Rabu, 17 April 2013

09 di balik pulau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


Celakalah Siapa Yang Tidak Sokong Yusmadi <b>Di Balik Pulau</b> <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2013 08:21 PM PDT

YUSMADI Yusoff adalah pemuda dengan potensi besar yang bakatnya hanya mampu dilihat orang hebat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja, ini semua orang tahu.

Sebab itulah walaupun tanpa publisiti besar, Yusmadi masih mampu merampas kerusi Parlimen Balik Pulau dari BN pada 2008, menewaskan calon BN yang juga bekas Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Norraesah Mohamad dengan majoriti 708 undi.

Tidak ramai orang tahu bahawa Yusmadi adalah wakil rakyat yang paling menjimatkan wang kerajaan dan rakyat.  Beliau tidak memandu kereta ataupun menggunakan pemandu, sebaliknya lebih selesa menggunakan khidmat pengangkutan awam seperti teksi dan bas setiap kali menghadiri sidang Parlimen.

Prestasi Yusmadi di Parlimen juga tidak kurang menarik kerana beliau sangat aktif berdebat dengan ahli Parlimen BN, terutama wakil dari Rembau, Khairy Jamaludin.  Dari cara beliau berhadapan dengan Khairy, kita dapat merumuskan disini bahawa beliau mempunyai IQ yang tinggi dan pengetahuan mendalam mengenai perkembangan politik semasa.

Jadi kita semua hairan bagaimana pencalonan semula Yusmadi di Balik Pulau untuk mempertahankan kerusi tersebut dikatakan ditolak oleh penduduk Balik Pulau dan maka itu tempatnya digantikan dengan aktivis PKR, Bakhtiar Wan Chik. Benarkah pencalonan semula Yusmadi ditolak rakyat atau sengaja diada-adakan pihak tertentu untuk mensabotaj peluang PKR di sana?

Bakhtiar Wan Chik

Setahu laman ini, Yusmadi tidak banyak isu, melainkan pada satu ketika nama beliau dikaitkan sebagai antara 3 ahli Parlimen PKR yang disebut akan berpaling tadah untuk menyertai UMNO selain Johari Abdul (Sungai Petani) dan Azan Ismail (Indera Mahkota).

Berita itu bagaimanapun tidak dapat disahkan dan buktinya ketiga-tiga ahli Parlimen tersebut masih kekal bersama Pakatan Rakyat sehingga sekarang.  Maka itu laman ini tidak nampak sebarang alasan kenapa Yusmadi perlu disingkirkan dari mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihanraya kali ini.

Dalam masa yang sama, laman ini mendapat maklumat, salah satu sebab kenapa Yusmadi disingkirkan ialah kerana beliau tidak masuk dalam mana-mana kumpulan politik PKR yang sedang hebat bercakaran sekarang iaitu kumpulan Azmin dan Wan Azizah.  Kesetiaan Yusmadi dikatakan hanya kepada Anwar seorang sahaja dan beliau tidak berminat bermain politik seperti itu.

Kalau maklumat itu benar, ia sepatutnya mengukuhkan lagi alasan kenapa Yusmadi perlu dicalonkan semula di Balik Pulau, bukan disingkirkan!!  Dengan bersikap neutral, rakyat Balik Pulau akan mendapat wakil rakyat yang tidak terlalu sibuk berpolitik dan menumpukan lebih perhatian kepada memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Laman ini berharap Yusmadi dapat dicalonkan semula bagi memastikan kerusi tersebut kekal di tangan PKR.  Walaupun pengumuman telah dibuat, tapi selagi belum hari penamaan calon, masih ada masa lagi untuk membuat perubahan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved