Rabu, 27 Mac 2013

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


jom pancing lepak tepi laut: memancing <b>di tanjung tokong</b>

Posted: 03 Jan 2013 03:03 AM PST

Oleh kerana, blog ni, hilang dan jumpa semula, jum kaknab update mancing kat tanjung tokong, penang. tapi lama dah, sebab blog ni blog mancing, kaknab takut nostalgia memancing hilang, kaknab abadikan dalam blog ni,

tanjung tokong, ialah tempat kaknab dibesarkan, sudah tentu penuh dengan nostalgia, kalau pi sana kaknab macam semut, jumpa sapa pun mesti tegur punya. seronok kan kalau kita pi tempat yang kita kenai satu kampung. tanjung tokong banyak berrubah, pantai dan lautnya pun banyak yang berubah, sekali air bah sekali pantai berrubah, di tanjung tokong ada bena satu benteng  panjang sebagai benteng jika berlaku tsunami, pot memancing yang cantik, tetapi, nak naik kena tunggu air surut, nak turun balik pun kena tunggu air surut semula, memang lece, maknanya kena tunggu seharian, kena bawa bekal air dan makanan yang banyak kalau tidak kebuluran, kena bawa sejadah juga untuk sembahyang. jum kita tengok gambarnya.








BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jan 2013 01:42 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jan 2013 01:21 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jan 2013 01:19 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Nov 2012 01:16 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Nov 2012 01:42 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2012 01:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2012 01:44 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Penduduk <b>Tanjung Tokong</b> bantah bina galeri warisan <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2012 11:00 PM PDT

TANJUNG TOKONG - Persatuan Penduduk Tanjung Tokong membantah pembinaan projek 'warisan mati' yang berkonsepkan galeri dan rumah contoh di atas tanah seluas 160 meter persegi di sini. Sehubungan itu, Pengerusinya, Mohammad Salleh Yahya berkata, pihaknya memohon supaya pemaju menangguhkan sementara pelan kelulusan bangunan ditapak fasa 5 kampung berkenaan bagi tujuan pembinaan itu kerana masih banyak isu berbangkit dan tuntutan yang belum diselesaikan. "Kami menolak konsep dan perlaksanaan 'warisan mati' iaitu pembinaan galeri atau sebuah bangunan yang hanya menceritakan sejarah Kampung Tanjung Tokong.

 "Pembinaan ini langsung tidak menggambarkan realiti warisan asal yang wujud di kampung berkenaan iaitu tapak bersejarah berusia lebih 250 tahun," katanya. Mohammad Saleh berkata, pembangunan bukan sekadar binaan batu bata yang diibaratkan seperti pembangunan tanpa roh, sebaliknya pembangunan mestilah diisi dengan budaya, sejarah dan tamadun. "Itulah pembangunan hidup yang sudah diwar-warkan Tun Razak iaitu 'Better emenities for Tanjung Tokong Soon'," katanya.

 Selain itu, menurutnya, terdapat enam bentuk warisan di sini antaranya, rumah tradisional di Jalan Lama dan kampung tersusun di Kampung Moden Tanjong Tokong.

 "Adanya juga warisan institusi yang berusia lebih 100 tahun iaitu Persekutuan Setia Tanjong Tokong yang ditubuhkan pada 1911 dan Madrasah Al Taqwa pada 1900. "Antara elemen warisan lain termasuk warisan tapak budaya, warisan penjaja Melayu, warisan nelayan Jermal melalui seni perahu dan permainan rakyat, tetapi kami kesal dengan cadangan yang mahu warisan sejarah dalam bentuk galeri sahaja," katanya.

 Beliau berkata, ia bertentangan dengan pelestarian warisan hidup selaras dengan apa yang dilaksanakan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco). "Saya harap aktivis dan pakar warisan membentangkan pelan cadangan bagaimana warisan layak dilestarikan dalam pembangunan semula Tanjong Tokong," katanya.

 Sebelum ini, Pengarah Uda Land (North) Sdn Bhd, Kamaruzaman Mohamad mengumumkan pelan pembangunan Tanjung Tokong mengandungi pembinaan Galeri Tanjung Tokong iaitu rumah yang bercirikan tradisional di sekeliling bazar.

 Uniknya bazar berkenaan turut dibina dengan ciri kolonial dan langsung tidak memperlihatkan pembangunan moden secara langsung. Kamaruzaman berkata, pihaknya juga pernah bertanya mengenai sejarah susur galur di sini, bagi membolehkan sejarah berkenaan dipamerkan dalam galeri.

 Tegasnya, seperti di Kapitan Keling mempunyai sejarahnya tersendiri, namun di sini sejarahnya yang dikatakan perkampungan nelayan juga sama seperti Tanjung Bungah, Jelutong dan Batu Uban. Namun Uda tidak pernah memandang ringan hal berkenaan dan membina galeri untuk penduduk tempatan dan pelancong mengetahui sejarah Kampung Tanjung Tokong.

MY ALL: Cuti2 Penang: Hotel Naza Talyya, <b>Tanjung Tokong</b>

Posted: 17 Mar 2013 11:30 PM PDT

Assalamualaikum semua....
ok, sekarang aku review pulak hotel penginapan kami sepanjang kami berada di Penang selama 5 hari 4 malam....

 aku booked hotel ni, Hotel Naza Talyya...baca review, katanya hotel ni affordable...so, aku riki hotel ni...mmg murah je...yg penting lokasi dia...pada aku, tempat dia sgt strategik...nak ke Georgetown dekat, nak ke Batu Feringghi pun dekat...kiranya hotel ni kat tengah2 la...


 reception...yg si adik tu siap menari kat troli bell service...haha...
tapi kami x nampak pun bellman, yg ada cuma troli bell service ni...pas tu aku tgk guess yg request troli, kena tolak sendiri troli ni...kehkeh...


 ok, jom masuk bilik...ni bilik kami, aku booked superior sea view room...siap ada private balcony...balcony kecik je la...aku booked dua bilik...mak dan adik aku, share bilik...bilik yg sama mcm ni jugak...sbb nak menginap 4 mlm, tu yg aku booked hotel murah2 je..lagi pun kami byk berhabis masa kat luar....

 ok lah...sesuailah dgn harga dia kan....
rate bilik ni cuma rm130 je semalam...termasuk breakfast....murah kan?? cuma hari Sabtu je jatuh rm150...total kami bayar dua bilik cenggini utk 4 malam termasuk hari Sabtu, rm1100...
ada extra pillow dlm wardrobe, kalau nak lagi pillow, dia caj rm5 utk satu pillow...kami mintak tambahan dua pillow lagi....
lagi satu kalau nak iron & iron board, mmg takde...huhu...kena pegi tingkat 3, 5 atau 7 utk iron baju...nyammmpahhh....
 bathroom...cuma ada shower, takde bath tub...basic mcm sinki ada lah...


 mini bar pun ada...ada kat dlm wardrobe bawah kettle tu...

 yg penting, bayar rm130 dpt sea view gitu...dapat tgk star cruise belayar lagi...  :)

 sebelah menyebelah je dgn bilik mak dan adik...heheh...

 lagi pemandangan dari dalam bilik...pemandangan dari tingkat 9...
 sampai je hotel, anak2 ajak pegi pool...agenda wajib kekdahnya...selama 5 hari menginap, 5 hari jugak la budak2 ni mintak mandi pool...

 wow...ni lah pool dia....mengadap laut lagi...aku sukak aku sukak....

 adik kat pool kanak2...
abang pulak kat pool org dewasa...
 ni pulak coffee house hotel...standard hotel2 lain jugak, ada nasi lemak, mee goreng, roti bakar, salad, buah2an, cereals...

 yg ni tempat duduk bahagian dalam...

 kami pilih seat yg mengadap laut...wallah...

pada aku, makanan kat hotel ni rasa masakan dia biasa2 jer...boleh la...
tapi yg lain2 semua ok...berbaloi dgn harga dia..murah dan mampu milik...heheh...
kalau korang nak check in sini, ni alamat dia:

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved