Selasa, 6 November 2012

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Sep 2012 11:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Anwar Arkitek Ekonomi Majukan Malaysia | MyNewsHub

Posted: 27 Sep 2012 02:11 AM PDT

SEKITAR tengah hari tadi penulis berjumpa dengan beberapa orang rakan seperjuangan. Sudah tentulah perbincangannya menjurus kepada pembentangan bajet Pakatan Rakyat yang dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Rata-rata kami berbangga dengan pembentangan tersebut kerana ia jelas sekali menyerap semua masalah dan kesusahan rakyat – kalau dapat dilaksanakan.

Bukan rahsia rakyat begitu terbeban dengan pelbagai kos sara hidup yang tinggi akibat dari pengurusan kewangan negara yang tidak cermat oleh kerajaan BN dan bajet yang dibentangkan semalam adalah jawapan kepada semua masalah tersebut.

Kami juga bersetuju bahawa Anwar adalah seorang pemimpin yang benar-benar memahami aspirasi dan kesusahan rakyat. Tidak pasti bila, tapi penulis tahu Anwar meluangkan begitu banyak masa melihat masalah rakyat, mungkin melalui beberapa siri jelajahnya yang semakin kerap kebelakangan ini.

Tidak hairan kenapa bajet Pakatan Rakyat semalam benar-benar kena dengan sasarannya – untuk mengurangkan bebanan rakyat.

Siapa sangka, penggerak reformasi berasal dari Ceruk Tok Kun Pulau Pinang ini mempunyai visi yang melangkaui pemikiran begitu ramai orang di negara dan dunia ini, termasuk mereka yang pakar dalam bidang ekonomi sekalipun….Baca Selanjutnya Di Sini

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Jet Peribadi: Kemewahan Yang Anwar Tidak Mahu Rakyat Tahu <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2012 09:43 PM PDT

September 24, 2012   ·   47 Comments

SELANGOR-1

KALAU ikut ironi, Anwar Ibrahim sekarang hanya kurang 1 jenis pengangkutan awam yang belum berada dalam pemilikannya, iaitu kapal laut dan yang seumpama dengannya.  Lain dari itu, semua jenis sudah ada, bas, treler, kereta, 4WD dan terbaru, jet peribadi.

Itupun rasanya, akan datang dapat jugalah kita lihat kapal dengan muka Anwar padanya, dilihat dari jumlah sumbangan dana yahudi kepada NGO-NGO haram yang ada kaitan dengan Anwar dan Pakatan Rakyat seperti SUARAM, IKD dan Bersih (sekadar menyebut beberapa).  Dana yang khabarnya sudah mencecah nilai jutaan ringgit kalau dihimpunkan semua sekali.

Alasannya nanti, senang Anwar dan rombongannya nak melawat pulau-pulau di negara ini untuk berkempen memenangkan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.  Hakikatnya, Pakatan Rakyat tak daftar pun.

Mewah tak mewah Anwar tu ya.

Tapi hari ini penulis lebih minat nak cerita soal jet peribadi itu dulu sebab gambar Anwar dalam jet itu dah ada depan mata, kapal belum lagi, dah ada besok kita ceritalah.

Rasanya takat duit-duit kumpul dari tin milo ni mungkin tak seberapa sangat nilainya, cukup-cukup nak bayar upah penceramah sajalah kot.  Itupun tak boleh nak kata juga sebab Bendahari PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli juga digambarkan bersama-sama dalam jet peribadi tersebut.

Kita tak mahulah berspekulasi kenapa dalam ramai-ramai pemimpin PAS yang ada, Bendahari PAS sahaja yang diberi penghormatan untuk naik pesawat mewah tersebut. 

Terserah kepada semua orang untuk menilainya macam mana sebab yakinlah, lepas kecoh-kecoh ni, tak siapa di antara pemimpin yang terlibat nak buka mulut pasal isu ini lagi dah.

Tapi apa pun macai PAS yang bodoh-bodoh menghulurkan 'derma jihad' dalam tin milo di ceramah-ceramah, boleh berbangga sedikit sebanyak sebab wang derma macai semua sudah mampu menyewa jet peribadi yang di datangkan khas dari Amerika Syarikat sana untuk bawa Anwar dan juak-juaknya berjalan ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

Diri sendiri ada yang tak mampu nak naik kapal terbang sekalipun, apatah lagi jet peribadi tapi sebab bodoh punya pasal, orang lain yang merasa kenikmatan dari 'derma jihad' yamg macai semua hulurkan.

Walaupun Tien Chua dipetik NST hari ini sebagai berkata "The private jet in which Anwar had flown last week was 'quite cheap' to charter" (Jet peribadi yang digunakan Anwar untuk terbang minggu lepas adalah 'agak murah' untuk disewa), itu tidak mengurangkan kemarahan rakyat Malaysia yang rata-rata sakit hati dengan sikap hipkorasi Anwar dan juak-juaknya.

Jet peribadi tu, berapa murah yang kita cakapkan sekarang  ni?  RM 1 juta atau RM 2 juta, berapa murah?  Ingat ya, jet itu disewa dari sebuah syarikat di New York sana dan berada di Malaysia beberapa hari untuk mengangkut Anwar dan rombongannya.

Jadi berapa murahkah yang dimaksudkan?  Yang pasti bukan RM 1000 ke bawah punya nilai.

Oh ya, sebelum terlupa, soal Anwar menyewa jet peribadi 'murah' ini tidak ada kaitan dengan sesiapa ya, sebab tidak ada gambar.  Jadi gebang banyak-banyak pun menuduh orang sana, menuduh orang sini pun guna jet peribadi, tidak ada gunanya sebab tidak ada bukti.

Sedangkan yang jet peribadi 'murah' yang kita cakapkan sekarang ini, ada bukti, ada gambar, dipostkan pulak di Twitter pemimpin PKR sendiri, bukan pandai-pandai buat cerita.

By


di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


UCAPAN BAJET TAHUN 2013 <b>NEGERI PULAU PINANG</b> « Lim <b>...</b>

Posted: 01 Nov 2012 11:59 PM PDT

AGENDA EKONOMI SAKSAMA (AES)– NEGERI PERTAMA DI MALAYSIA YANG MEMBASMI KEMISKINAN

Saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang yang bernama "Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2013 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan tahun itu" dibaca kali kedua.

PENDAHULUAN

Y.B. Dato' Speaker,

1. Sempena dengan persidangan Dewan yang mulia ini, marilah kita sama-sama memanjat kesyukuran di atas kesempatan yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada kami, Anggota Pentadbiran Negeri serta barisan pimpinan yang lain serta dengan keizinanNya juga, dapat saya membentangkan Bajet 2013 Negeri Pulau Pinang di Dewan yang mulia ini. Saya bagi pihak kepimpinan negeri dan semua penjawat awam Negeri Pulau Pinang ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, di atas segala pandangan dan nasihat yang diberikan kepada kita bagi memajukan Negeri Pulau Pinang yang kita cintai ini. Kami, kepimpinan negeri dan seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang mendoakan agar Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan sentiasa diberi kesejahteraan, dipanjangkan umur dan mendapat keberkatan dan kerahmatan untuk terus menerajui Negeri Pulau Pinang.

2. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua Ahli Yang Berhormat dan hadirin yang beragama Islam yang baru sahaja merayakannya pada 26 Oktober 2012 yang lalu. Tidak lupa juga untuk saya mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu yang akan merayakannya pada 13 November 2012 nanti.

3. Kita amat bersyukur kerana rancangan, projek dan program Kerajaan Negeri yang dilaksanakan telah berjalan lancar dan dimanfaatkan oleh rakyat Negeri Pulau Pinang walaupun pelbagai rintangan, cabaran dan sekatan perlu diharungi. Kejayaan ini berkat sokongan padu yang diberi oleh rakyat kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sejak mula mentadbir, yang menjadi sumber kekuatan kepada Kerajaan Negeri untuk melipat gandakan lagi usaha dalam meneruskan pembelaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

4. Pembentangan Bajet 2013 ini merupakan kali kelima dan terakhir yang dibentangkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sebelum kita menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya, barisan kepimpinan Kerajaan Negeri dengan penuh keikhlasan bertekad untuk meneruskan agenda dan strategi pembangunan untuk Negeri Pulau Pinang demi membina masa depan yang lebih cerah dan makmur untuk segenap lapisan masyarakat. Lantaran itu, Bajet 2013 yang bertemakan Agenda Ekonomi Saksama (AES) adalah menfokuskan kepada strategi untuk mengurangkan ketidaksaksamaan agar ia dapat menggerakkan pertumbuhan ekonomi negeri dan menjana pendapatan untuk membolehkan pengagihan yang lebih saksama dan adil kepada rakyat dan sekaligus meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan kepada semua lapisan rakyat Pulau Pinang keseluruhannya baik kaya dan miskin tanpa mengira kaum, agama dan jantina.

DASAR DAN STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI

5. Prinsip asas Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang menjadi pegangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat adalah menjadi penyumbang kepada kejayaan yang dikecapi oleh Pulau Pinang hari ini. Selain daripada menerapkan budaya kerja berprestasi tinggi dan berkemahiran dalam tadbir urus dan pengurusan kewangan negeri yang cekap dan berhemat selama ini, Pulau Pinang kini turut menjadi pilihan para pelabur dan penggiat industri di peringkat global.

A. MERANCAKKAN EKONOMI DAN PEMBANGUNAN NEGERI

6. Kerajaan Negeri sememangnya komited ke arah menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri bertaraf antarabangsa yang berpendapatan tinggi (high income economy) meskipun dalam persekitaran global yang tidak menentu dan mencabar. Kerajaan Negeri yakin untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandaraya pintar dan antarabangsa dapat dicapai melalui pembangunan yang dirancang yang dapat menarik modal insan serta menyediakan dasar-dasar berjiwa rakyat yang mentransformasikan Pulau Pinang kepada sebuah ekonomi yang maju dan mampan.

7. Pembangunan akan diteruskan dengan penekanan kepada pelbagai sektor ekonomi dan juga penglibatan semua pihak daripada rakyat jelata Pulau Pinang. Bagi menyokong perkara tersebut, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan pembangunan secara langsung berjumlah RM363.39 juta pada tahun 2013, bagi pelaksanaan projek-projek pembangunan di seluruh Pulau Pinang. Peruntukan yang disediakan ini melibatkan pertambahan sebanyak 9.15% berbanding peruntukan tahun 2012.

B. MENGGIATKAN SEKTOR PELABURAN DAN PERINDUSTRIAN

8. Kejayaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjalankan urustadbir berintegriti berteraskan prinsip CAT, menyatupadukan rakyat, memastikan keselamatan awam dengan memerangi jenayah serta wujudnya modal insan terlatih merupakan faktor kejayaan Pulau Pinang menjadi jaguh pelaburan untuk dua (2) tahun berturut-turut pada 2010 dan 2011.

9. Bagi menggalakkan pelaburan baru, Kerajaan Negeri telah mempelbagaikan aktiviti galakan untuk sektor-sektor baru yang berpotensi iaitu industri elektronik, termasuk diod pemancar cahaya (LED), avionik/aeroangkasa, fotovoltaik/suria dan semikonduktor; peralatan perubatan dan bioteknologi.

10. Tumpuan terhadap pembangunan IKS tempatan tidak pernah diabaikan. Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Pusat Penasihat Pasaran, Sumber dan Latihan IKS (SMART Centre), Pusat IKS (SME Centre) dan Perkampungan IKS (SME Village). Pembinaan SME Centre di Bayan Lepas dengan ruang sewa seluas 129,481 kaki persegi telah berjaya disiapkan pada bulan Jun 2012. SME Village yang dibangunkan di Batu Kawan bermatlamat untuk menempatkan IKS secara berkelompok bagi membolehkan syarikat-syarikat IKS mengembangkan perniagaan dan memajukan perniagaan sendiri.

C. MERANCAKKAN SEKTOR PELANCONGAN DAN WARISAN

11. Sektor pelancongan adalah sektor ekonomi kedua terpenting kepada Negeri Pulau Pinang. Pengiktirafan Pulau Pinang sebagai 'Eighth Most Liveable City In Asia' oleh ECA International pada tahun 2008-2012 dan paling sesuai diduduki di Malaysia serta '8 Top Islands in the world You Must Explore Before You Die' oleh Yahoo Travel telah meletakkan Pulau Pinang sebaris dengan destinasi pelancongan utama di Asia.

12. Beberapa kawasan di Daerah Seberang Perai mempunyai banyak lokasi pelancongan menarik dan berpotensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan baru. Pertambahan kemasukan pelancong ke Seberang Perai mampu meningkatkan kadar occupancy kepada hotel-hotel di Seberang Perai serta homestay yang kini semakin berkembang. Projek eko-pelancongan khususnya di Juru Auto City, projek makanan laut di Jeti Batu Kawan dan Projek Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah di Penaga diyakini sebagai destinasi utama pelancong.

13. Saban tahun Pulau Pinang menjadi destinasi penganjuran acara-acara kebudayaan nasional dan antarabangsa. Untuk itu, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM8.27 juta bagi tahun 2013 untuk menyokong penganjuran acara-acara kebudayaan dan tarikan pelancongan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Malahan, pembinaan projek subterranean Penang International Convention and Exhibition (sPICE) di PISA bernilai RM300 juta yang dijangka siap pada 2015 bakal mempromosikan Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) kepada masyarakat antarabangsa.

14. Sektor pelancongan warisan juga menjadi salah satu agenda Kerajaan Negeri di dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri. Pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO telah mempromosikan Pulau Pinang. Justeru, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan berjumlah RM6.10 juta bagi tahun 2013 kepada Georgetown World Heritage Incorporated (GTWHI) untuk terus memainkan peranan menguruskan dan mempromosikan warisan negeri ini kepada pelancong tempatan dan asing.

15. Bagi merealisasikan warisan ini, Kerajaan Negeri kini dalam proses menyediakan Rancangan Khas Kawasan untuk memulihara, menaik taraf dan melindungi Kawasan Warisan Dunia George Town, Taman Botani dan Bukit Bendera yang melibatkan rundingan awam. Kerajaan Negeri juga telah mengumumkan rundingan awam untuk membangunkan KOMTAR Fasa 5 sebagai Penang Heritage Square dengan menubuhkan taman awam yang baru, dataran awam dan pusat kesenian dan budaya.

16. Kejayaan Negeri Pulau Pinang sekali lagi bakal terserlah apabila menjadi tuan rumah kepada Persidangan Ekopelancongan Asia Pasifik (APECO 2012) yang dijadual berlangsung pada 28 hingga 30 November di Hotel Eastin. Pembinaan Escape Theme Park di Teluk Bahang sebanyak RM200 juta yang akan siap fasa 1 pada bulan ini akan menjadi tarikan pelancong yang baru.

D. MEMPERKUKUHKAN INDUSTRI HALAL

17. Selepas 4 tahun, Taman Perindustrian Halal Pulau Pinang (TPHPP) telah menerima 10 pelaburan daripada syarikat tempatan dan antarabangsa dengan nilai pelaburan bernilai RM484 juta merangkumi 54.09 ekar tanah industri. Kilang gelatin Halal yang pertama di Malaysia akan dibangunkan di zon Farmaseutikal, TPHPP dan akan memulakan pembinaannya awal tahun 2013. Dijangkakan kilang ini berupaya menghasilkan kapasiti pengeluaran gelatin halal sebanyak 2,000 hingga 3,000 tan metrik setahun melalui penggunaan mesin berteknologi tinggi.

18. Bagi mempertingkatkan bilangan syarikat berstatus halal, Halal Penang dan Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah bergiat lebih pro-aktif bagi mempromosikan lebih banyak outlet makanan di Pulau Pinang untuk mendapatkan pensijilan halal, di samping memantau restoran makanan yang menyalahgunakan logo halal JAKIM. Melalui gandingan usaha ini, 11 buah francais outlet Subway dan 16 buah francais outlet Old Town White Coffee di Pulau Pinang telah berjaya mendapat pengiktirafan status Halal JAKIM. Hasil usaha promosi yang agresif oleh Halal Penang juga telah berjaya meningkatkan jumlah syarikat berstatus halal di Pulau Pinang sebanyak 605% iaitu dari hanya 55 buah syarikat pada tahun 2008 kepada 388 buah syarikat pada tahun 2012.

19. Bagi mempromosikan sektor pelancongan halal di Pulau Pinang, Halal Penang dengan kerjasama Penang Global Tourism telah menerbitkan sebanyak 10,000 salinan "Experience Penang – Muslim Travel Guide" pada bulan Februari 2012. Direktori ini yang juga bakal diterbitkan dalam versi Bahasa Arab telah diedarkan di beberapa lokasi strategik yang menjadi tumpuan pelancong.

20. Satu pencapaian lagi yang membanggakan adalah penganjuran Penang International Halal Exposition and Conference (PIHEC) selama tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2010 dan disenaraikan sebagai ekspo halal tahunan utama di rantau IMT-GT. Bagi tahun 2012, penyertaan dari pemamer merekodkan pencapaian yang memberangsangkan dengan peningkatan penyertaan sebanyak 161 syarikat dan agensi kerajaan serta penglibatan syarikat-syarikat antarabangsa daripada Iran, Indonesia, Belgium, Taiwan dan New Zealand. Malahan, PIHEC 2012 telah berjaya menarik lebih daripada 50,000 pengunjung.

E. MENINGKATKAN KUALITI KEMUDAHAN AWAM DAN INFRASTRUKTUR

21. Kerajaan Negeri amat komited dalam memastikan infrastruktur jalanraya di Negeri Pulau Pinang setaraf dengan negara-negara maju. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah mempelawa syarikat-syarikat yang berpengalaman untuk menyertai Request for Proposal (RFP) bagi projek infrastruktur jalan raya dan terowong bawah laut sebagai "bypass" dan "ring road" yang dianggarkan melibatkan kos antara RM5 bilion hingga RM8 bilion.

22. Proses pra kelayakan untuk menyertai RFP ini telahpun selesai pada 14 Januari 2012 dan 8 buah syarikat yang layak telah diberi tempoh sehingga 15 Oktober 2012 untuk menyediakan rekabentuk dan kertas cadangan projek untuk pertimbangan Kerajaan Negeri. Pelaksanaan projek-projek mega ini mampu menyelesaikan kesesakan lalulintas di Bandar George Town dan dalam masa yang sama memacu pembangunan ekonomi negeri.

23. Pengurusan aset jalan negeri juga diberi penekanan supaya ianya dapat diselenggara dengan baik demi kemudahan dan keselesaan pengguna memandangkan peruntukan penyelenggaraan sedia ada sangat terhad. Bagi tahun 2013, sebanyak RM41.60 juta diperuntukkan kepada JKR untuk menaiktaraf dan membaharumuka jalan-jalan kerajaan negeri, dan menambahbaik kemudahan-kemudahan infrastuktur lain di negeri.

24. Adalah diharapkan Projek Menaiktaraf Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bernilai RM250 juta boleh siap pada 24 November 2012 seperti yang dijadualkan bagi menampung kapasiti 5 juta penumpang.

25. Memandangkan prestasi yang kurang memuaskan, Pelabuhan Pulau Pinang harus dikembalikan status pelabuhan bebas demi memulihkan kegemilangan lampau. Pelabuhan Pulau Pinang telah menerima lebih daripada 1,734 buah kapal persiaran dan feri penumpang di Swettenham Pier Cruise Terminal pada tahun 2011. Kerajaan Negeri akan terus memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan penswastaan sehingga pengorekan dasar laut dijalankan dengan kos RM353 juta dan suatu rundingan serta tender terbuka dijalankan. Ini adalah pendirian yang harus disokong oleh semua rakyat Pulau Pinang kerana Kerajaan Negeri difahamkan Penang Port Sdn Bhd turut menentang formula penswastaan yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

F. MEMANTAPKAN PENGURUSAN LALU LINTAS

26. Sebagai usaha kerajaan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Pulau Pinang, Rapid Penang telah dijanjikan tambahan 200 buah bas yang memberi perkhidmatan di bahagian Pulau dan Seberang Perai. Malangnya tambahan 200 buah bas yang diumumkan ini masih belum tiba. Ia difahamkan akan tiba secara berperingkat sehingga tahun 2015 di mana 80 buah bas dijangka akan tiba di Pulau Pinang mulai Disember 2012.

27. Lanjutan daripada kejayaan Kerajaan Negeri menyediakan perkhidmatan Bridge Express Shuttle Transit (BEST) yang merupakan perkhidmatan shuttle secara percuma antara Sunway Carnival Mall Seberang Jaya dengan Kawasan Perindustrian Bayan Lepas pada bulan Mac 2011, Kerajaan Negeri kini mengorak langkah lagi dengan memperluaskan perkhidmatan percuma Park & Ride meliputi Bandar Perda di Bukit Mertajam dan Auto City di Juru merentasi Jambatan Pulau Pinang ke Bayan Lepas mulai 3 September 2012. Ini melibatkan tambahan 4 buah bas Rapid Penang daripada jumlah sedia ada sebanyak 16 buah bas dengan perbelanjaan berjumlah RM184,800.00 sebulan. Bas CAT yang menawarkan perkhidmatan bas percuma dalam kawasan warisan KOMTAR masih diteruskan dengan kos RM50,000.00 sebulan.

28. Kerajaan Negeri juga memperkenalkan konsep perkhidmatan BEST KOMTAR yang dikhaskan kepada penjawat awam yang bekerja di KOMTAR. Perkhidmatan ini akan dijalankan secara percubaan selama 3 bulan bermula 1 November 2012 sehingga 31 Januari 2013 menggunakan 2 buah bas Plusliner dengan melibatkan kos berjumlah RM50,000.00.

29. Kerajaan Negeri telah menawarkan RM10 juta setahun kepada Rapid Penang untuk menjalankan perkhidmatan bas percuma pada waktu puncak, Isnin – Jumaat untuk mengatasi kesesakan trafik. Akan tetapi Kerajaan Negeri masih belum mendapat sebarang jawapan positif selepas 18 bulan.

30. Kajian Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang telah dibentangkan kepada Kerajaan Negeri dan masih dibincangkan dengan pakar perunding pada bulan Oktober.

31. Kerajaan Negeri merasa bangga apabila inisiatif berbasikal yang dimulakan oleh Kerajaan Negeri kini mendapat perhatian seluruh Negara malahan berbagai pihak kini aktif melaksanakan sukan berbasikal. Kerajaan Negeri telah mengorak langkah ke hadapan dengan menyediakan lorong-lorong basikal samada secara berasingan atau berkongsi dengan kenderaan bermotor. Panjang laluan yang telah disediakan ialah 81 kilometer. Usaha ini merupakan salah satu komponen dalam strategi menyeluruh untuk menambahbaik sistem lalu lintas dan pengangkutan di negeri ini. Sehingga kini, pelbagai infrastruktur dan kemudahan telah disediakan oleh MPPP dengan penglibatan pihak swasta seperti menyediakan rak dan tempat mengunci basikal di perhentian bas, Taman Belia.

G. MENYEDIAKAN KEMUDAHAN UTILITI

32. Projek Pembesaran Empangan Mengkuang di Bukit Mertajam dengan kos sebanyak RM1.2 bilion adalah kini dalam pelaksanaan. Sehingga 26 Ogos 2012, kemajuan pelaksanaan projek adalah 9.06% dan dijangka siap pada 31 Julai 2016.

33. Bagi menjamin sumber bekalan air mentah yang mencukupi untuk jangka masa panjang, Kerajaan Negeri bercadang untuk mendapatkan bekalan air mentah melalui Projek Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak, Negeri Perak ke Negeri Pulau Pinang. Projek ini melibatkan pembinaan terowong yang bertujuan untuk mengagihkan sebahagian air mentah dari Sungai Perak ke Sungai Kerian dan seterusnya ke Negeri Pulau Pinang. Kos projek dianggarkan bernilai RM300 juta dan ianya telah dipohon melalui KeTTHA kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 30 Jun 2012 di bawah Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kerajaan Persekutuan perlu menjalankan projek ini sebagai tanggungjawab mereka dalam perjanjian penghijrahan aset air yang ditandatangani dengan Kerajaan Negeri.

H. MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN DAN PENTERNAKAN

34. Kerajaan Negeri mensasarkan pengeluaran padi sebanyak 6.5 metrik tan per hektar pada tahun 2013. Penekanan diberikan kepada usaha-usaha menggalakkan pembangunan ladang dengan mempromosi dan mengamalkan teknologi yang spesifik atau secara pakej amalan pengurusan terbaik (best management practices) untuk meningkatkan produktiviti tanaman.

35. Bagi mengeluarkan hasilan yang lebih berkualiti dan mampu menembusi pasaran, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan 4 Zon Pemprosesan Makanan (ZPM) iaitu:

- Zon Pemprosesan Makanan Teluk Air Tawar, SPU (4 unit);
- Zon Pemprosesan Makanan Bukit Merah,SPT (5 unit);
- Zon Pemprosesan Makanan Relau, TL (3 Unit); dan
- Zon Premprosesan Makanan Genting, Barat Daya (5 unit dalam proses pembinaan).

36. Fokus kepada menjana peningkatan produktiviti pengeluaran hasilan ternakan yang diusahakan melalui peningkatan kualiti pengurusan ladang melalui Amalan Perladangan Baik (GAHP), pengiktirafan piawaian ladang melalui Skim Akreditasi Ladang Ternakan (SALT) serta Amalan Baik Kebersihan Veterinar (GVHP) bagi produk Industri Asas Tani tetap dipertingkatkan. Ini ternyata bagi aspek pengeluaran ladang, Nilai Hasil Ternakan (NHT), Negeri Pulau Pinang telah mengekalkan pencapaian melebihi RM700 juta setiap tahun dari tahun 2008 hingga 2011.

37. Bagi memastikan sumbangan sektor pertanian kepada KDNK Negeri meningkat, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan berjumlah RM7.18 juta bagi tahun 2013.

I. MEMBANGUNKAN MODAL INSAN YANG BERDAYA SAING DAN MENEPATI KEHENDAK PASARAN

38. Memang diakui bahawa pembinaan modal insan bukan sahaja penanda kekayaan sebenar tetapi asas kemajuan ekonomi sesebuah negara. Kerajaan Negeri telah melabur dalam modal insan dengan menarik institusi pengajian tinggi terkemuka seperti Asian Women Leadership University yang dipimpin oleh universiti wanita terunggul Amerika Syarikat iaitu Smith College di tapak tanah kerajaan seluas 100 ekar di Pondok Upeh.

39. Majlis Sains Negeri Pulau Pinang akan terus membantu usaha memperkasakan Pulau Pinang sebagai Pusat Cemerlang Sains dan Teknologi. Projek Penang Tech Centre yang bermatlamat mewujudkan penyertaan rakyat dalam bidang sains dan teknologi serta penglibatan sektor industri dan perusahaan swasta telah dirancang semula untuk dibina pada tahun hadapan di Dewan Tunku (Geodesic Dome), KOMTAR dengan harga RM20 juta di atas tapak keluasan 15,000 kaki persegi.

40. Selain daripada itu, Penang Learning Centre dan Penang Badminton Academy bernilai RM4 juta akan dibangunkan di Kampung Buah Pala hasil sumbangan Yayasan ECM Libra. Projek tersebut bakal melengkapkan sebuah perpustakaan, 7 kelas bahasa dan tuisyen, enam hingga lapan gelanggang badminton serta kantin untuk kemudahan generasi muda. Ia berhasrat untuk membina bakal jaguh badminton dunia dan memberikan pengajaran tuisyen kepada pelajar daif dan yang lemah dalam pelajaran. Kerajaan Negeri tetap akan memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk Sekolah-sekolah Bantuan Modal termasuk Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Mubaligh.

J. MENINGKATKAN KUALITI ALAM SEKITAR DAN TARAF KESIHATAN

41. Kejayaan mentransformasikan Pulau Pinang kepada sebuah negeri yang bersih, hijau, selamat dan sihat sememangnya diakui, apabila usaha-usaha ini membolehkan George Town dipilih sebagai most liveable city atau bandar paling sesuai didiami di Malaysia untuk expatriate pada 2011 dan pengiktirafan ini diulangi lagi pada 2012 oleh pakar antarabangsa ECA International.

42. Melalui program Hari Tanpa Beg Plastik Percuma, sebanyak 33 juta beg plastik telah dapat dijimatkan oleh pengusaha pasaraya. Bagi meneruskan usaha menjadi negeri hijau pertama di Malaysia, Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan program Sekolah Hijau bagi menggalakan penglibatan pelajar dalam pemuliharaan alam sekitar dengan pemberian insentif sebanyak RM300.00 bagi pelaksanaan aktiviti yang kreatif dan inovasi. Pulau Pinang telah mencapai sasaran kitar semula sebanyak 24% pada 2011 sedangkan sasaran Negara Malaysia adalah 20% pada 2020, dan Kerajaan Negeri akan berusaha untuk meningkatnya lagi ini termasuk usaha mempertingkatkan kebersihan tandas.

43. Bagi memastikan pengurusan sisa pepejal di Pulau Burong diuruskan dengan lebih berkesan, Kerajaan Negeri telah melantik Syarikat PLB Terang Sdn Bhd dengan kontrak selama 20 tahun. Syarikat ini dipilih berdasarkan tender terbuka dengan tawaran harga yang terendah, mutu perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik dan bersesuaian dengan kehendak Kerajaan Negeri untuk melaksanakan operasi dan menyelenggara tapak pelupusan sisa pepejal di tapak sedia ada, membina sebuah tapak sisa pepejal tambahan yang bertaraf empat (4), menyediakan loji rawatan leachate bagi merawat leachate daripada sisa pepejal serta menyediakan Material Recovery Facility (MRF) sekiranya didapati sesuai dan perlu. Tapak Pelupusan Sampah Jelutong yang telah beroperasi sejak tahun 1992 akan berakhir apabila ianya dibangunkan kelak sebagai sebuah taman dengan pembangunan bercampur. Perlu diingatkan bahawa kos tawaran tender terbuka yang dianggarkan sebanyak RM294 juta untuk tempoh 20 tahun adalah jauh lebih rendah daripada kos pembayaran di bawah sistem pemerintahan BN bersifat kroni. Sekiranya kadar BN digunakan maka kos akan melambung ke RM536 juta iaitu RM242 juta lebih tinggi daripada kos tender terbuka sebanyak RM294 juta.

44. Kerajaan Negeri juga telah mengambil inisiatif melaksanakan Program Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (PENBAR) untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai kesan perokok pasif melalui aktiviti promosi dan advokasi. Sebagai permulaan, 6 kawasan dikenalpasti untuk diwartakan sebagai Zon Bebas Asap Rokok iaitu Taman Perbandaran Jalan Utama, Taman Botani, Empangan Air Itam, Empangan Telok Bahang, Taman Bandar Ampang Jajar dan Empangan Mengkuang.

45. Pusat Dialisis CAT yang hanya mengenakan bayaran rawatan RM30 untuk pesakit buah pinggang telah dibangunkan oleh Kerajaan Negeri di Kompleks Pasar Awam Balik Pulau dan akan mula beroperasi pada Januari 2013. Pusat Dialisis CAT kedua di Seberang Jaya dijangka siap pada bulan Mei 2013.

K. MENSEJAHTERAKAN KEBAJIKAN RAKYAT

46. Dalam mengejar kemajuan bagi memastikan Pulau Pinang sentiasa ke hadapan (Penang Leads), Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Program-program kebajikan tahunan seperti Program Penghargaan RM100.00 Warga Emas, Program Penghargaan Ibu Tunggal, Program Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU), RM200.00 untuk Program Anak Emas, Program Pelajar Emas, bantuan one-off IPTA Emas sebanyak RM1,000.00 serta sumbangan pengurusan jenazah kepada waris warga emas sudah terkenal seluruh Malaysia dan sinonim dengan rakyat Pulau Pinang.

47. Kejayaan Pulau Pinang menjadi negeri pertama bebas dari miskin tegar di Malaysia dengan memastikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dinaikkan daripada RM500 sebulan kepada RM600 sebulan setiap keluarga membuktikan keberkesanan dasar Pro-Poor yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri mulai tahun 2009. Namun demikian, Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk membasmi kemiskinan sama sekali.

48. Menurut laporan IKMAS (Institute of Malaysian and International Studies, UKM) pada tahun 2011, garis kemiskinan (Poverty Line Indicator) bagi Semenanjung Malaysia merupakan RM763 sebulan. Garis kemiskinan ini merupakan tahap pendapatan yang diperlukan untuk menikmati taraf kehidupan yang paling minima. Berdasarkan garis kemiskinan RM763 ini, kadar kemiskinan di Pulau Pinang pada tahun 2007 dan 2009 merupakan 1.4% dan 1.2% masing-masing.

49. Justeru, sebagai bukti kukuh komitmen untuk memelihara kebajikan rakyat dan memastikan bahawa Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama di Malaysia untuk membasmi kemiskinan sama sekali, Kerajaan Negeri akan menaikkan pendapatan minima bulanan bagi setiap isi rumah di Pulau Pinang daripada RM600 sekarang kepada RM770, iaitu pada kadar yang melebihi garis kemiskinan.

50. Ini bermaksud bahawa sekiranya terdapat mana-mana isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM770 sebulan, maka Kerajaan Negeri akan menambah nilai atau "top-up" bakinya untuk mencukupi RM770. Program ini dijangka akan membabitkan sebanyak RM20 juta setahun. Dengan ini, Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama untuk mencapai taraf Miskin Sifar, Rasuah Sifar, Pengangguran Sifar dan pada suatu hari nanti Hutang Sifar.

51. Berdasarkan rekod i-sejahtera, jumlah keseluruhan warga emas yang berdaftar telah meningkat kepada 146,324 orang berbanding 126,107 orang pada tahun 2011. Malahan pendaftaran Program Bantuan Ibu Tunggal juga menunjukkan reaksi positif masyarakat dengan mencatatkan jumlah seramai 7,789 orang berdaftar pada tahun 2012 berbanding 4,323 orang pada tahun 2011. Peningkatan jumlah ini juga membuktikan kejayaan program kebajikan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri.

52. Sehingga kini, seramai 8,993 orang penerima telah menerima bantuan RM1,000 kepada waris yang menguruskan jenazah warga emas yang meninggal dunia. Kerajaan Negeri berhasrat untuk memperkembangkan pemberian sumbangan ini kepada waris ibu tunggal dan OKU.

53. Untuk tahun 2013, sejumlah RM60 juta disediakan untuk pelaksanaan program-program sosial dan kebajikan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri.

L. MEMARTABATKAN AGAMA ISLAM

54. Selaras dengan hasrat untuk menjadikan masjid sebagai sebuah institusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan, peruntukan sebanyak RM13.84 juta telah disediakan untuk tahun 2013 meliputi pembangunan masjid, surau dan sekolah agama rakyat (SAR).

55. Bagi tahun 2013, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan untuk meneruskan pembinaan masjid baru yang mengambilkira prasarana mesra OKU, iaitu di Masjid Jamek Sungai Gelugor, Daerah Timur Laut dan Masjid Jamek Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara. Pembinaan masjid yang mengambilkira prasarana seumpama ini telahpun dilaksanakan di Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara dan Masjid Kelawei, Daerah Timur Laut.

56. Keseluruhan peruntukan untuk tujuan keagamaan pada tahun hadapan adalah RM46.42 juta.

M. MENINGKATKAN KUALITI PERUMAHAN RAKYAT

57. Kerajaan Negeri sememangnya memberi perhatian serius kepada keperluan sektor perumahan. Khususnya, tanggungjawab untuk menyediakan perumahan mampu milik yang selamat, kondusif dan selesa adalah menjadi agenda utama Kerajaan Negeri. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk tempoh lima (5) tahun bagi merealisasikan Skim Perumahan Mampu Milik tersebut. Di bawah Fasa 1, PDC memperuntukkan kawasan seluas 200 ekar di Batu Kawan yang melibatkan pembinaan 11,800 unit apartmen. Kerajaan Negeri telah melantik HDB Singapura, iaitu pembina rumah mampu milik yang terbaik, bagi memastikan rumah mampu milik di Batu Kawan adalah yang paling berkualiti di Malaysia. Di bawah Fasa 2, Kerajaan Negeri, MPPP dan MPSP memperuntukkan tanah MPPP dan tanah MPSP seluas 49 ekar di 4 daerah, iaitu 29 ekar di Seberang Perai Utara, 3 ekar di Seberang Perai Tengah, 11 ekar di Daerah Timur Laut dan 6 ekar di Daerah Barat Daya. Keempat-empat tapak ini akan melibatkan pembinaan 6,000 unit rumah mampu milik.

58. Hanya 433 unit rumah di Projek Perumahan Rakyat Desa Wawasan, Sungai Rambai, Bukit Mertajam dihuni manakala 479 unit selebihnya masih kosong. Kerajaan Negeri baru-baru ini telahpun mengadakan temuduga bagi 39 permohonan yang diterima untuk sewaan di PPR Desa Wawasan. Hanya 22 pemohon yang hadir untuk temuduga dan daripadanya 17 telah berjaya dan akan ditawarkan unit-unit rumah untuk sewaan. Sewaan yang dikenakan termasuk kos penyelenggaraan adalah sebanyak RM100.00 sebulan. Bagi unit-unit rumah yang akan disewa, Kerajaan Negeri dalam tindakan melaksana kerja-kerja pembaikan dan pemasangan gril dengan kos berjumlah RM195,000.00 untuk 30 unit rumah terlibat. Kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan apabila perlua ke atas unit-unit yang akan disewakan bagi mengelak vandalisme.

59. Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang atau Housing Assistance Programme Of Penang, Yes! (HAPPY!) dengan dana sebanyak RM50 juta diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri. Peruntukan HAPPY! diwujudkan untuk menampung Program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia yang memperuntukkan kos pembaikan sebanyak 90% bagi rumah kos rendah dan 70% bagi rumah kos sederhana rendah swasta. Manakala, baki selebihnya sebanyak 10% (rumah pangsa kos rendah) dan 30% (rumah pangsa kos sederhana rendah) adalah ditanggung oleh penduduk. Melalui HAPPY! Kerajaan Negeri akan menampung baki 10% dan 30% tersebut. Kerajaan Negeri percaya bahawa program HAPPY! ini mampu menjayakan program penyelenggaraan, pembaikan dan menaiktaraf infrastruktur rumah pangsa kos rendah dan kos sederhana rendah di seluruh negeri Pulau Pinang. Justeru itu, ianya mampu meningkat kualiti kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat secara keseluruhannya.

60. Kerajaan Negeri pada tahun 2013 juga akan meneruskan dengan pembiayaan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan infrastruktur asas bagi projek-projek perumahan awam yang dibina dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri. Bagi tujuan ini, peruntukan berjumlah RM 12.46 juta disediakan.
N. MEMANTAPKAN PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN

61. Berpandukan kepada kejayaan mencapai kedudukan di tangga keenam di Sukan Malaysia XV Pahang 2012 dan juga Sukan Malaysia XIV Kuala Lumpur 2011 yang lalu, Kerajaan Negeri terus memastikan program-program pengukuhan serta pemantapan kontinjen negeri dijalankan secara menyeluruh bagi memartabatkan sukan negeri ke tahap yang lebih cemerlang.

62. Keseluruhannya peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk memantapkan prasarana dan budaya kesukanan dalam tahun 2013 telah bertambah RM1 juta kepada RM7.67 juta manakala peruntukan yang disediakan untuk aktiviti belia juga bertambah kepada RM752,000. Pada masa yang sama sebagai suatu suntikan sihat untuk golongan belia, suatu peruntukan khas sebanyak RM5 juta akan diberikan untuk membina gelanggang futsal di seluruh Pulau Pinang.

O. PEMBANGUNAN KONTRAKTOR KELAS F

63. Bagi membangunkan kontraktor-kontraktor Kelas F, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Majlis Rundingan Kontraktor Kelas F yang berperanan menyediakan platform sebagai meja rundingan secara dua hala di antara jabatan/agensi kerajaan dan kontraktor Kelas F. Antara usaha yang telah dilakukan ialah mengadakan bengkel-bengkel dan latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kontraktor Kelas F khususnya dalam kerja-kerja konservasi warisan.

64. Berdasarkan rekod sistem e-Perolehan, penawaran projek kepada kontraktor-kontraktor Kelas F adalah meningkat mengikut tahun seiring dengan pertambahan peruntukan pembangunan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Pada tahun 2010, nilai kerja projek pembangunan Negeri yang telah ditawarkan kepada kontraktor Kelas F adalah sebanyak RM38.5 juta iaitu peningkatan sebanyak RM26.8 juta berbanding tahun 2009. Tahun 2011 juga telah mencatat peningkatan ketara di mana nilai projek berjumlah RM67.9 juta keseluruhannya telah ditawarkan oleh jabatan/agensi Negeri kepada kontraktor Kelas F sahaja. Sehingga September 2012, nilai projek yang telah ditawarkan kepada kontraktor Kelas F adalah berjumlah RM57.02 juta.

P. MEMANGKIN PEMBANGUNAN KOPERASI DAN KEUSAHAWANAN

65. Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) yang telah dimulakan pada tahun 2009 telah berjaya memanfaatkan 792 peminjam dengan jumlah keseluruhan pinjaman berjumlah RM2.9 juta. Usaha ini bukan sahaja berjaya membantu peniaga kecil yang berpotensi untuk terus berkembang, malahan meningkatkan pendapatan masyarakat termiskin dan seterusnya membasmi kemiskinan melalui peniagaan. Justeru, Kerajaan Negeri bercadang menambah dana bersama dengan PDC sebanyak RM3 juta dengan RM1 juta tambahan khas untuk ibu tunggal bagi meneruskan usaha-usaha membantu peniaga kecil mempertingkatkan kualiti dan jaringan perniagaan masing-masing.

66. Di samping penekanan kepada pembangunan keusahawanan di kalangan individu, Kerajaan Negeri juga menggalakkan budaya keusahawanan di kalangan koperasi.

67. Selain daripada pelaksanaan program pembangunan keusahawanan dan penyediaan modal kepada peniaga-peniaga kecil, Kerajaan Negeri juga secara berperingkat berusaha untuk menaiktaraf kompleks-kompleks perniagaan untuk aktiviti perniagaan serta tarikan pelanggan. MPPP telahpun menyiapkan kerja-kerja menaiktaraf Kompleks Bukit Gedung dengan kos perbelanjaan sebanyak RM1.55 juta. Dengan sewaan yang dikekalkan ke tahap hanya RM68 sebulan yang rendah, ianya akan membantu para peniaga mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pendapatan. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri telah menghulurkan kepada MPSP RM10 juta untuk menaiktaraf pasar-pasar awam di Seberang Perai.

Q. MEMACU PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN KOMUNITI

68. Penubuhan Penang Women's Development Corporation (PWDC) pada November 2011 lalu jelas menunjukkan komitmen dan keutamaan Kerajaan Negeri untuk membangun dan memperkasa kepentingan dan peranan wanita dalam masyarakat. PWDC mula beroperasi pada Januari 2012 dan telah memulakan projek perintis Gender Responsive Budgeting dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai selama tiga tahun yang akan memberi fokus kepada aspek keselamatan dan kebersihan.

69. Sejak 10 bulan beroperasi, PWDC telah menganjurkan berbagai program pembinaan kapasiti di peringkat akar-umbi melalui bengkel dan latihan kepimpinan wanita dan pengenalan kepada tadbir urus baik. Setakat ini lebih daripada 300 orang peserta di kelima-lima daerah telah menyertai program yang dianjurkan. Di antara program keusahawanan yang akan dilaksanakan ialah Latihan Asas Penjagaan Kanak-Kanak untuk ibu-ibu tungal, di mana mereka akan dilatih mengenai penjagaan kanak-kanak yang selamat dan berkualiti di rumah sebagai kegiatan yang boleh menjana ekonomi golongan ibu tunggal.

70. Selaras dengan penekanan dan agenda bagi melengkapkan wanita dengan kemahiran dan pengetahuan serta mewujudkan pesekitaran yang menggalakkan bagi menyokong dan memajukan wanita, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sejumlah RM2.3 juta dalam tahun 2013, termasuk RM1.5 juta untuk PWDC.

71. Suatu lagi projek kesihatan khas projek kesihatan adalah Program Kesihatan Bebas Barah Payu Dara Pulau Pinang untuk memberikan pemeriksaan mammogram secara percuma yang akan dijalankan bersama peruntukan ADUN. Kerajaan Negeri mahu golongan wanita yang sihat, cergas dan bebas daripada barah payu dara. RM3 juta akan diperuntukkan.

R. MEMPERTINGKATKAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM

72. Cabaran global dan domestik serta peningkatan ekspektasi rakyat menuntut Perkhidmatan Awam melaksanakan perubahan besar terhadap dasar dan strategi pembangunan negara serta mekanisme pelaksanaannya. Untuk mencapai status perkhidmatan awam yang cemerlang dan bertaraf antarabangsa, jentera pentadbiran kerajaan yang kompeten, berdaya saing, kreatif, inovatif dan berintegriti amat diperlukan. Justeru, saya yakin dan percaya pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa melaksanakan transformasi sejajar dengan tuntutan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan lebih responsif, cekap, tepat, telus dan mesra rakyat.

73. Kerajaan Negeri amat menitikberatkan kreativiti dan inovasi bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih berkualiti. Adalah membanggakan beberapa pendekatan yang diambil oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUKPP) dalam menerapkan inovasi dalam kerja harian, antaranya melalui pensijilan MS ISO 9001:2008, di mana 49 proses utama di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP) telah diiktiraf oleh SIRIM pada 9 September 2012. PSUKPP juga telah diiktiraf Empat (4) Bintang dalam Penarafan Bintang Tahun 2011 oleh pihak MAMPU.

74. Kerajaan Negeri juga telah berjaya mengekalkan sijil tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara ke atas Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun 2011 dan sebanyak empat (4) jabatan iaitu PSUKPP, Jabatan Kewangan Negeri, PDC dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang telah mendapat pengiktirafan Empat (4) Bintang dam Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti. Sebagai dorongan dan galakkan kepada jabatan dan agensi yang telah mengekalkan prestasi cemerlang ini, Kerajaan Negeri mulai tahun semasa ini akan memberi insentif kewangan sebanyak RM10,000 kepada jabatan/agensi terlibat. Sebagai rangsangan lagi, pada tahun 2013 pemberian insentif kewangan ini akan ditingkatkan kepada RM15,000.

75. Seiring dengan pengiktirafan kepada sumbangan perkhidmatan awam, Kerajaan Negeri menjelang Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lepas telahpun memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM600 kepada seramai 3,780 penjawat awam. Susulan daripada bonus raya Kerajaan Negeri ingin mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan minima RM700 pada bulan Disember 2012 dan Januari 2013 nanti. Guru-guru dan penyelia KAFA akan menerima RM400 kali ini iaitu RM700 untuk tahun ini berbanding RM600 tahun lalu. Sejumlah RM7.466 juta akan dibelanjakan bagi maksud pemberian bonus ini. Pemberian bonus ini turut dipanjangkan kepada kedua-dua PBT dan Badan-badan Berkanun Negeri.

Y.B. Dato' Speaker,

76. Pada tahun 2010, Kerajaan Negeri melalui badan pemikir Sosio-Economic and Environmental Research Institute (SERI) telah menghasilkan pelan induk yang dinamakan "Penang Blueprint". Pelan tersebut merangkumi strategi-strategi pembangunan untuk tempoh tahun 2011 sehingga 2015.

77. Namun begitu, pada bulan April tahun 2011, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan untuk menghasilkan pelan induk yang dipanggil "Greater Penang Transformation Programme", dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) serta Khazanah Nasional.

78. Sebagai komitmen kepada inisiatif Kerajaan Persekutuan, dan dalam semangat kerjasama demi pembangunan negeri dan rakyat, Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan hasrat Kerajaan Persekutuan dan mengambil keputusan untuk mengetepikan "Penang Blueprint" tersebut.

79. Walau demikian, pada bulan Jun 2011, PEMANDU telah mengumumkan perumusan program baru untuk menggantikan "Greater Penang Transformation Programme", iaitu Program Transformasi Koridor dan Wilayah yang membabitkan lima koridor termasuk Pulau Pinang dalam Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER).

80. Program yang diterajui oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) ini telah dijalankan melalui Lab Koridor dan Wilayah (Corridors and Cities Lab) dari bulan September hingga November 2011. Kerajaan Negeri telah memberi sebanyak-banyak kerjasama yang mungkin untuk membantu dalam perumusan pelan induk bagi negeri Pulau Pinang dan Koridor Wilayah Utara.

81. Hasil daripada Lab Koridor dan Wilayah tersebut, laporan sepatutnya dibentangkan kepada pihak awam pada bulan Mac 2012. Sungguhpun begitu, setakat ini tidak ada apa-apa berita atau laporan yang dikemukakan. Kelewatan ini amat dikesali dan memberikan gambaran bahawa Kerajaan Negeri tertipu kerana ikhlas bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

82. Apabila ditanya tentang status pelan induk tersebut pada bulan September yang lepas, Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Dato' Sri Idris Jala telah memaklumkan bahawa beliau sedang menantikan tarikh pelancaran daripada Timbalan Perdana Menteri.

83. Kerajaan Negeri berasa sungguh hampa dengan sikap Kerajaan Persekutuan yang tidak menunaikan janji. Akan tetapi, Kerajaan Negeri tidak akan duduk berdiam sahaja. Pada masa sekarang, proses sudah pun dimulakan untuk melakukan pengemaskinian terhadap pelan induk yang dihasilkan dahulu, dan sekiranya tidak ada maklum balas daripada Kerajaan Persekutuan maka satu "Penang Paradigm" akan dikeluarkan pada Januari 2013, yang merupakan pengemaskini "Penang Blueprint" yang asal.

PERUNTUKAN BAJET 2013

84. Bagi melaksanakan strategi-strategi dan langkah-langkah yang saya bentangkan tadi, Kerajaan Negeri mencadangkan sejumlah RM970,561,310 (Ringgit Malaysia: Sembilan Ratus Tujuh Puluh Juta, Lima Ratus Enam Puluh Satu Ribu, Tiga Ratus Sepuluh) diperuntukkan bagi bajet Mengurus tahun 2013. Ini merupakan peningkatan sejumlah RM370,965,987 bersamaan 61.87% berbanding bajet mengurus sebanyak RM599.60 juta bagi tahun 2012.

85. Bagi peruntukan Pembangunan pula diperuntukkan sejumlah RM363,385,531 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Enam Puluh Tiga Juta, Tiga Ratus Lapan Puluh Lima Ribu, Lima Ratus Tiga Puluh Satu). Ini juga merupakan peningkatan iaitu sejumlah RM30,451,881 bersamaan 9.15% berbanding peruntukan pembangunan sebanyak RM332.93 juta bagi tahun 2012.

86. Sebagai satu gambaran menyeluruh, sejumlah RM1,133,946,841 (Ringgit Malaysia: Satu Bilion, Satu Ratus Tiga Puluh Tiga Juta, Sembilan Ratus Empat Puluh Enam Ribu, Lapan Ratus Empat Puluh Satu) yang mencakupi peruntukan Mengurus dan peruntukan Pembangunan dicadangkan untuk perbelanjaan dalam tahun 2013. Jumlah besar ini telahpun mengambil kira RM200 juta untuk caruman kepada Kumpulanwang Pembangunan Negeri. Bajet keseluruhan yang dicadangkan bagi tahun 2013 sebanyak RM1.13 bilion merupakan peningkatan sebanyak RM381.42 juta atau 50.68% berbanding dengan bajet keseluruhan tahun 2012 sebanyak RM752.53 juta. Selaras dengan itu, ucapan saya akan merujuk kepada dua (2) risalah yang berkaitan, iaitu Risalah Bil. No. 1 Tahun 2012 bagi Bajet Mengurus Tahun 2013 dan Risalah Bil. No. 2 Tahun 2012 bagi Bajet Pembangunan Tahun 2012 bersekali.

Y.B. Dato' Speaker,

87. Bagi tahun 2013, Kerajaan Negeri menganggarkan hasil yang dikutip berjumlah RM708,523,660 (Ringgit Malaysia: Tujuh Ratus Lapan Juta, Lima Ratus Dua Puluh Tiga Ribu, Enam Ratus Enam Puluh) iaitu peningkatan RM322,635,330 atau 83.61% berbanding anggaran tahun semasa 2012 sebanyak RM385.89 juta.

88. Komposisi hasil tahun 2013 terdiri daripada hasil cukai sebanyak RM134.72 juta atau 19.01%, hasil bukan cukai RM158.0 juta atau 22.30% dan terimaan bukan hasil sebanyak RM415.80 juta atau 58.69%.

89. Mengambil kira jangkaan hasil tahun 2013 sejumlah RM708.52 juta berbanding perbelanjaan Mengurus sebanyak RM970.56 juta akan menjadikan Bajet 2013 mengalami defisit sebanyak RM262.04 juta. Defisit sebanyak RM262.04 juta ini adalah RM48.33 juta lebih besar daripada anggaran defisit tahun 2012 iaitu RM213.71 juta. Anggaran defisit atau kekurangan RM262.04 juta yang dijangka dalam Bajet 2013 dapat dibiayai daripada Simpanan Terkumpul Negeri yang berbaki sebanyak RM710.81 juta pada akhir tahun 2011.

90. Kerajaan Negeri sememangnya telah membentangkan bajet defisit untuk tahun 2012, tetapi mengambil kira kutipan hasil semasa berjumlah RM528.38 juta setakat 12 Oktober 2012 berbanding anggaran perbelanjaan mengurus bagi tahun 2012 yang berjumlah RM599.60 juta, di samping usaha-usaha berterusan dalam memantapkan lagi kutipan hasil sehingga akhir tahun dan amalan-amalan perbelanjaan berhemat, nilai untuk wang (value for money) dan pengurusan nilai (value management) yang diterapkan, Kerajaan Negeri harap rekod bajet lebihan cemerlang akan dapat terus dikekalkan.

91. Selain daripada caruman kepada Kumpulanwang Pembangunan Negeri, peruntukan yang disediakan untuk pembiayaan program-program sosial juga telah bertambah berbanding tahun lalu dan turut menyumbangkan kepada peningkatan defisit. Sejak Mac 2008, Kerajaan Negeri PR telah membelanjakan sebanyak RM176.40 juta untuk program kebajikan dan sumbangan RM500 juta untuk pelaksanaan Skim Perumahan Mampu Milik yang tidak pernah dibelanjakan oleh Kerajaan lama. Tetapi kita masih dapat lebihan Bajet. Walaupun beban kewangan yang terlibat adalah tinggi dan mengakibatkan kepada pertambahan bajet berdefisit untuk tahun 2013, sebagai kerajaan berjiwa rakyat, Kerajaan Negeri bertekad untuk meneruskan dengan program-program sosial tersebut.

Y.B. Dato' Speaker,

92. Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM970.56 juta terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu perbelanjaan Tanggungan dan perbelanjaan Bekalan. Mengikut Perkara 98 Perlembagaan Persekutuan perbelanjaan Tanggungan adalah perbelanjaan yang dikenakan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan seperti vot Pejabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, elaun/ganjaran/pencen Anggota Pentadbiran Negeri, bayaran balik pinjaman dan bayaran tuntutan perintah mahkamah. Peruntukan Tanggungan yang dijangkakan dalam tahun 2013 adalah berjumlah RM34,415,860. Manakala bagi perbelanjaan Bekalan pula, adalah perlu mendapat kuasa berkanun melalui Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi membolehkan Kerajaan Negeri membuat perbelanjaan sebanyak RM936,145,450 yang diperuntukkan bagi tahun 2013. Terdapat 19 jabatan yang dimohon kelulusan peruntukan Bekalan di bawah Maksud Bekalan B01, B02, B03, B04, B05, B06, B07, B08, B09, B10, B12, B13, B14, B15, B16, B17, B18, B19 dan B20 seperti mana perincian di Risalah Bil. 1 Tahun 2012.

93. Di bawah peruntukan Mengurus 2013, sejumlah RM143.76 juta adalah bagi Emolumen, RM117.12 juta bagi Perkhidmatan dan Bekalan, RM7.54 juta untuk perolehan Aset serta RM696.02 juta bagi Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Manakala sejumlah RM6.13 juta disediakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan lain. Peningkatan yang ketara bagi objek am Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap adalah berpunca daripada caruman kepada Kumpulanwang Pembangunan Negeri (RM200 juta), pemberian dan bantuan-bantuan sosial rakyat yang komited yang telah saya huraikan sebelum ini. Pertambahan peruntukan bagi objek-objek am selainnya adalah bagi menampung keperluan perbelanjaan mengurus yang kian meningkat pada setiap tahun iaitu antara lain kenaikan gaji dan pelarasan emolumen, kenaikan kos bekalan dan utiliti dan keperluan menggantikan kenderaan dan aset yang telah dilupuskan.

94. Bajet Pembangunan untuk tahun 2012 adalah sebanyak RM363.39 juta yang keseluruhannya adalah daripada punca negeri. Anggaran Bajet Pembangunan Tahun 2012 yang dimohon kelulusan mengikut Maksud Pembangunan P01, P08, P09, P10, P12, P13, P16, P17 dan P18 bagi sembilan (9) jabatan negeri adalah seperti tersenarai dalam Risalah Bil. No. 2 Tahun 2012.

95. Peruntukan Pembangunan yang disediakan adalah untuk menampung antara lain keperluan infrastruktur berjumlah RM77.76 juta, pengambilan tanah berjumlah RM58 juta, pertanian dan pembangunan luar bandar berjumlah RM13.02 juta, perumahan berjumlah RM12.46 juta dan RM50 juta untuk Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang (HAPPY!) dan sektor sosial dan pembangunan masyarakat berjumlah RM152.13 juta.

PENUTUP

96. Kerajaan negeri PR memperkenalkan AES (Agenda Ekonomi Saksama) untuk mengurangkan jurang ketidaksaksamaan di kalangan masyarakat. Malah The Economist dan IMF pun menganggap ketidaksaksamaan sebagai tidak efisyen dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi serta menghindari peluang samarata dalam pendidikan. Oleh itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil pendirian berani untuk memulakan proses mengurangkan ketidaksaksamaan dengan AES dengan menghapuskan kemiskinan pada tahun 2013 dan bukanlah tahun 2015 seperti yang dirancang dahulu.

97. Inilah perbezaan AES PR dengan AES BN atau Automated Enforcement System. Suatu AES PR yang memartabatkan rakyat dan memperkayakan mereka berbanding dengan AES BN yang menghina rakyat dengan membebankan mereka. AES PR membolehkan Pulau Pinang untuk melakarkan nama dalam sejarah sebagai negeri pertama di Malaysia yang berjaya menghapuskan kemiskinan pada 2013 selepas kejayaan menjadi negeri pertama yang membasmi miskin tegar pada 2009.

98. Kesemua ini hanya dapat tercapai kerana kemampuan Kerajaan Negeri PR menerusi sistem CAT untuk mencatatkan prestasi kewangan yang cemerlang. Sungguhpun pihak tertentu berasa begitu iri hati sehingga mempersoalkan rekod lebihan bajet yang paling tinggi sebanyak RM138 juta untuk tahun 2011, kenaikan 312% berbanding dengan RM33 juta pada tahun 2010, ataupun pengurangan hutang sebanyak 95%, pihak tidak bertanggungjawab ini meludah ke langit kerana mempertikaikan kewibawaan Ketua Audit Negara yang sudah sahkan penyata kewangan Pulau Pinang sebagai benar dan saksama.

99. Lebihan bajet ini dicapai bukan kerana belanja kurang sebaliknya perbelanjaan bertambah lebih 55% berbanding dengan kerajaan lama. Contohnya perbelanjaan untuk program sosial dan bantuan wang kepada rakyat sebanyak RM176.4 juta tidak pernah dibelanjakan sebelum ini. Dan juga perbelanjaan untuk pembinaan jalan di bawah JKR sebanyak RM109 juta ataupun pembinaan longkang di bawah JPS sebanyak RM51 juta sejak Mac 2008 yang tidak pernah diberikan sebelum ini. Peruntukan untuk 2013 bagi JKR adalah RM41.6 juta dan JPS adalah RM16.2 juta.

100. Kerajaan Negeri PR akan membina jambatan Kampung Tanjung Berembang di KADUN Sungai Acheh sebanyak RM50 juta sekiranya memperolehi keyakinan rakyat yang tidak berbelah-bagi dalam kawasan itu. Sekarang kami memohon peruntukan ini daripada Kerajaan Persekutuan dan harap ia akan disokong oleh ADUN-ADUN pembangkang.

101. AES bukan hanya sekadar mengurangkan ketidaksaksamaan, tetapi bertujuan untuk mencapai empat syarat sepertimana yang dikenalpasti oleh pakar ekonomi terkemuka dan penasihat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Prof Jeffrey Sachs semasa syarahan anjuran Penang Institute di Pulau Pinang baru-baru ini, iaitu kesejahteraan ekonomi, kesaksamaan sosial, pembangunan mampan dan mesra alam, serta urustadbir bersih dan cekap.

102. Memang Kerajaan Negeri memenuhi keempat-empat syarat ini. Hakikat ini dicerminkan dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat dengan pelaburan tertinggi di Malaysia berturut-turut pada 2010 dan 2011. Pembangunan mampan dan mesra alam dicerminkan dengan kempen tanpa beg plastik dan kitar semula tinggi serta projek hijau tanpa kilang nadir bumi Lynas dan tanpa loji reaktor nuklear.

103. Dalam Agenda Ekonomi Saksama AES, Kerajaan Negeri PR bertekad memerangi ketidaksaksamaan tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi dengan tiga langkah teras iaitu bersaing (compete), insentif yang disasarkan (targeted incentives) dan mengurangkan (reduce).

104. Pertama, menggalakkan persaingan dengan menghancurkan monopoli dan kronisme supaya yang rajin diberikan ganjaran dan yang berkebolehan dinaikkan.

105. Kedua, sasaran dan insentif diberikan kepada golongan yang miskin, muda dan wanita. Kita boleh lihat betapa besar perubahan apabila wanita pertama kali dilantik di Pulau Pinang sebagai YDP Pihak Berkuasa Tempatan atau Pegawai Daerah.

106. Program-program untuk membasmi kemiskinan sebanyak RM20 juta, membantu wanita sebanyak RM5.3 juta dan belia sebanyak RM5 juta untuk membina gelanggang futsal adalah titik permulaan.

107. Ketiga, mengurangkan amalan rasuah dan karenah birokrasi agar potensi setiap insan dapat dioptimakan. Melalui amalan prinsip CAT, Kerajaan Negeri telah menjadi perintis kepada pelbagai proses dan sistem seperti pelaksanaan tender terbuka, pengisytiharan harta secara terbuka oleh Ketua Menteri dan ahli-ahli EXCO, melarang ahli kjeluarga daripada berurus niaga dengan Kerajaan Negeri, kehidupan mewah ditegah, pendedahan kontrak kerajaan dengan sektor swasta, dan pelulusan Enakmen Kebebasan Maklumat. Urustadbir bersih dan baik dengan prinsip CAT telah menjadikan Pulau Pinang lebih bersih, hijau, sihat dan selamat.

108. AES PR kini memperlihatkan Pulau Pinang yang tanpa kemiskinan, tanpa pengangguran dan kelak tanpa hutang kerana tanpa rasuah. Marilah kita memastikan PR terus kekal sebagai kerajaan berjiwa rakyat yang martabatkan rakyat.

Y.B. Dato' Speaker,

109. Akhirnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan saya kepada semua rakyat atas sokongan dan sumbangan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri, kepada semua anggota perkhidmatan awam dan anggota-anggota keselamatan yang telah berkhidmat dengan gigih dan penuh bertanggungjawab untuk menjamin kestabilan, keamanan, kemajuan dan kemakmuran negeri yang berterusan. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua Y.B. ADUN yang sama-sama berkhidmat untuk menjamin kesejahteraan dan kemakmuran negeri Pulau Pinang. Saya percaya dan yakin dengan sokongan padu dan penyertaan semua pihak, negeri kita akan terus maju dan berjaya.

110. Saya tutup ucapan saya dengan serangkap pantun

AES dasar berharga
Adil ditegak, rakyat dijaga
Pakatan Rakyat harapan bersinar
Amar maaruf, nahi mungkar

Sekian, Y.B. Dato' Speaker, saya mohon mencadangkan.

LIM GUAN ENG
KETUA MENTERI

—-Mandarin Version —
槟州首席部长林冠英于2012年11月2日在槟州立法议会提呈的2013年供应法案
槟州2013年财政预算案演词摘要

《经济平等议程》 (AES) — 马来西亚首个消除贫穷率的州属

4. 2013年财政预算是民联槟州政府在第十三届全国大选来临前的第五次、同时也是最后一次的财政预算案。身为一个关心人民福利的政府,为了让槟州能够更繁荣及拥有更明亮的未来,槟州政府衷心希望能够继续落实槟州发展政策。因此,2013年财政预算案的主题是《经济平等议程》(Agenda Ekonomi Saksama,AES),即减少不公正的情况,推动州经济发展及增加收入以更公平、公正的分配给人民,同时在不分贫富、种族、宗教及性别的情况下,一并提高全民的生活水准及素质。

槟州发展策略及政策

5. 槟州民联政府秉持的"能干、公信、透明"施政原则,是促成槟州今日成功的主要推手。除了继续坚持一直以来的高效率工作文化、具备行政技能、谨慎管理州财务之外,槟州现在也成为国际投资商的选择。

A. 激活槟州经济及发展
6. 尽管面对不明朗及挑战的全球大环境,槟州政府仍坚持带领槟州,迈向高收入的国际城市目标。槟州政府有信心,通过良好规划的发展,能够吸引人才来进行以民为本、将槟州转型成经济繁荣稳定的良策,再将槟州打造成国际及智慧型城市。

7. 槟州政府将继续发展计划,同时把力集中在各领域经济及全民参与度。为此,槟州政府于2013年准备了3亿6339万令吉的直接性发展拨款,来落实全槟的发展计划。与2012年相较之下,这拨款增加了9.15%。

B. 推动投资及工业领域

8. 秉持着"能干、公信及透明"的廉洁施政原则,槟州政府成功团结了人民,确保公共安全及打击罪案,同时也训练出技术人力资源,这是槟州于2010年及2011年,投资额连续2年冠全国的主要因素。

9. 为了鼓励新投资,槟州政府为电子业的数个具潜能的新领域,如发光二极管(LED)、宇航业(avionik/aeroangkasa)、光伏/太阳能(fotovoltaik/suria)、半导体、医疗设备及生物科技,提供多种奖励。

10. 槟州政府从未忽略对本土中小型工业的发展。槟州政府采取多个积极步骤如设立中小型企业市场咨询、资源及训练中心(SMART Centre)、中小型企业中心及中小型企业村。位于峇六拜的中小型企业中心面积达12万9481平方尺,已于2012年6月建竣。位于峇都加湾的中小型企业村则旨在将中小型企业群集在一起,以让中小型企业公司能够发展及扩展个别的生意。

C. 激活旅游及古迹领域
11. 旅游领域是槟州经济的次要来源。国际人力资源研究及分析机构 ECA 国际(ECA International)于2008年至2012年将槟城列为"亚洲第8适合居住的城市",以及马来西亚最宜居城市、雅虎旅游将槟城列为"有生之年必游的10大岛屿"排名第八,将槟城与亚洲主要旅游景点并列。

12. 威省有多个吸引人的旅游景点,同时有潜质被发展成为新的旅游景点。游客人数的增加将有助于提高威省酒店及民宿的入住率。相信柔府汽车城的生态旅游计划、峇都加湾码头的海鲜坊计划及本那牙的瓜革巴考古展览馆,将成为主要的旅游景点。

13. 槟城每年都成为全球及全国文化活动的主办地点,因此,槟州政府将在2013年拨出827万令吉,来支持本地及国际文化活动。此外,预料将于2015年竣工的3亿令吉槟城地下层国际会展中心,也将把槟州的会议旅游推销至海外。

14. 古迹旅游领域也是槟州政府鞭策州经济发展的其中一项议程。联合国教科文组织将乔治市列为世界文化遗产城后,同时也宣传了槟城。因此,槟州政府于2013年拨出610万令吉给乔治市世遗机构,来进行管理及宣传活动。

15. 为了具体化这些遗产,槟州政府通过民众咨询方式,拟定了特区计划来维护、提升及保护乔治市文化遗产区、植物园及升旗山。槟州政府同时也通过民众咨询方式,将第五期光大振兴计划发展成槟城古迹广场,内有新的民众公园、公共广场及艺术文化中心。

16. 随着槟城成为2012年亚太区生态旅游大会的东道主后,槟城的成功及成就更加耀眼。耗资2亿令吉的直落巴巷 Escape主题公园已在这个月完成了首阶段,将成为新的旅游景点。

D. 强化清真工业

17. 槟州清真工业园已经接获10个本地及外国投资者,投资额达4亿8400万令吉,包括54.09英亩的土地工业。全马第一个清真认证(Halal)的明胶厂将于制药区设立,并将于2013年初兴建竣。预料这间工厂每年能够通过高科技机器生产2000至3000吨的清真明胶。

18. 为了提高拥有清真认证的公司数量,槟州国际清真产品机构(Halal Penang)及槟州伊斯兰宗教事务局(清真管理部)已经积极推广,好让更多槟州食品店获取清真认证,同时也监管滥用清真认证的餐馆。通过这项努力,槟州11家SUBWAY分店及16家Old Town White Coffee已经成功获得清真认证。这项努力也让槟州拥有清真认证的公司数量,从2008年的55间,增加至2012年388间,涨幅达605%。

19. 为了推广清真旅游,槟州国际清真产品机构也与槟州环球旅游机构合作,于2012年2月,出版了1万份"体验槟州- 穆斯林旅游指南"。我们也将把这份指南印成阿拉伯语,然后放到策略性地点。

E. 提升公共设备及基本设施素质

21. 槟州政府坚持要确保槟州的道路基本设施与先进国家是保持同等水准。因此,槟州政府特邀请了具备丰富经验的公司来参与分别耗资50亿令吉及80亿令吉的海底隧道计划及内环公路的"征求建议书"(RFP)。

22. "征求建议书"的资格预审程序已于2012年1月14日结束,共有8间符合资格的公司获得宽限期至2012年10月15日,以向槟州政府提呈设计及计划的建议书。这些大型计划将能够解决乔治市交通拥挤问题,同时也能够激活州的经济发展。

23. 为照顾道路使用者的便利及舒适,州政府将关注道路资产管理,以便州内道路将获得良好的维修。基于现有的维修拨款非常地有限,州政府于2013年将拨出4160万令吉给公共工程局,以进行提升及重铺属于州政府路段的路面情况,同时也改善州内的其他基设。

24. 希望耗资2亿5000万令吉提升的槟城国际机场,能够如期在2012年11月24日竣工,以承担500万人次的载客量。

25. 基于表现不理想,槟州港口必须重获自由港地位,以恢复昔日光辉。槟州港口于2011年在瑞典咸码头共迎接了超过1734辆邮轮及渡轮。州政府将继续向联邦政府要求暂缓港口私营化计划至一项耗资3亿5300万令吉的挖深海床工程及公开招标的进行。这是一项槟州全民必须支持的立场,因为根据槟州政府的了解,槟州港务局也同样地向丹斯里赛莫达反对联邦政府私营化槟州港口的计划。

F. 强化交通管理

26. 为了改善槟州的公共交通,槟城快捷通早前获得联邦政府的承诺,将获分配200辆巴士,以在槟威两地提供公共交通服务。不幸的是,当局高调公布了的这200辆巴士,截至目前为止还没有送抵。据了解,这将会以分批的方式陆续送抵,直至2015年为止,其中80辆预料将会在2012年12月送抵槟城。

27. 续槟州政府自2011年3月起,提供往返威省诗不朗再也双威嘉年华及槟岛峇六拜工业区的停车换乘(BEST, Bridge Express Shuttle Transit) 免费巴士计划后,此跨桥免费巴士计划从2012年9月3日 起,已扩展到大山脚柏达镇及威南汽车城。这计划比原定的16辆川行的BEST快捷通巴士,增加了4辆快捷通巴士服务,总开销为每月18万4千800令吉。而目前尚延续的乔治市古迹区猫巴士(CAT Bus),则是以每月5万令吉的收费,延续川行光大与渡轮码头之间。

28. 从2012年11月1日起至2013年1月31日,槟州政府也推行了"BEST光大"(光大停车换乘)免费巴士的服务概念,专为在光大工作的公务员而设。此计划将以2辆Plusliner 巴士,试跑3个月,总开销为5万令吉。

29. 州政府也建议每年缴付槟城快捷通1千万令吉,以在周一至周五工作日的繁忙时段,提供槟州人民免费的巴士服务,以解决交通阻塞问题。但州政府在苦等了18个月后,依然没有获得任何正面的回复。

30. 槟州交通大蓝图已经呈交给州政府,并于10月起与专家展开咨询。

31. 令州政府感到骄傲的是,由州政府率先推广的踏脚车活动,获得全国的关注,许多方面更积极地参与脚车活动。州政府经已再跨前一步,为骑士准备脚车道。全长81公里的脚车道分两种,一是脚车专用道,另一种则是与引擎交通共享道路的概念。这也是全面改善槟州交通系统的其中一项努力。截至目前为止,槟岛市政局在私人界的参与下,经已提供多项与脚车相关的基设,包括提供停放脚车的架子,以及在巴士站、市政局公园等地,设立可以锁脚车的基设。

G. 准备基本建设

32. 大山脚孟光水坝正进行扩建计划,耗资12亿令吉。截至2012年8月26日,有关工程已完成9.06%,预料能在2016年7月31日完工。

33. 为了确保生水供应充足,州政府建议通过霹雳州霹雳河的生水供应工程,供水到槟州。这项计划涉及兴建水道,以让部分霹雳河的生水分配到吉辇河,然后输送到槟城。这项工程估计须3亿令吉,我们已经在2012年6月30日,通过能源、绿色科技及水源部向首相经济策划单位的第10大马计划滚动计划第三期申请。联邦政府必须履行他们与州政府所签署的水资产转移合约的义务,展开这项计划。

I. 发展符合市场需求、有竞争力的人力资本

38. 人力资源建设不只象征财富也是国家经济发展的基石。州政府已投资在人力资本的建设,吸引更多高等教育机构如亚洲女性大学前来建校,这面积100英亩的校地,位于本落乌卑。

39. 槟州科学理事会将继续帮助强化槟州成为卓越科技中心。槟州科技馆工程旨在让全民、工业及私人界参与科技,估计明年初将在光大敦姑礼堂动工,这项工程占地1万5000平方尺,耗资2000万令吉。

40. 此外,我们也获得ECM Libra基金的赞助,在豆蔻村兴建价值400万令吉的槟州学习中心及槟州羽球学院。这项计划将拥有一个图书馆、7个语文班及补习班、六至八个羽球场及食堂,以迎合年轻人的需求。我们也希望栽培有潜能的世界级羽球选手,并为学习能力较弱的学生提供补习教学。州政府也将继续拨款1200万给宗教学校、华校、淡米尔学校及教会学校。

J. 提升环境及健康水平的素质

41. 州政府希望将槟州转型成为干净、绿意、安全及健康的州属,我们的努力也获得肯定,2011年,我们被列为马来西亚最适合外国专业人士居住的地方,2012年,我们再次获得由ECA国际给予这项荣誉。

42. 通过无免费塑料袋运动,超级市场业者节省了至少3300万个塑料袋。作为全马第一个绿州,州政府也推行绿色学校计划,以鼓励学生环保,参与的学校都能获得300令吉的奖励以推行有创意的活动。槟州也在2011年达致24%的再循环率,超越全国订下在2020年20%的再循环率。州政府也将继续努力推动再循环,并且提升厕所的卫生水平。

43. 为了确保浮罗武隆的废料获得妥善管理,州政府已经与PLB Terang私人有限公司签署20年的合约。我们通过公开招标选出这家公司,他们提供最低的价格、最好的服务及设备、也最符合州政府的需求,以推行及管理现有的垃圾处理场,兴建第四级的垃圾处理场、废水治理中心、也在必要时兴建废料再生处理中心(MRF)。日落洞垃圾土埋场自1992年营运至今即将关闭,未来将打造成综合发展的公园。我们通过公开招标,估计20年的费用为2亿9400万令吉,比起国阵朋党式的作业成本还低。如果采用国阵的方式,成本将提高至5亿3600万令吉,比公开招标的2亿9400万令吉高出2亿4200万令吉。

44. 州政府也推行槟州禁烟区,通过推广及提倡,以提高关于吸烟后果的社会醒觉及意识。我们已经确认六个禁烟区:西方路市政局公园、植物园、亚依淡水坝、直落巴巷水坝、安邦惹惹市公园及孟光水坝。

45. 州政府也在浮罗山背公共巴刹建筑设立CAT洗肾中心,病患每次洗肾费为30令吉,将于2013年1月开始运作。第二个位于威省的CAT洗肾中心估计将在2013年5月完工。

K. 人民福利

46. 在追求发展确保槟州领先的同时,州政府也非常注重人民的福利及健康。每一年,州政府提供100令吉回馈金给乐龄人士、100令吉援助金给单亲妈妈、100令吉援助金给残疾人士、200令吉给宝贝计划下的新生儿、快乐学生、以及一次性援助1000令吉给本地大学新生、逝世乐龄人士家属抚恤金,这些措施已经闻名全马。

47. 槟州成功成为全马第一个消除赤贫的州属,2009年开始,我们把赤贫线从每月收入500令吉拉高至每月收入600令吉,证明州政府的亲贫政府有效。我们也希望也能扫除州内的贫穷。

48. 根据国民大学马来西亚及国际研究院,2011年,西马的贫穷线为每月763令吉。这项贫穷线是符合生活最低要求的收入水平。若是根据这项指数,槟州在2007年及2009年的贫穷率分别为1.4%及1.2%。

49. 因此,为了实践照顾人民福利的承诺,并确保槟州成为全马第一个消除贫成功的州属,州政府将把现有每月收入至少600令吉,提高至770令吉,即高过贫穷线。

50. 这意味着只要有家庭的月入少于770令吉,州政府将"加额"让其收入达770令吉。这项计划预算每年将耗费2000万令吉。我们希望藉此槟州能够成为第一个零赤贫、零贪污、零失业率,甚至达到零债务的州属。

51. 根据州政府网上登记系统i-sejahtera的记录,迄今在乐龄人士计划下,已登记的乐龄人士已增加至14万6千324人,比2011年的12万6千107人更多。单亲妈妈的登记也非常踊跃。在2012年,共创下了7千789人登记的记录,比2011年的4千323人增加。这些数据的增加,证明了槟州政府推行的福利计划是成功的。

52. 截至目前为止,共有8千993人因其登记乐龄计划的亲属逝世,而获得一次性的1千令吉抚恤金。州政府有意将1千令吉抚恤金的计划,扩展至单亲妈妈及残疾人士身上。

53. 在2013年,州政府共拨出6千万令吉,以展开各项社会及福利计划。

M. 提升人民房屋素质

57. 州政府一直以来都非常关注房屋需求量。尤其是提供安全、方便及舒适的可负担房屋,更是成为州政府的首要责任及议程。为此,州政府已拨出为期5年的5亿令吉来落实可负担房屋基金。在首个阶段,槟州发展机构在峇都加湾共拨出200依格的土地来兴建1万1800个公寓单位。州政府已委任新加坡房屋发展局(HDB),也就是最佳的可负担房屋发展商,以确保峇都加湾的可负担房屋是全马素质最好的。在第二个阶段,州政府、威省市政局及槟岛市政局共拨出属于槟威两地市政局4县的49依格土地,那就是29依格在威北、3依格在威中、11依格在东北县及6依格在西南区。这4个县将兴建6000个可负担房屋单位。

58. 大山脚宏愿人民組屋只有433个单位有人入住,剩余的479个单位仍空着。州政府最近刚面试了39个新的租户申请,其中只有22名申请者出席面试,当中17名的申请成功获得批准。每月租金加维修费一共是100令吉。至于即将出租的30个单位,州政府将进行耗资19万5000令吉的维修工程。为了防止单位被破坏,州政府只会在单位在出租前才进行维修工程。

59. 州政府推介了以5000万令吉作为基金的快乐房屋计划。快乐房屋计划是为了弥补联邦政府的"房屋维修保养计划"的不足,那就是"房屋维修保养计划"只承担廉价屋90%的维修保养经费,额外的10%则由居民自行负责;至于中廉价屋方面,70%由联邦政府负责,30%由住户负责。通过快乐房屋计划,槟州政府将全面吸纳上述10%及30%的费用。州政府相信,快乐房屋计划将能够成功进行全槟的廉价及中廉价組屋的维修费及改善基设的费用,并提升人民的生活素质。

60. 州政府于2013年将继续资助由州政府兴建及管理的公共組屋的维修及改善基设费用。因此,州政府将拨出1246万令吉来进行这项计划。

N. 稳定青年及体育发展

61. 根据槟州在2012年彭亨马运会及2011年吉隆坡马运会取得的第六排名,州政府确定能够加强槟州表现的活动,来迈向更卓越的阶段。

62. 为加强基设及打造稳健的运动文化,州政府在2013年为体育发展所拨出的整体款项是767万令吉,那就是增加了100万令吉。另外,在青年活动方面,州政府则是拨出75万2000令吉。同时也为青年们注入强心剂,那就是州政府将拨出为数500万令吉的特别拨款,在全槟兴建室内足球场。

P. 刺激合作社及创业家发展

65. 于2009年推动的"人民平等桥梁"计划共让792名贷款者受惠,而贷款数额共290万令吉。这项计划不止协助有潜质的小型商家继续扩展,同时也提高了最贫穷社群的收入,继而通过营商方式来消除贫穷。因此,州政府建议与槟州发展机构联手增加额外的基金数额,那就是分别增加300万令吉及100万令吉给单亲母亲,协助小型商家提高素质及扩展各自的商网。

Q. 带动妇女、家庭及社区发展

68. 在2011年11月成立的槟州妇女发展机构 (PWDC) ,展现了州政府重视女性在社会所扮演的角色。槟州妇女发展机构在2012年1月开始投入运作,并与槟岛市政局及威省市政局合作,展开了为期三年的试点项目– "促进两性平等的预算",以把焦点集中在安全及卫生方面的议题。

69. 运作了10个月之后,槟州妇女发展机构举办了工作营、女性领袖训练及良好管理等多项草根性的能力建设计划。截至目前为止,在槟州的5个县内,共有超过300名参与者参加了我们主办的计划。我们即将主办的计划,包括为单亲妈妈而设的照顾孩童基本训练课程,以训练她们如何更安全、更有素质地在家里照顾孩童,以让单亲妈妈增加经济来源。

70. 为了强调妇女技能及提供一个鼓励妇女发展的环境,州政府在2013年预算下,拨出230万令吉供妇女发展之用,包括拨给槟州妇女发展机构的150万令吉。

71. 另一项保健计划则是"槟城对乳癌说不"计划,与州议员拨款共同进行的免费乳房X光检查(mammogram)计划。州政府要州内的妇女皆是健康、敏捷、没有患上乳癌的妇女。州政府拨出300万作为这项免费检查的费用。

R. 提升公共服务的传递

72. 公共服务正面对全球与本土的挑战,加上人民的期待,以推行更大的政策改革、国家发展策略及推行机制。为了实现杰出及国际水准的公共服务,政府管理机构必须具备能干、有竞争力、有创意、创新及廉洁的能力。因此,我坚信槟州政府时时刻刻都在确认公共服务的传递能反应快速、有效率、准确、透明及友善待民。

73. 州政府为了更有品质的服务,所以非常注重创意及创新的能力。让人倍感自豪的是,槟州秘书署为了更有效处理日常事务,所采取的数项创新步骤,获得MS ISO 9001:2008认证,同时,槟州秘书署的49项主要工作步骤,在2012年9月9日获得大马工业研究及规格机构(SIRIM)认证。2011年则获得首相署行政现代化与管理单位(MAMPU)所给予的认证。

74. 槟州政府在2011年的财务表现也继续获得国家总稽查司赞扬。共有槟州政府秘书署、槟州财政署、槟州发展机构及槟州回教理事会,四家政府单位获得公信理财的4星级认证。为了奖励有关单位,州政府开始在是年各奖励1万令吉给获得国家稽查认证的有关单位,而且2013年该奖励将会增加至1万5000令吉。

75. 为了对槟州公共服务给予肯定,州政府在开斋节期间向3780位公务员,发出了半个月或至少600令吉的节日花红,在此,州政府宣布将在2012年12月及2013年1月份,发出半个月或至少700令吉的2012年年终花红。伊斯兰宗教师也将获得400令吉,2012年共700 令吉的花红。本年度的花红共支出了746万令吉。地方政府及州政府属下臂膀机构也将获得同样的花红。

76. 在2010年,槟州政府透过其智囊团,也即是社会经济及环境研究所(SERI), 成功草拟了"槟州发展大蓝图"。这项大蓝图囊括2011年至2015年期间的发展策略。

77. 但是,在2011年4月,联邦政府宣布了与槟州政府、首相署表现管理及传递单位,及国库控股(Khazanah Nasional)合作推行的"大槟城蓝图"计划。

78. 作为对联邦政府此主动之举的承诺,槟州政府为了州内发展,为了槟州人民的利益,以及州政府及联邦的合作精神,我们选择与联邦政府合作,同意依据联邦的意愿,决定搁置已草拟好的"槟州发展大蓝图"。

79. 不过,在2011年6月,首相署表现管理及传递单位却宣布了以5个经济走廊为基础,包括有槟城在内的"北马经济走廊与城市转型计划",取代"大槟城发展蓝图"。

80. 这项以北马经济走廊执行单位主导的计划,已透过"经济走廊与城市实验室",在2011年9月至 11月进行。在这之前,槟州政府已竭尽所能给予合作,协助草拟大槟城蓝图及经济走廊计划。

81. 原定2012年3月当局需对公众汇报的"经济走廊与城市实验室"报告,截至目前为止却毫无音讯,也没有任何报告出炉。这项延误令人感到遗憾,给人的印象是州政府因一心一意与联邦合作而被骗了。

82. 在刚过去的9月份,我们向首相署表现管理及传递单位总执行长拿督斯里依德利斯查询有关大蓝图的进展时,他告知他正在等待副首相给予的推介礼日期。

83. 槟州政府对联邦政府不实践承诺的态度感到非常失望。但是,州政府不会因此坐以待毙。与此同时,我们已经开始更新早前草拟好的"槟城发展大蓝图",若我们再没有接到任何联邦的消息,槟州政府则将会在2013年1月份,推出"槟城典范"("Penang Paradigm"),也即是"槟城发展大蓝图"的修订版。

.
91. 除了州发展基金,为缴付各项福利政策所需的拨款也较往年相应增加,并提高了赤字。自从2008年3月执政以来, 槟州民联政府共耗资1亿7千640万令吉作为福利计划之用,同时也拨出了5亿令吉,推行前朝从未做过的平民屋计划。虽然如此,我们的财政依然有盈余。虽然州政府的财务负担相当高,并导致2013年财政预算案赤字的增加,但是作为一个以民为本的政府,州政府将继续展开这些惠民的福利计划。

发展拨款包括基设需求的5800万令吉,农业及乡镇发展的1302万令吉,房屋1246万令吉,快乐房屋计划的5000万令吉,社会及社区发展1亿5213万令吉。

总结:

槟州民联政府推出经济平等议程AES,以降低社会的不平等。经济学人及国际货币基金皆认为不平等将导致没效率及影响经济发展,同时阻碍公平获得教育的机会。 因此,州政府采取勇敢的步骤,推行经济平等议程以减少不平等,在2013年消除州内贫穷,而不是原定的2015年。
因此民联的(AES)经济平等与国阵的(AES)自动执法系统不同。民联的AES利民及还富于民,不像国阵的AES羞辱人民及加重人民负担。随着州政府在2009年消除赤贫,民联的AES因为将让槟州在2013年成功成为全马首个消除贫穷的州属,而载入史册。
这些利民政策得以实行,有赖于民联州政府实施能干、公信、透明的CAT施政方针,以达到杰出的财务表现。相较于2010年3300万令吉盈余,虽然有人因为妒嫉而质疑州政府2011年获得1亿3800万令吉盈余的杰出表现 及95%的减债纪录,但他们却自打嘴巴,因为槟州的财务是经过国家稽查司确实及公平的认证。
州政府财政盈余并不是因为减少开销,相比前朝,开销反而增加了55%。例如社会援助计划的开销,就支出了1亿7640万令吉,这在以往不曾发生过。而且自2008年3月至今,透过公共工程局(JKR),州政府支出了1亿900万令吉修筑道路,透过水利灌溉局(JPS),州政府支出5100万令吉修筑水沟,而这在308之前并不曾拨出。至于2013年公共工程局的拨款是4160万令吉、水利灌溉局的拨款是1620万令吉。
经济平等议程不只减少不平等,同时也达成联合国著名经济学家萨克斯(Jeffrey Sachs)在槟城研究院于槟城主办的演讲所提及的4大条件,那就是经济福利、社会平等、永续发展及保护环境。同时,也要干净及有效率的管理。
州政府确实符合上述4大条件。这可以从2010年及2011年槟州投资额全马居冠的经济热络表现可见一斑。槟州在永续发展及对环境友善方面,可反映在致力推动无塑料袋政策、提高资源回收率及向莱纳稀土厂及核电厂说不。
在经济平等议程中,民联州政府在向不平等宣战之余,并没有忽略了经济发展,而且采取竞争、具目标性奖励及降低,3项经济措施。
第一,所谓竞争,就是促进竞争打击垄断及朋党主义,以让努力获得应有的回报,让能者居之。
第二,具备目标的给予贫穷、青年及女性奖励。当女性被委任为槟州首位市政局主席或县长时,我们可看到有多大的变化。
消除贫穷计划拨款2000万令吉、协助女性拨款530万令吉、协助青年拨款500万令吉及修筑室内足球场,皆是新的开示。
第三,为了减少贪污及官僚作风,让每个人都可以实现潜能,州政府通过能干、公信、透明原则,我们率先推行公开招标、首长及所有行政议员公布财产、禁止行政议员家庭成员与州政府做生意、制止奢华的生活方式、公开政府与私人界的合约、通过自由资讯法案等。廉洁及良好的能干、公信及透明施政已经让槟州更加清洁、绿意、健康及安全。
民联的AES显示的是一个没贫穷、没失业、未来也不会的债务的槟州,只因没有贪污。让我们确保以民为本的民联继续执政、惠民。

Roketkini.com >> Utusan fitnah Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b> <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 03:16 AM PDT

GEORGE TOWN, 18 OKTOBER: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini memperlekehkan usaha UMNO dan lidah rasminya, Utusan Malaysia untuk memainkan sentimen perkauman melalui fitnah jahatnya dengan mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang kononnya meminggirkan masyarakat Melayu.

Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini menyifatkan laporan muka depan Utusan Malaysia yang menuduh bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menggunakan dana Akaun Amanah Perumahan Bumiputera untuk membina rumah kos rendah sebagai tindakan yang memakan diri sendiri.

Ketua Pembangkang Pulau Pinang merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilyah Pulau Pinang (PERDA), Dato Azhar Ibrahim dilaporkan Utusan Malaysia menyelar keputusan kerajaan negeri untuk tidak menggunakan dana bernilai RM33.6 juta untuk membina 10,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik.

"Kenyataan Azhar ini adalah tidak masuk akal kerana ini bermakna hanya perlu RM 3,360 untuk membina sebuah yunit! Saya ingin melihat PERDA bina rumah kos rendah dan mampu milik dengan kos RM 3,360 seyunit –mustahil dilakukan," kata Guan Eng.

Menurut beliau lagi, sejak tahun 2008, kerajaan negeri melalui Penang Development Corporation (PDC) telah membina 4,000 unit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dengan 8,000 yunit lagi disumbangkan oleh pihak swasta menjadikan keseluruhan 12,000 yunit.

Guan Eng turut berkata bahawa sungguhpun adalah tanggungjawab kerajaan pusat untuk membina rumah mampu milik, kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah memperuntukkan RM 500 juta untuk membina rumah mampu milik di seluruh negeri Pulau Pinang, termasuk di kawasan pulau.

"RM500 juta hanya cukup untuk membina 18,000 yunit rumah mampu milik kepada semua rakyat pada 5 tahun yang akan datang,"

"Sekiranya kerajaan negeri menggunakan wang Akaun Amanah terdahulu, akan datang pula tuduhan jahat Utusan dan UMNO bahawa kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang sendiri untuk membina rumah mampu milik sebaliknya guna wang bumi," ujar beliau.

Untuk mengelakkan tuduhan sedemikian katanya, wang kerajaan negeri digunakan dahulu, memandangkan wang akaun amanah tidak mencukupi kerana untuk membina 350 unit rumah kos sederhana rendah, kos pembinaan tanpa kira kos tanah sahaja sudah menjangkau RM35 juta.

Menurut beliau lagi, "Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan jaminan untuk membina rumah mampu milik dan dibukti dengan rumah pangsa. Kerajaan negeri, tidak seperti kerajaan UMNO-BN yang berjanji selama 28 tahun dahulu untuk membina rumah kelamin bagi anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia(TUDM) di Bertam, Kepala Batas dan masih tidak dibina sehingga hari ini," sambil memberitahu bahawa 330 ekar tanah TUDM di Bertam, Kepala Batas tidak dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984 tetapi disewa dengan harga hanya RM 7,000 sebulan.

"Tempoh sewaan adalah 3 tahun setiap penggal dan akan tamat pada Jun 2013. Mengapakah UMNO, Utusan dan Azhar tidak mempersoalkan apakah faedah kepada angkatan tentera dan negara kalau 330 tanah yang diambil alih tidak digunakan untuk membina rumah kelamin tetapi disewa hanya dengan harga RM7,000 sebulan?" soal beliau. – Roketkini.com

09 di kepala batas - Google Blog Search

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


aishah megahasz: Masjid Abdullah Fahim, <b>Kepala Batas</b>

Posted: 12 Oct 2012 01:19 AM PDT

Masjid Abdullah Fahim dibuka dengan rasminya pada hari Khamis, 11 Oktober 2012. Hari ini 12 Oktober 2012 diadakan solat Jumaat pertama kalinya di sini. Haziq memang sangat teruja bila Huzein bagitahu nak bawa dia solat Jumaat di masjid baru.
Masjid ni memang cantik sangat senibinanya. Tersergam indah. 


Antara jemaah yang hadir untuk solat Jumaat.
Ini muka budak yang sangat teruja dapat ikut bersolat di masjid baru. Dia ke masjid berpakaian sekolah. Kalau pakai baju melayu takut tak sempat sebab lepas balik masjid kena bergegas ke sekolah pula. Haziq bersekolah sesi petang. Sebelum dia keluar ke masjid saya sempat berpesan, jangan lupa doa untuk ibu. Entah ingat atau tidak.
Insyallah, bila berkesempatan, saya pun teringin nak bersolat di Masjid Abdullah Fahim ini. Memang cantikkan masjid ini. Boleh jadi mercu tanda di Kepala Batas. Dengan kemudahan yang selesa, insyallah ibadat pun dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


Hujan berterusan sebabkan tanah runtuh <b>di Batu Ferringhi</b>, Tanjung <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 10:48 PM PDT

3 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN: Hujan lebat berterusan lebih enam jam sejak 2.30 pagi ini mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Batu Ferringhi dan Tanjung Bungah.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal, Mohamad Noor Ismail berkata kejadian tanah runtuh pada jam 8.40 itu turut menyebabkan beberapa batang pokok tumbang dan merentangi Jalan Batu Feringghi.

"Kita sudahpun membersihkan laluan yang terlibat dengan bantuan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan keadaan dilaporkan terkawal," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, petugas bahagian penyelenggaraan JKR yang nyaris dihempap pokok, Suhaimi Samsudin, 44, berkata pada mulanya beliau dan petugas lain mendapat arahan untuk membersihkan tanah runtuh di Jalan Lembah Permai.

Katanya dalam perjalanan ke Jalan Lembah Permai secara kebetulan beliau melihat kejadian tanah runtuh kecil di Batu Feringghi.

"Pada mulanya tanah runtuh sikit sahaja jadi kami buat keputusan untuk bersihkan kawasan itu dahulu.

"Sedang kami bekerja, kebetulan ada bas pelancong yang lalu di situ, jadi saya dari jauh lagi, lari tahan bas berkenaan dan beberapa minit selepas saya dan rakan tinggalkan lokasi itu berlaku lagi sekali tanah runtuh diikuti pokok tumbang," katanya.

Bagaimanapun, beliau bersyukur nyawanya dan puluhan penumpang warga asing yang menaiki bas pelancong itu selamat.

Tinjauan mendapati trafik bermula dari Persiaran Gurney menuju ke Batu Feringghi mengalami kesesakan luar biasa sehingga jam 12.00 tengah hari ini. - Bernama



09 di Bayan lepas - Google Blog Search

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Jawatan Kosong Jabil Purchasing Officer <b>di Bayan Lepas</b>

Posted: 29 Sep 2012 08:40 AM PDT

At Jabil, success begins with the contribution of each individual employee. Every employee has the opportunity to make the maximum impact each day – and that makes Jabil a great place to work. Opportunities span every aspect of our business with locations across Asia and in major world markets; Jabil offer employees growth without borders.

Opportunity awaits you now at our Bayan Lepas, Penang facility. (Main Plant – Sg. Hilir Keluang – Phase 4)

Purchasing Officer – Fresh Graduate
Jawatan kosong di Penang – Bayan Lepas

Responsibilities:
Manage & negotiate with Suppliers in meeting Jabil's requirements & expectations i.e. to able to support Customer's orders
Liaise with Sites for any issues and effectively solve problem highlighted
Attend weekly meeting for any outstanding purchasing metrics (ref to data integrity report) that require closure.
Always respond with excellent support and service to any mails or calls received from sites / Customers

Requirements:
Degree in any discipline.
Fresh graduate are encourage to apply.
Strong communication and analytical skills. Demonstrate negotiation and problem solving abilities.
Must be able to work Independantly or in a team (when required)
Proficient in Bahasa Malaysia, English & mandarin (spoken & written)

To learn more about Jabil, and to apply for this position,
visit our web site at www.jabil.com/JabilCareers.

Maklumat Jawatan Kosong Terkini 2012:

Jawatan Kosong Berhubungan

Gambar Remaja Yang Maut Dalam Kemalangan <b>Di Bayan Lepas</b> <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2012 02:35 AM PDT

Inilah gambar remaja perempuan berusia 17 tahun yang maut dalam kemalangan di Bayan Lepas apabila motosikal yang dinaiki di rempuh oleh sebuah lori ais. Mangsa, Nur Syazana Azemi, 17 mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan yang lain.

Rakan karib mangsa, Amira Ayuni Mohd Kaharudin Ihsan, 17 berkata, Nur Syazana merupakan seorang yang amat periang.

"Kami mulai rapat sejak tingkatan tiga dan Jumaat merupakan kali terakhir kami berjumpa selepas selesai menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Semalam (kelmarin) sekolah ada buat jamuan Aidilfitri dan saya diberitahu yang arwah beria-ria mengajak rakan-rakan bergambar bersama. Saya tak sangka kejadian ini akan menimpa rakan baik sendiri dan berasa amat sedih," katanya.

Marilah sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah kepada allahyarham dan semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…Al-Fatihah.

(GAMBAR) Remaja 17 Tahun Maut Dirempuh Lori Ais

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved