Ahad, 3 Februari 2013

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


Madrasah <b>Tanjung Tokong</b> pulak bakal diroboh ! - MyPenangOnline

Posted: 25 Nov 2012 05:52 PM PST

GEORGETOWN - Penduduk Tanjung Tokong di sini menentang tindakan Majlis Agama Islam dan Mufti membenarkan untuk merobohkan Madrasah Al-Taqwa yang berusia 87 tanpa mendapatkan persetujuan jawatankuasa madrasah berkenaan. Madrasah itu ditubuhkan oleh nelayan kawasan itu dan tapak asalnya adalah di tepi laut.

Setelah ditebus guna ia dipindahkan ke tapak baru iaitu tapak sekarang. Setiausahanya, Shafiq Iqmal Md Elias berkata, beliau kesal dengan tindakan Majlis Agama Islam negeri dan pihak mufti meluluskan untuk merobohkan madrasah itu dan membina semula di tapak asal berhampiran Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong.

 "Kami tidak bersetuju madrasah ini dipindahkan di tempat lain terutama di sebelah Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong dan patut dinaik taraf di tapak yang sedia ada dan dimakmurkan terus dari masa ke semasa.

 "Persoalannya, bagaimana pihak mufti dan Majlis Agama Islam negeri boleh memberi kebenaran untuk merobohkan madrasah berkenaan tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Madrasah At-Taqwa," katanya di sini, kelmarin.

 Menurutnya, selama ini segala pengurusan dan perbelanjaan madrasah diuruskan oleh jawatankuasanya tanpa mendapat bantuan daripada Majlis Agama Islam negeri sehingga wujud bangunan yang sedia ada seperti sekarang.

 Beliau yang menentang segala usaha untuk merobohkan madrasah itu mendakwa, pembinaan madrasah didirikan secara sah dan sesuai ditempatkan di tapak yang sedia ada untuk mengekalkan sebagai kampung warisan ketika sidang Dun Pada 3 November lalu.

 "Sebarang keputusan tentang masa depan madrasah ini wajib mendapat persetujuan kami yang bertanggungjawab terhadap kelestarian," katanya. Bantahan itu disuarakan oleh wakil dan penduduk kampung itu dengan dihadiri kira-kira 50 orang.

Sementara itu, penduduk, Suraya Kader Ibrahim, 24, berkata, madrasah itu sering diakses oleh penduduk untuk mendirikan solat berjemaah, majlis-majlis ilmu, ceramah, usrah dan solat hari raya.

 "Tempat ibadat ini sering diimarahkan oleh penduduk setempat terutamanya untuk menguruskan hal-hal yang berkenaan kematian. "Ia tidak boleh dirobohkan kerana banyak kegunaan kepada masyarakat setempat," katanya

selamat datang ke Tanjong <b>Tokong</b> Datuk Seri Najib, moga <b>...</b> - Rumah

Posted: 08 Dec 2012 12:30 PM PST

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat kampung aku, Tanjung Tokong, Pulau Pinang

emak aku berasal dan membesar di sini, malah aku sendiri pernah tinggal di sini ketika kecil

seingat aku, aku hanya betul-betul 'berpindah' daripada Tanjung Tokong waktu nak masuk alam persekolahan

ada pelbagai versi mengenai sejarah kampung ini namun yang pasti kewujudannya sejak 200 tahun yang lalu menjadikan Tanjong Tokong antara penempatan Melayu tertua di Pulau Pinang

Tanjong-tokong1

yang PALING PASTI, kampung ini juga adalah kampung Melayu paling kontroversi di Pulau Pinang kerana masalah hak milik dan pembangunan yang tak berkesudahan

untuk makluman korang, penduduk Tanjong Tokong dah berhadapan dengan masalah ini sudah hampir 40 tahun!

masalah kampung ini sangat kompleks…di saat ada pihak yang menganggap kampung ini tanah tradisi orang Melayu, ada pihak pula yang anggap mereka menumpang atau bahasa tepat lagi, setinggan!

banner

ada orang tanya aku, nama pun dah Tanjong Tokong, takkan ini kampung Melayu?

sekejap, ini ada jawapannya

nama Tanjong ( perkataan Melayu untuk tanah yang mengunjur ke laut)

Tok singkatan daripada Datuk dan Kong ialah gelaran seorang tokoh / panglima/pemimpin Melayu yang ulung, berkemungkinan besar pengasas kampung ini

justeru nama Tg Tokong yang ditulis mengikut huruf jawi sebagaimana yang terpampang pada papan tanda Masjid Tanjong To' Kong lebih jelas menggambarkan asal usulnya

takkan orang Melayu nak letak nama kampung dengan nama berhala pulak…logik juga, Wallahualam

actually mana  tokoh yang tak pernah datang ke kampung ini, Tun Razak pernah, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun pernah…tapi masalah masih belum selesai

sedang krisis seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya, pembangunan perumahan mewah semakin rancak dibuat hinggakan Tanjung Tokong dah macam Beverly Hills dah sekarang

seritanjung

penduduk Melayu makin terpinggir, sorang demi sorang terpaksa berhijrah meninggalkan kampung kerana tertekan dengan masalah yang tak sudah-sudah

apapun syukur kepada Allah kerana sudah nampak seolah-olah ada cahaya dan penamat ke atas masalah penduduk

aku difahamkan dengan kehadiran Datuk Seri Najib itu, masalah yang dihadapi kini menuju jalan penamat

antaranya Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) akan membelanjakan kos sebanyak RM165 juta untuk memberikan rumah percuma kepada mereka yang memiliki tanah atau warisnya di Tanjung Tokong.

untuk pengetahuan korang, kos membina setiap unit rumah berharga RM120,000, dan syarikat swasta menjual dengan harga sehingga RM300,000 seunit

tetapi katanya UDA berjanji akan menjual seunit rumah ini kepada Bumiputera dengan harga yang berpatutan, dan keutamaan akan diberi kepada penduduk asal kawasan tersebut

penyewa yang menyewa di kawasan tersebut melebihi 10 tahun juga boleh membeli rumah tersebut dengan harga diskaun 50 peratus dari harga RM42,000 ditawarkan

ini bermakna mereka hanya perlu membayar harga RM21,000 dari kos rumah yang ditanggung UDA yang bernilai RM120,000 seunit

UDA juga aku diberitahu merancang untuk membangunkan semula rumah pangsa di Fasa 1 dan 2 yang sudah berusia 30 tahun

preview76

kalau benar bagai dikata, aku bersyukur pada Allah

walaupun aku bukan lagi warga Tanjong Tokong, namun cubit peha kiri peha kanan terasa juga beb

ini kampung aku, ini tanah tok nenek aku…selamatlah kampung aku, Kampung Tanjong Tokong!

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved