Khamis, 18 April 2013

09 di Batu maung - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu maung - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Gambar Ceramah BN <b>Di</b> Dun <b>Batu Maung</b>....Penang <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2013 10:00 PM PDT

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu maung</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Mar 2013 03:33 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

MY ALL: Cuti2 Penang: War Museum, <b>Batu Maung</b>

Posted: 21 Mar 2013 05:24 PM PDT

lepas dah pekena Mee Udang Ayu yg super sedap tu, kami direct menuju ke War Museum yg terletak di Batu Maung ni...
War Museum ni selain drp kita boleh tgk dgn mata kepala sendiri bagaimana kubu pertahanan askar British, kat sini jugak dorang ada sediakan paintball...

sila percaya, kami anak beranak, mak dan adik aku sgt teruja dpt masuk sini...
tempat ni adalah kubu perang yg dibina oleh askar British utk mengelak serangan musuh...kubu yg dibina pada tahun 1930 dan siap pada tahun 1939... kubu ini juga adalah pusat operasi tentera terbesar di Malaysia pada zaman tersebut..bagaimanapun kubu ini telah ditawan oleh tentera Jepun pada perang dunia ke II utk dijadikan tempat menyeksa tawanan...
di sinilah tempat gugurnya beribu2 bom dan peluru, di sinilah tempat darah2 tentera berguguran, di sinilah penjara bagi tawanan dan di sini jugaklah tempat pancungan kepala dan menyeksa tawanan...
tempat ni terbiar selama 60 tahun dan sekarang ia diambil alih oleh pihak tertentu (bukan kerajaan Pulau Pinang) utk mengembalikan nostalgia...
jom aku bawak korang ronda dalam ni...
utk dewasa tiketnya rm20...kena tunjuk MyKad lah...
kanak2 umur 5 hingga 12 tahun pulak dikenakan caj rm10...
pas tu kalau nak bawak kamera masuk dlm, kena tambah rm2..
so, total kami kena bayar utk masuk War Museum ni adalah rm92...

museum ni adalah self guided...dorang letak arrow merah dan penerangan di setiap check point...korang kena ikut je lah check point ikut urutan, urutan check point ada dlm flyers yg diberi semasa di kaunter tiket...kawasan ni adalah sgt besar okey!!

adik aku try baju askar, topi dan senapang...senapang tu senapang betul tau...

eh, mak aku pun try jugak? heheh...mak aku setakat pegang senapang ni takde hal...tak berat pun katanya...maklumlah, mak kan polis wanita hebat kat Sg. Besar tu...heheh...

masuk sini sila jaga percakapan dan tingkah laku anda...heheh...

dari sini boleh nampak Jambatan Pulau Pinang... :)

anak2 bersama meriam besar...

ok, yg ni tunnel...terowong ni mula2 je ada lampu...kat dlm gelap gelita tau...serius gelap...

berhimpit2 kami masuk terowong ni...nak rasa terowong askar British ni.....mak mmg sporting habis boleh masuk terowong tu...ni yg aku respek semangat polis mcm mak ni...
adik aku paling depan sekali...hubby kat belakang aku...gelap giler okey terowong ni sebenarnya...ni pun dibantu oleh lampu henfon adik aku dan lampu kamera...
yg kelakarnya, si adik mintak daddy dukung dia masa dlm terowong ni...dah la terowong ni sempit, dia mintak dukung pulak...gelak besar kami masa tu...hahaha....

yg ni senapang dgn bayonet yg digunakan oleh askar British...
panas weh tempat ni...muka adik berminyak2 dah tu....

yg ni pulak terowong laaaagi kecik dari terowong kami masuk sebelum ni..dlm terowong ni ko kena merangkak sejauh 7 meter dan lepas tu ko kena memanjat pulak 9 meter...haha...ni namanya terowong kubu bawah tanah...kami decided tak masuk terowong tu, tak kuasa...rosak seluar jeans aku nnt...kehkeh...alasan...
yg iyenya aku takut lemas dlm tu...huahuahua...

peluru meriam zaman British...tak sure la masih aktif lagi ke tak..kalau aktif, mesti dah lama meletup ye tak..
ni pulak berek askar yg berkawal di atas bukit...kat bawah ada byk lagi berek2 lain...

Dik Emy berposing dgn anti air-craft machine gun...benda ni utk menembak sebarang kapal terbang yg melintasi tempat ni...

kubur Sarjan John Wolf...yg disemadikan di kawasan kubu ni...dia ni salah sorang askar British...

tembok yg kena bom...kesan bom yg masih kita dpt lihat...

ni salah satu bilik yg menceritakan tentang Landasan Keretapi Maut yg dibina oleh tawanan perang pada zaman Perang Dunia ke II...landasan ni dibina dari Siam hingga ke Burma yg byk mengorbankan nyawa tawanan perang tersebut pada tahun 1942-1945

paksu Emy (adik aku) dan anak2 aku main askar2 lagaknya...

tempat pancung kepala tawanan...
salah satu model motosikal pada zaman British...

alat2 yg digunakan oleh tentera Jepun utk menyeksa tawanan...salah satunya pencangkuk besi...

sedih dan pilu tgk gambar2 ni...serius sedih...
mak dan anak mati bersama selepas diseksa...
gambar mangsa rogol dan didera oleh askar Jepun...

lagi gambar sedih...bayi mati diseksa

dikatakan ini lah kapak sebenar yg digunakan utk memancung kepala 

basikal yg digunakan oleh tentera Jepun utk menceroboh tanah Melayu melalui Kelantan...
basikal dulu2 ada plat number tau....nampak tak plat number kat tayar tu...
pas tu mak aku ckp dulu2 basikal pun boleh kena saman...huhu...
kami dah habis tour kat War Museum ni...punyalah besar tempat ni...tapi serius tempat ni sgt best....cayalah kat mak, boleh tawaf tempat ni dgn steady jer...tapi mak agak letih la...

 ok, tu serba sikit gambar yg aku boleh share bersama...byk lagi gambar sebenarnya....
pada korang yg mengandung atau bawak anak2 kecik mungkin susah sikit kalau nak masuk sini....bukan susah apa, sbb tempat ni besar sgt, takut korang tak larat...

tapi pada korang yg dtg Penang, tak dtg sini, mmg rugilah beb, sbb ini adalah kubu perang pertama di Malaysia dan kita boleh lihat dan rasa penderitaan tawanan2 dan pengorbanan askar2 kita...kita boleh tgk dgn mata kepala sendiri  kubu bawah tanah, pejabat tentera, lokasi pengeboman, penjara, asrama tentera, stor senjata, dewan, kawasan memasak tentera, menara kawalan, anti-air craft, tempat hukuman pancung dan sebagainya....

mmg betul2 buat kami insaf pada perjuangan askar2 kita...sayangilah Malaysia...semoga kita dapat memelihara keamanan ni...jgn ada lagi penjajah masuk ke negara kita...
inilah tempat sejarah yg mempunyai nilai sentimental yg tak ternilai harganya...
kalau korang nak gi sini, ni alamat dia:
Daerah Barat Daya, Batu Maung,
dibuka setiap hari dari pukul:

tapi tempat ni kalau nak masuk waktu mlm, agak scary kot...heheh...

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu maung</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2013 03:07 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu maung</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jan 2013 03:31 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu maung</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Sep 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Samseng UMNO diguna untuk menghalau penduduk kampung <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2012 01:56 AM PDT


Kononnya dengan menghitamkan logo pada 'T' Shirt yang dipakai mereka, mereka berjaya mengaburi mata orang ramai bahawa mereka bukanlah pemuda UMNO.

Selain dari sifat bodoh yang sedia ada, kurang berhati-hati membuatkan terserlah jua siapa mereka yang digunakan untuk mengusir penduduk di Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.


Selain dari itu kehadiran seramai kira-kira 30 orang samseng itu turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismailjuga membuktikan bahawa mereka adalah samseng upahan UMNO.
Penduduk telah diusir oleh  bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor yang memiliki tanah tersebut melalui transaksi yang meragukan.

Malah laporan Polis juga telah dibuat oleh pihak waris pemilik asal tersebut, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka...

Kesimpulannya disini ialah pemimpin UMNO yang telah memiliki tanah ini melalui transaksi yang meragukan telah menggunakan sekumpulan pemuda UMNO yang berlagak samseng untuk menghalau penduduk..

Dan samseng dari Parti yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu ini telah menghalau keluar orang-orang Melayu yang tinggal di situ..

Sebenarnya ini adalah antara ribuan ekar tanah Melayu yang dipindah milik menjadi milik pemimpin UMNO atau ahli UMNO tanpa disedari mereka.. Ada banyak lagi sebenarnya..

*******************************************

ISU TANAH BATU MAUNG : PEMIMPIN UMNO/BN JANGAN MAIN WAYANG

Selaku wakil rakyat Batu Maung saya bertegas mempertahankan hak rakyat di kawasan saya, lebih-lebih lagi setelah mendapati terdapat unsur penipuan yang memungkinkan mereka dianiaya dan dizalimi oleh pihak-pihak tertentu.


Justeru, mana mungkin saya akan merelakan mereka diusir daripada kediaman yang dibina di atas tanah pusaka keluarga sejak berpuluh tahun lalu.

Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka.

Sehubungan itu, pembeli tanah tersebut iaitu Dato' Ab. Wahab bin Ibrahim yang merupakan bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor perlu tampil ke depan bersama-sama penduduk dan kerajaan negeri bagi merungkai masalah yang berlanjutan sejak 10 tahun lalu.

Beberapa laporan polis telah pun dibuat oleh penduduk (waris) pemilik asal, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka.

Bahkan sehingga kini, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes tersebut juga masih belum memutuskan waris sebenar harta pusaka tersebut. Majlis Agama Islam (MAINPP) juga telah membuat laporan polis pada 3 Mac 2011 agar pihak berkuasa menyiasat kes tersebut, kerana dipercayai wujudnya salah laku dan penipuan oleh pihak tertentu.

Ini kerana sebahagian penjualan tanah terbabit dibuat TANPA kebenaran dan persetujuan Baitulmal sebagai pihak yang ada kepentingan ke atas tanah terbabit berdasarkan Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Besar Pulau Pinang bertarikh 8 Mei 1996.

Lanjutan laporan polis oleh MAINPP, pihak polis telah membuat 'kaveat pendaftar' pada 4 Mac 2011 terhadap tanah-tanah berkenaan.

Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis. Sebagai bekas Penceramah Khas Islam Hadhari, Dato' Ab. Wahab perlu menyelesaikan masalah ini secara jujur dan ikhlas.

Beliau seharusnya bertindak seperti mana tuntutan Islam, dan bukannya dengan bertindak mengusir penduduk.

Beliau sewajarnya menunaikan janjinya semasa perjumpaan dengan saya sebanyak dua kali sebelum ini.

Tindakan beliau menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir penduduk sepertimana yang berlaku pada 18 September 2012 lalu, tidak mencerminkan semangat ukhwah sesama Melayu Islam.

Lebih mengecewakan, apabila beliau menggunakan kumpulan daripada Umno untuk mengusir penduduk.

Pada pagi semalam saya telah bergegas ke kampung tersebut setelah penduduk kampung memaklumkan rombongan pihak berkuasa telah tiba untuk mengusir mereka.
 
Apa yang menghairankan, Bailif Mahkamah Seksyen George Town hadir bersama-sama sekumpulan seramai kira-kira 30 orang yang memakai T'shirt putih yang dikaburkan logo Umno dan perkataannya.

Ini ditambahkan lagi dengan kehadiran bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismail yang cuba berlagak sebagai hero dengan lagak ala samseng.

Suasana agak tegang ketika itu, apabila pihak berkenaan berkeras untuk mengosongkan empat buah rumah penduduk yang membabitkan empat keluarga yang mendiami di sana.


Sebahagian barangan penduduk telah dikeluarkan oleh kumpulan berkenaan. Ia hanya terhenti kira-kira jam 1.00 tengah hari apabila penduduk mendapat perintah 'injuksi' mahkamah sehingga 1 Oktober 2012.
Saya percaya kekecohan yang berlaku dirancang pihak tertentu bagi menimbulkan persepsi negatif dan ketidakpuasan hati rakyat Batu Maung kepada saya dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Media kroni Umno/BN pastinya akan menyiarkan dari sudut negatif, tanpa melaporkan hal sebenar. Itu bertujuan bagi menutup tembelang pemimpin Umno/BN selama ini yang berlagak sebagai pembela Melayu, pembela rakyat kononnya.

Pemimpin Umno masih terkedu apabila kerajaan negeri mendedahkan tindakan pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Fauzar menjadi 'broker' menjual tanah milik 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, kepada pemaju dengan mengaut keuntungan atas angin berjumlah RM 5 juta dalam tempoh 3 bulan pada tahun ini.

Pendedahan demi pendedahan oleh Kerajaan negeri , menyerlahkan wajah sebenar dan membuktikan pemimpin Umno/BN telah mengkhianati amanah rakyat Pulau Pinang.

Apa yang jelas, pemimpin Umno/BN cuba melakonkan watak kononnya merekalah pembela rakyat pembela Melayu di atas masalah yang dicipta oleh pemimpin mereka sendiri. Rakyat menilai semua ini.

Pemimpin Umno/BN usahlah bermain wayang.

*Kenyataan Media oleh YB Dato' Abdul Malik Kassim, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang juga ADUN Batu Maung pada 19 SEPTEMBER 2012*

haji malik tidak pernah jemu menjaga kebajikan <b>...</b> - N37 <b>Batu Maung</b>

Posted: 14 Mar 2013 12:42 AM PDT



ADUN Batu Maung YB Haji Abdul Malik Kassim hari ini melawat mangsa kecuaian Doktor swasta yang merawat beliau. Mangsa yang dikatakan sakit perut telah pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan pesakit luar. Doktor yang merawat telah memberi suntikan sehingga menyebabkan jantung beliau berhenti dan darah yang membawa oksigen tidak sampai ke otak dan menyebabkan beliau lumpuh
YB Hj Abd Malik Kassim telah beberapa kali membuat lawatan hospital dan rumah beliau. Terkini beliau melawat setelah beliau membina sebuah bilik untuk mangsa tersebut di rumah beliau untuk memudahkan keluarga menguruskan kehidupan beliau.
Menurut isteri mangsa yang berada semasa kejadian berlaku di klinik di Bandar Bayan Baru mendakwa doctor yang merawat beliau tidak mengambil sebarang langkah pencegahan dan isteri mangsa dengan sendirinya bawa mangsa ke Hospital Besar Pulau Pinang.
YB Hj Abd Malik Kassim telah berusaha untuk mendapatkan peguambela berkenaan masalah yang menimpa beliau. Isteri mangsa berasa kecewa dengan tindakan dari doctor yang merawat beliau mendapatkan sebagai pesakit luar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved