Isnin, 18 Mac 2013

09 di permatang pauh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Program Dato&#39; Seri Anwar Ibrahim <b>di Permatang Pauh</b> « Demi Rakyat

Posted: 27 Feb 2013 10:46 PM PST

2 Mac 2013 (Sabtu)

1) 4.00 ptg – Bersama Masyarakat Siam – Teluk Wang, Penanti

2) 5.00 ptg – Bersama Anak-anak Muda – JDM 6, Kubang Ulu

3) 6.00 ptg – Bersama Masyarakat Tionghua – Kebun Sayur, Bukit Mertajam

4) 7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib – Masjid Permatang Pasir

5) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat

Lokasi: Kadun, Seberang Jaya
6) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YAB Lim Guan Eng

iii. YB Dato' Mansor Osman

iv. YBhg Lt. Jeneral (B) Dato' Abdul Ghafir Abdul Hamid

v. YBhg Dr Afis Baharuddin

Calon sebenar menentang Anwar <b>di Permatang Pauh</b> terdedah!!

Posted: 17 Mar 2013 05:30 PM PDT

Menarik sekali strategi yang digunapakai oleh UMNO Permatang Pauh dalam mengelakkan calon-calon mereka dari menjadi mangsa serangan Blogger-blogger dan juga Facebooker Pro Pakatan Rakyat dalam menghadapi Pilihanraya Umum kali ini.

Bagi calon Parlimen Permatang Pauh mereka memperkenalkan seorang calon pilihan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai individu yang akan menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyandang Kerusi Parlimen tersebut buat masa ini.

Dr. Mazlan Ismail merupakan seorang proffesional yang menjawat jawatan sebagai GM di Telekom Malaysia, berasal dari Mengkuang, Permatang Pauh.

Beliau juga merupakan bekas ahli PAS yang punya jawatan tinggi dalam Parti PAS sebelum meninggalkan parti tersebut yang disifatkan oleh Najib sebagai mampu menyebabkan undi dari PAS kepada DS Anwar Ibrahim akan berkurangan kerana ramai penyokong PAS mengenali siapa Dr. Mazlan Ismail..

Perlu diketahui 'Calon Payung Terjun' bukanlah satu budaya baru dalam UMNO Permatang Pauh, ianya dikatakan telah bermula sejak dari kali pertama Anwar Ibrahim menyertai pilihanraya umum pada tahun 1982 ketika beliau bersama UMNO lagi..

Meskipun Dr. Mazlan diterima dan diterjunkan oleh Najib sendiri, tetapi dalam masa yang sama beliau ditolak oleh pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Permatang Pauh, kerana beliau calon yang dipilih dan direstui oleh Najib dan bukannya calon yang dipilih oleh Bahagian Permatang Pauh sendiri..

Paling penting menurut sumber dari sana.. Dr. Mazlan Ismail bukanlah Ahli UMNO, jadi apa hak beliau untuk bertanding atas tiket UMNO/BN? dan beliau sebelum ini tidak pernah langsung terlibat dengan sebarang aktiviti UMNO Permatang Pauh.

Lantaran itu beliau cuba disingkarkan dari Permatang Pauh.

Oleh kerana Dr. Mazlan Ismail punya pengetahuan dalam hal ehwal ugama Islam, pengetahuannya itu telah dan sedang digunakan untuk meletakkan beliau dalam kontroversi..

Beliau telah di jemput dan dibenarkan oleh beberapa Masjid yang Jawatankuasanya terdiri dari majority ahli UMNO untuk memberikan Khutbah Jumaat sedangkan mereka tahu beliau tidak punya tauliah..

Dimana jika ada dakwaan dan beliau disabitkan dengan kesalahan hukuman yang diperuntukkan ialah didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.. (Enakmen 2/2004: 119)

Jadi jika bukan Dr. Mazlan siapa sebenarnya calon UMNO Permatang Pauh untuk Kerusi Parlimen Permatang Pauh?

Dari pemerhatian yang dilakukan terhadap aktiviti-aktiviti UMNO Permatang Pauh semenjak dari beberapa bulan yang lepas, seorang individu sering kelihatan dalam beberapa program anjurannya sendiri diserata lorong dan celahan masyarakat dengan program sumbangan, tazkirah dan ceramah baik diperingkat DUN mahupun peringkat Parlimen.

Di Bandar Perda pada minggu lepas 30 Ibu tunggal telah menerima hamper dan pelbagai sumbangan lain dari beliau.

Ini mungkin tidak disedari oleh kebanyakkan pemimpin UMNO peringkat bawahan kerana mereka lebih sibuk dengan percaturan dalaman sesama mereka.

Samada diperingkat DUN mahupun Parlimen kehadirannya kelihatan amat disenangi oleh ramai pemimpin-pemimpin peringkat akar umbi dan juga ahli-ahli UMNO sendiri.

Beliau ialah Asyaharim yang merupakan anak kepada bekas ADUN UMNO Seberang Jaya suatu masa dulu sebelum Ariff Shah Omar Shah, yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa.


Asyaharim merupakan seorang yang muda, professional, berpendidikan agama dan juga punya sumber kewangan yang kukuh.

Menurut sumber lagi.. ini adalah calon paling sesuai buat UMNO bagi menentang calon dari PKR yang muda dan professional juga khabarnya..

Jika tidak diletakkan bagi menandingi Kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim kemungkinan besar beliau akan dicalonkan sebagai calon untuk DUN Seberang Jaya menggantikan ADUN UMNO sedia ada iaitu YB Ariff Shah.

Kemungkinan beliau mampu mengekalkan Kerusi DUN Seberang Jaya dalam penguasaan UMNO/BN adalah tinggi berdasarkan gerak kerja yang dilakukannya beberapa bulan kebelakangan ini.

Dan terkini dalam satu Majlis Silaturrahim sempena pelancaran Gabungan Seberang Perai Tengah yang diadakan di Penanti telah menyaksikan ribuan hadir dalam Majlis tersebut..



Kemesraan dua Pemimpin utama UMNO Pulau Pinang yang turut hadir dalam majlis tersebut seolah-olah merestui Asyaharim sebagai calon Seberang Jaya….


Bagi aku ini akan menjadi satu pertembungan yang hebat di DUN Seberang Jaya.. dengan kedua-dua pihak yang bertanding meletakkan calon yang hampir sebaya baik dari segi usia dan kerjaya..

Dan persoalannya di sini.. mampukah PKR merampas Kerusi DUN Seberang Jaya dari UMNO dengan calon yang lebih bersih diletakkan mereka?

Bagaimanapun... LAWAN TETAP LAWAN!!!!

Mahathir dicabar lawan Anwar <b>di Permatang Pauh</b> - KeadilanDaily <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2013 09:22 PM PST

KUALA LUMPUR 15 FEB: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar menentang Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Cabaran itu dibuat bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood, hari ini.

Sakit kepala Mahathir memikirkan ketakutan menentang Anwar.

Sakit kepala Mahathir memikirkan ketakutan menentang Anwar.

Ia bagi membolehkan rakyat menjadi hakim untuk memilih siapa pemimpin pilihan mereka.

"Anwar sekian lama menjadi mangsa fitnah, dan orang yang paling ke depan dalam soal ini adalah Mahathir.

"Ia bermula sejak 1998, selepas Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, dan semakin hebat apabila beliau dilihat bakal menjadi Perdana Menteri," katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pagi tadi.

Nordin berkata, Mahathir sepatutnya mencontohi pemimpin negara lain, yang memilih sikap berkecuali selepas meletak jawatan dan menjadi negarawan.

Namun, katanya, Mahathir gagal berbuat demikian menyebabkan sebahagian rakyat hilang hormat.

"Takdirnya Mahathir kalah, tidaklah beliau rasa rendah diri kerana kawasan itu kubu kuat Anwar," kata Nordin tetapi tidak menolak jika Mahathir memilih kawasan Parlimennya dahulu, Kubang Pasu atau lain-lain.

cikgu"Saya tanya Anwar tiga hari lalu, dan dia tiada masalah dengan cadangan saya," jelas bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu lagi.

Kata Nordin, jika Mahathir gagal menyahut cabaran ini, beliau perlu berhenti membuat kenyataan politik, terutama serangan peribadi ke atas Anwar.

"Ia juga menunjukkan kenyataan beliau selama ini tidak bertanggungjawab," tambahnya.

Turut hadir sidang media itu, Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri dan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Rozan Azen Mat Rasip.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45096

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved