Rabu, 27 Mac 2013

09 di Batu kawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Guan Eng dan Timbalannya Dibakar <b>Di Batu Kawan</b> | kedah69ers

Posted: 09 Feb 2013 12:36 AM PST

Kalau DAP dan Pakatan Rakyat percaya bahawa masyarakat India masih lagi menyokong mereka, sewajarnya DAP dan Pakatan Rakyat harus berfikir banyak kali. Kejadian memiliki lebih 80 kerusi Parlimen pada tahun 2008, hasil daripada bantuan dan tipu daya terhadap masyarakat India, nampaknya akan menjadi senjata yang menikam tuan.

Apatah lagi masyarakat India merupakan masyarakat yang paling tertindas di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat India kepada Pakatan Rakyat, kononnya Pakatan Rakyat akan membenarkan mereka membuat sebanyak-banyak mungkin kuil dan sebebas-bebasnya, telah dicabuli, bahkan mereka ditipu hidup-hidup.

penang3

Kalau di Merbok, masyarakat India dikatakan tidak diperlukan oleh Pakatan Rakyat, bahkan wakil Parlimen Merbok, Rashid Din dari PKR menyatakan PKR tidak memerlukan undi masyarakat India, di Pulau Pinang juga, perkara yang sama berlaku.

Terpedaya dengan janji-janji Pakatan Rakyat, masyarakat India di Batu Kawan telah membuat bantahan aman di hadapan Restoran Hai Siang Seafood, Jalan Besar, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. Bantahan tersebut telah dilakukan pada jam 11:45 sehingga 12:10 tengah hari tadi.

Ketua pembantah adalah M.V.Mathiyalagan a/l Veeriah yang merupakan Pengerusi IPF Bahagian Nibong Tebal. Turut hadir adalah Ketua MIC Cawangan Batu Kawan, S.Linggam dan AJK IPF Cawangan Batu Kawan, A.David.

Seramai lebih kurang 40 orang terdiri daripada penduduk Ladang Batu Kawan, Ladang Kalidonia dan Simpang Ampat telah turut serta dalam bantahan berkenaan. Mereka membantah tindakan Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang yang telah merampas tanah perkuburan India Ladang Batu Kawan seluas 4 ekar yang akan diberikan kepada 'HINDU ENDOWMENT BOARD' Pulau Pinang.

Dalam bantahan tersebut, sebanyak 12 banner berukuran 4' X 4' telah dipamerkan. Antara tulisan yang tertulis di atas banner-banner berkenaan adalah:

(i)                  LGE dan RAMASAMY TIPU PENDUDUK BATU KAWAN

(ii)                JANGAN RAMPAS TANAH PERKUBURAN NENEK MOYANG KAMI

(iii)               SIAPA YANG BERI KUASA KEPADA PR

(iv)              CAKAP TAK SERUPA BIKIN

(v)                INIKAH KEBAJIKAN?

penang2

Selesai bantahan dilakukan, M.V. Mathialagan telah mengadakan satu sidang akhbar. Menurutnya, masyarakat India Batu Kawan tidak berpuas hati apabila tanah perkuburan India Ladang Batu Kawan telah diambilalih oleh HINDU ENDOWMENT BOARD yang telah diwujudkan oleh Pakatan Rakyat semata-mata untuk mengaburi masyarakat India, walhal ia sebenarnya bertujuan untuk melakukan rampasan bagi pihak DAP.

Mathialagan juga menegaskan, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. P.Ramasamy tidak seharusnya masuk campur kerana dia tidak mempunyai sebarang kuasa untuk campurtangan dalam isu pentadbiran kuil.

Pakatan Rakyat juga tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melakukan rampasan tanah perkuburan masyarakat India memandangkan tanah tersebut telah diberikan oleh Kerajaan Negeri terdahulu dan telah dipersetujui untuk dijadikan sebagai tanah perkuburan masyarakat India Ladang Batu Kawan.

Menurut Mathialagan lagi, baru-baru ini P.Ramasamy telah memberitahu yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengambilalih tanah perkuburan tersebut. Manakala pentadbiran kuil Ladang Batu Kawan yang selama ini menguruskan tanah perkuburan itu, akan diserapkan di bawah pentadbiran 'HINDU ENDOWMENT BOARD' di bawah kuasa Lim Guan Eng.

penang1

Keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Guan Eng itu sebenarnya langsung tidak dirundingkan terlebih dahulu dengan pengurusan dan pentadbiran kuil Ladang Batu Kawan, sebaliknya Lim Guan Eng bertindak seolah-olah dia adalah Maharaja China abad ke-6 yang boleh mengeluarkan arahan dan perintah sesuka hati. Manakala P.Ramasamy pula tidak ubah seperti sida-sida ang telah dikasi dan sentiasa menjunjung perintah Lim Guan Eng, walaupun hakikatnya yang bakal dijadikan mangsa adalah masyarakatnya sendiri iaitu Masyarakat India.

Kes di Ladang Batu Kawan itu sebenarnya mempunyai kemiripan kepada Kampung Buah Pala yang telah dirampas, dimusnahkan dan kemudian Guan Eng buat cerita bohong untuk menutup kezalimannya. Dalam kes Kampung Buah Pala, balaci yang digunakan untuk memperdayakan penduduk kampung agar merelakan kampung mereka dimusnahkan adalah P.Ramasamy.

Orang yang sama!!!

Perasmian kilang motosikal Honda baharu bernilai RM200 juta <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 15 Mar 2013 03:17 PM PDT


Maxis Users! Here's a reason to make that call!

Perasmian kilang baharu Honda 1 Perasmian kilang motosikal Honda baharu bernilai RM200 juta di Batu Kawan, Pulau Pinang

P.PINANG 12 Mac 2013: Pembinaan kilang sehenti Boon Siew Honda yang bermula sejak suku ketiga tahun 2011 kini telah siap dan beroperasi sepenuhnya. Pengeluaran sehenti bernilai RM200 juta yang bertempat di Batu Kawan, Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia pada 12 Mac.

Dalam lawatan yang dipandu oleh Encik Satoshi Okada, Pengarah Urusan Boon Siew Honda, beliau memperkenalkan pelbagai teknologi canggih dari luar negeri yang digunakan oleh syarikat bagi mempertingkatkan kapasiti pengeluaran di samping memastikan pengawalan kualiti yang lebih unggul. Turut serta adalah Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Motor Co., Ltd. Encik Takanobu Ito serta Pengerusi Eksekutif Kumpulan Oriental Holdings dan Pengerusi Boon Siew Honda, Dato' Seri Loh Cheng Yean.

Kilang baharu ini dibina di atas tapak seluas 23.7ha dan bersaiz lima kali lebih besar berbanding kilang Mak Mandin, Butterworth sebelum ini dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 350,000 unit. Ia merupakan satu pencapaian utama dalam usaha syarikat untuk menggabungkan bahagian Pengeluaran, Penjualan, Perkhidmatan Pelanggan, Alat Ganti dan Penunggangan Selamat dalam satu lokasi bersepadu agar dapat mempertingkatkan lagi kecekapan pengurusan dan kepuasan pelanggan.

Kilang berkenaan menggunapakai sistem pengeluaran berkecekapan tinggi menerusi penggunaan teknologi terkini seperti sistem solar fotovoltan, teknologi penyalutan berkecekapan tinggi serta salutan pemedapan elektro untuk sebatian organic meruap (VOC). Proses-proses yang diperbaharui ini bukan sahaja meningkatkan lagi tahap pengeluaran malah menyumbang kepada penjimatan tenaga di samping mengurangkan tenaga manusia serta pembaziran bahan.

Sistem Solar Fotovoltan – Modul solar Fotovoltan seluas 32m2 telah dipasang pada bumbung tempat meletak kereta bagi menjana 5000kWh/setahun tenaga yang boleh diperbaharui. Teknologi solar fotovoltan canggih dari Honda Soltec Japan dapat mengurangkan penggunaan tenaga grid serta kira-kira 3.5 ton/setahun karbon dioksida – punca utama kesan rumah hijau.

Sistem solar fotovoltan ini menggunakan sel solar CIGS (Kumprum, Indium, Galium, Selenium) dengan ketebalan 2 hingga 3 μm, iaitu kira-kira 1/40 ketebalan sehelai rambut. Maka ia menggunakan bahan mentah yang kurang untuk penghasilan, namun ia mampu menjana tenaga yang lebih stabil sepanjang hari untuk kegunaan tenaga secara am di kilang baharu.

Perasmian kilang baharu Honda 2 Perasmian kilang motosikal Honda baharu bernilai RM200 juta di Batu Kawan, Pulau Pinang

Pengecatan Senapang Kembar – Dibangunkan oleh Jepun dan dipertingkatkan oleh kilang motosikal Honda luar negara, teknologi Senapang Kembar ini adalah satu-satunya di dunia yang digunakan untuk pengeluaran motosikal. Apabila digabungkan dengan Proses Pengecatan Berputar, ketebalan cat 3μ boleh dicapai berbanding 8μ menggunakan operasi manual, manakala keberkesanan pengecatan meningkat dari 15% ke 45%.

Proses Pengecatan Berputar – Melengkapi lengan robotik berkembar automatik untuk mencapai kemasan cat yang seragam dengan meminimumkan pembaziran cat di samping mengurangkan masa dan tenaga manusia yang diperlukan agar dapat meningkatkan lagi keberkesanan.

Robot Pengecat Mengikut Bentuk – Dicipta di Jepun, sistem ini mampu mengubahsuai proses mengecat secara automatik bagi penyuaipadanan bentuk produk. Justeru, ini meningkatkan keberkesanan mengecat sehingga 35% dan mengurangkan 50% daripada kos bahan-bahan berbanding dengan operasi manual.

Jig Penerimaan Enjin – Dicipta di Jepun dan pertama kali digunakan di Malaysia. Berbeza dengan jig sedia ada di mana jig perlu diganti untuk setiap kali penukaran model, sistem baharu ini dapat mengurangkan 22 saat masa pemasangan setiap unit dan RM160,000 untuk setiap model bagi mempertingkatkan lagi kecekapan operasi.

Makmal Emisi – Dilengkapi dengan sistem ukuran gas ekzos yang canggih untuk mematuhi peraturan ECE sepenuhnya. Kemudahan ini membolehkan pemeriksaan dan pengesahan tahap emisi bagi setiap unit keluaran dijalankan untuk menguji nilai CO2, memastikan kualiti penyelenggaraan dan kecekapan operasi enjin berdasarkan peraturan ECE.

Makmal ini juga memudahkan pemeriksaan dan pembaharuan sistem bekalan bahan api awal untuk pengeluaran model baharu. Dengan kerjasama antara Kilang Kumamoto Honda Motor, Thai Honda dan Honda R&D di Thailand, Boon Siew Honda kini berkemampuan untuk menjalankan analisis emisi yang terperinci dan mengesan kerosakan berdasarkan maklumat korelasi yang diterima.

Kemudahan Pemeriksaan Akhir – Pelbagai kemudahan pemeriksaan baharu telah diperkenalkan agar dapat meneliti kualiti dan kecekapan operasi unit pemasangan lengkap (CBU) dengan lebih efektif. Ini termasuk penyangga pemeriksaan, pemeriksa meter kelajuan, pemeriksa brek dan pemeriksa lampu hadapan. Tahap keselamatan operasi semasa pemeriksaan dan kejituan pemeriksaan turut dipertingkatkan dan pengesanan kerosakan juga boleh dijalankan.

Bagi menjamin standard kualiti yang unggul, kilang baharu ini turut dilengkapi dengan sebuah litar ujian sejauh 400m dan makmal emisi untuk memastikan pematuhan peraturan ECE untuk emisi gas ekzos di Malaysia. Kilang baharu ini akan terus mengeluarkan model motosikal yang sedia ada – EX5 Dream, Wave Dash, Wave 100, Wave 110, Future, PCX, Spacy dan Icon – untuk pasaran tempatan.

Dengan wujudnya kemudahan baharu canggih serta teknologi pengeluaran Honda terkini, Boon Siew Honda sedia mempertingkatkan keupayaan pemasangan model enjin kapasiti sederhana dan model nilai tambahan tinggi untuk memenuhi keperluan pelbagai segmen pasaran negara ini. Sejak pengeluaran motosikal Honda tempatan bermula pada 1969, sejumlah 4.4 juta unit telah pun dikeluarkan. Honda mengekalkan penguasaan pasaran sebanyak 47% pada tahun 2012.

Sumber : Boon Siew Honda

Arkib Negara X: Pembinaan Stadium <b>Batu Kawan di</b> Pulau Pinang <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2013 11:33 PM PST

Stadium Batu Kawan yang terletak di kawasan Batu Kawan, Seberang Prai, mula dibina pada September 1997 sebagai persediaan untuk negeri Pulau Pinang menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) ke-8 pada pertengahan 2000. Stadium yang dibina oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan kos keseluruhan sebanyak RM104 juta itu "mampu menampung kira-kira 40,000 penonton"


Gambar perkembangan pembinaan stadium tersebut pada November 1999 yang diambil oleh Rahmat Othman (Berita Harian) menunjukkan hampir 92 peratus kerja pembinaan sudah dilaksanakan dan ia dijangka siap beberapa bulan sebelum berlangsungnya Sukma 2000. Stadium Batu Kawan yang berusia 13 tahun itu kini masih berdiri kukuh dan tidaklah glamor sangat.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved