Sabtu, 26 Januari 2013

09 di permatang pauh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Dr MiM: HOT! ANWAR TIDAK BERTANDING <b>DI PERMATANG PAUH</b>?

Posted: 24 Jan 2013 12:03 AM PST


MiM tertarik dengan laporan di bawah. Di antaranya :
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan kemungkinan dirinya tidak akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

Dalam pertemuannya bersama Sinar Harian Online dan Sinar Harian semalam, Anwar berkata kemungkinan besar beliau tidak bertanding di kerusi tersebut yang sinonim dengannya sejak menceburi politik 30 tahun lalu. 

"Insya-ALLAH, saya akan bertanding tetapi kemungkinan besar saya masih diminta untuk pertimbangkan satu dua kawasan lain," katanya yang juga Ketua Umum PKR. 

Membayangkan hasrat itu, Anwar ketika ditanya sama ada beliau bakal bertanding di kerusi Lembah Pantai yang kini milik anaknya Nurul Izzah, Anwar dengan nada seloroh berkata, nanti Nurul Izzah marah. 

"Kenapa pula Lembah Pantai? Tiada pula saya dimaklumkan," katanya ketika ditanya hasrat Nurul Izzah yang memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi tersebut. seterusnya

Sebenarnya, tidak susah untuk kita membaca percaturan politik Anwar Ibrahim tentang kerusi pilihan beliau di PRU13 yang akan datang.

Permatang Pauh dianggap 'kerusi selamat' oleh pakatan pembangkang walau pun parlimen tersebut sudah mula menyaksikan perubahan 'selera pengundi tempatan' yang condong kepada Barisan Nasional.

Selain daripada diri sendiri, Anwar juga perlu memikirkan kesinambungan politik keluarga beliau iaitu Wan Azizah dan Nurul Izzah. Mereka itu adalah ally utama, bukan sahaja dalam PKR tetapi juga pakatan pembangkang.

Tanpa sebarang jawatan Ahli Parlimen atau pun Ahli Dewan Undangan Negeri, Wan Azizah dilihat agak sukar untuk dijadikan 'bidan terjun' di kerusi-kerusi lain selain daripada Permatang Pauh.

Nurul Izzah pula dilihat bakal mengalami kesukaran untuk mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai. Kali ini, beliau tidak boleh berharap kepada 'tsunami politik' tahun 2008 yang sudah reda.

Tambahan pula, beliau mungkin berhadapan dengan calon BN yang berkaliber tetapi juga menunjukkan sumbangan kerja yang mantap.

Ketidak tentuan potensi 'boleh menang' ini mungkin akan menyebabkan Anwar lebih berkira-kira dan berkemungkinan untuk melepaskan kerusi Permatang Pauh.

Dan sebagai Ketua Pembangkang, Anwar juga mungkin akan memilih kerusi lain yang 'hampir selamat'. Why not?

Jika tidak pun, Wan Azizah masih bertanding di Permatang Pauh tetapi di kerusi Dewan Undangan Negeri. Tambahan pula, beliau pernah membayangkan untuk 'bertanding di kawasan beliau mengundi'.

Dan merujuk kepada PRK Permatang Pasir pada bulan Ogos 2009, Wan Azizah menjadi pengundi DUN Permatang Pasir apabila mengundi di SK Seri Penanti dengan Anwar Ibrahim.

Apakah Wan Azizah akan bertanding di Permatang Pasir yang dipegang oleh Salleh Man daripada PAS?

Mahukah PAS melepaskan satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh PAS di Pulau Pinang?

Dalam masa yang sama, mahukah Wan Azizah memegang sebarang jawatan Exco negeri di bawah DAP yang sebelum ini malu besar kerana 'tersilap undi' dan dianggap parti chauvinis dan rasis?

PANASS!! Anwar TENTANG Ustaz Nasha <b>di Permatang Pauh</b> <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2013 04:37 PM PST


Khabarnya Nasharudin Mat Isa akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh sekaligus melawan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Apakah Benar perkara itu?

Di bawah ada keratan surat khabar yang mengatakan Anwar tidak akan bertanding di Permatang Pauh. Malah didalam akhbar semalam, Anwar mengatakan dia tolak jawatan untuk jadi PM. Biar betul Anwar ni, dah mabuk ka mereng?


Malah yang menjadi persoalan utama, kenapa Anwar tidak mahu bertanding di Permatang Pauh? Adakah sebab Anwar tahu dia akan kalah dengan Nasharudin Mat Isa? atau Anwar sudah tahu di tidak ada lagi pengaruh yang kuat?
Rasanya penduduk Permatang Pauh dah kenal siapa Anwar, kalau dia bertanding lagi kat sana, Mc berani jamin Anwar akan bungkus. Sebab tu dia cari jalan nak lari dari sarang dia tu. Malu woo kalah kat tempat sendiri. he he..

McTheory:
Bila lagi nak tengok pengemar kunyit ni bungkuih!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved