Ahad, 17 Februari 2013

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2012 01:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Sep 2012 01:15 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Penduduk <b>Tanjung Tokong</b> bantah bina galeri warisan <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2012 11:00 PM PDT

TANJUNG TOKONG - Persatuan Penduduk Tanjung Tokong membantah pembinaan projek 'warisan mati' yang berkonsepkan galeri dan rumah contoh di atas tanah seluas 160 meter persegi di sini. Sehubungan itu, Pengerusinya, Mohammad Salleh Yahya berkata, pihaknya memohon supaya pemaju menangguhkan sementara pelan kelulusan bangunan ditapak fasa 5 kampung berkenaan bagi tujuan pembinaan itu kerana masih banyak isu berbangkit dan tuntutan yang belum diselesaikan. "Kami menolak konsep dan perlaksanaan 'warisan mati' iaitu pembinaan galeri atau sebuah bangunan yang hanya menceritakan sejarah Kampung Tanjung Tokong.

 "Pembinaan ini langsung tidak menggambarkan realiti warisan asal yang wujud di kampung berkenaan iaitu tapak bersejarah berusia lebih 250 tahun," katanya. Mohammad Saleh berkata, pembangunan bukan sekadar binaan batu bata yang diibaratkan seperti pembangunan tanpa roh, sebaliknya pembangunan mestilah diisi dengan budaya, sejarah dan tamadun. "Itulah pembangunan hidup yang sudah diwar-warkan Tun Razak iaitu 'Better emenities for Tanjung Tokong Soon'," katanya.

 Selain itu, menurutnya, terdapat enam bentuk warisan di sini antaranya, rumah tradisional di Jalan Lama dan kampung tersusun di Kampung Moden Tanjong Tokong.

 "Adanya juga warisan institusi yang berusia lebih 100 tahun iaitu Persekutuan Setia Tanjong Tokong yang ditubuhkan pada 1911 dan Madrasah Al Taqwa pada 1900. "Antara elemen warisan lain termasuk warisan tapak budaya, warisan penjaja Melayu, warisan nelayan Jermal melalui seni perahu dan permainan rakyat, tetapi kami kesal dengan cadangan yang mahu warisan sejarah dalam bentuk galeri sahaja," katanya.

 Beliau berkata, ia bertentangan dengan pelestarian warisan hidup selaras dengan apa yang dilaksanakan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco). "Saya harap aktivis dan pakar warisan membentangkan pelan cadangan bagaimana warisan layak dilestarikan dalam pembangunan semula Tanjong Tokong," katanya.

 Sebelum ini, Pengarah Uda Land (North) Sdn Bhd, Kamaruzaman Mohamad mengumumkan pelan pembangunan Tanjung Tokong mengandungi pembinaan Galeri Tanjung Tokong iaitu rumah yang bercirikan tradisional di sekeliling bazar.

 Uniknya bazar berkenaan turut dibina dengan ciri kolonial dan langsung tidak memperlihatkan pembangunan moden secara langsung. Kamaruzaman berkata, pihaknya juga pernah bertanya mengenai sejarah susur galur di sini, bagi membolehkan sejarah berkenaan dipamerkan dalam galeri.

 Tegasnya, seperti di Kapitan Keling mempunyai sejarahnya tersendiri, namun di sini sejarahnya yang dikatakan perkampungan nelayan juga sama seperti Tanjung Bungah, Jelutong dan Batu Uban. Namun Uda tidak pernah memandang ringan hal berkenaan dan membina galeri untuk penduduk tempatan dan pelancong mengetahui sejarah Kampung Tanjung Tokong.

Kasih Salina: 2H/1M <b>di Tanjung Bungah</b> Beach Hotel

Posted: 08 Oct 2012 06:37 AM PDT


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..
Tetiba jer ada mood untuk update gambar bercuti dengan anak-anak.. takpe lah gambo lama pun kan.. dan pastinya sahabat-sahabat alam maya ku ini belum melihatnya lagi.. tak gituuu? Rasanya itu mesti tanda mau pergi bercuti la tu..
Ni masa pi Penang bulan Mac ritu lagi daa.. aku malas nak edit & transfer dari camera compact ku yang comel & kecil itu..huwawawa..
Tiap tahun memang tiga empat kali juga la kami sekeluarga ke Penang, Pulau Mutiara itu.. Pi Penang memang best, sekali sekala menyesakkan diri di tengah kesibukkan manusia & trafiknya.. Aku suka makan sup daging Hameed restoren & pekena pesemboq Penang yang marvelous tu..

Percutian Keluarga ke Bukit Bendera Pulau Pinang Di SINI

Perjalanan dari rumah kami ke Penang ambik masa dalam 2 jam camtu.. biasanya ke Penang mesti bermalam kat Hotel.. So, untuk trip kali ni kami memilih untuk menginap di Tanjung Bungah Beach Hotel.. Tempahan online dibuat melalui agoda lebih murah berbanding walk-in.. memang jimat & berbaloi-baloi ler..
Kad untuk bukak pintu dia pun cantik jugak.. sebab kami memilih Tanjung Bungah Beach Hotel sebab ada private beach supaya senang anak-anak aku nak main air terutamanya si kakak tu suka bebenor dengan air.. Ternyata pilihan kami tepat & memang seronok dapat main pasir & air laut..
veranda ni tempat yang paling best untuk lepak, aras sama dengan lobby hotel dan mengadap laut dengan tiupan angin pantai yang nyaman & segar..
dinding kaca di belakang adik tu membuatkan luas mata memandang ke laut.. memang kena sangat konsep & dekorasi Tanjung Bungah Beach Hotel ni..



swimming pool dia pun besar dan ada bahagian kanak-kanak & dewasa..
seronok dapat merasa mandi laut tapi airnya tidok lah jernih..

 playground pun ada..lepas mandi kolam kakak sambung main kat playground yang terletak bersebelahan dengan kolam renang..
 budak gemuk ni langsung tak peduli orang, seronok sangat la tu..
kutip batuan & kulit kerang..
Sebelum balik posing lagi di veranda ni.. bilik hotel ni biasa-biasa saja bagi aku dan padan la dengan nilai yang dibayar dan menu makan pagi nya banyak pilihan TETAPI rasanya tidak seperti standard hotel & TIDAK SEPERTI Chef Hotel yang masak..worse sangat-sangat..
 SEBAB apa aku KATA BIGITU - Tidak patut langsung nasi lemak yang mentah dihidangkan kepada Guest..
Aku rasa macam nak panggil jer manager on duty pada waktu itu..
Agak-agaknya, mereka sanggup tak melayan jika aku membuat aduan?

Percutian Keluarga ke Bukit Bendera Pulau Pinang Di SINI

Tiada ulasan:

Catat Komen