Selasa, 13 November 2012

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


Wanita Indonesia Kena Rogol Oleh Tiga Anggota Polis <b>Di</b> Balai Polis

Posted: 11 Nov 2012 04:12 AM PST

Seorang wanita Indonesia yang berusia 25 tahun membuat laporan polis bahawa dirinya telah dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga anggota polis di sebuah Balai Polis kawasan Bukit Mertajam semalam.

#BERITA PENUH

BUKIT MERTAJAM – Seorang pekerja kedai makan warga Indonesia mendakwa dia dirogol tiga anggota polis di sebuah balai polis dekat sini semalam.

Mangsa berusia 25 tahun mendakwa ditahan tiga anggota polis berusia lingkungan 20-an sehingga 30-an pada jam 6.20 pagi berhampiran pasar raya Pacific, Perai dan dibawa ke balai polis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi yang dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas perundangan jika benar dakwaan itu.

Beliau juga mengesahkan tiga anggota terbabit direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Menurut mangsa, ketika ditahan dia berada dalam kereta sewa bersama seorang pemandu teksi tempatan selepas menghantar seorang rakan perempuannya yang tinggal di kawasan itu .

"Tidak lama selepas itu, sebuah kereta peronda polis jenis proton Wira menahan kereta yang kami naiki dan dua anggota polis yang memakai uniform polis meminta kami menunjukkan kad pengenalan.

"Ketika itu, saya hanya membawa salinan pasport. Jadi, anggota polis itu tidak mahu menerima salinan pasport dan mengatakan akan membawa kami ke balai polis.

"Bagaimanapun, saya merayu kepada dua anggota polis ini dan meminta mereka melepaskan pemandu teksi yang ketika itu digari," katanya yang ditemui di Pejabat MCA Bukit Mertajam, pagi tadi.

Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan dan Pengerusi Wanita MCA Bukit Mertajam, Goh Swee Gim. – Sinar Harian

#BERITA PENUH

Bukit Mertajam: Seorang pelayan kedai makan warga Indonesia mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh tiga anggota polis di bilik di Balai Polis Perai, dekat sini, kelmarin.

Mangsa, Siti Maemanah Kasman, 25, berkata dia ditahan ketika menaiki sebuah kereta sewa dipandu seorang lelaki selepas menghantar rakannya di satu kawasan flet di Prai, jam 6.20 pagi.

Katanya, dia menyedari sebuah kereta peronda mengekori kereta yang dinaikinya sebelum dua anggota polis menahan kereta dan meminta kad pengenalan pemandu terbabit serta pasportnya. 
Bagaimanapun, beliau berkata, dia hanya menyerahkan salinan pasport menyebabkan anggota polis terbabit memaklumkan perlu membawanya ke balai polis untuk siasatan lanjut sebelum melepaskan pemandu kereta sewa berkenaan. 

"Setiba di balai, dua lagi anggota polis yang bertugas di kaunter kemudian menggeledah beg tangan dan memberitahu mahu mengurung saya dalam lokap.

"Saya tiada duit menyebabkan mereka meminta saya memberikan layanan seks. Saya terpaksa mengikut arahan dan melakukan hubungan seks dengan tiga anggota," katanya di Pejabat MCA Bukit Mertajam, di sini, semalam. – Berita Harian

Carian Anda:


di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Roketkini.com >> Utusan fitnah Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b> <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 03:16 AM PDT

GEORGE TOWN, 18 OKTOBER: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini memperlekehkan usaha UMNO dan lidah rasminya, Utusan Malaysia untuk memainkan sentimen perkauman melalui fitnah jahatnya dengan mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang kononnya meminggirkan masyarakat Melayu.

Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini menyifatkan laporan muka depan Utusan Malaysia yang menuduh bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menggunakan dana Akaun Amanah Perumahan Bumiputera untuk membina rumah kos rendah sebagai tindakan yang memakan diri sendiri.

Ketua Pembangkang Pulau Pinang merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilyah Pulau Pinang (PERDA), Dato Azhar Ibrahim dilaporkan Utusan Malaysia menyelar keputusan kerajaan negeri untuk tidak menggunakan dana bernilai RM33.6 juta untuk membina 10,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik.

"Kenyataan Azhar ini adalah tidak masuk akal kerana ini bermakna hanya perlu RM 3,360 untuk membina sebuah yunit! Saya ingin melihat PERDA bina rumah kos rendah dan mampu milik dengan kos RM 3,360 seyunit –mustahil dilakukan," kata Guan Eng.

Menurut beliau lagi, sejak tahun 2008, kerajaan negeri melalui Penang Development Corporation (PDC) telah membina 4,000 unit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dengan 8,000 yunit lagi disumbangkan oleh pihak swasta menjadikan keseluruhan 12,000 yunit.

Guan Eng turut berkata bahawa sungguhpun adalah tanggungjawab kerajaan pusat untuk membina rumah mampu milik, kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah memperuntukkan RM 500 juta untuk membina rumah mampu milik di seluruh negeri Pulau Pinang, termasuk di kawasan pulau.

"RM500 juta hanya cukup untuk membina 18,000 yunit rumah mampu milik kepada semua rakyat pada 5 tahun yang akan datang,"

"Sekiranya kerajaan negeri menggunakan wang Akaun Amanah terdahulu, akan datang pula tuduhan jahat Utusan dan UMNO bahawa kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang sendiri untuk membina rumah mampu milik sebaliknya guna wang bumi," ujar beliau.

Untuk mengelakkan tuduhan sedemikian katanya, wang kerajaan negeri digunakan dahulu, memandangkan wang akaun amanah tidak mencukupi kerana untuk membina 350 unit rumah kos sederhana rendah, kos pembinaan tanpa kira kos tanah sahaja sudah menjangkau RM35 juta.

Menurut beliau lagi, "Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan jaminan untuk membina rumah mampu milik dan dibukti dengan rumah pangsa. Kerajaan negeri, tidak seperti kerajaan UMNO-BN yang berjanji selama 28 tahun dahulu untuk membina rumah kelamin bagi anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia(TUDM) di Bertam, Kepala Batas dan masih tidak dibina sehingga hari ini," sambil memberitahu bahawa 330 ekar tanah TUDM di Bertam, Kepala Batas tidak dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984 tetapi disewa dengan harga hanya RM 7,000 sebulan.

"Tempoh sewaan adalah 3 tahun setiap penggal dan akan tamat pada Jun 2013. Mengapakah UMNO, Utusan dan Azhar tidak mempersoalkan apakah faedah kepada angkatan tentera dan negara kalau 330 tanah yang diambil alih tidak digunakan untuk membina rumah kelamin tetapi disewa hanya dengan harga RM7,000 sebulan?" soal beliau. – Roketkini.com

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


MatKilau Penang: SIAPA PULAK TERBOGEL <b>DI BATU FERINGGI</b>....

Posted: 13 Nov 2012 11:02 AM PST

KENA BOGEL DENGAN ORANG SENDIRI BEB...............APA PUNYA KEJADAH PEMUDA  PAS PULAU PINANG NIE.....ADA JAWATAN TAPI PUNGKOQ KENA JOLOK DAP HARAMI......MASALAH TIKAM BELAKANG PULAK TERJADI.........PEMUDA PAS NIE KENA BELI DENGAN DAP MANA BOLEH BERSUARA NANTI JAWATAN KENA TARIK BALIK.......LAWAK TAHAP CIPAN DER.....
Iszuri yang juga timbalan yang di pertua Pas kawasan Bandar Baru dan juga penolong setiausaha negeri serta pengerusi lajnah tanah Pas Negeri Pulau Pinang adalah Ahli Majlis yang terlibat di dalam jawatankuasa perlesenan kerajaan tempatan. 

Mengapa perkara ini tidak di sekat dari peringkat awal lagi iaitu semasa permohonan daripada pengajur yang semestinya di bawa ke mesyuarat ahli majlis MPPP. Ini adalah kerana Iszuri adalah jawatankuasa tetap kesiahatan awam di mana dia bertanggungjawab dalam meluluskan lesen penjaja, trade biliboard serta banner dan juga semua yang bersangkutan dengan perlesenan.

Perkara ini telah di sahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam MPPP Ong Ah Teng dalam satu kenyataannya kepada Sinar Harian.


Jadi bagimana pula tiba tiba pemuda Pas Pulau Pinang terloncat loncat dalam isu ini. Adakah sebelum mengeluarkan kenyataan akhbar mereka tidak membuat sebarang rujukan kepada pihak yang berwajib atau sememangnya ini adalah satu rancangan jahat Pakatan Hafiz Nordin bersama Pemuda Pas Pulau Pinang untuk memburukkan nama Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pakatan Rakyat.

JIKA KORANG NAK LAGI !!!!!! BACALAH KAT BICARA ABU NAWAS...MKP TAK BAGI LINK KORANG CARILAH SENDIRI BOLEH JUMPA PUNYA.........


09 di Bayan lepas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Dua suspek tikam pemandu bas <b>di Bayan Lepas</b> dicari | Sikit.info

Posted: 10 Nov 2012 12:19 AM PST

BALIK PULAU: Polis sedang mencari dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pemandu bas kilang maut ditikam dalam pertengkaran di hadapan sebuah kilang di Taman Perindustrian Bayan Lepas, Fasa 4 dekat sini Khamis lalu.

We also give some image about dua suspek tikam pemandu bas di bayan lepas dicari hope you like this, we got this images from arround the web using this related keywords dua suspek tikam pemandu bas di bayan lepas dicari .

dua lelaki tikam pemandu bas diburu dua suspek tikam pemandu bas di bayan lepas dicari 500x300

dua lelaki tikam pemandu bas diburu image by www.utusan.com.my

polis tahan dua lelaki berhubung kes bunuh di ipoh worldnews dua suspek tikam pemandu bas di bayan lepas dicari 440x360

polis tahan dua lelaki berhubung kes bunuh di ipoh worldnews image by article.wn.com

polis tahan dua lelaki berhubung kes bunuh di ipoh worldnews dua suspek tikam pemandu bas di bayan lepas dicari 480x360

polis tahan dua lelaki berhubung kes bunuh di ipoh worldnews image by article.wn.com

polis tahan dua lelaki berhubung kes bunuh di ipoh worldnews dua suspek tikam pemandu bas di bayan lepas dicari 480x360

polis tahan dua lelaki berhubung kes bunuh di ipoh worldnews image by article.wn.com

09 di Batu kawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu kawan - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu kawan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Sep 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu kawan</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu kawan</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2012 01:07 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PENDEDAHAN TERBARU!!! UMNO/BN jual 980 ekar <b>di</b> Tanjung <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2012 08:23 PM PDT

GEORGE TOWN, 3 SEPTEMBER: Kerajaan UMNO-Barisan Nasional telah menjual sebanyak 980 ekar di Tanjung Tokong, 325 ekar di Lebuhraya Jelutong dan 750 ekar di Batu Kawan kepada Abad Naluri Sdn Bhd.

Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini; sambil menyebut bahawa penjualan tanah oleh Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi kehebatan UMNO-BN menjual tanah.

Menurut beliau, UMNO-BN Pulau Pinang sengaja membesarkan isu penjualan tanah sebanyak 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin. Pada masa yang sama UMNO Barisan Nasional enggan memberikan penjelasan ke atas keuntungan sebanyak RM5 juta yang telah dikaut oleh pemimpin-pemimpin UMNO pada tahun ini dalam masa tiga setengah bulan menjadi 'broker tanah' bagi 31 pemilik tanah Melayu di Batu Kawan.

Guan Eng dalam kenyataannya juga memberitahu, UMNO Barisan Nasional telah menjual tanah utama di Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi dan tanah tebusguna Lebuhraya Jelutong pada harga RM20 sekaki persegi.

Tambah Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi, penjualan secara tender terbuka oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan rakyat terbukti berjaya mendapat harga yang paling tinggi melebihi harga pasaran.

"Sebaliknya penjualan tanah yang dilakukan oleh UMNO Barisan Nasional tidak begitu".

"Perjanjian penebusguna dan memajukan Tanjong Tokong yang bertarikh 1990 dan 1999, pemaju hanya diberi hak untu menebusguna dan memajukan sebanyak 980 ekar tanah dipersisiran Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi." Kata Guan Eng.

"Lebuhraya Jelutong pula, dibawah perjanjian bertarikh 1997, 2002 dan 2003, pihak pemaju diberi hak untuk menebusguna sebanyak 325 ekar tanah sebagai gantian untuk pembinaan Lebuhraya Jelutong dengan kos anggaran RM300 juta dan bayaran RM25.4 juta. Dalam erti kata lain, jumlah kos RM325.4 juta untuk 325 ekar tanah". Jelas Guan Eng dalam kenyataannya.

Jumlah ini bersamaan dengan RM1 juta seekar ataupun RM20 sekaki persegi, pemaju boleh membayar RM25.4 juta dalam jangka masa 10 tahun dari 2005 hingga 2015.

Guan Eng turut mengulas bahawa, pemimpin Barisan Nasional, termasuk Pengerusi BN Teng Chang Yeow, enggan memberi penjelasan tentang keuntungan RM5 juta yang dikaut oleh pemimpin UMNO sebagai broker tanah atau kenapa tanah negeri dijual dengan begitu murah semasa mereka masih berkuasa.

"Jika pemimpin-pemimpin BN boleh menjual tanah dengan begitu murah semasa berada di tampuk kuasa, apakah mereka tidak akan melakukannya lagi sekiranya kembali berkuasa?" ujar Guan Eng. – Roketkini.com

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu kawan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Sep 2012 01:12 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Naufal Budak Baik: 1 Jun: Cuti Sekolah <b>di Batu Kawan</b>

Posted: 04 Jun 2012 10:18 PM PDT


Dalam kereta, on the way ke Batu Kawan.
Seluar Hawaii Afdhal yang Naufal pinjam, sebab semua seluar lain dah 'basah'.

Salam Naufal,

1 Jun ayah dan ibu pulang ke Tapah untuk bercuti ke batu Kawan Penang pada hujung minggu. Cuti sekolah berlansung 2 minggu jadi kami ambik kesempatan ini untuk pulang kemapung. Singgah di Tapah pada malam Jumaat dan bertolak ke Batu Kawan pada pagi Sabtu.

Bila sampai Tapah kami terkejut tengok betapa tembamnya Naufal. Pipi tembam dan perut pun makin besar.

Naufal dah tak pakai pampers. Opah cakap supaya Naufal tak kencing pada waktu siang dia beri kau minum susu kurang pada waktu siang. setiap 2 jam Opah akan bawa Naufal ke tandas untuk buang air kecil. Setakat ini naufal belum lagi kencing dalam seluar. Kecuali semasa di Batu Kawan. Sampaikan seluar habis dan Naufal terpaksa pinjam seluar Afdhal.

Mula pandai menyebut "Ibu" dan "Ayah". Selain dari itu ada beberapa perkataan pelik seperti "Tak guna!"(bila marah) dan apa lagi entah. Mungkin pengaruh dari Detectif Conan. Bila Naufal menjerit dengan perkataan itu kami semua ketawa.

Di batu Kawan, Naufal melaungkan dengan kuat Azan setiap kali maghrib. Senja Sabtu dan Senja Ahad, mengikut rancangan TV 106 Astro.

Cuti kali ni kita tak berjalan ke mana pun, ayah badan tak sedap, rasa macam nak demam. Malam minggu sahaja buat barbeque dengan semua keluarga Tok Hassan. Diaorang semua tidur pukul 4 pagi.

Ayah beli beberapa CD pendidikan dan buku untuk Naufal. tapi Naufal lebih suka menonton CD dari menjenguk buku.

Selain dari itu ada beberapa kes lain seperti tikus di Tapah semakin ganas. Ibu masa tidur kakinya kena gigit tikus. Mungkin sebab tikus tu tak biasa dengan ibu kot, sebab Naufal dan Opah tak pernah kena gigit tikus, walaupun tikus tu selalu naik kedapur dan makan makanan dalam tudung saji. :)

kami sedia: Kilang Solar <b>Di Batu Kawan</b>,Pencemaran Cadmium <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2012 02:00 AM PDT


Ramai yang membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Pahang, namun mereka tidak mengetahui nasib yang bakal menimpa 100,000 penduduk di Batu Kawan apabila sebuah kilang yang mengeluarkan toksik dibina di negeri ini.

Ketua Biro Perkhidmatan Awam Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Rich Too berkata, mereka menuntut penjelasan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai pembinaan kilang berkenaan yang dikendalikan sebuah syarikat dari Jerman.

"Kita tidak menentang teknologi solar tetapi proses untuk menghasilkannya boleh mencemarkan alam sekitar. Ia juga akan mengancam kehidupan jika pembuangan sisa toksik tidak dikendalikan dengan betul.

"Sehingga kini tiada sebarang penjelasan diberikan Kerajaan Negeri kepada umum mengenai projek yang akan dijalankan itu," katanya kepada media semalam.

Menurutnya, orang ramai yang menyokong Guan Eng kerana membantah pembinaan loji Lynas sebenarnya tidak sedar bahawa sebuah kilang yang mengeluarkan toksik akan berada di Batu Kawan.Sehubungan itu, mereka menuntut Guan Eng memaklumkan lokasi tepat serta mengemukakan laporan awal penilaian kesan alam sekitar (EIA) kilang berkenaan.

"Kita mahu penjelasan tentang kaedah yang digunakan untuk mengendalikan bahan berbahaya seperti toksik yang dikeluarkan oleh loji itu kelak.

"Guan Eng juga perlu maklumkan langkah pencegahan jika berlaku kecemasan atau kemalangan sekiranya loji itu dibina bersebelahan taman perumahan," katanya.

Difahamkan, loji pengeluaran panel solar berkenaan akan dibina di Batu Kawan dengan pelaburan RM2.2 bilion.Syarikat dari luar negara itu dikatakan sudah memulakan proses pembelian tanah seluas 32 hektar di kawasan berkenaan.

Rich berkata, Guan Eng dilihat tidak mengambil kira pandangan umum khususnya penduduk di situ terlebih dahulu sebelum meluluskan pembinaannya.

"Pembinaan loji ini boleh disifatkan sebagai penganiayaan kepada bakal penduduk yang hanya menunggu rumah mereka siap untuk diduduki.

"Loji ini memerlukan kawasan luas untuk mengawal sembilan jenis gas beracun yang dihasilkannya," katanya.

sumber:Mypenangonline

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved