saya mula tertanya-tanya, benarkah salasilah Anwar ini ? Benar, dalam mana-mana wikipedia, tiada catatan tentang sejarah hidup Anwar khususnya berkenaan latar belakang keluarganya yang sejarahnya itu terus melompat ke alam pelajar, terlibat dalam PKPIM, ABIM, sertai UMNO, masuk penjara, PKR dan akhirnya sejarahnya hari ini. Anwar dan ayahnya, Pak Ibrahim Juga tiada buku khusus yang menceritakan sejarah keluarganya, kecuali buku-buku politik yang menceritakan tentang sejarah perjuangan politiknya..bla..bla..bla.. Akhirnya sejarah hidupnya ditinggalkan kosong dengan penuh misteri. Keluarga Rosak Buku pertama yang mendedahkan serba sedikit berkenaan latar belakang keluarga Anwar adalah buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" "Anwar dari keluarga yang rosak. Bapanya, Ibrahim Abd. Rahman mengambil orang gajinya sebagai isteri menyebabkan ibu Anwar Hajah Che Yan hidup tertekan dan mengidap lumpuh. "Mokhtar, adik Anwar pula penagih dadah. Keluarga yang tidak begitu senang dulu sekarang menjadi kaya raya bila Anwar menjadi Menteri Kewangan", Klik di sini Blogger x-pkr menjelaskan lagi tentang Mokhtar. "Banyak masa Mokhtar dihabiskan di Indonesia kerana masalah perbadi yang dihadapinya. Masalah tersebut boleh menjejaskan reputasi Anwar sebagai 'politician' Malaysia serta imej 'Pak Sheikh'nya. "Kerana itu Anwar seboleh mungkin cuba 'menyembunyikan' kekanda sulungnya itu. Untuk rekod, kekanda sulungnya ini tidak berkahwin semasa hayatnya. Klik di sini Menurut x-pkr, seorang lagi adik perempuan Anwar (yang kurang dikenali) telah berkahwin dengan seorang bekas polis pengawal peribadi Anwar yang bersara pada era reformasi 1998, juga bernama Mokhtar. Mokhtar, adik ipar Anwar ini, bertindak sebagai kakitangan pengiring Anwar, tugas sama ketika dia dalam perkhidmatan polis. Pak Ibrahim (bertanda bulat), Sukma Darmawan dan keluarga Anwar di Munich 2004 "Anwar ni nakal sikit, sebab itu keluarga memutuskan Mokhtar menjadi pegawal peribadinya untuk tengok-tengok tingkah lakunya", jelas satu sumber yang dekat dengan keluarga Anwar. Difahamkan, Mokhtar bersama isterinya (adik Anwar) menetap di rumah peninggalan Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya. Barangkali kerana latar belakang keluarganya yang sebegini, maka Anwar mengambil keputusan untuk menyembunyikan salasilah keluarganya dan memperbesarkan mengenai 'kehebatan'nya sebagai pemimpin. Tetapi dalam konteks Melayu-Islam, walau sehebat mana pun seseorang itu, tetap kembali kepada persoalan asas. Siapa dia itu ? Siapa ibu bapanya ? Bagaimana susur galur keturunannya ? Kerana terlalu sembunyikan susur galurnya, maka muncul pula secara tiba-tiba adik angkat Anwar yang berasal dari Indonesia, lelaki bernama, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja. Apakah Pak Ibrahim (bapa Anwar) berasal dari Indonesia atau sering berulang alik ke Indonesia ? Apakah Pak Ibrahim kekurangan anak sehingga memerlukan anak angkat ? AIDCNews mendedahkan fakta sebaliknya, Sukma Darmawan bukan ditemui oleh Pak Ibrahim, sebaliknya ditemui oleh Anwar ketika dia sering berulang alik ke Indonesia, ketika zaman mudanya. Kemudian, Anwar pujuk Sukma Darmawan berhijrah ke Malaysia, tinggal bersamanya di rumah Pak Ibrahim, di No. 27, Jalan SS1/43, Petaling Jaya dan belajar di Sekolah Yayasan Anda, milik Anwar. "Di rumah itu hanya didiami oleh 4 orang iaitu Datuk Ibrahim, isteri mudanya (ibu tiri Anwar), Anwar dan Farizon (adik tiri Anwar). "Apabila Sukma datang sebagai anggota keluarga baru, Datuk Ibrahim telah menempatkan Sukma sebilik bersama Anwar yang ketika itu masih bujang. "Sebelum ini, mungkin ramai yang salah faham, mengatakan Sukma Darmawan menetap bersama arwah Mak Yan, hakikat sebenarnya, Sukma Darmawan menetap bersama madu Mak Yan di Kampung Tunku, Petaling Jaya. "Persoalannya kenapa Anwar tidak menetap bersama arwah Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya ? Kenapa Anwar dan Sukma lebih selesa menetap di rumah bapanya di Kampung Tunku ?, lapor AIDCNews. Klik di sini Anwar Lebih Cenderung Mak Tiri ? Sebelum ini, kita digembar-gemburkan Anwar sangat kasihkan ibunya, arwah Mak Yan, tetapi fakta yang didedahkan Sukma Darmawan sebaliknya. Menurut pengakuan Sukma Darmawan, ketika Anwar masih bujang, dia lebih banyak menetap di rumah bapanya bersama isteri muda di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku, Petaling Jaya, berbanding dengan rumah arwah ibunya, Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya. Persoalannya kenapa ? Farizon (bertanda bulat) di Capetown, Afrika Selatan Mohamad Sabu, dalam Majalah Tamadun, 14 Jun 1998 pernah berkata, "Begitulah juga dengan Rani Ibrahim, Marzuki Ibrahim dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan, adakah kerana mereka pandai berniaga atau kerana saudara mereka menjadi Menteri Kewangan ?". Klik di sini Dalam senarai saham yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 1999, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai penerima saham Bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan. Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizon (anak dengan isteri muda) dan Marzuki (anak dengan Mak Yan) memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.Klik di sini Utusan Malaysia, 18 Oktober 1999 pernah melaporkan bahawa abang Anwar, Idrus Ibrahim pernah ditangkap kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita di kondominium Menara Seputeh. Idrus Ibrahim, merupakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) bahagian Bukit Mertajam ditahan oleh para pegawai Pencegah Maksiat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan polis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Paduka Dr. Abdul Hamid Othman ketika dihubungi di Sik petang ini mengesahkan penangkapan tersebut.Klik di sini Petunjuk Arwah Sulaiman Palestin Idrus (bertanda bulat) dan Chegubard Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin juga merupakan salah seorang keluarga Anwar apabila mengahwini anak saudara Anwar, Zarerah Hanim Md Zaki. Zarerah anak adik Anwar, Rehan Ibrahim yang berkahwin dengan arwah Pak Lang Zaki. Jika melihat petunjuk Chegubard, dia walaupun kaum kerabat Anwar tetapi nampaknya tidak gemar dengan cara Anwar mengemudikan PKR. Kenapa Anwar pinggirkan Chegubard, sedangkan pemuda itu berkahwin dengan anak saudaranya ? Ada yang tidak kena dengan keluarga Anwar ? Paling misteri, Khairuddin Abu Hassan anak saudara arwah Sulaiman Palestin dan mendakwa sepupu Anwar Ibrahim pernah membawa pesan Arwah Sulaiman Palestin bahawa halang kerakusan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Anwar Ibrahim kunjungi arwah Sulaiman Palestin. Khairuddin Abu Hassan (bertanda bulat) Khairuddin Abu Hassan mendakwa Wan Azizah pernah dua kali meminta cerai daripada Anwar Ibrahim. Khairuddin dalam ceramahnya di Jelutong petang semalam mendakwa, kali pertama Wan Azizah meminta cerai daripada suaminya itu ialah pada tahun 1994 dan kali kedua pula pada tahun bulan September 1997 setelah mengetahui `latar belakang sebenar' Anwar. Khairuddin dalam ceramahnya turut mendakwa Wan Azizah pernah dipukul oleh Anwar apabila meminta cerai kali kedua menyebabkan dia melarikan diri dari rumah selama 10 hari, Klik di sini Berdasarkan keterangan di atas, dapat dirumuskan, Mokhtar, Rani (arwah), Idrus, Marzuki, Rehan, Rosli, dan seorang lagi perempuan adalah anak Pak Ibrahim dengan Mak Yam. Farizon satu-satunya anak tunggal Pak Ibrahim dengan isteri muda. Sukma Darmawan pula anak angkat yang tiada pertalian keluarga dengan Pak Ibrahim. Anwar pula anak Pak Ibrahim dengan isteri yang mana ? Share 105 Twitter 5 Email Klik Untuk Cetak: Print Filed in: NTAnwar, PAGES About ntanwar View all posts by ntanwar → You might like: Perkasa Mahu Anwar Kemuka Kabinet Bayangan Bulan Ini Perkasa Mahu Anwar Kemuka Kabinet Bayangan Bulan Ini Tun Mahathir : Muzakarah Umno-PAS Tidak Patut Dihalang Tun Mahathir : Muzakarah Umno-PAS Tidak Patut Dihalang Kita Nak Duduk Diam Sahaja Bila Orang Hina Islam? Kita Nak Duduk Diam Sahaja Bila Orang Hina Islam? Irshad Manji – Event Hari Ni – Betul Tak Putus Asa Dia Ni .. Irshad Manji – Event Hari Ni – Betul Tak Putus Asa Dia Ni .. 75 Responses to "Rekod Salasilah Anwar Yang Misteri" PKR from..http://www.anwaraidc.com/?p=11445

Perjalanan Yang Jauh: Dia Pernah Mencintaimu...Adakah Engkau <b>...</b>

Posted: 23 May 2012 12:24 AM PDT


"Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku," ujar Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi'. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.
"Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?" para sahabat melontarkan soalan
.
Persoalan.


Jika Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?

"Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!" jawab Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam.

Aneh.

Mencintai insan yang belum ada.

Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.

SENYUMAN PERPISAHAN

Tiga hari Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.
Subuh Isnin, 12 Rabi'ul Awwal tahun ke 11H,

Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu 'anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

"Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat," kata Anas bin Malik, Radhiyallahu 'anhu.

Wajah itu mengubat rindu mereka.

Tiga hari yang hilang warna dan sepi.
Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.
Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.

Sangka mereka itu senyum kesembuhan.
Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…
Dhuha Isnin, 12 Rabi'ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
"Fee al-Rafeeq al-A'laa, Fee al-Rafeeq al-A'laa..." Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

"Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi" bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.
Tangan itu rebah terkulai.
Basah dalam bejana air.
Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.
Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.
Merindui saudara-saudaranya.
Kita.

SEBUAH PERTANYAAN CINTA

Justeru…
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….

"Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia" [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa'ie dan Ibn Majah]
sumber: http://saifulislam.com/?p=7648

ANWAR IBRAHIM - KETUA PEMBANGKANG | 1MYBEST

Posted: 30 Apr 2012 08:14 AM PDT

AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH

Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam Pulau Pinang. Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Beliau juga merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Jawatan Kosong Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b> (25 September <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 12:20 AM PDT

Tanah Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b> Didakwa Dijual Kepada <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2012 07:31 AM PDT

GEORGETOWN: Beberapa tanah dan hartanah milikan kerajaan negeri Pulau Pinang di beberapa kawasan didakwa dijual kepada individu dan syarikat swasta dipercayai penyokong pimpinan kerajaan negeri DAP itu.

Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendakwa, tanah di Jalan Taman Free School dan Lengkok Ariff di Masjid Negeri telah dijual kepada pembeli yang sama dan juga merupakan pengundi di kawasan Bagan.Beliau mendakwa tanah seluas lebih 10,000 kaki persegi di Lengkok Ariff merupakan penjualan terbaharu yang didedahkan oleh rakyat Pulau Pinang dan kedua-dua tanah itu selesai dipindah milik pada 29 September tahun lalu.Oh berkata kedua-dua tanah tersebut yang dijual kepada pembeli yang sama dan dipercayai pengundi di kawasan Bagan telah menimbulkan kecurigaan kerana kebetulan Ketua Menteri Lim Guan Eng adalah Ahli Parlimen Bagan.

Pada sidang akhbar di sini hari ini, Oh turut mendedahkan penjualan tanah di Jalan C.Y. Choy kepada syarikat swasta di mana pemilik syarikat itu juga didakwa
penyokong Lim di kawasan Bagan.

Pemuda Gerakan Pulau Pinang mendesak kerajaan negeri memberikan penjelasan tentang berapa hektar tanah yang telah dijual sejak pakatan pembangkang berkuasa pada 2008 dan berapa hektar tanah yang masih tinggal sehingga kini.
"Sekiranya kerajaan negeri terus menyembunyikannya, maka ini menunjukkan bahawa kerajaan ini beroperasi secara tertutup. Kita juga meminta kerajaan negeri supaya berhenti menjual tanah kerana ini akan merugikan rakyat Pulau Pinang," katanya.

Oh berkata rakyat Pulau Pinang mengundi kerajaan pakatan pembangkang pada 2008 supaya menjaga dan membela nasib mereka dan bukan untuk menjual tanah-tanah milik rakyat negeri ini.

Pemuda Gerakan negeri turut mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri yang tidak memaparkan laporan tahunan dalam laman sesawang Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Amalan kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa memerintah ialah memaparkan laporan tahunan mengenai tanah MPPP termasuk tanah yang telah dijual. Kini amalan itu dihentikan sejak pakatan pembangkang ambil alih pada 2008," katanya.

Kerajaan negeri dikatakan aktif menjual tanah dan hartanah miliknya sejak berkuasa pada 2008 seperti tanah di Jalan Taman Free School, 0.44 hektar tanah di Jalan Zainal Abidin dan tanah di Jalan C.Y. Choy.

Selain itu, hartanah milikan MPPP di kawasan bandar raya turut dijual seperti sembilan buah bangunan rumah praperang di Jalan Magazine, lima buah bangunan rumah di Jalan Kimberly dan sebuah bangunan rumah di Lorong Hutton.

Oh berkata hanya 12 peratus daripada jumlah keluasan tanah di Pulau Pinang adalah milikan kerajaan negeri, tetapi selepas pakatan pembangkang berkuasa pada 2008, tanah berkenaan dijual secara berterusan. – BERNAMA

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


Hujan lebat, tanah runtuh <b>di Batu Ferringhi</b>, Tanjung Bungah | Oh <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2012 12:57 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Hujan lebat berterusan lebih enam jam sejak pukul 2.30 pagi ini mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Batu Ferringhi dan Tanjung Bungah. See more here: Hujan lebat, tanah runtuh di Batu Ferringhi, Tanjung Bungah ...

09 di kepala batas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


PASPB: UMNO PANAS!!! <b>Kepala Batas</b> bakal tumbang, Pulau <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2012 11:23 PM PDT

Nampaknya semakin hari semakin bermasalah parti yang kununnya memperjuangkan nasib orang Melayu, terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Terbaru, parlimen Kepala Batas yang dipegang bekas Perdana Menteri yang diarah berundur, Abdullah Badawi kini menjadi panas sekiranya dia tidak tersenarai semula sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang.

Menurut Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Ishak, sekiranya bapa mertua ahli parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno-APCO, Khairy Jamaluddin itu berhasrat untuk bersara, bukan setakat Kepala Batas sukar untuk dipertahankan tetapi angan-angan Umno-APCO untuk merampas semula negeri itu hampir pasti pudar.

Sudahlah tiada seorang pun pemimpin muda dalam Umno-APCO negeri mampu menggantikan kredibiliti Pak Lah, pemimpin kanan parti seperti Zainal Abidin Osman dan Ketua Pembangkang di DUN, Azhar Ibrahim sudah tidak dihormati sebilangan orang Melayu sendiri.

Tambahnya lagi, jika Pak Lah memutuskan perkara tersebut di saat akhir sebelum parlimen dibubarkan, bukan setakat Kepala Batas akan terlepas malah dua DUN di dalam parlimen tersebut akan jatuh ke tangan PAS, sekutu kuat Pakatan Rakyat.

Dua DUN tersebut adalah Penaga yang dipegang sendiri Azhar dengan majoriti tipis 1,231 undi dan Bertam yang disandang Zabariah Abdul Wahab yang menang dengan majoriti 2,652 undi sahaja.

Satu lagi kerusi DUN dianggap selamat iaitu Pinang Tunggal yang diwakili Roslan Saidin yang menang dengan majoriti 3,235 undi.

Pak Lah sendiri yang memenangi kerusi tersebut sejak 1978 kehilangan majoriti undi besar lebih 7,000 undi dalam pilihanraya umum lalu jika dibandingkan dengan pilihanraya 2004.

Rahmad juga menempelak formula Naib Presiden Umno-APCO, Zahid Hamidi yang mahukan sistem 3-3-1-1 diguna pakai di saat orang Melayu negeri itu masih kekal dengan Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan PKR.

Menurutnya lagi, MCA, MIC dan Gerakan yang menjadi ketua kerajaan sebelum ditumbangkan pada 2008 masih belum mampu bangkit dari kekalahan memalukan dan ini katanya adalah mustahil buat Barisan Nasional (BN) merampas semula negeri yang kini diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dengan 40 kerusi DUN keseluruhan, Umno-APCO cuma mampu memenangi 11 kerusi manakala komponen BN lain kesemuanya kalah di tangan calon Pakatan Rakyat.

Sekiranya trend ini berterusan dan Pak Lah berhasrat untuk berundur tanpa meletakkan pengganti yang layak dihormati sepertinya di Kepala Batas, impian dan angan-angan Umno-APCO dan BN kini cuma tinggal angan-angan semata-mata.



JALAN PULANG

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Sep 2012 11:40 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Inspirasi Emas - Rumah terbuka Public Gold, Public Safe, Relau

Posted: 16 Sep 2012 05:01 AM PDT

Pada 8 & 9 September yang lepas, Public Gold hampir di seluruh cawangan di Malaysia ada buat Rumah Terbuka khas untuk semua customer, dealer2 dan juga famili2/ kawan2. So saya ada sempat menjemput dealer2 saya dan rakan2 juga customer untuk hadir majlis tersebut.

Ada yang reply msg kata x boleh hadir, ada yang reply msg kata boleh hadir dan ada yang senyap terus pon ada. hehe so taktau la masih wujud ke x nombor phone diorg2 yg senyap tu :)

Untuk makluman, bagi di negeri Pulau Pinang, tak dibuat di Bukit Jambul, di Bishop pon tak juga..tapi kali ni di Public Safe, Relau, (berhadapan dengan PISA)

Public Gold Bukit Jambul berpindah tempat

Apa?? ada yang masih tak tau?? Public Gold di Bukit Jambul sebenarnya telah pindah ke Public Safe, Relau

So kalau ada yang pi kat bukit jambul tu mungkin terkejut la tengok Public Gold dah tutup sebab berpindah tempat bukan sebab 'bankrap' hehe

Apa yang menariknya, lepas ni seminar tidak lagi dibuat kat Bishop, sebab ramai kata kat bishop tu agak jauh sikit..so kalini semua seminar akan dibuat di Public Safe tingkat 3. Pernah tengok tak camna rupa Public Safe ni?

Public Safe

Untuk maklumat lanjut tentang Public Safe ni sebenarnya anda smua boleh cek kat website  Public Safe http://www.publicsafe.com.my

Saya sendiri pon dah tempah peti simpanan kat sini, ada yang tanya saya, boleh tak nak simpan emas company lain? nak simpan silver boleh tak? sebenarnya, nak simpan apa pon boleh. tak kisah pon.. janji bukan bahan terlarang.

So saya harap lepas ni takda la orang takut2 nak simpan emas ok :) sebab apa?? sebab dah ada peti simpanan khas untuk anda sewa. Murah je.. maklumat lanjut boleh cek kat web saya bagi tadi ok

Rumah Terbuka

Buat julung kalinya, Public Gold buat rumah terbuka khas untuk kita semua pada 8&9 September yang lepas.

Alhamdulillah ramai juga yang datang ke majlis tersebut. Makan free je..rugi sapa tak mai..hehe

Tapi saya betul2 respek la diorg ni sanggup datang walaupun hujan lebat sangat hari tu.

ni ha muka2 dealer, customer dan kawan2 saya yang datang pada hari tu.

Dealer-dealer, customer dan rakan2 yang hadir, yang dukung anak tu la orang yang kenalkan saya dengan dunia emas. Tq :)

Pasangan suami isteri yang bersemangat kental..penuh dengan idea diorg ni.. :)

Sempat bergambar dengan Dato' Louis Ng, founder emas Public Gold. Cayala Dato' sporting gila.. :) en Syukor jutawanemas pon turut hadir majlis memeriahkan majlis tersebut. tapi kan tak sangka pulak ada reporter yang turut hadir pada masa tu. taktau pon kata dia tu reporter hehe..

kira ok la kan, pi makan FREE ja, tapi boleh masuk paper..tapi taktau la paper ni cerita pasai apa kan..hahaha

Dealer Kawin

Saya juga nak ucapkan tahniah kat Dealer saya ni, en Ismail Hakimi, yang berkahwin hari ni 16 September 2012. Tahniah sekali lagi dan semoga bahgia hingga ke akhir hayat :)

sama cantik sama padan :) Congrats!!

Dealer Baru

Ok la, sebenarnya saya nak update sikit, Dealer terbaru inspirasi emas, orang MELAKA

jom kita berkenalan dengan Dealer baru ni.

Nama : Azahar Nordin

Status : Dealer (PG026600)

No Tel : 016-3121685 / 017-6791685 / 019-6606022

Kawasan : Seluruh Melaka / Tampin

email : tadbiremas@gmail.com

Jadi kepada mereka yang nak beli emas di negeri Melaka atau Tampin, boleh la contact si abg hensem kita ni En Azahar. InsyaAllah dia sedia bantu anda smua :)

Sekian saja dulu, Assalamualaikum..

Amir Firdaus Bin Abdul Aziz

Master Dealer (PG000330)

012-5853035

inspirasiemas@gmail.com

09 di Gelugor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Gelugor - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2012 01:17 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

teganuku: 2,000 Hadiri Rumah Terbuka Rahman Bakar <b>di Gelugor</b> <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2012 08:16 PM PDT

09 di seberang jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di seberang jaya - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di seberang jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Sep 2012 01:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PANAS : SEMUA BLOGGERS PULAU PINANG BERKAMPUNG <b>DI</b>

Posted: 06 Jul 2012 11:54 PM PDT

Ahad ini 8 July.. EP bersama bloggers Penang akan berkampung di Sunway Carnival Seberang Jaya.. Semua rakan dan pembaca yang berdekatan dijemput hadir.. Lebih daripada 90 hadiah menarik cabutan bertuah disediakan untuk peserta seperti IPad, Tablet PC, Blackberry, Kamera Digital, Telefon Bimbit dan Banyak Lagi.... Jangan lepaskan peluang keemasan ini...Jumpa anda disana..

** Pendaftaran bermula seawal jam 1 petang....

LI <b>di Seberang Jaya</b> - Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2012 06:44 PM PDT


PENAWARAN LATIHAN INDUSTRI DI VALTECH ENTERPRISE SEBERANG JAYA,PULAU PINANG.

Syarikat kami adalah pengedar untuk Produk Sanitari Sensor Automatik. Profil syarikat kami adalah seperti
yang dilampirkan bersama-sama dengan surat ini. Syarikat kami ingin menawarkan para pelajar tuan yang
menuntut di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik(JKE) untuk menjalani latihan industri.

Para pelajar tuan akan didedahkan dengan pelbagai perkara baru apabila mereka menjalani latihan
perindustrian di syarikat kami seperti mempelajari bagaimana produk-produk kami berfungsi .Kebanyakkan
produk kami melibatkan kerja-kerja teknikal ringan dan terperinci. Malah para pelajar tuan juga akan melakukan kerja-kerja luar seperti memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami seperti hospital, kilang,hotel yang berprestij dan sebagainya.

Selain daripada menjalani latihan industri, syarikat kami juga ingin pelajar tuan memberi dan menunjukkan
inisiatif sendiri dalam melakukan kerja ketika berada di syarikat kami. Ini akan membantu para pelajar untuk lebih berdikari pada masa hadapan di dalam persekitaran kerja yang sebenar.

(Clarina )
Pengurus Khidmat Pelanggan.
Valtech Enterprise.
www.valtech-group.com
Mobile: 012-476 3717
Email: clarina@valtech-group.com

Valtech Enterprise (AS0160213-X)
B-1-12, Casa Prima, Jalan Sutera Prima
13700 Seberang Jaya
Penang, Malaysia.
Tel : 04-390 1762 Fax : 04-3903017
Email : marketing@valtech-group.com

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved