Khamis, 14 Februari 2013

09 di balik pulau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


RM75 bilion projek <b>Balik Pulau</b> tidak wujud - ABN News - ABNxcess

Posted: 15 Jan 2013 12:37 AM PST

PULAU PINANG — Cadangan projek pembangunan bercampur RM75 bilion di Balik Pulau yang dilaporkan sebuah akhbar sebenarnya tidak wujud, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Tiada projek seperti itu," katanya apabila diminta mengulas tentang kebimbangan penduduk berhubung laporan cadangan pembangunan projek mega di Balik Pulau.

Sebuah akhbar melaporkan berita bertajuk 'Mega project on stilts' iaitu cadangan projek pembangunan bercampur terdiri daripada lot perindustrian, komersil dan unit perumahan seluas 2,833 hektar, membangkitkan kebimbangan penyokong pemuliharaan.

Ia juga melaporkan pembangunan itu yang meliputi industri elektrik dan elektronik, minyak dan gas, pejabat pentadbiran kerajaan, sekolah, hotel, kawasan kediaman, taman dan pantai tiruan, semuanya berada di atas tiang.

"Projek itu sebenarnya tidak wujud. Saya tidak tahu mengapa pihak tertentu cuba memburukkan nama kerajaan negeri," kata Lim.

Katanya pemaju perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan persekutuan sebelum mendapat pertimbangan kerajaan negeri dan kerajaan negeri berhak untuk membuat keputusan. – BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved