Rabu, 13 Mac 2013

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


'Kenapa mereka bertindak kejam?' : Current Issues

Posted: 13 Mar 2013 09:37 AM PDT

Image
Sebuah sangkar ini bernilai hampir RM500, namun dibuang ketika kandangnya dirobohkan.

Image
Inilah bekas tapak yang dirobohkan oleh sebuah syarikat pemaju perumahan

Image
Shahrizat menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

TANJUNG TOKONG - "Kalau diikutkan hati, tahap kesabaran saya boleh dianggap sehingga membunuh orang, tetapi iman saya masih kuat, saya berpegang kepada agama."

Demikian rintihan seorang anak muda berusia 26 tahun apabila kandang lembu, kambing dan ayamnya dirobohkan oleh sebuah syarikat perumahan.

Tanpa sebarang notis, kandang miliknya yang sudah berusia hampir lima tahun itu hilang sekelip mata.

Shahrizat Ahmad berkata, kejadian berlaku pada Februari tahun lalu, namun sehingga kini dia langsung tidak menerima sebarang pampasan daripada syarikat perumahan berkenaan.

Menurutnya, sedangkan dia mempunyai sijil pendaftaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Hairannya hampir kesemua premis di Kampung Tanjung Tokong ini menerima pampasan apabila kedai kopi atau kedai runcit dan sebagainya dirobohkan untuk tujuan pembinaan perumahan, tetapi saya langsung tidak menerima apa-apa pampasan.

"Lebih kecewa kejadian berlaku ketika saya tiada di kawasan kandang, saya dipanggil jiran terdekat dan apabila sampai, luluh hati saya.

"Kenapa mereka bertindak kejam terhadap saya, saya hanya anak muda yang mahu berdikari," katanya.

Usaha hampir tunjuk hasil

Gara-gara perobohan berkenaan, Shahrizat kerugian hampir RM30,000.

Lebih mengecewakannya apabila usahanya sudah hampir menunjukkan hasil kerana ada ternakannya yang sudah bunting.

Malah dia juga berhasrat untuk berkahwin setelah usahanya berjaya.

"Tapi semua sudah musnah, duit tiada, modal musnah, saya kehilangan semuanya dalam sekelip mata," kata Shahrizat.

Difahamkan kerja perobohan dilakukan berikutan kawasan berkenaan akan dibangunkan dengan perumahan menggantikan rumah-rumah lama di Kampung Tanjung Tokong.

Shahrizat yang juga dikenali dengan Ahmad Albab berkata, disebabkan kandangnya yang dirobohkan tanpa sebarang notis menyebabkan kambing, lembu dan ayam ternakannya terbiar di merata kampung.

Menurutnya, sehingga kini dia sendiri tidak dapat menerima hakikat bagaimana benda yang bernyawa dilakukan sedemikian rupa sehingga menyebabkan ada yang mati.

"Pada masa itu saya tidak sempat hendak selamatkan kambing yang sudah merata-rata, hampir 200 ekor ayam peru saya mati kerana tidak mempunyai reban.

"Saya pengusaha miskin, mana ada tempat lain lagi hendak saya letakkan," katanya.

Disebabkan tidak berpuas hati tindakan tidak bertanggungjawab pihak kontraktor yang mewakili syarikat perumahan itu, Shahrizat membuat empat laporan polis.

Dalam masa yang sama, dia juga mendesak supaya diberikan lokasi ternakan lain.

Kebenaran tiada pengesahan

Difahamkan, bagaimanapun kata putus diberikan tanpa surat hitam putih apabila wakil kontraktor membenarkannya menjalankan kegiatan ternakannya seperti biasa di tanah kosong belakang perumahan transit di Tanjung Tokong.

Namun lain masalah timbul apabila tiada pihak mahu mengesahkan status tapak ternakannya sehingga kebanyakan permohonan tidak dapat diluluskan, antaranya termasuk permohonan mendapatkan baka daripada Jabatan Veterinar, pinjaman Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun) dan sebagainya.

Shahrizat berkata, dia kecewa kerana ada segelintir pihak yang bertanggungjawab tidak mahu membantu anak Melayu sepertinya yang mahu berdikari.

"Saya amat berharap supaya syarikat yang berkenaan beri pampasan kepada saya dan iktiraf tapak yang saya duduki sekarang. Saya utarakan masalah ini kerana mahu nasib anak muda seperti saya tidak ditindas selama-lamanya," katanya.

SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/kenapa-mereka-bertindak-kejam-1.139264

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved