Khamis, 3 Januari 2013

09 di balik pulau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


Ada Apa <b>di Balik Pulau</b> ??.. | MyMekar.com

Posted: 17 Dec 2012 06:35 PM PST

Tajuk bikin gempak ! :mrgreen:

Selepas lama menyepikan diri dari dunia blogging, kini daku kembali lagi. Bukan merajuk ker apa, tapi macam ketandusan idea bagi merancakkan suasana blog daku ini.

Takpa, entri daku hari ini simple jerk. Jalan-jalan ke Pulau Pinang. hehe. Daku berada di sana sekitar 2 minggu lps.

Sebut sahaja DURIAN Balik Pulau, Pulau Pinang, sesiapa yang sudah merasainya pasti bersetuju bahawa kualiti raja buah dari dusun di situ adalah yang terbaik. Ia turut dikenali sebagai durian bukit kerana kebanyakan dusun duriannya terletak di kawasan tanah tinggi. Itu juga salah satu faktor menjadikan buah durian Balik Pulau lebih istimewa berbanding kawasan lain di Pulau Mutiara.

Jika berkunjung ke Pulau Pinang ketika ini, singgah sahaja ke Anjung Indah yang terletak di Jalan Tun Sardon menghala ke Balik Pulau untuk menikmati Pesta Durian & Buah-Buahan 2012.

ada beberapa deretan gerai menjual buah-buhanan termasuk yg paling famous adalah buah durian. macam2 jenis durian ada di jual.  masa daku & mr suami menapak ke sini dua minggu lepas, jam sudahpun menunjukkan lewat petang. banyak buah telah habis dijual.  seeloknya nasihat daku kalau nak membeli durian & lain2 buah perlu sampai sini sekitar jam 1o pagi.

gambar ni pinjam dari blog mywisewife.com. Daku xdapat merasai suasana meriah ni krn tiba lewat petang. rugi..rugi..sangat weh !

Cuma dpt melihat pemandangan indah di Balik Pulau. – di bahagian belakang tapak jualan buah, kelihatan sebahagian pemandangan negeri Pulau Pinang dari atas puncak bukit

pengunjung2 menikmati pemandangan indah sambil menghirup udara yg segar di puncak bukit. aduhai..nyamannya suasana bila berada di sini

panjat tangga ni utk melihat pemandangan lebih tinggi.

Sebenarnya tujuan utama daku ke sini bukan untuk membeli buah durian krn minggu sebelumnya mr suami dah pun berjaya memborong durian di sini bersama rakan-rakannya. Nasib baik la daku bukan hantu durian. Kalau tak, pasti kempunan nak pekena derian. Petang tu kami cuma nak bersiar-siar hirup udara ptg. Mr suami yg gigih benar memandu melalui jln bengkang-bengkok semata2 nak tunjuk pada daku lokasi sebenar Durian Balik Pulau. Pemandangan hijau cukup mempesona apabila melihat satu demi satu kawasan dusun buah-buahan terutamanya dusun durian. Ini pengalaman pertama daku ke sini manakala mr suami entah berapa kali beliau ke sini memandangakan beliau warga Penang yg 'hantu durian' :P

sempat juga daku snap gambar buah hasil borongan mr suami sebelum ni

alo..lo..lo..byk nye derian ! ni mau kolestrol naik blk nih !. kat atas ni mr suami beli durian jenis 101 dan durian labu (tak nampak pbezaan ketara kan? tp kat penutup bekas tu ada tulis nama derian, tu yg buat daku tau tue). Tak pasti berapa biji durian diborongnya krn semuanya siap di packing dlm bekas tuppeware sbb mr suami tak rajin nak kopek sendiri. harganya pun daku tak tau sbb mr suami membeli tanpa kehadiran si isteri. itu sebabnya beliau lupa diri semasa membeli..hoho..

Kenapa durian sini menjadi sebutan?? .. Kata orang, keunikkan rasa durian dari Balik Pulau mungkin kerana dusunnya di kawasan berbukit dan belum tercemar (kiranya fresh dr ladang laa). Oleh itu, bagi penggemar buah durian, apalagi yg ditunggu-tunggu. Ayuh ber"pesta" durian ke Pulau Pinang.

kata mekar : Durian byk2 tu daku dah berjaya membuat crepe durian yg menjadi fenomena sejak kebelakangan ini. Nanti ada kerajinan daku tempek cara2 nak buat crepe durian pula.

Update 23 December 2012 : Cara-cara membuat Durian Crepe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved