Selasa, 16 April 2013

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bukit mertajam - Google Blog Search


GEMPAR!!! Billboard Musa Hitam <b>Di Bukit Mertajam</b> Kempen Untuk <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2013 05:01 AM PDT


Tanda-tanda umno/bn  bakal berkubur selamanya semakin menjadi nyata. Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Musa Hitam sendiri tidak lagi yakin dengan kepimpinan umno/bn yang diterajui oleh najib razak.
Tun Musa Hitam dengan penuh yakin  berkata "Negara tak akan bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah".
Billboard ini kelihatan dipasang di Simpang Bukit Minyak (DUN Bukit Tengah),Penang...

Billboard Musa Hitam <b>Di Bukit Mertajam</b> Kempen Untuk Pakatan <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2013 04:19 PM PDT

 

Tanda-tanda umno/bn  bakal berkubur selamanya semakin menjadi nyata. Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Musa Hitam sendiri tidak lagi yakin dengan kepimpinan umno/bn yang diterajui oleh najib razak.

 

Tun Musa Hitam dengan penuh yakin  berkata "Negara tak akan bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah".

Billboard ini kelihatan dipasang di Simpang Bukit Minyak (DUN Bukit Tengah),Penang…

INI KALILAH!!!

Kanak-kanak 12 tahun hilang <b>di Bukit Mertajam</b> sejak Ahad lepas <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2013 03:37 PM PST

Posted on February 27, 2013, Wednesday

BUKIT MERTAJAM: Seorang kanak-kanak lelaki Mohamad Daniel Haiqal Mohd Desa, 12, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah bapa saudaranya di Flat Desa Wawasan, di sini sejak Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd Lah berkata murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai, di sini itu dilaporkan hilang antara jam 8 pagi hingga 9.30 pagi pada hari berkenaan.

Katanya, bapa saudara Mohamad Daniel membuat laporan polis berhubung kehilangannya setelah kanak-kanak itu tidak pulang dan gagal dikesan.

"Kanak-kanak itu tinggal dengan keluarga adik perempuan ibunya sejak awal tahun dan keluar dari rumah dengan membawa beberapa helai pakaian serta duit tabung.

"Bapa saudara mangsa yang merupakan peniaga kantin memaklumkan ketika dia hendak keluar pada jam 8 pagi, kanak-kanak itu masih berada di rumah dan Mohamad Daniel didapati hilang selepas beliau pulang ke rumah sejam kemudian," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Azman berkata Mohamad Daniel berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang 120 meter dan berat 30 kilogram dan ketika keluar dia memakai seluar jeans warna biru dan t-shirt warna putih serta berselipar.

"Dia juga membawa beg galas warna hitam dan menaiki basikal warna biru muda. Kita telah edarkan gambar kanak-kanak berkenaan di lokasi strategik seperti masjid, kafe siber, hentian bas dan gerai-gerai makanan," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali kanak-kanak itu agar menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Ridzlan Fatim Roselan 017-2569037 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Pada perkembangan lain, Azman berkata polis mendapat beberapa maklumat terbaharu mengenai kes kehilangan seorang kanak-kanak lelaki India berusia enam tahun T. Sathiskumar, yang dilaporkan hilang sejak 8 Ogos tahun lepas di kawasan Jalan Permatang Pauh, di sini.

Katanya, polis juga telah merekodkan keterangan seorang lelaki bagi membantu siasatan dan yakin dapat mengesan kanak-kanak terbabit tidak lama lagi. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved